Showing posts with label Kisah seorang blogger. Show all posts
Showing posts with label Kisah seorang blogger. Show all posts
Assalamualaikum, Hi!
Selamat Tahun Baru 2018!
Berakhir sudah tahun 2017 kan. 365hari kita semua berjaya tempuh.
Bagaimana agaknya dengan tahun 2018 ni?
Harap-harap tahun 2018 ni banyak sinar baru untuk diri sendiri, keluarga juga kawan-kawan yang dikasihi.
Erm..
Apa plan-plan korang untuk tahun 2018 ni?
Yang bujang adakah bakal menamatkan zaman bujang?
Yang dah sah tu adakah bakal menambah cahaya mata? heheh
kalau tanya plan saya, tengah cuba kuatkan semangat untuk lebih majukan kehidupan.
Dengan harapan lainnya, berharap bisnes dapat berjalan dengan lancar.
Anak-anak akan diberikan kesihatan yang baik.
Keluarga sentiasa dilindungi Allah..
Dan berharap sangat dapat bagi lebih lagi komitmen untuk blog.
In Shaa Allah =)
Iklan sikit. Ada lagi tak yang berminat untuk dapatkan Muslim Planner ni? RM25 sahaja untuk 1 buku. Belum termasuk postage lagi. Yang berminat, boleh direct whatsApp saya ye.
www.wasap.my/601124181178
Nota hati : Moga Allah limpah ruahkan rezeki dari blog juga. Amen..
'Caras Mencaras'!
Assalamualaikum dan hai semua..
Harini rasa macam nak share je tentang 'caras'.. Lagi lagi kalau kita dah bergiat dalam bidang perniagaan ni.. Ewah.. macam besar sangat modal tu kan dok sebut bidang perniagaan. Hihihi..
Kita bisnes kicik kicik ja. Hehe
.
.
Selalu terpikir, kalau kita jual baju budak, (contoh pasal baju budak la sebab kita jual tu) pastu ada geng dalam group ke, sedara mara ke buat benda sama, jual apa yang kita jual, agak agak ada ke yang pikir kita ni 'caras mencaras' ye?
.
.
Serius, kalau kita la, kita takde niat nak buat macam tu. Niat kita, kita nak cari rezeki. Rezeki Allah SWT kan luas. Pastu mungkin tu jalan yang Allah bagi pada kita kan untuk bantu suami kan? Kalau kita pikir 'caras', kenapa kat luar sana banyak je kedai yang jual benda yang sama? Kalau kedai A buka kedai runcit. Kedai B pun kedai runcit, mungkin C pun kedai runcit, agak agak tu dikira 'mencaras' ke??
.
.
Tak kan kedai A,B atau C nak bertemu muka, pastu berbincang tanya siapa nak tukar bidang jualan. Betul tak? Tak kan A nak suruh B atau C tutup kedai. Jangan bukak kedai runcit, bukak la jualan lain, kan?
.
.
Berapa banyak juga mall yang ada dalam 1 kawasan? Persaingan memang ada. Tapi konsep 'caras mencaras' mungkin tak muncul. Janganlah kita rasa macam tu. Kita berjualan la sama sama. Mungkin customer taknak beli dengan awak, tapi nak beli dengan kita. Mungkin ada yang customer nak beli dengan kita, tapi tak nak beli dengan awak kan.
.
.
Konsep dia senang.
Customer ni kan bijak. Dia mesti la nak membeli, dia akan buat pilihan dahulu.
.
.
📌 Harga siapa murah sikit.
📌 Barang siapa lebih menarik.
📌 Seller tu jual barang apa. Sama kehendak dengan keinginan kita ke tak.
📌 Khidmat selepas jualan.
📌 Barang pickup sendiri atau hantar depan rumah.
📌 Readystok ke Pre Order
📌 Ada caj tambahan penghantaran atau tidak.
📌 Material jenis ok ke tidak.
.
.
Ni antara serba sedikit yang kita tahu la. So, kita tak perlu la risau. Rezeki dari Allah tak kan tersalah alamat. DIA akan gerakan hati 'bakal pembeli' untuk membeli dengan siapa. Tak perlu kita promote kencang, kalut macam kena kejar dek angin. Orang tu promote barang, terus la awak dah mengelabah! Cool beb.
Assalamualaikum.. Hai readers!..
Tengah buat apa tu.. Dok melayan jiwa dengan monday blues ke tu? Meh kita bebel sikit meh..
Dulu masa time kerja koperasi, hari isnin hari paling semangat tau. Tak tahu kenapa. Maybe sebab sabtu ahad dah cuti, mai hari isnin, berkobar kobar nak menghadap kerja yang menimbun. Tapi kalau bab kata ada audit nak datang, haaaii la malass.. Kaki nak melangkah pun lembik! haha..
Haaaa, harini kan kita menaip dengan penuh semangat tau!
Walaupun kerja hanya dari rumah, of course la semangat tu kena ada.
Semalam ddy zara ajak ke UO segamat. Dalam kepala ni dah sah-sah la dok ingat MR.DIY je tau.. Sebab kat situ macam-macam boleh dicari kan.
Plannya nak ubah suai meja kerja kita ni haaaaa..
Actually meja ni meja tv yang tersedia ada kat rumah kauters ni haaa..
Sebelum ni kalau la online, letak je la mana yang rasa selesa. Kat atas meja ke, atas lantai ke.. Atas narita nak tido ke..
Memang macam tak efisen langsung buat kerja camtu.
*Rupa asal meja tv tu*
Bulan lepas ada rezeki lebih. Rezeki dalam dunia blogging ni juga. Duit tu kita leburkan untuk dapatkan meja tv yang baru. Sebab meja tv yang ada ni tak sesuai laaaa..
Nak-nak kita ni ada baby yang tengah rancak dengan segala program dia.
So, plannya dah tukar meja tv, kita nak la meja tv ni dijadikan meja kerja kita. hihi
Sebab nakkan suasana kerja tu ada. Gituuuuu..
Tapi macam tak best je meja togel camtu. haha
So, kuarlah belanja sikit beli wallpaper, lekatkan kat meja ni haaa..
Pastu hias sikit dengan bunga tu haaa..
Ehhh, orang perempuan kan kalau dapat bunga happy kemain lagi kan?
So, kat meja kerja Wajib la letak sepasu bunga supaya nampak ceria..
Betul tak? Betul tak?
Now kita dah semangat nak menaip, nak membebel.. Haha..
Moga moga lepas ni job pun kencang la hendaknya kan. Amen!
Oktober muncul kembali. .
Assalamualaikum.. Hai readers..
Disaat yang lain sedang dibuai lena, saya mengambil kesempatan ni untuk menulis diblog..
Ehhh, kenapa skema sangat aihhh ayat.. haha..
Weekend!
Assalamualaikum.. Morning uolss..
Weekend macam ni apa aktiviti korang? Mesti best best kan.
Me??
Like this 👇
Official dot.com !
Assalamualaikum.. hai readers.. 😉😉 kita just nak share, 31 ogos lepas bukan setakat negara kita je sambut kemerdekaan tau. Tapi blog kita pun merdeka jugak!
PEREMPUAN KAN!
Assalamualaikum.. Morning semua..
Semangat betul pagiak ni nak meng-Update blog. Cuaca pun dingin je. Alaala di Cameron Highland gitu.. Ewahhh!.. haha
RAJIN-MALAS | MALAS-RAJIN
Assalamualaikum.. Selamat pagi. Selamat berhujung minggu. Blog dah beberapa hari senyap. Sebenarnya banyak je boleh ditulis. Tapi tu la.. Rajin-Malas. Malas-Rajin. Rajin ambik gambar. Tapi malas nak watermark. Malas nak menaip, tapi rajin nak berkongsi. Ehhh macam mana tu.
1hari 1entri
Assalamualaikum.. Morning readers..
Sebenarnyakan kita tengah cabar diri sendiri ni tau.
WAJIB ada 1entri untuk 1hari.
Bila buat macam tu, baru la cantik je blog kan?
Sibuk Sangat Ke Tu?
Assalamualaikum.. Selamat Pagi..
Rasa macam dah lama sangat tak update blog ni kan? Serius, rindu membuak-buak nak menulis tu. Tapi masa tu betul-betul tak cukup. Nak-nak pula sekarang ni adik zhareef pun dah makin ligat!.. Mana taknya, dah masuk 5 bulan pun kan. So, memang kena bagi tumpuan. Si kakak zara pula pantang mama dia buka laptop. Dia dulu sibuk nak guna. Berebut la mak dengan anak.
Dulu Dan Sekarang
Assalamualaikum.. Selamat Malam.. Malam ni kita online sekejap jenguk blog. Dah lama tak dapat buka blog dengan aman macam malam ni. Maklumlah, dah anak 2. Tugasan bertambah. Tanggungjawab apatah lagi. Allah dah beri Amanah kepadaku untuk 2 orang cahaya mata ni.
Bila Stress Apa Patut Dibuat?
Assalamualaikum.. Selamat Pagi. Saja nak berkongsi kongsi cerita je. Kalau awak semua tengah stress pasal sesuatu kan, pada yang awak buat ye? Yela, bila kita dalam keadaan tertekan ni, selagi apa yang kita pendam tu tak terluah, tak terlepas, memang sakitnya kita yang rasa kan?
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons