Berakhirnya Persekolahan Tahun 2020 Dalam Kesebakkan..

Monday 9 November 2020

Berakhirnya Persekolahan Tahun 2020 Dalam Kesebakkan..

Assalamualaikum, selamat pagi readers..

Bila semalam cikgu Pra zara share kan cuti sekolah berakhir terus untuk tahun ni, cik mimi pulak rasa sebak. Macam tak percaya sekolah dah mulai ditutup.

Zara last jumpa kawan kawan Pra dia semalam.

Mama dia rasa sebak sebab banyak kelebihan dia masuk Pra. Sungguh. Ni bukan kes mama dia dekat rumah lepas tangan. Tapi bila di sekolah, dia mudah ingat apa yang "Cikgu Nik" dia ajarkan.

Tak semua orang paham bila mak mak ni rasa sedih anak habis sekolah macam tu je. Ada orang komen dekat komen cik mimi dalam 1 post orang lain ni. 

"Katanya ajar je la anak tu dirumah. Bukan susah pun"

Ada lagi komen lain, katanya "mak mak ni kena la ajar anak dari rumah dulu. Baru la anak mudah ingat"

Dipendekkan macam tu la komennya. Tapi cik mimi rasa mak mak tu jenis tak paham hati dan perasaan orang. 

Kita risaukan anak tu, sebab dia banyak tertinggal dalam pelajaran. Nak pulak tahun depan bakal masuk darjah 1. Mama dia boleh ajar. Tapi setakat belajar cara kita tanpa ada modul pembelajaran. Lain la kalau mama dia ni cikgu. Memang ada modul pembelajaran tuk anak anak.

Ada je mama dia ni minta ddy dorang save dan print mana mana kerja yang mudah tuk zara buat. Tapi serius cakap. Masa PKP haritu, cik mimi ajar zara. Tapi kita kekok nak mengajar dia dalam sebutan fonik. Kena cari di YouTube dulu. 

Dia cakap cikgu nik sebut lain. Kenapa mama lain?

So, nak cakap mama dia tak ajar dekat rumah ke? Cuma cik mimi nak zara ni rasai Belajar dengan kawan kawan tu dengan penuh semangat. Memang nampak bila dengan kawan tu dia belajar cepat ingat.


Akhirnya persekolahan mamanya dulu ada juga buat jamuan macam tu. Sekali zara ni, berakhir PRA macam tu je. Takde kenangan bergambar dengan cikgu kelas dia.


Apa apa pun, cik mimi dah plan juga nak beli white board tuk Zara belajar ni. Cik mimi memang hari hari sibuk dengan tugas yang ada. Tak bererti zara ni cik mimi tak tunjuk ajar. Sometimes sambil pintal eskrim pun cik mimi ajar dia baca iqra ye. 


Sungguh, tahun 2020 penuh dengan 1001 dugaan hidup. 🥺🥺

Moga tahun 2021 beri 1001 kemanisan hidup baru. Aamiin..



panduan-lengkap-rahsia-bagaimana-jana-income-yang-lumayan-dari-rumah-guna-handphone-je-dengan-jadi-penjual-ebook

8 comments

  1. Anak-anak kita semua kena homeschool lah nampak gayanya kan ... sementara nak lega Covid-19 ni.

    ReplyDelete
  2. Kan..semua jadi lain.. tapi tak apalah.. kita sama2 lah mendoakan supaya covid ni berakhir dgn cepat.. insyaallah

    ReplyDelete
  3. yela...tak sampai 3-4 bulan pun yg dorang betul-betul pi sekolah kan...hmm..semoga kita semua kuat utk melawan pandemik kali ni

    ReplyDelete
  4. ya.. 2020 rasa sia sia je.. tp klu siapa manfaatnya boleh eratkan hubungan keluarga sndiri kan

    ReplyDelete
  5. Betul.. Sama macm fariza.. Baru merasa ekolah dah jadi macm ni. Huaaaa.. Mommy yang sedih.. Kita ajar lain, cikgu ajar mungkin diaorg cepat tangkap

    ReplyDelete
  6. InsyaAllah mudah-mudahan. Semoga semua pulih seperti sedia kala.

    ReplyDelete
  7. InshaaAllah ada hikmahnya kan mimie... Yg penting2 pelajaran anak2 tak ketinggalan waktu cuti2 ni

    ReplyDelete
  8. Tahun ni memang banyak cabaran, kesian juga budak budak kena attend online class sampai ada yang kena pakai cermin mata.

    ReplyDelete