Resepi Daging Masak Rendang Hitam

Resepi Daging Masak Rendang Hitam


Assalamualaikum dan Selamat Petang semua..
Sebenarnya dah lama nak share resepi ni dekat blog. Cik mimi perlu simpan dekat blog sebab, resepi yang jarang jarang masak ni ada masa terlupa juga bahan-bahan yang diperlukan..
Dan dalam masa yang sama perkongsian dekat blog ni boleh juga bagi info resepi baru pada kawan-kawan yang lain juga kan?

Ada masa kawan mintak resepi. Cik mimi tak sempat nak menaip balik.
So minta kengkawan cari dekat blog je la. So easy kan?

Daging Masak Rendang Hitam

Sebenarnya Masak Rendang ni tak la susah mana pun. Sebab bahan-bahan semua untuk perapan je. So cik mimi sharekan resepinya okey.

Bahan A :
  • Cili Blend
  • Bawang Merah
  • Bawang Putih
  • Halia
  • Lengkuas
  • Jintan Manis
  • Jintan Putih
  • Lada Hitam
  • Serai

Bahan B :
  • Kulit Kayu Manis
  • Bunga Lawang
  • Buah Pelaga
  • Air Asam Jawa
  • Kicap (Terpulang nak guna yang manis ke masin)
  • Kerisik
  • Gula Melaka

Untuk bahan A tu, diblend ye..
Untuk bahan B tu, kalau boleh sangai/sangan dulu..

Kalau nak cantik, daging potong dadu je. tapi jangan terlalu kecik ye.
Erm,, ukuran dia lebih kurang 4cmx4cm la gitu.. hihi..

Nak sedap, perap semalaman. Bagi semua sebati.
Bahan A, Bahan B dicampur dan digaul rata dengan daging tadi ya. Bubuh garam sedikit ya.
Untuk bahan tadi, kita ni jenis masak agak-agak je. takde ukuran berapa sudu semua tu.
Agak-agak pada bahan utama (daging) tu banyak mana je.

So simple je kan?

So, selamat mencuba. 






platform-forsage-untuk-kumpul-ethereum-dan-bitcoin-dengan-cepat-di-malaysia-dengan-cara-yang-paling-selamat-dan-dijamin

6 ulasan

  1. Daging hitam ni memang pojaan hati lelagi bila raya. Memang tak sah kalau takda 😍

    ReplyDelete
  2. Tak pernah try masak rendang hitam ni, nampak sedap jer. Nanti nak try jugalah.

    ReplyDelete
  3. Cik TK tak pernah masak rendang hitam ni. Ada kesempatan nanti Cik TK try

    ReplyDelete