Isnin, 2 Oktober 2017

Oktober muncul kembali. .

Oktober muncul kembali. .

Assalamualaikum.. Hai readers..
Disaat yang lain sedang dibuai lena, saya mengambil kesempatan ni untuk menulis diblog..
Ehhh, kenapa skema sangat aihhh ayat.. haha..
Sorry..
Tetiba tak tahu nak mengarang intro macam mana! Tapi excited nak menaip.. Haiiihhh... Sabar je la..

Pejam celik pejam celik dah masuk bulan oktober kan!
Rasa macam tak percaya je.. Kenapa masa tu cepat sangat. Nanti kita pun cepat tua..
Ehhh, memang dah tak berapa muda dah pun. Tahun ni last pegang umur angka 2 dihadapan tau..

Bila masuk bulan baru, berharap sangat Allah permudahkan lagi segala tugasan.
DIpermudahkan dalam urusan menjaga anak-anak yang diamanahkan!
Dah la dapat mak macam singa, bertabah je la ye anak-anak..
Diberi kesihatan yang baik. Rasanya bulan 9 adalah bulan UJIAN ALLAH.

Sebulan rasanya badan kurang sihat. selang 2 minggu dapat balik rasa sakit badan. Allah saja la yang tahu. Dengan keadaan baby pun ikut demam seminggu.
Harapannya bulan ini, Allah kurniakan kesihatan yang lebih baik, hendaknya..

Moga rezeki yang diberikan juga dilipat gandakan.. Amen..

Dalam masa yang sama juga, semoga amal ibadat yang dilakukan juga makin meningkat.
Takut sebenarnya bila merasakan kadang kala tak cukup masak untuk semua..
Termasuklah seperti berblog ni..

Jam 2.40 pagi baru dapat menaip. Moga lepas ni dilapangkan masa yang lebih lagi untuk keluarga juga diri sendiri.

:)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan