Promosi Berganda Sempena 9.9 Serta Penghantaran Percuma Di PGMall!
Bercerita pasal shopping online, apa yang menarik minat awak
semua? Promosi? Penghantaran percuma? Diskaun berganda? Dan dalam masa yang
sama, tentunya kita juga mencari platform mana yang menarik untuk membeli belah
di dalam talian kan?
Korang semua pernah dengar PGMall.my tak?
Tak pernah dengar? Okay, jom cik mimi share kan sikit info tentang PGMall ni ye.
PGMall merupakan salah satu website yang menawarkan pelbagai
perkhidmatan jual dan beli pelbagai jenis barangan untuk rakyat. Ianya tidak
tertakluk pada satu atau 2 jenis barangan sahaja, tetapi lebih dari 30 jenis
barangan yang boleh dijual disitu.
Dan boleh dikatakan, sebut saja PGMall, pasti ramai yang dah mengetahui tentangnya.
Untuk korang yang tak berapa tahu, PGMall merupakan alah
satu platform E-commerce yang berada di Malaysia sahaja yang telah wujud pada
tahun 2017 lagi. Erm, ini bermakna telah 3 tahun platform ini wujud tanpa kita
semua sedar.
Biasa kita dengar, shopping mall online ini hanya menjual
barang keperluan rumah sahaja kan? Tetapi tidak di PGMall ye. Di PGMall,
Jewellery pun ada ye. Mudah kan?
Menurut Iprice insight, PGMall berada di tangga ketiga
teratas. Ini bermakna, PGMall kini telah mendapat kepercayaan pada pengguna di
Malaysia.
Dan yang paling best ‘shopping’ di PGMall ni lagi, ia
menerima pembayaran dari e-wallet dan juga ‘payment gateway’.. Ini
sangat-sangat memudahkan kita untuk membuat sebarang pembelian di sana.
Tak pernah dengar? Okay, jom cik mimi share kan sikit info tentang PGMall ni ye.
Dan boleh dikatakan, sebut saja PGMall, pasti ramai yang dah mengetahui tentangnya.
Tawaran Promosi Hebat Berganda Sempena 9.9
Untuk pengetahuan semua, PGMall dengan sukacitanya
mengadakan promosi gilang gemilang pada 9.9 nanti. Dan lebih menarik lagi, Diskaun 9% dengan perbelanjaan minimum RM50,
terhad pada RM99. Haaa, macam mana? Menarik tak?
Kalau cik mimi share satu lagi info ni, pastinya korang juga mesti lagi dan lagi suka..PENGHANTARAN PERCUMA dengan perbelanjaan minimum RM31, terhad pada RM4!
Haaa, amacam? Best tak?
Kalau cik mimi la, dengar je pasal diskaun, dengar je pasal penghantaran percuma memang suka sangat la kan..Dan lagi menarik, ada FLASH SALE dalam tempoh 24 jam, bermula serendah RM0.99!!
Aduduudududududu.. Tergodanya la hai dengar promosi yang menarik macam ni.Cik mimi ada juga dah berkenan beberapa barang ni.. Boleh la masukkan dulu dalam cart kut kan.. Sampai masa tinggal bayar. Kan mudah. Tak gitu?
Sukacitanya cik mimi nak war-warkan lagi, bermulanya dari 01
septermber sehingga 13 september ni, berlangsungnya minggu fesyen digital.
Apa yang cik mimi perasan, koleksi di sini sangatlah
menarik. Rugi sangat kalau korang tak join sama tau.
Tawaran hebat, DISKAUN sehingga 70% diberikan.
Jangan lupa buat penebusan boucher yang ada disediakan
pada halaman kempen okay?
Tarikan Menarik WOW STORE setiap hari!
Apa je yang menarik perhatian, pastinya kita akan suka.. Kan?
Kalau dengar tentang PENGHANTARAN PERCUMA setiap hari, korang suka tak?
Korang jangan tak tahu ye, di PGMall ni, ada disediakan penghantaran percuma setiap hari..
Kalau cik mimi la dengar je penghantaran percuma, memang suka sangat.
Sesungguhnya, kita dah ada kelebihan dekat situ bila berbelanja..
Okay, untuk ketahui lebih lanjut lagi mengenai WOW STORE ni, ada sebahagian kedai yang terpilih yang menawarkan DISKAUN sehingga 80% diskaun Storewide, dan Penghantaran Percuma Setiap Hari dengan perbelanjaan minimum RM30. Selain itu, Pulangan Tunai hingga 3.5%
Antara jenama yang terpilih yang menyertai jualan hebat ini antaranya ialah :
1. Beaute.Cosmo https://pgmall.my/Beaute.Cosmo| coupon code : BEAUTEFREE
2. Softlove Malaysia https://pgmall.my/Softlove-Malaysia-1 | coupon code : SOFTFREE
3. HI
STYLE MALAYSIA https://pgmall.my/HI-STYLE-OFFICIAL-STORE-1| coupon code : STYLEFREE
5. WangZheng
Care https://pgmall.my/WangZheng-CARE-1| coupon code : WZHENGFREE
6. BigSpoon Kitchenware https://pgmall.my/BigSpoon-Kitchenware| coupon code : SPOONFREE
7. Mamami
Health Food https://pgmall.my/Mamami-Health-Food-1| coupon code : MAMAFREE
8. Perma Glass https://pgmall.my/Perma-Glass | coupon code : PERMAFREE
9. Altron Mall https://pgmall.my/ALTRON-MALL-1|
coupon code : ATRNFREE
11. VV Mall https://pgmall.my/VV-MALL-1|
coupon code : VVMALLFREE
Jadi apa tunggu lagi, ayuh semua, kita terjah PGMall untuk
dapatkan tawaran terhebat pada hari ini!
Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai PGMall, sila layari :
Website: https://pgmall.my
Facebook: www.facebook.com/PGMallMalaysia
Instagram: www.instagram.com/pgmall.my/
#PGMall
#onlineshopping
#shopping
#MalaysiaNo1ecommerceplatform
#ecommerceplatform
#Shopnow
#Shoponline
#FreeShipping
#99sale
#PGMallSALEbration
#digitalfashionweek
#Fashionweek
Assalamualaikum, selamat petang semua..
Sebenarnya dah lama nak update bloglist. Tapi disebabkan laptop rosak, then hantar baiki dari 16mac2020, sangkut PKP pula, 22Ogos2020 baru sampai dekat tangan balik, Bertabah sangat menunggu..
So dikesempatan yang ada ni, cik mimi ingat nak buat la pembaharuan sikit. Link yang ada ni pun yang cik mimi pernah minta kengkawan share masa di FB haritu.
So dekat sini cik mimi listkan je dulu semua link yang ada, then cik mimi akan senaraikan link yang terpilih, okey?
Kalau mood cik mimi baik, total 28 link ni akan berada dalam senarai.. so waiting yaaaa..
25. www.cikash.com
28. www.mrsliez.com
Segmen Bloglist Pertama Blog SalatulZarida
Assalamualaikum.. Selamat bercuti semua..
Salam Maal Hijrah buat semua yang beragama islam..
Hari cuti macam ni apa je planning kengkawan semua?
Cik mimi dirumah aje. Ddy dorang naik duty pulak.. But it's okay..
Rest dekat rumah aje la.. Sehari je cutinya kan?
So, sementara ada masa ni, rindu pulak nak bersegmen..
Rindu zaman baru nak UP dalam dunia blogging dulu..
Siapa nak join sama boleh klik pada BANNER okeh..
Jom ler sama sama memeriahkan segmen sesama kawan blogger okey..
Syarat pun simple aje..
Cerita Throwback.
Hai readers..
Salam hujung minggu untuk semua..
Erm..
Cerita 2 minggu lepas. Orang dok bekerja, ddy dorang baru dapat bercuti..
So bila dapat cuti singkat ni, kami balik rumah Mil dulu la.
Itu je yang sempat.
Bila balik rumah mil di Melaka, nak jalan sana sini pun rasa macam malas je disebabkan Covid-19 yang belum berakhir ni.
So kami ambik kesempatan berjalan tempat yang betul betul nak tuju je.
Okay, tajuk lain, intro panjang lebar ke lain kan.. well cik mimi kan.. kadang merapu je lebih.. hihihik..
Ceritanya..
Ddy dorang ni tanya nak pergi mana. Dia memang plan nak keluar. Tapi cik mimi ni tak tahu sebenarnya nak ke mana..
So tiba tiba teringat nak try Texas Chicken.
Sebab kawan dan adik pernah cakap sedap.
Kalau sebut pasal sedap, tentunya nak cuba kan? Terliur juga dibuatnya. So setelah di google Maps kan di mana ada, so kami tuju dia NSK Melaka tu.. Nak kata NSK tu dekat dengan rumah Mil, tak juga. Tapi sebab nak cari benda tu, gigih musing mencari.
Kalau tanya komen jujur dari lubuk hati cik mimi, Texas Chicken ni tak berapa nak mendapat tempat di tekak cik mimi.. kureng sikit la.
Kalau Kentucky Fried Chicken tu memang No.1 la. 😬😬
Tanya pendapat ddy dorang. Dia pun kata tak berapa sangat dengan Texas Chicken ni.
Sejujurnya la, kalau dari segi coslow dia tu, kurang sos kuah dia tu. Macam kering. Pastu dia takde gabungan dengan kentang putar. Kalau ada mesti best. 😋
Then kentang goreng dia pun macam tak lembut. Zhareef yang favourite dengan kentang goreng pun tak berapa nak makan benda tu.
Tapi kalau ditanya akan repeat lagi ke tidak, erm.. kalau bukan kehendak yang betul betul nak, tak kut. Kecuali orang belanja, rezeki jangan ditolak kan. Hihi
Erm.. ni just komen bukan post berbayar ke apa ye. Toksah nak kecam. Lain orang lain citarasanya kan. 🤷
Glow Galenggang Membantu Mengatasi Masalah Kulit.
Hai readers..
Bila bercerita tentang kegatalan pada kulit badan, sebenarnya mendatangkan kerisauan dalam hati bukan?
Kalau tanya pada cik mimi sejujurnya, memang risau. Sebab kulit adalah anggota paling besar pada diri kita. Kalau dah terjadi kegatalan, selalunya ianya boleh merebak. Paling merisaukan kalau ianya boleh berjangkit!
Baru-baru ni, lebih kurang sebulan yang lepas, zhareef alami kegatalan pada dada dan sekitar kawasan punggung. Risaunya masa tu sampai dah tak boleh fikir apa bantuan yang boleh bagi. Yang ada dalam kepala, "jumpa doktor"..
Itu la yang terfikir sebab kita perlukan "ubat"..
Sebenarnya "ubat" semata-mata bukan juga jalan penyelesaian. Tapi biasa la. Bila kita dah dalam buntu, itu aje yang ada dalam kepala otak.
Tapi masa zhareef alami kegatalan tu, cik mimi langsung tak teringat pasal sabun Glow Galenggang ni. 🤦🤦🤦
Allah, menyesal sungguh masa tu.
Memang nak rawat dia tu, cik mimi ajak suami bawak zhareef jumpa doctor. Then doctor kata gatal ni disebabkan alahan.
Erm..
Tak tahu masa tu alahan dia sebab apa. Sampai la sembang dengan kawan dan cousin, dorang minta suruh tukarkan susu dia. Alhamdulillah, lepas minum susu baru, nampak perubahan dia. Kegatalan semakin baik dan berkurangan. Tapi ada juga bantuan dari segi pertukaran sabun mandi dia juga.
Dan selepas dari tu, baru cik mimi diperkenalkan dengan sabun Glow Galenggang ni. Now cik mimi kena standby ada dirumah sabun ni sebab zhareef mudah sangat naik gatal-gatal di badan. Maklum saja la, budak budak kan suka bermain bebas di luar.
Sebenarnya, pernah sekali dulu cik mimi pernah gunakan sabun ni untuk cik mimi sendiri. Sabun ni memang best. Wangi sangat sangat. Cik mimi gunakan pada diri sendiri, dan bab paling best, lepas mandi badan terasa segar aje tau.
Cerita bab sabun glow Gelenggang ni, dulu zaman anak dara, cik mimi memang pakai sabun dari daun ni untuk bagi kesegaran badan tau. Dan satu lagi kelebihan dia, untuk hilangkan bau badan. Kadang kala kita tak selesa dengan bau badan sendiri kan? So korang wajib cuba sabun galenggang ni tau. In Shaa Allah berkesan.
Selain tu apa yang cik mimi suka permukaan sabun ni. Sebelah bahagian dia licin je. Dan sebelah lagi, permukaan tu macam menggerutu. Menggerutu tu disebabkan oleh bahan bahan sabun tu sendiri. Antara bahan yang terkandung dalam sabun ni ialah :
Daun Gelenggang (Cassia Alata)
- dikatakan sebagai agen anti-kulat dan anti bakteria yang sangat berkesan untuk menghilangkan gatal-gatal dan membantu dalam menyelesaikan masalah kulit seperti ekzema, psoriasis, panau, kurap, resdung, kayap, kudis buta dan masalah yang seangkatan dengannya.
Habbatus Sauda (Black Seed Oil)
- membantu mengurangkan radang dan membantu dalam penyembuhan luka luaran.
Minyak Argan (Argan Oil)
- membantu memberi kelicinan pada kulit dan menghaluskan serta membantu penyerapan dalam kulit.
Minyak Zaitun (Olive Oil)
- membantu memberi kelembapan pada kulit lebih lama.
Tanah Liat Putih (Kaolin Clay)
- dikatakan sesuai dalam merawat masalah psoriasis, ekzema, kurap, panau, kayap, ruam susu bayi, kudis, kudis buta, cacar air dan masalah lain.
Crystal Menthol
- membantu menyejukkan kulit.
Bahan bahannya semua dari bahan yang elok. Orang kata, kita usahakan je untuk merawat okay.. Cik mimi share dari pengalaman sendiri. Memang cik mimi suka sabun ni. Sebab memang pernah pakai.
Okay, cik mimi sharekan lagi apa lagi kelebihan sabun glow Gelenggang ni dalam membantu merawat anda yang mempunyai masalah dengan kulit.
💞 Eczema
💞 Psoriasis
💞 Kurap
💞 Panau
💞 Kutu Air
💞 Kayap
💞 Kutu Rambut
💞 Resdung
💞 Badang
💞 Kudis Buta
💞 Kurap Susu Bayi
💞 Bisul
💞 Gatal-gatal
Mesti ada yang nak tahu siapa yang boleh menggunakan sabun glow gelenggang ni kan?
- Lelaki / Perempuan
- Kanak-Kanak
- Orang Dewasa
- Orang Tua
- Wanita Hamil
- Wanita Berpantang
Okay, cukup panjang dah kan bebelan perkongsian dari cik mimi ni. Kalau ada yang terus nak dapatkan produk ni, tak tahu macam mana, boleh layari :
Website : https://glowgelenggang.com/
WhatsApp : 014-544 5951
Twitter : glow gelenggang
Facebook : http://www.facebook.com/glowgelenggang
5 Restoran Cina Terbaik Buat Pengunjung Di Kuala Lumpur.
Hai readers semua.
Untuk harini, cik mimi just nak share tentang restoran chinese yang ada. Restoran ni bukan galakan cik mimi untuk orang islam ke sana. Tapi just nak share. Oraite.. Understand kan? 😅
Memang benar bahawa orang Asia tidak dapat hidup tanpa nasi. Keluarga Cina rata-rata akan memastikan pengambilan nasi dengan hidangan setiap hari, sama ada dimasak di rumah atau dimakan di luar (dai chao). Sama ada anda mempunyai keluarga, saudara atau rakan asing untuk makan, senarai ini tidak akan mengecewakan. Oleh itu, cik mimi cuba berkongsi kepada anda beberapa restoran Cina terbaik di KL.
1. Sek Yuen Restaurant Jalan Pudu
Restoran ni dikatakan sebagai salah satu restoran yang tertua di Kuala Lumpur kerana ia telah beroperasi lebih 70tahun. Boleh bayangkan tak, selalunya Restoran yang beroperasi tersangat lama bertahun lamanya ni sebab apa? Tentunya sebab sajian yang dipersembahkan pada pelanggan bukan?
Menurut pelangan, antara menu yang mendapat perhatian ialah daging itik serta mee daging lembu yang boleh didapati.Dan tak perlu risau tempahan juga diterima untuk masa hujung minggu.
2. Hau Kee Seafood Restaurant
Menurut orang sekitar, restoran hau kee ini sangat terkenal dikalangan kawasan sekitar kerana ia menyajikan makanan yang berkualiti serta layanan mesra pelanggan yang cukup cepat. Hidangan yang disediakan dikatakan takkan mengecewakan malahan dari segi harga juga mampu milik.So bagi kengkawan chinese atau readers chinese disini bolehlah mencuba sekiranya berada berdekatan dengannya.
3. Lai Po Heen
Tentunya ada diantara kengkawan yang inginkan makan malam yang indah serta berada dalam kemewahan begitu kan?
Cuba anda pilih Lai Po Heen. Ianya terletak di Majestic Oriental yang sungguh mengagumkan, dan dikatakan salah satu daripada beberapa restoran Cina Halal di Kuala Lumpur.
Disamping menikmati suasana yang indah kerana menghadap ke Taman KLCC, restoran ini juga menyajikannya makanan klasik. Dan dari segi harga, ianya dikatakan berbaloi dengan suasana, layanan serta kualiti makanan dihidangkan.
4. Restaurant New Kai Seng Seafood
Dengar sahaja Seafood, tentunya ramai pembaca chinese disini sukakan Seafood kan?
Okay, menurut cadangan, bagi mereka yang ke restoran ini boleh mencuba ketam yang dimasak dalam pot tanah liat. Ianya dikatakan sungguh enak serta aroma nya sungguh membuat pelanggan menjilat jari ketika menikmati nya.
Mereka menyajikan masakan yang enak didalam pot tanah liat dan jangan lupa untuk menikmati hidangan istimewa mereka sup lala yang best.
5. Chong Yen Steamed Fish Head Restaurant
Di restoran ini, antara menu pilihan yang terbaik ialah kepala ikan kukus. Dan menurut mereka yang pernah melawati restoran itu, ianya salah satu restoran yang bertahan lebih kurang 30tahun.
Menurut pengemar restoran itu, kepala ikan kukus yang disajikan seperti satu menu yang luar biasa. Dan diberikan 2 pilihan hasil masakan. Dan salah satu sajian yang mendapat tarikan pelanggan ialah ianya dikukus bersama kacang soya serta mempunyai gabungan cili gelap.
Salah satu menu lain yang istimewa ialah hidangan ayam kampung mereka. Akan tetapi, untuk merasai menu ini perlu membuat tempahan terlebih dahulu okay sebelum kehabisan.
Okay diingatkan, menu menu dari restoran ini hanya bersesuaian untuk non muslim ya. So, bagi chinese yang mencari chinese food jangan lupa untuk rasai keenakan masakan yang sedia ada.
Dan anda tak perlu risau sekiranya malas nak keluar rumah. Kerisauan tentang Covid yang belum berakhir ini. Nak rasai keenakan semua masakan ni? Anda semua duduk diam diam dirumah, dan buka sahaja aplikasi Foodpanda Haaa, mudah ke tidak?
Masih belum muat turun aplikasi ini? Okay jangan lupa muat turun segera ye.
Pada cik mimi la, Foodpanda ni satu kelebihan buat kita semua. Sebab apa tau, sana sini dah ada perkhidmatan ni. Sebagai contoh ditempat cik mimi menetap sekarang, Mersing. 2tahun lepas Foodpanda dah ada kan? Tapi masa cik mimi ke sana, ianya belum ada.
Tapi kerana Covid-19 yang melanda, makin banyak pula Foodpanda ni muncul. Terbaik la. So kita jangan sia-siakan perkhidmatan yang dah sedia ada ni okeh?
So jangan lupa, hanya satu aplikasi Foodpanda ini, anda semua dapat rasai keenakan masakan yang ada dari restoran restoran yang sedia ada. 🤗
Seperti yang dijangkakan, raya Aidiladha tahun 2020 still kena mengikut SOP.
Erm.. cik mimi throwback simpan dekat blog sebagai satu kenangan la ye. Mana tahu, ada masa nak imbas balik kenangan tu. Boleh baca dan ingat balik suasana tu.
Tahun 2020 ni ingatkan tahun yang penuh kemeriahan, penuh kenikmatannya..
Tapi sebaliknya yang kita semua rasai..
Perlu patuh SOP.
Ada masa seperti "lebih baik berkurung dirumah"..
Cerita pasal Aidiladha tahun 2020 ni, ddy Zarazhareef kena naik duty lain. Ehhhh, macam satu perjanjian pulak ye. Tahun lepas naik duty. Tahun ni pun macam dah isi nama pulak.
Okay, semua ni kebetulan semata-mata. Nak kata macam mana. Tugas!
Kalau nak tanya menu apa yang disajikan, cik mimi takde masak masak pun. Takde tetamu jemputan pun. Still duduk rumah diam diam. Dah ddy dorang pun bekerja kan. Lagipun jiran jiran ramai yang balik kampung. So kami duk merap aje tengok tv.
Menu untuk diri sendiri je la yang ada.
Bihun Soto Ayam. Tapi cik mimi dok makan dengan nasi impit.
Terbayang-bayang hasil masakan mak. Tapi mak jauh. So kita buat je la sendiri.
Puas dapat makan.
Anak anak pun tak sempat nak berbaju raya. Bangun pun dah lewat kan. Jiran atas bawah pun takde. So, krik krik je dekat blok kami, so, duduk rumah pakai la baju biasa sudah..
Erm.. apa lagi ekk cerita pasal raya??
Rasanya takde apa yang menarik sebab whole day duduk rumah ngadap tv. Itu aje la seharian. 🤗
Cik mimi macam biasa la, niaga is ON. Hihihi
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons