Friday, 24 March 2017

Bila Stress Apa Patut Dibuat?


Bila Stress Apa Patut Dibuat?


Assalamualaikum.. Selamat Pagi. Saja nak berkongsi kongsi cerita je. Kalau awak semua tengah stress pasal sesuatu kan, pada yang awak buat ye? Yela, bila kita dalam keadaan tertekan ni, selagi apa yang kita pendam tu tak terluah, tak terlepas, memang sakitnya kita yang rasa kan?



Haritu hampir 2 minggu juga la saya rasa tertekan. Tertekan disebabkan oleh sesuatu perkara tu, jalan penyelesaiannya memang saya sendiri kena cari & usaha. Alhamdulillah, sekarang dah okay. Cuba kena banyak bertenang dan berserah pada Allah..

Dalam tempoh rasa stress tu melanda, memang perasaan nak nangis tu ada, nak mara mara je apatah lagi kan. Perasaan serba serbi yang tak kena! Nak pulak sekarang ni zara punya perangai, sangat laaaaa menguji. Kena kesabaran yang tinggi dengan anak yang sorang ni.

Pikir secara rasional, cuba tenangkan hati. Last-last apa yang mampu saya buat bila duduk dalam rumah? Berblog? Rasa macam tak sesuai nak menulis, lagi-lagi otak pun tengah bercelaruan. Tentu entri pun seakan tak ikhlas ke nanti. Jadi langkah paling mudah, kemas rumah. Cuba seronokkan hati. Bukan la kalau tak stress, umah tak dikemas ye. 😂😂😂



Cuma kita rasa seronok kalau tengok umah yang sangatlah lintang pukang, tiba-tiba jadi kemas. Aura positif tu terus datang dalam diri. Semangatnya lain macam!.. Betul tak? Haritu kemas umah cecantik sebelum zara bangun. Sekali dia bangun tido pun ikut teruja. Hahaha.. teruja juga untuk menyepahkan kembali sebenarnya juga. 😎😎😎

Pastu ddy zara ni pula sometimes kalau hari cuti jenis nak berjalan. Boring katanya. Saya pula jenis tak suka nak keluar time duit takde. 😫😫😫 Biasa la orang ppuan kan. Kalau dah keluar ke mall, mesti nak rempat 1-2 barang paling tidak tak?

So, bila dah stress, dapat window shopping pun okay juga. Survey apa yang patutkan? Kalau nak tahu tempat paling best bagi saya bila ke mall ialah Mr.DIY. 😅😅😅
Masuk situ bukan setakat hilang stress. Boleh teruja nak shopping.

So, kalau stress sebenarnya ada jalan penyelesaian tuk redakan sikit perasaan tu kan? Cuma kita je kena pandai cari jalannya. In shaa Allah hati pun akan tenang. Janganlah ambik langkah mudah nak 'hapus' kan diri sendiri.

 

4 comments:

  1. ya betul,rumah kemas boleh menurunkan stress.(^_^).

    ReplyDelete
  2. fae kalo stress fae jalan2 or main hp sampai pedih mata then zzzzz

    ReplyDelete
  3. amboih.. MR DIY penghilang stress ye

    ReplyDelete
  4. aida jadi habit dah tau.
    kalau rasa geram.
    rasa nak bersendirian.
    kat umah, aida mengemas.
    abis la brg dlm bilik stor aida punggah.
    aida tukar tempat.
    ngelap la. nyapu la :)
    kita mcm ada habit yg sama ekk :) hi hi

    ReplyDelete

Sponsor

Comments