Throwback Aidiladha Tahun 2020

Seperti yang dijangkakan, raya Aidiladha tahun 2020 still kena mengikut SOP. 
Erm.. cik mimi throwback simpan dekat blog sebagai satu kenangan la ye. Mana tahu, ada masa nak imbas balik kenangan tu. Boleh baca dan ingat balik suasana tu. 

Tahun 2020 ni ingatkan tahun yang penuh kemeriahan, penuh kenikmatannya..
Tapi sebaliknya yang kita semua rasai..

Perlu patuh SOP.
Ada masa seperti "lebih baik berkurung dirumah".. 

Cerita pasal Aidiladha tahun 2020 ni, ddy Zarazhareef kena naik duty lain. Ehhhh, macam satu perjanjian pulak ye. Tahun lepas naik duty. Tahun ni pun macam dah isi nama pulak. 

Okay, semua ni kebetulan semata-mata. Nak kata macam mana. Tugas!

Kalau nak tanya menu apa yang disajikan, cik mimi takde masak masak pun. Takde tetamu jemputan pun. Still duduk rumah diam diam. Dah ddy dorang pun bekerja kan. Lagipun jiran jiran ramai yang balik kampung. So kami duk merap aje tengok tv. 

Soto Ayam by Syamimi Saad


Menu untuk diri sendiri je la yang ada. 
Bihun Soto Ayam. Tapi cik mimi dok makan dengan nasi impit.
Terbayang-bayang hasil masakan mak. Tapi mak jauh. So kita buat je la sendiri. 
Puas dapat makan. 

Anak anak pun tak sempat nak berbaju raya. Bangun pun dah lewat kan. Jiran atas bawah pun takde. So, krik krik je dekat blok kami, so, duduk rumah pakai la baju biasa sudah..

Erm.. apa lagi ekk cerita pasal raya??
Rasanya takde apa yang menarik sebab whole day duduk rumah ngadap tv. Itu aje la seharian. 🤗

Cik mimi macam biasa la, niaga is ON. Hihihi



13 ulasan

  1. sedapnyaaa bihun soto ayam! Haritu ada dapat jugak nasi impit dari jiran tapi makan dengan rendang daging. Sedap!

    ReplyDelete
  2. soto ni nmpk sedap.. nak pegi raya uma boleh tak?
    hehehe... take care ya!

    ReplyDelete
  3. Mantap tu bihun soto meriah portion. Kalau raya, soto antara juadah kena ada. Sebab mudah lagi2 untuk bagi budak makan

    ReplyDelete
  4. Macam kat rumah zaza, mak order je laksam dgn org..lain tak buat apa..pastu dgn kakak je pi jln2 ambik gambar

    ReplyDelete
  5. Menu ni pun dah seronok sekeluarga layan seharian. Kami peminat sup. Masak sup seperiuk besar. Mee, bihun, kuew teow dan nasi impit mesti ada. Hehehe

    ReplyDelete
  6. Dapat bersama keluarga pun dah sangat bagus. Alhamdulillah dapat berkumpul di hari bahagia seperti raya ni.

    ReplyDelete
  7. syukur sangat raya aidiladha dapat juga bersama family. selamat hari raya!

    ReplyDelete
  8. Seronok dpt berkumpul hari raya dgn family..
    Best kan ada blog... kita boleh simpan kenangan kat blog...

    ReplyDelete
  9. Adeiii terus rasa macam nak buat soto laaa...duk fikir nak masak apa ni..
    Sis pulak Raya HAji penuh makna, sebab meraikan majlis pertunangan anak..alhamdulilah

    ReplyDelete
  10. Bihun soto ayam.. Sedpanya.. Pandai mimi. Raya haji nad pun mmeng tak pkaai baju raya.. Sebb duduk rumah je.. Hehehe..

    ReplyDelete
  11. sedapnya soto. macam saya aidiladha, memang tak balik kampung, sebab dah plan macam tu. seminggu lepas tu baru saya balik kampung. :)

    ReplyDelete
  12. Wah nampak sedp soto tu. Share lah resepi mana tu boleh buat kat rumah

    ReplyDelete