5 Restoran Cina Terbaik Buat Pengunjung Di Kuala Lumpur.

Friday 7 August 2020

5 Restoran Cina Terbaik Buat Pengunjung Di Kuala Lumpur.


Hai readers semua.

Untuk harini, cik mimi just nak share tentang restoran chinese yang ada. Restoran ni bukan galakan cik mimi untuk orang islam ke sana. Tapi just nak share. Oraite.. Understand kan? 😅


Memang benar bahawa orang Asia tidak dapat hidup tanpa nasi. Keluarga Cina rata-rata akan memastikan pengambilan nasi dengan hidangan setiap hari, sama ada dimasak di rumah atau dimakan di luar (dai chao). Sama ada anda mempunyai keluarga, saudara atau rakan asing untuk makan, senarai ini tidak akan mengecewakan. Oleh itu, cik mimi cuba berkongsi kepada anda beberapa restoran Cina terbaik di KL.


1. Sek Yuen Restaurant Jalan Pudu

Restoran ni dikatakan sebagai salah satu restoran yang tertua di Kuala Lumpur kerana ia telah beroperasi lebih 70tahun. Boleh bayangkan tak, selalunya Restoran yang beroperasi tersangat lama bertahun lamanya ni sebab apa? Tentunya sebab sajian yang dipersembahkan pada pelanggan bukan? 

Menurut pelangan, antara menu yang mendapat perhatian ialah daging itik serta mee daging lembu yang boleh didapati. 

Dan tak perlu risau tempahan juga diterima untuk masa hujung minggu. 


2. Hau Kee Seafood Restaurant

Menurut orang sekitar, restoran hau kee ini sangat terkenal dikalangan kawasan sekitar kerana ia menyajikan makanan yang berkualiti serta layanan mesra pelanggan yang cukup cepat. 

Hidangan yang disediakan dikatakan takkan mengecewakan malahan dari segi harga juga mampu milik. 

So bagi kengkawan chinese atau readers chinese disini bolehlah mencuba sekiranya berada berdekatan dengannya. 


3. Lai Po Heen

Tentunya ada diantara kengkawan yang inginkan makan malam yang indah serta berada dalam kemewahan begitu kan? 

Cuba anda pilih Lai Po Heen. Ianya terletak di Majestic Oriental yang sungguh mengagumkan, dan dikatakan salah satu daripada beberapa restoran Cina Halal di Kuala Lumpur. 

Disamping menikmati suasana yang indah kerana menghadap ke Taman KLCC, restoran ini juga menyajikannya makanan klasik. Dan dari segi harga, ianya dikatakan berbaloi dengan suasana, layanan serta kualiti makanan dihidangkan. 


4. Restaurant New Kai Seng Seafood

Dengar sahaja Seafood, tentunya ramai pembaca chinese disini sukakan Seafood kan? 

Okay, menurut cadangan, bagi mereka yang ke restoran ini boleh mencuba ketam yang dimasak dalam pot tanah liat. Ianya dikatakan sungguh enak serta aroma nya sungguh membuat pelanggan menjilat jari ketika menikmati nya. 

Mereka menyajikan masakan yang enak didalam pot tanah liat dan jangan lupa untuk menikmati hidangan istimewa mereka sup lala yang best. 


5. Chong Yen Steamed Fish Head Restaurant

Di restoran ini, antara menu pilihan yang terbaik ialah kepala ikan kukus. Dan menurut mereka yang pernah melawati restoran itu, ianya salah satu restoran yang bertahan lebih kurang 30tahun. 

Menurut pengemar restoran itu, kepala ikan kukus yang disajikan seperti satu menu yang luar biasa. Dan diberikan 2 pilihan hasil masakan. Dan salah satu sajian yang mendapat tarikan pelanggan ialah ianya dikukus bersama kacang soya serta mempunyai gabungan cili gelap. 

Salah satu menu lain yang istimewa ialah hidangan ayam kampung mereka. Akan tetapi, untuk merasai menu ini perlu membuat tempahan terlebih dahulu okay sebelum kehabisan.


Okay diingatkan, menu menu dari restoran ini hanya bersesuaian untuk non muslim ya. So, bagi chinese yang mencari chinese food jangan lupa untuk rasai keenakan masakan yang sedia ada. 

Dan anda tak perlu risau sekiranya malas nak keluar rumah. Kerisauan tentang Covid yang belum berakhir ini. Nak rasai keenakan semua masakan ni? Anda semua duduk diam diam dirumah, dan buka sahaja aplikasi Foodpanda Haaa, mudah ke tidak?

Masih belum muat turun aplikasi ini? Okay jangan lupa muat turun segera ye.  


Pada cik mimi la, Foodpanda ni satu kelebihan buat kita semua. Sebab apa tau, sana sini dah ada perkhidmatan ni. Sebagai contoh ditempat cik mimi menetap sekarang, Mersing. 2tahun lepas Foodpanda dah ada kan? Tapi masa cik mimi ke sana, ianya belum ada. 


Tapi kerana Covid-19 yang melanda, makin banyak pula Foodpanda ni muncul. Terbaik la. So kita jangan sia-siakan perkhidmatan yang dah sedia ada ni okeh?


So jangan lupa, hanya satu aplikasi Foodpanda ini, anda semua dapat rasai keenakan masakan yang ada dari restoran restoran yang sedia ada. 🤗

25 comments

  1. Makanan panas2 ni sedapkan, Chinese suka masak dan makan panas :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..
      Mereka suka makanan yang masih panas dan fresh gitu..

      Delete
  2. Kak pip suka Makanan Chinese , nampak sedap2 semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ni tak digalakkan untuk muslim. Hihi..
      Sebab ada yang non halal. 🤗

      Delete
  3. Kalau kt rmh kakak kt kl..mmg zaza akn order kt foodpanda jgk..cas dia pun murah

    ReplyDelete
  4. Bagus ada Food Panda nie kan, boleh order aja dari rumah..

    ReplyDelete
  5. Macam2 restoran cina ade.. Senang guna foodpanda ni.. Order je dekt rumah

    ReplyDelete
  6. Bagus sgt ada perkhidmatan delivery food mcm foodpanda.. tak perlu nk keluar rumah, order je

    ReplyDelete
  7. Pada yang non muslim yang cari restoran best2 blh la try guna khidmat foodpanda untuk oder.

    ReplyDelete
  8. suka chinese food, kalau halal, no pork, no lard, memang akan masuk dalam list kalau menu-menunya sah sedap..

    ReplyDelete
  9. owh untuk non musim sahaja ye. Patutlah satu kedai pun tak pernah tahu.. pls buat yang halal satu, nampak menyelerakan semua tu

    ReplyDelete
  10. Yummy! Dah lama x makan Chinese food and dimsum. Thank you for your recommendations.

    ReplyDelete
  11. Halal Chinese Food memang fav kami. Selalu guna foodpanda utk order restoran Abdullah Chan. Restoran masakan cina yang halal selain itu Ruby tak berapa tahu. Yang list akak bg kat atas tu ada Sijil Halal? Ngidam Mantao dan kari ketam. Sedapnya.

    ReplyDelete
  12. Kalau ketam masak butter ataupun salted egg memang restoran cina la paling win so far! Senang ada foodpanda ni, craving seafood dishes boleh order je

    ReplyDelete
  13. kedai makan cina tiap malam meriah tambah lagi jual seafood segar, aduh terliur la baca entri ni

    ReplyDelete
  14. Kalau tengok kedai makan cina jarang tak meriah penuh parking. Kadang tu curious sajian apa yg enak sgt tu hehe. Mudah ada food panda.

    ReplyDelete
  15. Best makanan2 di atas. Skrg ada food panda mng sangat memudahkan

    ReplyDelete
  16. Chinese food memang seaap tapi kita kenalah tahu ia halal ke idak ya tak barulah boleh cuba..

    ReplyDelete
  17. suka juga chinese food sedap2 juga kan food dia. yg ketam tu paling suka

    ReplyDelete
  18. Tak tau kenapal kalai menu masakan Chinese ni, makan berulang hari-hari pun tak jemu..kannn...

    ReplyDelete
  19. wa sedap-sedap makanan dalam gambar tu, tapi skarang ni untuk jalan-jalan ke sana ke sini memang agak limited. So, thanks to the Panda Food !

    ReplyDelete
  20. hhihi selama dok Alor Setar ni dah 2 kali guna khidmat Food Panda.. senang ada food panda ni.. tak payah nak keluar beli barang makan.. order online je

    ReplyDelete
  21. Kak pun suka mkn chinese food asalkan halal sbb sedap masakan dorang

    ReplyDelete