EOperasi KPM Membantu Dalam Pengurusan Tugasan

Monday 21 September 2020

EOperasi KPM Membantu Dalam Pengurusan Tugasan



Dewasa kini, dalam pengurusan seharian kita, banyak website yang membantu untuk mengurus permudahkan tugasan yang diberikan. Tidak kira siapa pun kita, pastinya kita memerlukan kemudahakan semua ini.

Pernah ke kengkawan yang lain tahu tentang EOperasi? Apa itu E-Operasi?

eOperasi adalah merupakan salah satu antara 3 Modul Pengurusan Guru yang telah dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan diselia di bawah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian.

Modul pengurusan e-Operasi melibatkan pengurusan data-data berkaitan guru dan bukan guru yang didalam kategori seperti:

  • Pentadbir Portal E-Operasi (pegawai pengurusan peringkat Negeri, Daerah, Zon dan Sekolah)
  • Pengguna Portal eoperasi Malaysia (guru dan bukan guru)

Paparan utama laman e-Operasi memaparkan beberapa maklumat penting mengenai portal ini seperti Pengumuman, Log Masuk, Bantuan dan Paparan Ralat.

Pengguna portal eoperasi, guru dan bukan guru, boleh memperoleh update terbaru mengenai e operasi kpm dari ruangan pengumuman.

Selain E-Operasi, salah satu website yang memudahkan para pengguna untuk mendapatkan maklumat terkini untuk sumber-sumber berkaitan pendidikan, boleh layari Portal Malaysia.

Melalui Portal ini, banyak kemudahan diberikan. Salah satu contohnya diberikan tunjuk ajar bagaimana  Cara Semak Keputusan Peperiksaan anak-anak melalui sistem SAPS.

Pada zaman sekarang, keputusan telah diberikan melalui website dalam mempercepatkan urusan untuk ibubapa. Dan anak anak tidak boleh mengelak untuk ketahuan dari mereka. 

Bukan itu sahaja, Portal Malaysia tidak terhad kepada info mengenai pendidikan semata. Tetapi, melalui Portal ini, segala maklumat yang terkini tentang, apa sahaja info terbaru akan dikemaskini dari masa ke semasa.

Contoh terbaru yang kita semua ketahui tahu, berlakunya penularan wabak covid-19 ini, pihak sekolah terpaksa menutup sekolah lebih kurang 3-4bulan, dan dari situ berlaku anjakan tarikh cuti sekolah dan sebagai ibubapa, pastinya kita kena ambil tahu tentang kemaskini terbaru mengenainya.

Pada pendapat saya sendiri, agak rugi sekiranya kita tidak layari portal-portal ini untuk mendapatkan maklumat yang ada.

Mungkin ada yang belum tahu, bagaimana caranya untuk mendaftar masuk di EOperasi kan?

Tutorial ini khas buat pengguna utama portal eoperasi iaitu pentadbir sistem dan pengguna (guru dan bukan guru).

  • Pengguna – ID yang telah didaftar dengan Pentabir Sistem sahaja dibolehkan untuk login modul portal e-operasi ini.
  • Pentadbir Sistem – Pentadbir sistem adalah mereka yang dilantik secara rasmi oleh pihak KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia)



Bagi mereka yang mahu login buat kali pertama, anda perlu membuat pendaftaran sebagai pengguna baru. Hanya klik “Pendaftaran Pengguna” disini -> Klik Sini



  1. Pengguna pertama kali perlu isi maklumat diatas dengan betul dan tepat terutamanya Nama, No. KP, No. Gaji, dan Emel.
  2. Kemudian masukkan kata laluan, soalan keselamatan dan jawapan perlu ditulis supaya lebih mudah untuk ingat
  3. Lepastu tekan butang SIMPAN untuk terus proses pendaftaran.
  4. Kemudian anda boleh terus ke ruangan LOG MASUK sistem eOperasi menggunakan butiran login anda tadi.
  5. Setelah berjaya masuk login portal, semak butiran anda seperti nama, no kp dan lain-lain dan pastikan ianya betul.

Bagi mereka yang perlukan panduan manual pengguna boleh download seperti dalam gambar dibawah. Seandainya terdapat maklumat tidak tepat, anda perlulah memaklumkan kepada PK1/PK2/PK3 untuk kemaskini.



Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah boleh terus hubungi Pentadbir Sistem melalui emel helpdesk_smg@moe.gov.my. Jom sama-sama kita kongsi tentang kelebihan EOperasi ni kepada semua, moga kita semua dapat manfaatkan kelebihannya.






platform-forsage-untuk-kumpul-ethereum-dan-bitcoin-dengan-cepat-di-malaysia-dengan-cara-yang-paling-selamat-dan-dijamin

1 comment