Assalamualaikum, selamat petang semua..
Sebenarnya dah lama nak update bloglist. Tapi disebabkan laptop rosak, then hantar baiki dari 16mac2020, sangkut PKP pula, 22Ogos2020 baru sampai dekat tangan balik, Bertabah sangat menunggu..
So dikesempatan yang ada ni, cik mimi ingat nak buat la pembaharuan sikit. Link yang ada ni pun yang cik mimi pernah minta kengkawan share masa di FB haritu.
So dekat sini cik mimi listkan je dulu semua link yang ada, then cik mimi akan senaraikan link yang terpilih, okey?
Kalau mood cik mimi baik, total 28 link ni akan berada dalam senarai.. so waiting yaaaa..
25. www.cikash.com
28. www.mrsliez.com
Segmen Bloglist Pertama Blog SalatulZarida
Assalamualaikum.. Selamat bercuti semua..
Salam Maal Hijrah buat semua yang beragama islam..
Hari cuti macam ni apa je planning kengkawan semua?
Cik mimi dirumah aje. Ddy dorang naik duty pulak.. But it's okay..
Rest dekat rumah aje la.. Sehari je cutinya kan?
So, sementara ada masa ni, rindu pulak nak bersegmen..
Rindu zaman baru nak UP dalam dunia blogging dulu..
Siapa nak join sama boleh klik pada BANNER okeh..
Jom ler sama sama memeriahkan segmen sesama kawan blogger okey..
Syarat pun simple aje..
Cerita Throwback.
Hai readers..
Salam hujung minggu untuk semua..
Erm..
Cerita 2 minggu lepas. Orang dok bekerja, ddy dorang baru dapat bercuti..
So bila dapat cuti singkat ni, kami balik rumah Mil dulu la.
Itu je yang sempat.
Bila balik rumah mil di Melaka, nak jalan sana sini pun rasa macam malas je disebabkan Covid-19 yang belum berakhir ni.
So kami ambik kesempatan berjalan tempat yang betul betul nak tuju je.
Okay, tajuk lain, intro panjang lebar ke lain kan.. well cik mimi kan.. kadang merapu je lebih.. hihihik..
Ceritanya..
Ddy dorang ni tanya nak pergi mana. Dia memang plan nak keluar. Tapi cik mimi ni tak tahu sebenarnya nak ke mana..
So tiba tiba teringat nak try Texas Chicken.
Sebab kawan dan adik pernah cakap sedap.
Kalau sebut pasal sedap, tentunya nak cuba kan? Terliur juga dibuatnya. So setelah di google Maps kan di mana ada, so kami tuju dia NSK Melaka tu.. Nak kata NSK tu dekat dengan rumah Mil, tak juga. Tapi sebab nak cari benda tu, gigih musing mencari.
Kalau tanya komen jujur dari lubuk hati cik mimi, Texas Chicken ni tak berapa nak mendapat tempat di tekak cik mimi.. kureng sikit la.
Kalau Kentucky Fried Chicken tu memang No.1 la. 😬😬
Tanya pendapat ddy dorang. Dia pun kata tak berapa sangat dengan Texas Chicken ni.
Sejujurnya la, kalau dari segi coslow dia tu, kurang sos kuah dia tu. Macam kering. Pastu dia takde gabungan dengan kentang putar. Kalau ada mesti best. 😋
Then kentang goreng dia pun macam tak lembut. Zhareef yang favourite dengan kentang goreng pun tak berapa nak makan benda tu.
Tapi kalau ditanya akan repeat lagi ke tidak, erm.. kalau bukan kehendak yang betul betul nak, tak kut. Kecuali orang belanja, rezeki jangan ditolak kan. Hihi
Erm.. ni just komen bukan post berbayar ke apa ye. Toksah nak kecam. Lain orang lain citarasanya kan. 🤷
Glow Galenggang Membantu Mengatasi Masalah Kulit.
Hai readers..
Bila bercerita tentang kegatalan pada kulit badan, sebenarnya mendatangkan kerisauan dalam hati bukan?
Kalau tanya pada cik mimi sejujurnya, memang risau. Sebab kulit adalah anggota paling besar pada diri kita. Kalau dah terjadi kegatalan, selalunya ianya boleh merebak. Paling merisaukan kalau ianya boleh berjangkit!
