My New Work Station!

Monday 20 November 2017


Assalamualaikum.. Hai readers!..
Tengah buat apa tu.. Dok melayan jiwa dengan monday blues ke tu? Meh kita bebel sikit meh..
Dulu masa time kerja koperasi, hari isnin hari paling semangat tau. Tak tahu kenapa. Maybe sebab sabtu ahad dah cuti, mai hari isnin, berkobar kobar nak menghadap kerja yang menimbun. Tapi kalau bab kata ada audit nak datang, haaaii la malass.. Kaki nak melangkah pun lembik! haha..

Haaaa, harini kan kita menaip dengan penuh semangat tau!
Walaupun kerja hanya dari rumah, of course la semangat tu kena ada. 
Semalam ddy zara ajak ke UO segamat. Dalam kepala ni dah sah-sah la dok ingat MR.DIY je tau.. Sebab kat situ macam-macam boleh dicari kan.




Plannya nak ubah suai meja kerja kita ni haaaaa..
Actually meja ni meja tv yang tersedia ada kat rumah kauters ni haaa..
Sebelum ni kalau la online, letak je la mana yang rasa selesa. Kat atas meja ke, atas lantai ke.. Atas narita nak tido ke..
Memang macam tak efisen langsung buat kerja camtu.

*Rupa asal meja tv tu*

Bulan lepas ada rezeki lebih. Rezeki dalam dunia blogging ni juga. Duit tu kita leburkan untuk dapatkan meja tv yang baru. Sebab meja tv yang ada ni tak sesuai laaaa..
Nak-nak kita ni ada baby yang tengah rancak dengan segala program dia.




So, plannya dah tukar meja tv, kita nak la meja tv ni dijadikan meja kerja kita. hihi
Sebab nakkan suasana kerja tu ada. Gituuuuu..
Tapi macam tak best je meja togel camtu. haha
So, kuarlah belanja sikit beli wallpaper, lekatkan kat meja ni haaa..
Pastu hias sikit dengan bunga tu haaa..
Ehhh, orang perempuan kan kalau dapat bunga happy kemain lagi kan?
So, kat meja kerja Wajib la letak sepasu bunga supaya nampak ceria..

Betul tak? Betul tak?

Now kita dah semangat nak menaip, nak membebel.. Haha..

Moga moga lepas ni job pun kencang la hendaknya kan. Amen! 

6 comments