Jangan Ingat Wanita Nak Hamil Saja Perlu Makan Asid Folik, Yang BELUM KAHWIN Pun Kena Ambil!
Tahukah anda, asid folik bukan hanya diambil ketika hamil, tetapi vitamin ini juga perlu diamalkan oleh wanita yang belum dan tidak mengandung.
Asid folik ialah sejenis Vitamin B yang penting untuk tumbesaran bayi ketika mengandung.
Bayi memerlukan asid folik bagi tujuan tumbesaran. Pengambilan asid folik juga boleh mengelakkan bayi daripada mengalami kecacatan pada otak dan juga tulang belakang (kecacatan tiub neural).
Jika anda pernah mengandung, maka anda pasti sudah tidak asing lagi dengan asid folik.
Namun, tahukah anda bahawa pengambilan asid folik tidak terhad kepada wanita mengandung sahaja? Malah, lelaki juga perlukan asid folik!
Bagi wanita mengandung, pengambilan asid folik adalah penting untuk kedua-dua ibu dan juga bayi dalam kandungan. Wanita yang ingin mengandung perlu ambil asid folik sebanyak 400 mg selama sekurang-kurangnya 12 minggu pertama kehamilan.
Saya belum mengandung, perlukah saya ambil asid folik?
Sebenarnya, semua wanita disarankan mengambil asid folik walaupun tidak bercadang untuk mengandung dalam masa terdekat!
Kesedaran dalam pengambilan asid folik bagi kalangan wanita muda masih lagi rendah. Menurut sebuah kajian yang dijalankan di Korea terhadap wanita berusia 19 – 45 tahun, 7 daripada 10 wanita tahu dan pernah dengar mengenai asid folik.
Namun, hanya 2 orang sahaja yang faham tentang fungsi sebenar asid folik untuk melawan kecacatan janin semasa mengandung.
Walaupun mereka faham tentang kebaikan asid folik, hanya 1 dari 10 wanita sahaja yang benar-benar mengamalkan pemakanan suplemen asid folik secara konsisten.
Wanita yang berumur 19 – 24 tahun yang belum berkahwin juga mempunyai kesedaran yang lebih rendah mengenai asid folik. Golongan ini jarang mengambil supplemen asid folik, mungkin kerana kurang kesedaran terhadap kepentingan vitamin ini.
Selain itu, pengambilan asid folik juga terbukti untuk mengurangkan risiko sakit jantung, strok dan juga sebahagian jenis kanser.
Bila saya perlu ambil asid folik?
Wanita perlu mengambil suplemen asid folik atau makan makanan yang kaya dengan asid folik bermula dari sekarang hinggalah 12 minggu pertama kehamilan.
CDC juga menggalakkan wanita untuk mengambil asid folik sebelum dan semasa kehamilan supaya kecacatan pada otak dan tulang belakang bayi dapat dielakkan.
Dos yang disarankan ialah sebanyak 400 mg kepada semua wanita yang boleh mengandung.
Sebanyak 40% daripada kehamilan di seluruh dunia adalah tidak dirancang. Oleh itu, pengambilan awal asid folik akan membantu para ibu untuk mencapai tahap folat yang mencukupi untuk tumbesaran bayi.
Tambah lagi, kecacatan tulang belakang dan otak bayi boleh berlaku seawal 3 – 4 minggu kehamilan iaitu sebelum kebanyakan wanita tahu bahawa dia sedang mengandung.
Sebab itulah penting untuk wanita mengambil asid folik walaupun masih belum mengandung!
Jika anda tidak pernah mengambil asid folik sebelum hamil, maka anda disarankan untuk segera makan suplemen ini setelah anda tahu anda hamil.
Dos untuk wanita hamil ialah sebanyak 500 – 600 mg, mengikut situasi dan juga keadaan ibu ketika mengandung.
Walau bagaimanapun, kami sarankan untuk para ibu mengandung mendapatkan konsultasi daripada doktor kerana keperluan setiap ibu mungkin berbeza-beza mengikut situasi.
Bagaimana saya boleh dapatkan amaun asid folik yang mencukupi?
Ada 3 cara untuk anda mendapatkan asid folik yang mencukupi bagi keperluan tubuh badan anda:
- Makan makanan yang kaya dengan asid folik
- Makanan seperti sayur-sayuran yang berdaun gelap (sawi dan bayam)
- Brokoli, kubis, kubis bunga, asparagus
- Buah-buahan seperti buah oren, nanas, pisang dan betik
- Ambil suplemen yang mengandungi 400 mg asid folik
- Makan makanan yang diperkaya dengan asid folik seperti nasi, pasta ataupun roti yang diperkaya dengan asid folik
Jika anda sedang mengandung, adalah agak mustahil untuk anda mendapatkan asid folik yang mencukupi hanya daripada diet anda.
Oleh itu, anda haruslah mengambil suplemen untuk memenuhi keperluan asid folik anda setiap hari.
Kesimpulan
Pengambilan asid folik adalah penting bagi semua wanita. Walaupun anda belum mengandung atau tidak berkahwin, asid folik ada banyak kebaikan lain seperti mengurangkan risiko sakit jantung dan kanser.
Selain itu, pengambilan asid folik ketika mengandung juga dapat mempengaruhi kecerdasan anak. Jika diambil secara konsisten sewaktu mengandung, asid folik mampu meningkatkan keupayaan anak menguasai bahasa.
Pengambilan asid folik secara berkala juga dapat meningkatkan kesuburan wanita.
Penting untuk wanita zaman sekarang faham akan kepentingan mengambil asid folik pada usia muda. Oleh itu, kesedaran perlulah dipupuk seawal usia remaja lagi.
Jangan tunggu sehingga anda mengandung baru mahu mengambil suplemen asid folik. Lebih baik sediakan payung sebelum hujan ya!
Sumber : https://hellodoktor.com/gaya-hidup-sihat/kesihatan-wanita/belum-mengandung-asid-folik/
Berakhirnya Persekolahan Tahun 2020 Dalam Kesebakkan..
Assalamualaikum, selamat pagi readers..
Bila semalam cikgu Pra zara share kan cuti sekolah berakhir terus untuk tahun ni, cik mimi pulak rasa sebak. Macam tak percaya sekolah dah mulai ditutup.
Zara last jumpa kawan kawan Pra dia semalam.
Mama dia rasa sebak sebab banyak kelebihan dia masuk Pra. Sungguh. Ni bukan kes mama dia dekat rumah lepas tangan. Tapi bila di sekolah, dia mudah ingat apa yang "Cikgu Nik" dia ajarkan.
Tak semua orang paham bila mak mak ni rasa sedih anak habis sekolah macam tu je. Ada orang komen dekat komen cik mimi dalam 1 post orang lain ni.
"Katanya ajar je la anak tu dirumah. Bukan susah pun"
Ada lagi komen lain, katanya "mak mak ni kena la ajar anak dari rumah dulu. Baru la anak mudah ingat"
Dipendekkan macam tu la komennya. Tapi cik mimi rasa mak mak tu jenis tak paham hati dan perasaan orang.
Kita risaukan anak tu, sebab dia banyak tertinggal dalam pelajaran. Nak pulak tahun depan bakal masuk darjah 1. Mama dia boleh ajar. Tapi setakat belajar cara kita tanpa ada modul pembelajaran. Lain la kalau mama dia ni cikgu. Memang ada modul pembelajaran tuk anak anak.
Ada je mama dia ni minta ddy dorang save dan print mana mana kerja yang mudah tuk zara buat. Tapi serius cakap. Masa PKP haritu, cik mimi ajar zara. Tapi kita kekok nak mengajar dia dalam sebutan fonik. Kena cari di YouTube dulu.
Dia cakap cikgu nik sebut lain. Kenapa mama lain?
So, nak cakap mama dia tak ajar dekat rumah ke? Cuma cik mimi nak zara ni rasai Belajar dengan kawan kawan tu dengan penuh semangat. Memang nampak bila dengan kawan tu dia belajar cepat ingat.
Akhirnya persekolahan mamanya dulu ada juga buat jamuan macam tu. Sekali zara ni, berakhir PRA macam tu je. Takde kenangan bergambar dengan cikgu kelas dia.
Apa apa pun, cik mimi dah plan juga nak beli white board tuk Zara belajar ni. Cik mimi memang hari hari sibuk dengan tugas yang ada. Tak bererti zara ni cik mimi tak tunjuk ajar. Sometimes sambil pintal eskrim pun cik mimi ajar dia baca iqra ye.
Sungguh, tahun 2020 penuh dengan 1001 dugaan hidup. 🥺🥺
Moga tahun 2021 beri 1001 kemanisan hidup baru. Aamiin..
Harini cik mimi rasa nak share kisah ni dekat blog. Moga tersimpan rapi kenangan yang menakutkan ni.
Semalam kami dari Mersing gerak ke Felda Tenggaroh. Anak buah di tempat kerja ddy dorang ni ada jemput ke rumah family in law dia. Buat majlis Aqiqah.
Dah ddy nya ajak, kita ni ikut je la kan.
Nak kata dekat, erm.. jauh juga la. 30-45min kut kalau dari Mersing. Tak perasan pulak.
Masa pergi tu pun ada jugak dugaan kecil. Kami tak arif bab jalan belah sana. Dah pakai Google Maps. Tapi macam kawasan situ tak update kut dekat Maps. Maps stop macam tu je.
Takpe la, kami ni call juga la orangnya. Pastu tanya tanya orang. Sampai juga ke rumah orangnya.
Cerita masa balik pulak.
Dekat satu selekoh ni, ddy dorang tak berapa slow mana. Tiba tiba kereta hilang kawalan. Allahuakbar.
Kereta kami terpusing 180 darjah rasanya. Dari duduk lorong nak menuju ke Mersing ni, kereta masuk lorong sebelah dah mengadap jalan nak ke Kota Tinggi balik.
Allah. Dah macam buat driff.
Allahuakbar..
Allah panjangkan usia kami semua.
Masa kereta hilang kawalan tu, cik mimi dah tawakal kalau kena hentam dari belakang oleh kereta arah sebelah tu. Sampai terpikir akan masuk longkang dah.
Memang tak tahu macam mana ddy diorang kawal kereta masa tu.
Yang cik mimi perasan kereta exora putih sempat laju. So kami tak hentam la belakang dia. Dan kereta belakang tu macam alza warna hitam. Dia sempat berhenti
Allahu Akbar.. 🥺🥺🥺
Takutnya jangan kata. Anak anak takde apa. Dorang sikit pun takde rasa takut. Tapi mama ni yang real tengok kereta berpusing, takutnya tu tak tahu nak kata. Mau fobia jugak ni.
Ni kali kedua peringatan kat kami. Dulu pernah juga dekat selekoh tu. Kereta macam hilang kawalan. Jalan memang lembab semalam. Lepas hujan renyai.
Tapi tu la. Cik mimi selalu cakap "slow, slow, slow!" . Macam tak diendahkan je.
Now Allah bagi peringatan sangat sangat.
Elok la PKPB buat cik mimi. Duduk je la umah. Takyah kuar mana mana. Takut tak habis lagi. Mungkin sendiri drive takpe. Tapi kalau naik dengan orang, mesti trauma. 🥺🥺
Allah..
Bagaikan dapat nyawa ketiga je cik mimi rasa lepas kejadian Operation tahun lepas.
Malaysia, sebuah negara yang sering menjadi destinasi tarikan pelancong untuk pelbagai aspek. Antaranya pemandangan yang menarik, budaya yang pelbagai, peramah dan tak lupa juga syurga makanan yang boleh menambat selera sesiapa saja termasuk pelancong dari luar.
Banyaknya makanan di Malaysia ini boleh membuatkan sesiapa saja berasa sukar untuk menentukan untuk makan apa. Tapi, hakikatnya boleh saja tentukan tempat makan di mana dan mahu makan apa, sesuai dengan sesuatu lokasi tempat di mana sedang berada. Soal harganya pula, rata-rata makanan di Malaysia ini dijual dengan harga yang sangat berpatutan sekali.
Antara menu utama yang sudah berjaya mendapat carta teratas dikalangan warga Malaysia adalah :
#1 - Nasi Lemak
Nasi Lemak yang dimasak dengan santan berserta aroma haruman daun pandan untuk wangian, benar-benar boleh membuka selera. Makin sedap bila nasi lemak ini disajikan dengan sambal tumis pedas, telur rebus, kepingan timun dan ayam goreng atau rendang.
Sebilangan kacang dan ikan bilis goreng yang ditaburkan di bahagian atas turut memberikan tekstur yang lebih
best ketika makan. Nasi Lemak sememangnya sudah terkenal di Malaysia dan
sering dianggap sebagai hidangan kebangsaan disebabkan sejarahnya yang sudah lama ada di Malaysia.
#2 - Roti Canai
Roti canai adalah sejenis roti India yang lembut seperti penkek. Roti canai ini orang biasanya makan dengan kari dan harganya jarang sangat terlalu mahal. Ada banyak tempat hanya jual dalam RM1 dan di bawah RM2 untuk setiap keping.
Terdapat pelbagai jenis roti canai mengikut selera masing-masing. Antaranya roti canai bom, roti canai tisu, roti canai telur, roti canai sardin dan bermacam lagi.
#3 - Roti Titab
Jika suka makan roti ala toast, harus cuba roti titab yang menggabungkan roti bakar,
telur mata dan juga kaya. Tiga bahan utama yang digabungkan ini memang
ternyata sedap dan nikmat saat sedang di makan. Untuk membuatkannya lebih sedap,
anda boleh meletakkan kicap dan lada sulah (lada putih) sebagai bahan untuk
melengkapkan rasa.
Roti titab mungkin sebuah menu yang cukup ringkas, akan tetapi ia merupakan menu
yang cukup terkenal di Kelantan. Harga untuk set roti titab ini juga tidaklah semahal mana
dan jika roti canai sering dijual di kedai ala mamak, roti titab ini pula sering dijual di
kedai kopitiam. Ada juga kedai yang turut menjualnya serentak di bawah satu bumbung.
#4 - Teh Tarik
Seiring dengan roti canai dan roti titab adalah teh tarik. Jika roti canai dan roti titab merangkumi kategori makanan, teh tarik ini pula merangkumi minuman yang tak patut dilepaskan. Gabungan teh tarik dengan roti canai dan roti titab merupakan satu hidangan yang sesuai. Lagi-lagi jika dinikmati saat masih panas.
Teh Tarik adalah salah satu minuman sinonim di Malaysia dan teh tarik ini dibuat daripada
serbuk teh yang dicampurkan dengan susu pekat manis. Kemudian ia di tuang dari
bekas A ke bekas B secara berulang kali sehingga mengeluarkan buih. Proses ini
dipanggil sebagai ‘tarik’ dan secara tak langsung membuatkannya berasa makin sedap!
Harganya pula kurang dari RM 3 ($ 0.70) untuk segelas. Air teh tarik sangat terkenal
di Malaysia malah sekarang ini, telah terdapat air teh tarik yang ditinkan.
#5 - Satay
Satay merupakan daging yang diperap, dicucuk dengan lidi dan kemudiannya
dibakar hingga garing dan berjus. Di Malaysia, satay dihidangkan bersama dengan
kuah kacang, timun, bawang dan nasi himpit.
Satay ini ada pelbagai jenis mengikut daging yang digunakan seperti ayam, daging lembu,
kambing, arnab, rusa dan pelbagai jenis lagi. Makin best, ianya dibakar menggunakan
kayu arang yang secara tak langsung telah berjaya memberikan rasa dan aroma yang
lebih baik pada satay tersebut.
#6 - Nasi Kerabu
Nasi Kerabu asli Kelantan sudah lama terkenal di kawasan sekitar Pantai Timur dan menu
nasi kerabu ini turut ada di jual di negeri yang lain. Selalunya nasi kerabu ini berwarna
biru kerana di masak menggunakan bunga telang.
Nasi kerabu yang paling sedap sudah semestinya nasi kerabu asli Kelantan yang rata-ratanya
menyajikan nasi kerabu biru ini dengan lauk ayam atau daging bakar, ulam-ulaman dan
tak lupa juga budu serta kuah tumis yang diperbuat dari santan. Kuah tumis ini
membuatkan nasi kerabu tersebut lebih terasa berlemak dan pedas manis saat menikmatinya.
Harga nasi kerabu di Kelantan masih berada dalam anggaran bawah daripada RM7 dan
untuk nasi kerabu basa (tanpa daging) berharga hanya RM3.50
#7 - Nasi Kandar
Sekiranya anda mahukan pengalaman makanan tempatan di Malaysia, kunjungilah salah
satu restoran mamak India bagi mencuba sepiring nasi putih bersama dengan lauk
yang disebut sebagai nasi kandar. Nasi kandar ini sering dikaitkan dengan negeri Pulau Pinang.
Bila sudah order, jangan terkejut kerana yang tiba adalah nasi putih bersama lauk pilihan
seperti ayam, daging kambing, udang, telur dan sayur-sayuran dengan limpahan kuah
kari yang pelbagai rasa dicampur menjadi satu dalam pinggan yang sama. Ianya dipanggil
sebagai nasi kandar dan sekali makan boleh kenyang sampai tersandar disebabkan saiz
makanannya yang agak besar.
Nak Makan Apa? Di Mana? Berapa Harga? Boleh Order Online Dengan Semua Info Menerusi Foodpanda!
Sekarang ni semua orang tak berani nak keluar rumah kan? Tapi bila soal makan kalau
boleh memang nak makan yang sedap sedap belaka. Sebagai contoh makanan sedap
yang mesti kena cuba di Malaysia ni. Itu baru sikit, belum lagi tunjuk contoh menu
makanan yang lain.
Kita bernasib baik kerana ada servis online food delivery yang boleh kita gunakan
pada bila-bila masa dan di mana jua. Nak apa, order online dan pihak Foodpanda boleh
hantar untuk kita nikmatinya bersama keluarga di rumah.
Dengan adanya servis penghantaran Foodpanda ini, proses kuarantin di rumah juga
menjadi lebih senang. Buktinya, jika terasa ingin makan sesuatu, boleh search di website
Foodpanda kemudian buat order dan tunggu team Foodpanda hantar sehingga ke depan pintu.
Penghantaran Foodpanda turut ada social distanding yang membolehkan kita mengambil
makanan dalam jarak yang sepatutnya.
Hai Assalammualaikum readers..
Rasa macam dah lama sangat cik mimi ni tak update blog. Bukan saja saja. Tapi rasa macam masa tu terlalu cepat berlalu. Nak pulak sibuk dengan pelbagai kerja dekat rumah.
Siapa kata duduk rumah boleh goyang kaki semata? Maybe orang lain merasa macam tu. Tapi tidak cik mimi..
Harini nak cerita pasal salah satu bisnes yang cik mimi ada buat.
Siapa perasan post entri sebelum ni?
Ye gambar burger tu..
Yang tu salah satu bisnes kecil-kecilan cik mimi dirumah..
Sebelah malam cik mimi niaga burger. Selain burger biasa, burger ala zinger kepsi tu pun cik mimi niagakan.
Alhamdulillah.. ada sambutan walaupun sambutan sekarang ni tak sehebat masa PKP haritu.
Masa PKP haritu, merasa juga la 60biji terjual sehari, 70biji terjual sehari. Itu pun sebab orang kem lagi lagi budak kursus tak boleh keluar sembarangankan.. Tapi kalau ditanya macam mana penatnya tu, usah dikata. 😅
Sometimes masa tu lari sejam dari sepatutnya siap. Memang rasa nak menangis. Nak pulak, kita dah turun dapur awal tuk persediaan bahan dan masak. Menggigil tau badan tengok jap dah pukul 5petang. Jap dah pukul 6 pulak. Allahu..
Tapi orang kata ni la Kenangan berniaga kan.
Ada masa kita diatas. Ada masa kita ni dibawah.
Macam sekarang ni, niaga still on. Cuma banyak tak banyak je la order yang masuk kan..
Bila time lebih tu, syukur Alhamdulillah..
Kalau time sikit tu, tetap juga rezeki. 🤗
Jom Bina Kerjaya Melalui KerjaKosong.Co
EOperasi KPM Membantu Dalam Pengurusan Tugasan
Dewasa kini, dalam pengurusan seharian kita, banyak website yang membantu untuk mengurus permudahkan tugasan yang diberikan. Tidak kira siapa pun kita, pastinya kita memerlukan kemudahakan semua ini.
Pernah ke kengkawan yang lain tahu tentang EOperasi? Apa itu E-Operasi?
eOperasi adalah merupakan salah satu antara 3 Modul Pengurusan Guru yang telah dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan diselia di bawah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian.
Modul pengurusan e-Operasi melibatkan pengurusan data-data berkaitan guru dan bukan guru yang didalam kategori seperti:
- Pentadbir Portal E-Operasi (pegawai pengurusan peringkat Negeri, Daerah, Zon dan Sekolah)
- Pengguna Portal eoperasi Malaysia (guru dan bukan guru)
Paparan utama laman e-Operasi memaparkan beberapa maklumat penting mengenai portal ini seperti Pengumuman, Log Masuk, Bantuan dan Paparan Ralat.
Pengguna portal eoperasi, guru dan bukan guru, boleh memperoleh update terbaru mengenai e operasi kpm dari ruangan pengumuman.
Selain E-Operasi, salah satu website yang memudahkan para pengguna untuk mendapatkan maklumat terkini untuk sumber-sumber berkaitan pendidikan, boleh layari Portal Malaysia.
Melalui Portal ini, banyak kemudahan diberikan. Salah satu contohnya diberikan tunjuk ajar bagaimana Cara Semak Keputusan Peperiksaan anak-anak melalui sistem SAPS.
Pada zaman sekarang, keputusan telah diberikan melalui website dalam mempercepatkan urusan untuk ibubapa. Dan anak anak tidak boleh mengelak untuk ketahuan dari mereka.
Bukan itu sahaja, Portal Malaysia tidak terhad kepada info mengenai pendidikan semata. Tetapi, melalui Portal ini, segala maklumat yang terkini tentang, apa sahaja info terbaru akan dikemaskini dari masa ke semasa.
Contoh terbaru yang kita semua ketahui tahu, berlakunya penularan wabak covid-19 ini, pihak sekolah terpaksa menutup sekolah lebih kurang 3-4bulan, dan dari situ berlaku anjakan tarikh cuti sekolah dan sebagai ibubapa, pastinya kita kena ambil tahu tentang kemaskini terbaru mengenainya.
Pada pendapat saya sendiri, agak rugi sekiranya kita tidak layari portal-portal ini untuk mendapatkan maklumat yang ada.
Mungkin ada yang belum tahu, bagaimana caranya untuk mendaftar masuk di EOperasi kan?
Tutorial ini khas buat pengguna utama portal eoperasi iaitu pentadbir sistem dan pengguna (guru dan bukan guru).
- Pengguna – ID yang telah didaftar dengan Pentabir Sistem sahaja dibolehkan untuk login modul portal e-operasi ini.
- Pentadbir Sistem – Pentadbir sistem adalah mereka yang dilantik secara rasmi oleh pihak KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia)
Bagi mereka yang mahu login buat kali pertama, anda perlu membuat pendaftaran sebagai pengguna baru. Hanya klik “Pendaftaran Pengguna” disini -> Klik Sini
- Pengguna pertama kali perlu isi maklumat diatas dengan betul dan tepat terutamanya Nama, No. KP, No. Gaji, dan Emel.
- Kemudian masukkan kata laluan, soalan keselamatan dan jawapan perlu ditulis supaya lebih mudah untuk ingat
- Lepastu tekan butang SIMPAN untuk terus proses pendaftaran.
- Kemudian anda boleh terus ke ruangan LOG MASUK sistem eOperasi menggunakan butiran login anda tadi.
- Setelah berjaya masuk login portal, semak butiran anda seperti nama, no kp dan lain-lain dan pastikan ianya betul.
Bagi mereka yang perlukan panduan manual pengguna boleh download seperti dalam gambar dibawah. Seandainya terdapat maklumat tidak tepat, anda perlulah memaklumkan kepada PK1/PK2/PK3 untuk kemaskini.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah boleh terus hubungi Pentadbir Sistem melalui emel helpdesk_smg@moe.gov.my. Jom sama-sama kita kongsi tentang kelebihan EOperasi ni kepada semua, moga kita semua dapat manfaatkan kelebihannya.
Resepi Daging Masak Rendang Hitam
Cili Blend Bawang Merah Bawang Putih Halia Lengkuas Jintan Manis Jintan Putih Lada Hitam Serai
Kulit Kayu Manis Bunga Lawang Buah Pelaga Air Asam Jawa Kicap (Terpulang nak guna yang manis ke masin) Kerisik Gula Melaka
Untuk bahan A tu, diblend ye..
Untuk bahan B tu, kalau boleh sangai/sangan dulu..
Kalau nak cantik, daging potong dadu je. tapi jangan terlalu kecik ye.
Erm,, ukuran dia lebih kurang 4cmx4cm la gitu.. hihi..
Nak sedap, perap semalaman. Bagi semua sebati.
Bahan A, Bahan B dicampur dan digaul rata dengan daging tadi ya. Bubuh garam sedikit ya.
Untuk bahan tadi, kita ni jenis masak agak-agak je. takde ukuran berapa sudu semua tu.
Agak-agak pada bahan utama (daging) tu banyak mana je.
So simple je kan?
So, selamat mencuba.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons