'Caras Mencaras'!

Thursday 30 November 2017

'Caras Mencaras'!




Assalamualaikum dan hai semua..
Harini rasa macam nak share je tentang 'caras'.. Lagi lagi kalau kita dah bergiat dalam bidang perniagaan ni.. Ewah.. macam besar sangat modal tu kan dok sebut bidang perniagaan. Hihihi..
Kita bisnes kicik kicik ja. Hehe
.
.
Selalu terpikir, kalau kita jual baju budak, (contoh pasal baju budak la sebab kita jual tu) pastu ada geng dalam group ke, sedara mara ke buat benda sama, jual apa yang kita jual, agak agak ada ke yang pikir kita ni 'caras mencaras' ye?
.
.
Serius, kalau kita la, kita takde niat nak buat macam tu. Niat kita, kita nak cari rezeki. Rezeki Allah SWT kan luas. Pastu mungkin tu jalan yang Allah bagi pada kita kan untuk bantu suami kan? Kalau kita pikir 'caras', kenapa kat luar sana banyak je kedai yang jual benda yang sama? Kalau kedai A buka kedai runcit. Kedai B pun kedai runcit, mungkin C pun kedai runcit, agak agak tu dikira 'mencaras' ke?? 
.
.
Tak kan kedai A,B atau C nak bertemu muka, pastu berbincang tanya siapa nak tukar bidang jualan. Betul tak? Tak kan A nak suruh B atau C tutup kedai. Jangan bukak kedai runcit, bukak la jualan lain, kan? 
.
.
Berapa banyak juga mall yang ada dalam 1 kawasan? Persaingan memang ada. Tapi konsep 'caras mencaras' mungkin tak muncul. Janganlah kita rasa macam tu. Kita berjualan la sama sama. Mungkin customer taknak beli dengan awak, tapi nak beli dengan kita. Mungkin ada yang customer nak beli dengan kita, tapi tak nak beli dengan awak kan.
.
.
Konsep dia senang. 
Customer ni kan bijak. Dia mesti la nak membeli, dia akan buat pilihan dahulu.
.
.
📌 Harga siapa murah sikit.
📌 Barang siapa lebih menarik.
📌 Seller tu jual barang apa. Sama kehendak dengan keinginan kita ke tak.
📌 Khidmat selepas jualan. 
📌 Barang pickup sendiri atau hantar depan rumah.
📌 Readystok ke Pre Order
📌 Ada caj tambahan penghantaran atau tidak.
📌 Material jenis ok ke tidak.
.
.
Ni antara serba sedikit yang kita tahu la. So, kita tak perlu la risau. Rezeki dari Allah tak kan tersalah alamat. DIA akan gerakan hati 'bakal pembeli' untuk membeli dengan siapa. Tak perlu kita promote kencang, kalut macam kena kejar dek angin. Orang tu promote barang, terus la awak dah mengelabah! Cool beb.


1 comment

  1. macam-macam perangai orang berniaga ni kan.
    kdang tu tak leh tgk pesaing dia banyak customer.

    ada jerr nak jatuhkan orang tu.

    hati-hati ya kak :)

    ReplyDelete