Teluk Buih, Mersing..

Teluk Buih

Teluk Buih, Mersing..


Assalamualaikum, hai readers semua..
Mungkin sempat la cik mimi post satu entri harini.. sebab banyak gak benda lain nak post ni. Tapi tertangguh. Biasa la cik mimi ni kan.
Busy memanjangkan orang kata. Nak update bloglist baru pun tak dan. Sabaq naa..


Al kisah nya pada hari sabtu 25.07.2020 yang lepas.
Kawan baik masa kami sama sama duduk gemas nak turun Mersing. Kawan cik mimi ni pindah JB sebulan sebelum cik mimi pindah Mersing. Kira dah 2 tahun juga la dia duduk JB, tapi kami belum pernah berjumpa di Mersing. 

Cik mimi ke JB ada la juga jumpa dia disana. Dia la kawan yang banyak tolong masa cik mimi masuk ward, operation di HSI dulu. Tolong jagakan anak anak sementara nak menanti opah atuk datang ambil dorang. 

Sehari sebelum tu kawan tanya, ada rumah tak hari sabtu tu. Kami ni takde kemana pun. Kecuali keluar jalan jalan beli barang dapur je kalau hari sabtu ni. Then bila dah set masa semua, maka hari sabtu tu kawan pun turun la Mersing. Katanya nak ke Teluk Buih.

Cik mimi ON kan aje. Seronok kawan baik nak datang kan. Datang pun bersebab sebenarnya. Next story la okeh. Hihi..

So, sambil jalan nak ke Teluk Buih tu bawak kawan tu singgah Tanjung. Dimana tempat jualnya segala keropok keping dan keropok lekor. Actually banyak kedai dekat Tanjung tu. Cuma kena pandai pilih je la. Ada kedai keropok lekor dia keras. Ada yang elok lembut. Ada yang berasa ikannya, ada yang tidak.. haaa gitu la lumrahnya orang berniaga kan..

Setiap jualan yang ada kami berhenti. Bawak dorang beli coconut shake la.. Sebab cik mimi teringin pulak masa tu. Then kawan pun mencari rupanya. Hihi..


Then kitorang terus tuju ke Teluk Buih. Nak kata jauh sangat kalau dari Tanjung tu, tak juga. Kitorang ikut jalan dalam. 

Sebenarnya Teluk Buih ni terkenal dengan "Pasar Nelayan" nya.. Tapi cik mimi ni takde la beli ikan kat situ pun. Sebab kadang sampai sana dah nak ke tengah hari. So banyak ikan dah habis. Tinggal pun hat ikan tak biasa makan. Sekadar cuci mata sajaaaa la bila dah ke sana.

Selain dari trademark "Pasar Nelayan" nya, Teluk Buih ni terkenal juga dengan keindahan alam nya yang sangat cantik. Pertama kali cik mimi tengok airnya yang sangat sangat cantik tau. Subhanallah.. Selalu sampai ke Jeti je. Tak tuju pulak ke pantai nya.. walhal dekat depan sikit tu je. Maklumlah, tak perasan. Hahaha

Teluk Buih

So, bila dah sampai pantainya, teruja tengok airnya yang hijau tu. Cantik sangat! Dah macam dalam tv, macam dalam gambar yang selalu tengok. Cik mimi ni bukan la minat sangat dengan Pantai. Biasa biasa aje. Sesekali pergi memang jadi teruja la kan..

Teluk Buih

So bila dah sampai sana, memang gunakan kuasa Kamera Sepenuhnya untuk merakam segala moment yang ada dengan kawan baik cik mimi tu.. kalau ada rezeki dia turun Mersing, boleh la pakat pakat anak pun seronok bermandi manda di Pantai..


Mersing memang terkenal dengan segala jenis pantai. In shaa Allah ada rezeki cik mimi boleh la terjah dan rakam sikit kenangan yang ada buat bekalan anak anak membesar kan.. 

Siapa sini orang Mersing, share sikit. Hihi..



#Mersing
#TelukBuih
#PasarNelayan

6 ulasan

  1. Rasanya belum sampai sini. Meraing pun rasanya sekali je tu oun masa nak g Pulau Tioman.

    ReplyDelete
  2. Tak pernah sampai ke sini lg. Boleh jadi destinasi beriadah ni. Cantik tempatnya.

    ReplyDelete
  3. Cantik tempat ni..baru kali pertama dgr nama teluk buih..lain kali kalau singgah mersing boleh lah dtg sini..10q atas info yg menarik

    ReplyDelete
  4. Canteknya tempat ni sis. Suka tengok. Nampak tenang sangat. Klu ke mersing boleh singgah

    ReplyDelete
  5. Oh macam ni rupanya pemandangan teluk biuh mersing.. cantik... nampak tenang...

    ReplyDelete