Baru-baru ni, lebih kurang sebulan yang lepas, zhareef alami kegatalan pada dada dan sekitar kawasan punggung. Risaunya masa tu sampai dah tak boleh fikir apa bantuan yang boleh bagi. Yang ada dalam kepala, "jumpa doktor"..
Itu la yang terfikir sebab kita perlukan "ubat"..
Sebenarnya "ubat" semata-mata bukan juga jalan penyelesaian. Tapi biasa la. Bila kita dah dalam buntu, itu aje yang ada dalam kepala otak.
Tapi masa zhareef alami kegatalan tu, cik mimi langsung tak teringat pasal sabun Glow Galenggang ni. 🤦🤦🤦
Allah, menyesal sungguh masa tu.
Memang nak rawat dia tu, cik mimi ajak suami bawak zhareef jumpa doctor. Then doctor kata gatal ni disebabkan alahan.
Erm..
Tak tahu masa tu alahan dia sebab apa. Sampai la sembang dengan kawan dan cousin, dorang minta suruh tukarkan susu dia. Alhamdulillah, lepas minum susu baru, nampak perubahan dia. Kegatalan semakin baik dan berkurangan. Tapi ada juga bantuan dari segi pertukaran sabun mandi dia juga.
Dan selepas dari tu, baru cik mimi diperkenalkan dengan sabun Glow Galenggang ni. Now cik mimi kena standby ada dirumah sabun ni sebab zhareef mudah sangat naik gatal-gatal di badan. Maklum saja la, budak budak kan suka bermain bebas di luar.
Sebenarnya, pernah sekali dulu cik mimi pernah gunakan sabun ni untuk cik mimi sendiri. Sabun ni memang best. Wangi sangat sangat. Cik mimi gunakan pada diri sendiri, dan bab paling best, lepas mandi badan terasa segar aje tau.
Cerita bab sabun glow Gelenggang ni, dulu zaman anak dara, cik mimi memang pakai sabun dari daun ni untuk bagi kesegaran badan tau. Dan satu lagi kelebihan dia, untuk hilangkan bau badan. Kadang kala kita tak selesa dengan bau badan sendiri kan? So korang wajib cuba sabun galenggang ni tau. In Shaa Allah berkesan.
Selain tu apa yang cik mimi suka permukaan sabun ni. Sebelah bahagian dia licin je. Dan sebelah lagi, permukaan tu macam menggerutu. Menggerutu tu disebabkan oleh bahan bahan sabun tu sendiri. Antara bahan yang terkandung dalam sabun ni ialah :
Daun Gelenggang (Cassia Alata)
- dikatakan sebagai agen anti-kulat dan anti bakteria yang sangat berkesan untuk menghilangkan gatal-gatal dan membantu dalam menyelesaikan masalah kulit seperti ekzema, psoriasis, panau, kurap, resdung, kayap, kudis buta dan masalah yang seangkatan dengannya.
Habbatus Sauda (Black Seed Oil)
- membantu mengurangkan radang dan membantu dalam penyembuhan luka luaran.
Minyak Argan (Argan Oil)
- membantu memberi kelicinan pada kulit dan menghaluskan serta membantu penyerapan dalam kulit.
Minyak Zaitun (Olive Oil)
- membantu memberi kelembapan pada kulit lebih lama.
Tanah Liat Putih (Kaolin Clay)
- dikatakan sesuai dalam merawat masalah psoriasis, ekzema, kurap, panau, kayap, ruam susu bayi, kudis, kudis buta, cacar air dan masalah lain.
Crystal Menthol
- membantu menyejukkan kulit.
Bahan bahannya semua dari bahan yang elok. Orang kata, kita usahakan je untuk merawat okay.. Cik mimi share dari pengalaman sendiri. Memang cik mimi suka sabun ni. Sebab memang pernah pakai.
Okay, cik mimi sharekan lagi apa lagi kelebihan sabun glow Gelenggang ni dalam membantu merawat anda yang mempunyai masalah dengan kulit.
💞 Eczema
💞 Psoriasis
💞 Kurap
💞 Panau
💞 Kutu Air
💞 Kayap
💞 Kutu Rambut
💞 Resdung
💞 Badang
💞 Kudis Buta
💞 Kurap Susu Bayi
💞 Bisul
💞 Gatal-gatal
Mesti ada yang nak tahu siapa yang boleh menggunakan sabun glow gelenggang ni kan?
- Lelaki / Perempuan
- Kanak-Kanak
- Orang Dewasa
- Orang Tua
- Wanita Hamil
- Wanita Berpantang
Okay, cukup panjang dah kan bebelan perkongsian dari cik mimi ni. Kalau ada yang terus nak dapatkan produk ni, tak tahu macam mana, boleh layari :
Website : https://glowgelenggang.com/
WhatsApp : 014-544 5951
Twitter : glow gelenggang
Facebook : http://www.facebook.com/glowgelenggang
5 Restoran Cina Terbaik Buat Pengunjung Di Kuala Lumpur.
Hai readers semua.
Untuk harini, cik mimi just nak share tentang restoran chinese yang ada. Restoran ni bukan galakan cik mimi untuk orang islam ke sana. Tapi just nak share. Oraite.. Understand kan? 😅
Memang benar bahawa orang Asia tidak dapat hidup tanpa nasi. Keluarga Cina rata-rata akan memastikan pengambilan nasi dengan hidangan setiap hari, sama ada dimasak di rumah atau dimakan di luar (dai chao). Sama ada anda mempunyai keluarga, saudara atau rakan asing untuk makan, senarai ini tidak akan mengecewakan. Oleh itu, cik mimi cuba berkongsi kepada anda beberapa restoran Cina terbaik di KL.
1. Sek Yuen Restaurant Jalan Pudu
Restoran ni dikatakan sebagai salah satu restoran yang tertua di Kuala Lumpur kerana ia telah beroperasi lebih 70tahun. Boleh bayangkan tak, selalunya Restoran yang beroperasi tersangat lama bertahun lamanya ni sebab apa? Tentunya sebab sajian yang dipersembahkan pada pelanggan bukan?
Menurut pelangan, antara menu yang mendapat perhatian ialah daging itik serta mee daging lembu yang boleh didapati.Dan tak perlu risau tempahan juga diterima untuk masa hujung minggu.
2. Hau Kee Seafood Restaurant
Menurut orang sekitar, restoran hau kee ini sangat terkenal dikalangan kawasan sekitar kerana ia menyajikan makanan yang berkualiti serta layanan mesra pelanggan yang cukup cepat. Hidangan yang disediakan dikatakan takkan mengecewakan malahan dari segi harga juga mampu milik.So bagi kengkawan chinese atau readers chinese disini bolehlah mencuba sekiranya berada berdekatan dengannya.
3. Lai Po Heen
Tentunya ada diantara kengkawan yang inginkan makan malam yang indah serta berada dalam kemewahan begitu kan?
Cuba anda pilih Lai Po Heen. Ianya terletak di Majestic Oriental yang sungguh mengagumkan, dan dikatakan salah satu daripada beberapa restoran Cina Halal di Kuala Lumpur.
Disamping menikmati suasana yang indah kerana menghadap ke Taman KLCC, restoran ini juga menyajikannya makanan klasik. Dan dari segi harga, ianya dikatakan berbaloi dengan suasana, layanan serta kualiti makanan dihidangkan.
4. Restaurant New Kai Seng Seafood
Dengar sahaja Seafood, tentunya ramai pembaca chinese disini sukakan Seafood kan?
Okay, menurut cadangan, bagi mereka yang ke restoran ini boleh mencuba ketam yang dimasak dalam pot tanah liat. Ianya dikatakan sungguh enak serta aroma nya sungguh membuat pelanggan menjilat jari ketika menikmati nya.
Mereka menyajikan masakan yang enak didalam pot tanah liat dan jangan lupa untuk menikmati hidangan istimewa mereka sup lala yang best.
5. Chong Yen Steamed Fish Head Restaurant
Di restoran ini, antara menu pilihan yang terbaik ialah kepala ikan kukus. Dan menurut mereka yang pernah melawati restoran itu, ianya salah satu restoran yang bertahan lebih kurang 30tahun.
Menurut pengemar restoran itu, kepala ikan kukus yang disajikan seperti satu menu yang luar biasa. Dan diberikan 2 pilihan hasil masakan. Dan salah satu sajian yang mendapat tarikan pelanggan ialah ianya dikukus bersama kacang soya serta mempunyai gabungan cili gelap.
Salah satu menu lain yang istimewa ialah hidangan ayam kampung mereka. Akan tetapi, untuk merasai menu ini perlu membuat tempahan terlebih dahulu okay sebelum kehabisan.
Okay diingatkan, menu menu dari restoran ini hanya bersesuaian untuk non muslim ya. So, bagi chinese yang mencari chinese food jangan lupa untuk rasai keenakan masakan yang sedia ada.
Dan anda tak perlu risau sekiranya malas nak keluar rumah. Kerisauan tentang Covid yang belum berakhir ini. Nak rasai keenakan semua masakan ni? Anda semua duduk diam diam dirumah, dan buka sahaja aplikasi Foodpanda Haaa, mudah ke tidak?
Masih belum muat turun aplikasi ini? Okay jangan lupa muat turun segera ye.
Pada cik mimi la, Foodpanda ni satu kelebihan buat kita semua. Sebab apa tau, sana sini dah ada perkhidmatan ni. Sebagai contoh ditempat cik mimi menetap sekarang, Mersing. 2tahun lepas Foodpanda dah ada kan? Tapi masa cik mimi ke sana, ianya belum ada.
Tapi kerana Covid-19 yang melanda, makin banyak pula Foodpanda ni muncul. Terbaik la. So kita jangan sia-siakan perkhidmatan yang dah sedia ada ni okeh?
So jangan lupa, hanya satu aplikasi Foodpanda ini, anda semua dapat rasai keenakan masakan yang ada dari restoran restoran yang sedia ada. 🤗
Seperti yang dijangkakan, raya Aidiladha tahun 2020 still kena mengikut SOP.
Erm.. cik mimi throwback simpan dekat blog sebagai satu kenangan la ye. Mana tahu, ada masa nak imbas balik kenangan tu. Boleh baca dan ingat balik suasana tu.
Tahun 2020 ni ingatkan tahun yang penuh kemeriahan, penuh kenikmatannya..
Tapi sebaliknya yang kita semua rasai..
Perlu patuh SOP.
Ada masa seperti "lebih baik berkurung dirumah"..
Cerita pasal Aidiladha tahun 2020 ni, ddy Zarazhareef kena naik duty lain. Ehhhh, macam satu perjanjian pulak ye. Tahun lepas naik duty. Tahun ni pun macam dah isi nama pulak.
Okay, semua ni kebetulan semata-mata. Nak kata macam mana. Tugas!
Kalau nak tanya menu apa yang disajikan, cik mimi takde masak masak pun. Takde tetamu jemputan pun. Still duduk rumah diam diam. Dah ddy dorang pun bekerja kan. Lagipun jiran jiran ramai yang balik kampung. So kami duk merap aje tengok tv.
Menu untuk diri sendiri je la yang ada.
Bihun Soto Ayam. Tapi cik mimi dok makan dengan nasi impit.
Terbayang-bayang hasil masakan mak. Tapi mak jauh. So kita buat je la sendiri.
Puas dapat makan.
Anak anak pun tak sempat nak berbaju raya. Bangun pun dah lewat kan. Jiran atas bawah pun takde. So, krik krik je dekat blok kami, so, duduk rumah pakai la baju biasa sudah..
Erm.. apa lagi ekk cerita pasal raya??
Rasanya takde apa yang menarik sebab whole day duduk rumah ngadap tv. Itu aje la seharian. 🤗
Cik mimi macam biasa la, niaga is ON. Hihihi
Teluk Buih, Mersing..
Assalamualaikum, hai readers semua..
Mungkin sempat la cik mimi post satu entri harini.. sebab banyak gak benda lain nak post ni. Tapi tertangguh. Biasa la cik mimi ni kan.
Busy memanjangkan orang kata. Nak update bloglist baru pun tak dan. Sabaq naa..
Al kisah nya pada hari sabtu 25.07.2020 yang lepas.
Kawan baik masa kami sama sama duduk gemas nak turun Mersing. Kawan cik mimi ni pindah JB sebulan sebelum cik mimi pindah Mersing. Kira dah 2 tahun juga la dia duduk JB, tapi kami belum pernah berjumpa di Mersing.
Cik mimi ke JB ada la juga jumpa dia disana. Dia la kawan yang banyak tolong masa cik mimi masuk ward, operation di HSI dulu. Tolong jagakan anak anak sementara nak menanti opah atuk datang ambil dorang.
Sehari sebelum tu kawan tanya, ada rumah tak hari sabtu tu. Kami ni takde kemana pun. Kecuali keluar jalan jalan beli barang dapur je kalau hari sabtu ni. Then bila dah set masa semua, maka hari sabtu tu kawan pun turun la Mersing. Katanya nak ke Teluk Buih.
Cik mimi ON kan aje. Seronok kawan baik nak datang kan. Datang pun bersebab sebenarnya. Next story la okeh. Hihi..
So, sambil jalan nak ke Teluk Buih tu bawak kawan tu singgah Tanjung. Dimana tempat jualnya segala keropok keping dan keropok lekor. Actually banyak kedai dekat Tanjung tu. Cuma kena pandai pilih je la. Ada kedai keropok lekor dia keras. Ada yang elok lembut. Ada yang berasa ikannya, ada yang tidak.. haaa gitu la lumrahnya orang berniaga kan..
Setiap jualan yang ada kami berhenti. Bawak dorang beli coconut shake la.. Sebab cik mimi teringin pulak masa tu. Then kawan pun mencari rupanya. Hihi..
Then kitorang terus tuju ke Teluk Buih. Nak kata jauh sangat kalau dari Tanjung tu, tak juga. Kitorang ikut jalan dalam.
Sebenarnya Teluk Buih ni terkenal dengan "Pasar Nelayan" nya.. Tapi cik mimi ni takde la beli ikan kat situ pun. Sebab kadang sampai sana dah nak ke tengah hari. So banyak ikan dah habis. Tinggal pun hat ikan tak biasa makan. Sekadar cuci mata sajaaaa la bila dah ke sana.
Selain dari trademark "Pasar Nelayan" nya, Teluk Buih ni terkenal juga dengan keindahan alam nya yang sangat cantik. Pertama kali cik mimi tengok airnya yang sangat sangat cantik tau. Subhanallah.. Selalu sampai ke Jeti je. Tak tuju pulak ke pantai nya.. walhal dekat depan sikit tu je. Maklumlah, tak perasan. Hahaha
So, bila dah sampai pantainya, teruja tengok airnya yang hijau tu. Cantik sangat! Dah macam dalam tv, macam dalam gambar yang selalu tengok. Cik mimi ni bukan la minat sangat dengan Pantai. Biasa biasa aje. Sesekali pergi memang jadi teruja la kan..
So bila dah sampai sana, memang gunakan kuasa Kamera Sepenuhnya untuk merakam segala moment yang ada dengan kawan baik cik mimi tu.. kalau ada rezeki dia turun Mersing, boleh la pakat pakat anak pun seronok bermandi manda di Pantai..
Mersing memang terkenal dengan segala jenis pantai. In shaa Allah ada rezeki cik mimi boleh la terjah dan rakam sikit kenangan yang ada buat bekalan anak anak membesar kan..
Siapa sini orang Mersing, share sikit. Hihi..
#Mersing
#TelukBuih
#PasarNelayan
Kerjasama Terjalin Antara Wetek Dan XOX Dalam Memberi Pembiayaan Mikro Asia Tenggara
Friday 17 July 2020
Kerjasama Terjalin Antara Wetek Dan XOX Dalam Memberi Pembiayaan Mikro Asia Tenggara
Wetek Technology (M) Sdn Bhd memperkenalkan pembiayaan mikro di Asia Tenggara (SEA) dan dijangkakan jumlahnya akan melebihi RM2 bilion untuk permulaan dan mungkin juga menjadi rakan XOX Bhd untuk ini.
Sebelum ini, XOX sudah menjadi rakan kongsi dengan Wetek untuk memperkenalkan pembiayaan mikro di Malaysia bernilai RM1 bilion untuk usahawan dan pemilik perniagaan kecil. Bahagian kedua mungkin diperkenalkan kemudian bergantung pada permintaan.
Pengarah Wetek Howard Leung Hao mengeluarkan kenyataan semalam dan mengatakan bahawa ia bertujuan untuk menjadi pemimpin pasaran pembiayaan mikro di Asia Tenggara.
Di peringkat global, industri pembiayaan mikro telah melayani 139.9 juta peminjam pada tahun 2018, dan 65 peratus peminjam pembiayaan mikro tinggal di kawasan luar bandar di mana perbankan dan pinjaman tradisional sukar atau mustahil. Ini satu perkara yang sangat luar biasa. Kerana dapat membantu ramai orang diluar sana.
Leung Hao mengatakan, menurut Microfinance Barometer 2019, industri ini telah berkembang pada kadar tahunan 11.5 persen selama beberapa tahun terakhir dan diproyeksikan mencapai US $ 146.8 bilion menjelang 2021.
"Ada peluang besar bagi Wetek untuk berkembang dalam perniagaan ini," katanya.
Perniagaan pembiayaan mikro di Malaysia akan tersedia untuk semua pelanggan XOX yang ada, yang kini berjumlah 2.2 juta.
Anak syarikat XOX, XOX Media Sdn Bhd telah menandatangani perjanjian perkongsian dengan Wetek, yang telah memberikan pembiayaan sebanyak RM1 bilion untuk ini.
Wetek bekerjasama dengan XOX kerana mempunyai lesen e-wallet, dan asas pelanggan yang kuat sebanyak 2.2 juta, yang boleh meningkat dua kali lipat pada akhir tahun ini ketika syarikat itu memulakan beberapa inisiatif.
Setahun yang lalu XOX telah mengemukakan isu hak dengan waran percuma untuk mengumpulkan hingga RM66 juta untuk membiayai pengembangan perniagaan e-dompet dan SIM elektronik (e-SIM).
XOX memperuntukkan sejumlah RM33 juta hasil yang diperoleh dari terbitan hak untuk memperluas fungsi e-dompetnya dengan mengembangkan aplikasi mudah alih baru untuk menyokong pembayaran mikro, penerbitan Mastercard dan transfer e-money peer-to-peer.
Sebanyak RM15 juta diperuntukkan untuk pengembangan e-SIM sebagai alternatif kepada kad SIM tradisional. Inisiatif ini, antara lain, menarik pelanggan ke XOX.
NST memetik Ketua Pegawai Eksekutif XOX Ng Kok Heng yang mengatakan bahawa syarikat itu bertujuan untuk memberikan pembiayaan mikro kepada pemilik perniagaan kecil dan individu akses ke modal untuk pengembangan dan nampaknya sekarang banyak pertanyaan telah masuk.
"Wetek bekerjasama dengan XOX kerana kami mempunyai lesen e-wallet untuk menjalankan pembiayaan mikro. Pembiayaan Mikro akan menjadi perniagaan yang berkembang untuk XOX dan Wetek. Ia juga akan meningkatkan garis bawah syarikat.
Kami menjangkakan pada akhir tahun ini XOX akan melipatgandakan asas pelanggan yang ada dan ini akan memberi lebih banyak peluang perniagaan untuk kami berkembang dalam pembiayaan mikro. Kami mempunyai beberapa inisiatif yang sedang berjalan dan jumlah pelanggan kami meningkat dari hari ke hari, "katanya.
Pemeriksaan ke atas Leung Hao dan pengarah Wetek yang lain, yang merupakan Liang Zeng menunjukkan kedua-duanya mempunyai tauliah yang kuat.
Leung Hao adalah ketua dan CEO Brilliant (Hong Kong) Holdings Ltd dan dia menjaga keseluruhan pengembangan perniagaan strategik dan antarabangsa untuk syarikat itu.
Dia memulakan kerjayanya pada tahun 1990-an di industri IT dan internet mudah alih dan mengasaskan Beijing Ruidong Technology Co. Ltd pada tahun 2013.
Leung Hao mempunyai pandangan jauh dalam mengenal pasti peluang pasaran di seluruh dunia dengan setiap pengalaman menguruskan pasukan pengurusan lintas budaya. Dia juga penyokong pemula kerana dia percaya pada peluang dengan anak muda dan idea hebat.
Oleh itu, apabila dia melihat peluang untuk membina perniagaan pembiayaan mikro di Malaysia, dia dengan cepat menjadikan XOX sebagai rakan kongsi.
Liang Zeng adalah usahawan internet dan kapitalis teroka. Dia melabur dan menanamkan syarikat dalam pemasaran digital, kecerdasan buatan dan perkhidmatan perusahaan.
Dia pernah memegang jawatan kanan sebagai naib presiden kanan (VP) Kingdee International Software Group, VP Microsoft Greater China, dan terakhir, VP Baidu Inc. dan CEO Baidu Nuomi.
Liang Zeng juga berfungsi sebagai pengarah lembaga dan penasihat strategik untuk pelbagai syarikat pemasaran dan teknologi digital.
XOX menunjukkan prestasi yang baik pagi ini walaupun pasarannya lembap. Saham naik setinggi 12.5 sen pada pukul 10 pagi. Diharapkan akan ada prestasi yang lebih baik pada sebelah petang hari ini.
Sama sama kita nantikan..
Kontrak Bernilai RM1.2 Bilion Dimiliki Oleh Permaju
Permaju Industries Bhd, yang baru-baru ini mengatakan bahawa ia baru menceburkan diri dalam perniagaan sarung tangan menjadi bualan tajuk utama sekali lagi.
Syarikat itu dipercayai memenangi kontrak pembinaan bernilai kira-kira RM1.2 bilion untuk melaksanakan projek pembangunan harta tanah secara besar-besaran di Selangor.
Menurut New Straits Times (NST) lagi, sumber ini memetik bahawa dalam industri pembinaan mengatakan kontrak itu diberikan oleh pemaju yang mempunyai sebidang tanah besar di kawasan Seri Kembangan / Serdang.
Kontrak ini adalah untuk membina lebih dari 7,000 unit pangsapuri selama enam hingga tujuh tahun. Ini kelihatan seperti usaha besar dan akan membuat Permaju sibuk selama 7 tahun akan datang.
Menara tertinggi dalam pembangunan dikatakan lebih dari 50 tingkat dan menjadikannya struktur tertinggi di kawasan Seri Kembangan / Serdang.
Berita ini diharapkan dapat meningkatkan pasar perumahan di daerah ini karena pengembangan oleh Permaju ini juga dapat menetapkan tanda aras baru dalam harga.
Permaju akan membuat kontrak pada struktur reka bentuk dan binaan dan keseluruhan projek akan menghasilkan nilai pembangunan kasar sekitar RM2.4 bilion. Wah! RM2.4 bilion adalah jumlah yang besar.
Dari sumber NST lagi, projek ini akan menampilkan konsep runcit dan komersial. Sebenarnya, projek ini telah lama mendapat kelulusan, namun disebabkan perlu menunggu rancangan Penjana barulah ianya dapat dijalankan.
Permaju terlibat dalam perdagangan kenderaan bermotor, pembalakan, pembinaan, dan pembangunan harta tanah.
Saham ini diperdagangkan secara aktif sejak kebelakangan ini. Saham naik hari ini kepada 33.5 sen daripada paras terendah 24.5 sen dua minggu lalu.
Permaju telah mengumumkan isu hak untuk mengumpulkan wang untuk pengembangan.
Ini mungkin untuk tawaran terkini yang diumumkannya baru-baru ini, dan juga untuk membangun usaha sarung tangannya.
Pada 7 April, Permaju mengatakan pihaknya sedang meneliti pembotolan dan pengedaran Penaclo, produk pembersih firma Hong Kong, untuk pasaran Asia Tenggara di tengah pandemi Covid-19.
Kira-kira tiga minggu kemudian Permaju menandatangani memorandum persefahaman dengan firma tempatan untuk menjual produk pembersih udara syarikat itu kepada pelanggannya di sektor automotif, dengan alasan pertumbuhan permintaan produk yang pesat.
Bulan lalu Permaju memberitahu Bursa Malaysia bahawa ia telah memasukkan syarikat bernama Permaju Glove Sdn Bhd (PGSB) untuk menceburkan diri dalam perniagaan pembuatan sarung tangan.
Kegiatan utama PGSB yang dimaksudkan adalah untuk membuat, mengedar, membeli, menjual dan secara amnya menguruskan barang getah untuk tujuan perindustrian dan komersial dan barang, barang dan barang dagangan yang berkaitan dengan setiap jenis dan keterangan, katanya.
Kerana Pembiayaan Mikro Dari XOX, Saham Melonjak Tinggi!
Pengarah Wetek Technology (M) Sdn Bhd iaitu Liang Zeng, merupakan seorang usahawan internet dan kapitalis teroka yang cukup disegani.
Liang Zeng melabur dan menanamkan syarikat dalam pemasaran digital, kecerdasan buatan dan perkhidmatan perusahaan.
Beliau juga pernah memegang jawatan kanan sebagai Naib Presiden Kanan (VP) Kingdee International Software Group, VP Microsoft Greater China, dan terbaru, VP Baidu Inc. dan ketua pegawai eksekutif Baidu Nuomi.
Pada masa kini, beliau menjawat jawatan sebagai Pengarah Lembaga dan Penasihat Strategik untuk beberapa syarikat pemasaran dan teknologi digital.
Menurut New Straits Times (NST), XOX Bhd, yang memiliki lesen e-wallet (XOX eWallet) memberikan pembiayaan mikro sehingga RM1 bilion kepada pemilik perniagaan kecil dan pengusaha di ruang digital dan e-dagang
XOX telah menandatangani perjanjian perkongsian dengan Wetek (Malaysia) Sdn Bhd, yang telah memberikan pembiayaan sebanyak RM1 bilion untuk ini.
Kewangan mikro adalah kategori perkhidmatan kewangan yang mensasarkan individu dan perniagaan kecil yang tidak mempunyai akses kepada perkhidmatan perbankan konvensional dan yang berkaitan.
NST mengetuai CEO XOX Ng Kok Heng yang menyatakan bahawa syarikat bergerak ke arah ini untuk memberi para pengusaha dan pemilik perniagaan kecil akses kepada modal dan mengembangkan perniagaan mereka.
XOX akan menggunakan asas pelanggan 2.2 juta yang ada untuk perniagaan ini.
Ng memberitahu NST bahawa pangkalan pelanggan XOX dijangka meningkat dua kali lipat pada akhir tahun ini dan sebenarnya terus meningkat setiap hari.
Apa yang menariknya ialah XOX dan Wetek Technology (M) Sdn Bhd mungkin mengeluarkan tahap pembiayaan kedua, dengan syarat dana awal RM1 bilion habis digunakan. Saya yakin XOX dan Wetek Technology (M) Sdn Bhd akan berjaya melakukannya kerana kita semua tahu betapa sukarnya mendapatkan pinjaman bank sekarang.
Walaupun bagi PKS atau pengusaha yang ingin mengembangkan perniagaan mereka, ada sekatan kerana bank tidak memberi pinjaman.
Mungkin itu adalah perkara baik bahawa XOX melakukan pembiayaan mikro dan saya yakin syarikat akan cukup berjaya memandangkan pelanggannya sudah melebihi 2.2 juta pada masa ini.
Saya pasti akan ada peratusan pelanggan yang tinggi yang akan merebut peluang ini untuk mendapatkan pembiayaan mikro dari XOX untuk membina perniagaan mereka.
Saya cukup yakin bahawa usaha ini juga akan meningkatkan tahap bawah XOX.
XOX telah banyak diperdagangkan beberapa hari kebelakangan ini naik dari 5 sen hingga menyentuh 12.5 sen hari ini. Lebih daripada 620 juta saham diniagakan menunjukkan minat yang kuat terhadap syarikat itu. Nampaknya banyak pelabur asing masuk.
Pinjaman atau pembiayaan mikro adalah perniagaan yang baik pasti, di tengah ketidaktentuan pasaran semasa.
XOX tahun lalu telah mengemukakan isu hak dengan waran percuma untuk mengumpulkan hingga RM66 juta untuk membiayai pengembangan perniagaan e-dompet dan SIM elektronik (e-SIM).
Syarikat itu telah memperuntukkan RM33 juta dari hasil yang dikeluarkan dari isu hak untuk memperluas fungsi e-dompetnya dengan mengembangkan aplikasi mudah alih baru untuk menyokong pembayaran mikro, penerbitan Mastercard dan transfer e-money peer-to-peer. Sebanyak RM15 juta diperuntukkan untuk pengembangan e-SIM sebagai alternatif kepada kad SIM tradisional.
Pengarah Wetek Technology (M) Sdn Bhd adalah Liang Zeng dan Howard Leung dan mereka datang dengan latar belakang yang baik.
Leung seorang Ketua yang dihormati dan menyandang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Brilliant (Hong Kong) Holdings Ltd serta menjaga keseluruhan pengembangan perniagaan strategik dan antarabangsa untuk syarikat itu.
Beliau dikatakan memiliki pandangan yang bagus untuk mengenal pasti peluang pasaran di seluruh dunia dengan pengalaman yang ada dalam menguruskan pasukan pengurusan lintas budaya. Beliau juga penyokong pemula kerana dia percaya pada peluang dengan anak muda dan idea hebat.
Leung memulakan kerjayanya pada tahun 1990-an di industri IT dan internet mudah alih. Dia mengasaskan Beijing Ruidong Technology Co. Ltd pada tahun 2013.
Liang Zeng merupakan usahawan internet dan kapitalis teroka. Beliau melabur dan menanamkan syarikat dalam pemasaran digital, kecerdasan buatan dan perkhidmatan perusahaan.
Pada masa ini, dia berfungsi sebagai pengarah lembaga dan penasihat strategik untuk beberapa syarikat pemasaran dan teknologi digital.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons