Makanan Malaysia : Di mana, Apa Yang Harus di Cuba dan Berapa Harganya

Malaysia, sebuah negara yang sering menjadi destinasi tarikan pelancong untuk pelbagai aspek. Antaranya pemandangan yang menarik, budaya yang pelbagai, peramah dan tak lupa juga syurga makanan yang boleh menambat selera sesiapa saja termasuk pelancong dari luar. 


Banyaknya makanan di Malaysia ini boleh membuatkan sesiapa saja berasa sukar untuk menentukan untuk makan apa. Tapi, hakikatnya boleh saja tentukan tempat makan di mana dan mahu makan apa, sesuai dengan sesuatu lokasi tempat di mana sedang berada. Soal harganya pula, rata-rata makanan di Malaysia ini dijual dengan harga yang sangat berpatutan sekali.



Antara menu utama yang sudah berjaya mendapat carta teratas dikalangan warga Malaysia adalah : 

#1 - Nasi Lemak 


Nasi Lemak yang dimasak dengan santan berserta aroma haruman daun pandan untuk wangian, benar-benar boleh membuka selera. Makin sedap bila nasi lemak ini disajikan dengan sambal tumis pedas, telur rebus, kepingan timun dan ayam goreng atau rendang. 



Sebilangan kacang dan ikan bilis goreng yang ditaburkan di bahagian atas turut memberikan tekstur yang lebih

best ketika makan. Nasi Lemak sememangnya sudah terkenal di Malaysia dan

sering dianggap sebagai hidangan kebangsaan disebabkan sejarahnya yang sudah lama ada di Malaysia. 




#2 - Roti Canai 


Roti canai adalah sejenis roti India yang lembut seperti penkek. Roti canai ini orang biasanya makan dengan kari dan harganya jarang sangat terlalu mahal. Ada banyak tempat hanya jual dalam RM1 dan di bawah RM2 untuk setiap keping. 



Terdapat pelbagai jenis roti canai mengikut selera masing-masing. Antaranya roti canai bom, roti canai tisu, roti canai telur, roti canai sardin dan bermacam lagi.


#3 - Roti Titab


Jika suka makan roti ala toast, harus cuba roti titab yang menggabungkan roti bakar,

telur mata dan juga kaya. Tiga bahan utama yang digabungkan ini memang

ternyata sedap dan nikmat saat sedang di makan. Untuk membuatkannya lebih sedap,

anda boleh meletakkan kicap dan lada sulah (lada putih) sebagai bahan untuk

melengkapkan rasa.




Roti titab mungkin sebuah menu yang cukup ringkas, akan tetapi ia merupakan menu

yang cukup terkenal di Kelantan. Harga untuk set roti titab ini juga tidaklah semahal mana

dan jika roti canai sering dijual di kedai ala mamak, roti titab ini pula sering dijual di

kedai kopitiam. Ada juga kedai yang turut menjualnya serentak di bawah satu bumbung.


#4 - Teh Tarik


Seiring dengan roti canai dan roti titab adalah teh tarik. Jika roti canai dan roti titab merangkumi kategori makanan, teh tarik ini pula merangkumi minuman yang tak patut dilepaskan. Gabungan teh tarik dengan roti canai dan roti titab merupakan satu hidangan yang sesuai. Lagi-lagi jika dinikmati saat masih panas.



Teh Tarik adalah salah satu minuman sinonim di Malaysia dan teh tarik ini dibuat daripada

serbuk teh yang dicampurkan dengan susu pekat manis. Kemudian ia di tuang dari

bekas A ke bekas B secara berulang kali sehingga mengeluarkan buih. Proses ini

dipanggil sebagai ‘tarik’ dan secara tak langsung membuatkannya berasa makin sedap!


Harganya pula kurang dari RM 3 ($ 0.70) untuk segelas. Air teh tarik sangat terkenal

di Malaysia malah sekarang ini, telah terdapat air teh tarik yang ditinkan.



#5 - Satay 


Satay merupakan daging yang diperap, dicucuk dengan lidi dan kemudiannya

dibakar hingga garing dan berjus. Di Malaysia, satay dihidangkan bersama dengan

kuah kacang, timun, bawang dan nasi himpit. 



Satay ini ada pelbagai jenis mengikut daging yang digunakan seperti ayam, daging lembu,

kambing, arnab, rusa dan pelbagai jenis lagi.  Makin best, ianya dibakar menggunakan

kayu arang yang secara tak langsung telah berjaya memberikan rasa dan aroma yang

lebih baik pada satay tersebut. 



#6 - Nasi Kerabu 


Nasi Kerabu asli Kelantan sudah lama terkenal di kawasan sekitar Pantai Timur dan menu

nasi kerabu ini turut ada di jual di negeri yang lain. Selalunya nasi kerabu ini berwarna

biru kerana di masak menggunakan bunga telang.



Nasi kerabu yang paling sedap sudah semestinya nasi kerabu asli Kelantan yang rata-ratanya

menyajikan nasi kerabu biru ini dengan lauk ayam atau daging bakar, ulam-ulaman dan

tak lupa juga budu serta kuah tumis yang diperbuat dari santan. Kuah tumis ini

membuatkan nasi kerabu tersebut lebih terasa berlemak dan pedas manis saat menikmatinya. 


Harga nasi kerabu di Kelantan masih berada dalam anggaran bawah daripada RM7 dan

untuk nasi kerabu basa (tanpa daging) berharga hanya RM3.50


#7 - Nasi Kandar


Sekiranya anda mahukan pengalaman makanan tempatan di Malaysia, kunjungilah salah

satu restoran mamak India bagi mencuba sepiring nasi putih bersama dengan lauk

yang disebut sebagai nasi kandar. Nasi kandar ini sering dikaitkan dengan negeri Pulau Pinang.



Bila sudah order, jangan terkejut kerana yang tiba adalah nasi putih bersama lauk pilihan

seperti ayam, daging kambing, udang, telur dan sayur-sayuran dengan limpahan kuah

kari yang pelbagai rasa dicampur menjadi satu dalam pinggan yang sama. Ianya dipanggil

sebagai nasi kandar dan sekali makan boleh kenyang sampai tersandar disebabkan saiz

makanannya yang agak besar. 


Nak Makan Apa? Di Mana? Berapa Harga? Boleh Order Online Dengan Semua Info Menerusi Foodpanda! 


Sekarang ni semua orang tak berani nak keluar rumah kan? Tapi bila soal makan kalau

boleh memang nak makan yang sedap sedap belaka. Sebagai contoh makanan sedap

yang mesti kena cuba di Malaysia ni. Itu baru sikit, belum lagi tunjuk contoh menu

makanan yang lain. 



Kita bernasib baik kerana ada servis online food delivery yang boleh kita gunakan

pada bila-bila masa dan di mana jua. Nak apa, order online dan pihak Foodpanda boleh

hantar untuk kita nikmatinya bersama keluarga di rumah. 


Dengan adanya servis penghantaran Foodpanda ini, proses kuarantin di rumah juga

menjadi lebih senang. Buktinya, jika terasa ingin makan sesuatu, boleh search di website

Foodpanda kemudian buat order dan tunggu team Foodpanda hantar sehingga ke depan pintu.


Penghantaran Foodpanda turut ada social distanding yang membolehkan kita mengambil

makanan dalam jarak yang sepatutnya. 


panduan-lengkap-rahsia-bagaimana-jana-income-yang-lumayan-dari-rumah-guna-handphone-je-dengan-jadi-penjual-ebook

3 ulasan

  1. Di negara kita pelbagai jeni makanan boleh dan mudah di dapati. Yang utama sentiasa berhati-hati dan sederhana dalam menikmati makanan.

    ReplyDelete
  2. Kalau cakap tentang pilihan makanan di Malaysia ni memang tak akan habis. Macam macam ada 😊

    ReplyDelete
  3. Malaysia kita kaya dengan makanan.. Macam2 ada.. Hihihi..

    ReplyDelete