Assalamualaikum, Hai readers..
Erm.. Sekejap je dah masuk bulan 8 kan..
Lagi beberapa bulan je kita bakal meninggalkan tahun 2019 ni..
Macam mana dengan azam dan impian kengkawan?
Kalau tanya Cik Mimi ni, tak tahu la haritu ada pasang azam dan impian apa..
Ahahaha..
Cuma yang ingat, nak baikkan diri dari sakit tu.
Syukur Alhamdulillah.. Dan 6bulan pun berlalu.
Then now Cik Mimi makin sihat Alhamdulillah..
Malah kalut sentiasa dengan anak-anak..
Didoakan hadirnya bulan Ogos ni, Allah sentiasa mengalirkan rezeki yang tidak putus-putus..
Bagaikan air dilautan..
Seluas lautan yang terbentang buat Cik Mimi dan kawan-kawan yang lain juga..
Kalau ada rezeki, nak perluaskan lagi job sebagai seorang blogger ni..
Nak jadi seorang blogger yang dikenali..
Dikenali sebab
Hahahaha.. Matilanak kena kecam..
Tapi kerana hasil kerja la kan..
Nota : Tetiba terpikir, musim cuti sekolah dah nak muncul tak lama lagi.. Macam nak holiday je.. huhuhu.
Hai, assalamualaikum semua. Salam sejahtera..
Harini Cik Mimi dengan rasa happy nya nak bercerita tentang produk baru keluaran Safi iaitu Pencuci Muka. Pencuci muka pun boleh buat Cik Mimi teruja?
Of course la kan.. Sebab kali ni, Safi Keluaran produk yang dikatakan ada kelainan sikit.
Sekarang ni Cik Mimi dok pakai produk Safi. So bila Safi cuba mengeluarkan produk baru, mesti la nak share dengan kengkawan semua. Mungkin ada kawan kawan diluar sana yang tak tahu kan? So dengan rasa bahagianya, Cik Mimi share kan ye.
Kenapa Safi mengeluarkan Pencuci Muka Beautea? Okay, sebenarnya pencuci muka terbaru ni dia berasaskan teh tau. 'Premium Tea Extracts' 100%.
Dan kali ni ada 4 variasi terbaru. Apa 4 variasi tu?
>> White Tea & Damask Rose : Hydrating Gel Cleanser
>> Black Tea & Black Orchid : Detoxifying Cleanser
>> Green Tea & Neem : Anti-Acne Gel Cleanser
>> Apricot Tea : Revitalising Face Scrub
White Tea & Damask Rose : Hydrating Gel Cleanser.
Sesuai Untuk Kulit Kering
Pembersih gel yang lembut dan bebas sabun ini sangat membersihkan liang yang tersumbat dan mengeluarkan kekotoran. Dirumus dengan gabungan teh Putih Putih & Damask Rose yang kaya dengan antioksidan untuk mengimbangi tahap kelembapan kulit, menghidrat dan mrngecilkan saiz liang-liang yang besar menjadi kecil.
Black Tea & Black Orchid : Detoxifying Cleanser
Pembersih krim Amino Acid yang lembut, wangi ini membersihkan dan menghapuskan kekotoran. Dirumuskan dengan campuran teh Hitam & Black Orchid yang sangat bagus membantu menjaga kulit, sambil mengekalkan kulit yang sihat dan dilindungi daripada penuaan
Green Tea & Neem : Anti-Acne Gel Cleanser
Pembersih gel yang lembut dan sabun ini menghilangkan kekotoran dan minyak yang berlebihan. Dirumus dengan gabungan daripada ekstrak daun Green Tea & Neem membantu melegakan kulit terhadap jerawat, sambil mengawal sebum untuk membantu mengurangkan paparan parut.
Apricot Tea : Revitalising Face Scrub
Membantu membersihkan liang dan mengelupas tanpa mengeringkan kulit. Dirumus dengan gabungan daripada ekstrak Apricot & White Tea yang kaya dengan antioksidan dan membantu memulihkan tekstur kulit licin untuk kulit yang cerah & berseri.
Yang paling penting, ianya :
√ Diuji secara dermatalogi
√ Bebas paraben
√ Bebas SLS/SLES
√ Bebas Silikon
Harga yang ditawarkan sangat mampu milik. Hanya RM23.30.
Tapiiii.. Sekarang nampaknya ada diskaun tau.. Hanya RM19.80 sahaja.
Cik Mimi dah beli 2 jenis tau. White Tea & Damask Rose dan Apricot Tea scrub. Walaupun muka kita dan licin, dan kita yakini ianya bersih, perlu juga gunakan pencuci jenis scrub tau. Tapi awas yaaaa.. Jangan gunakan setiap hari. Untuk scrub ni boleh gunakan seminggu mungkin 3kali sahaja. Kalau gunakan dengan kerap mungkin boleh merosakkan kulit wajah kita.
Selebihnya, untuk mencuci muka harian, perlu gunakan cleaser jenis biasa. Tak kisah la jenis foam atau gel. Sebab tu la cik mimi grab yang ni. Sebab sekarang ni kulit muka cik mimi dah okay. Perlu gunakan cleaser untuk kulit normal.
Dekat mana nak dapatkan produk ni? Boleh dapatkan di pasaraya berdekatan ataupun, korang mesti suka pergi Watson kan? Haaaa, kat Watson semestinya ada. So korang boleh dapatkan disana sementara stok masih ada okay. 😉👌
Hai readers semua, Assalamualaikum..
Harini kita sembang kosong aje la ye..
Sekadar nak buat kenangan kat blog..
Harini genap la setahun berada kat Mersing, Johor..
Elehh, baru setahun dah macam macam kan.. Hahaha
Takpe la, walaupun setahun, tapi macam macam dah tempuh tau..
Berjauhan dari keluarga tu sememangnya laa..
Dulu berjauhan juga dari keluarga..
Gemas - Ipoh. Anggaran 6jam perjalanan.
sekali pindah mersing...
Mersing - Ipoh, 10 jam tau nak tempuh..
Huhuhu.. bertabah je la.. Janji dapat balik jumpa mak abah..
tak balik selalu, tapi kalau dapat balik, mereka semua sambut dengan gembira..
Apa yang menarik dengan Mersing ni?
Kita pun tak tahu apa yang menarik.. Hahaha
Keropok Lekor dia? Erm.. setakat ni kita suka lagi keropok lekor dari pantai timur..
Rasa dia tu sedap..
Kalau tanyakan tentang makanan laut yang segar, murah..
Kita rasa sama je. Takde la sesegar mana.. Takde la semurah mana..
Rasa macam biasa je.. Nak ikan segar pergi tangkap sendiri.
Dah dapat terus masak. hahaha
Orang kata Mersing terkenal dengan Pantai yang cantik.
Yang ni belum habis terjah.. Nak pulak kita ni bukanlah hantu pantai..
Tak heran sangat dengan laut semua ni. Sekadar dapat tengok okay je la..
Kalau nak kata nak pergi selalu tu takde la. Biasa-biasa aje ~
Apa makanan yang best?
Hat ni tak tahu la.. Rasa biasa je.. Kalau tanya kedai makan mana yang best..?
Banyak je kedai makan tak berapa best.. Opppsss Sorry.. Cik mimi berkata jujur..
Contoh macam teringin nak makan keteow kungfu, dah beberapa kedai try,, semua out.
Semua macam tak reti buat. Sedih..
Itu review jujur dari tekak cik mimi ni ye. Tekak orang lain, lain kisahnya.
Masih dalam proses nak mencari apa yang menarik di Mersing ni..
Pulau dah jejak??
Setakat ni tak lagi la.. Belum terpanggil nak berjalan ke sana.. Tunggu la bigboss bersuara
kut la dia teringin kan..
Cuma bila dah duduk Mersing ni ada satu memori yang terimbau kembali..
Setiap kali nak masuk highway Ayer Hitam, mesti kena tempuh Kluang..
Sesungguhnya.. Kluang tempat cik mimi membesar satu ketika dulu..
Masa Abah berkhidmat sebagai tentera dulu, cik mimi bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Kampung Melayu.. Hai awak.. Ada ke yang satu sek dengan cik mimi dulu?
Bila lalu satu jalan besar ni, teringat balik Jalan nak masuk ke kawasan rumah..
Jalan nak masuk ke Taman Koperasi..
Teringatkan Shell tempat laluan hari-hari..
Allah.. Sungguh.. Rindu nak terjah kawasan rumah lama..
Tapi belum diberi kesempatan..
Nak ajak mak abah turun Mersing.. Boleh bawak ke Kluang.. jumpa jiran lama..
Sebab mak dengan abah masih lagi berhubung dengan kawan lama disana..
Pindah dari kluang tahun 1997 kalau tak silap.
So, dah berapa lama kan?
Apa lagi yang menarik bila dah duduk Mersing?
Alhamdulillah.. Setakat ni cuba membiasakan diri disini. Tambah kenalan..
Pelbagai ragam manusia semestinya..
Anak-anak macam mana? Setakat ni okay.. Duduk di block sekarang ni ramai kawan sepermainannya..
Kalau dulu duduk terkurung takde kawan..
Sekarang tak reti duduk dalam rumah.. Mama dia yang naik risau..
Apa lagi yang menarik?
Next la cik mimi share kan kalau ada ekk..
Sekian dulu coretan bebelan harini sempena setahun berada di Mersing..
Ehhh, perlu celebrate potong kek tak ni? Hahahaha..
Nona Manis
Punya lama dok mencari..
Akhirnya jumpa akak yang jual dalam kem..
Sedap kuihnya..
Puashati makan..
Rasa nak repeat lagi..
Sebab sedap..
Tak puas makan..
Rm4.50 untuk 10biji
Hai readers..
Harini update entri simple je.
Terbayangkan kesedapan Sambal Petai ni.
Alahai...
Nikmat! 😌
Bila mana haritu beli petai dengan orang dalam kem..
Tapi isi nya tak dapat banyak..
Petai tak berapa nak nampak matanya..
So bila keluar ke pekan, nampak pulak pakcik jual petai.
So ambik la seikat tu. Ddy nya nak repeat makan sambal petai.
Ada 14papan. Rm10
Petai padi katanya.
Puas makan sebab dapat banyak..
Dan kelmarin..
Ddy nya cerita ada order Durian D24 dengan kawan..
Tapi takde rezeki..
Orang lain dah borong habis..
Takpe la. Cik mimi tak la kecewa. Mujur bukan tengah pregnant. Kalau tak, mau nak tang tang tu jugak bila dah berjanji kan. 😄
Ddy nya serba salah kut. Sebab dah cakap kan.
Sudahnya semalam keluar beli barang nampak orang jual durian.
So dia belikan dalam 3biji.
Anak anak tak berapa nak layan durian.
Ddy nya pun biasa biasa.
Katanya dia bukan hantu durian.
Ish ish ish.. Ruginya. 😄😄
Tempoyak laju pulak makan.
Kita pulak hantu durian. Tempoyak tak boleh diterima tekak.
Sudahnya.. Memang nanti perabih kat cik mimi la 3 biji durian tu.
Simpan peti bagi sejuk.
Baru nyaman gitu! 😋😋
Nikmat apa lagi yang ingin didustakan. Syukur alhamdulillah dengan rezeki yang ada. 😘
Harini cik mimi nak share lagi 1 produk keluaran Safi iaitu SAFI Micellar Natural Cleansing Water. Korang yang jenis selalu bermekap tu kan, selalu korang bersihkan macam mana? Bersihkan gitu je ke? Atau korang ada menggunakan makeup remover?
Sebenarnya, kan.. kalau kita dalam keadaan bermekap muka tu, kita tak boleh terus tonyoh dengan pencuci muka sedia kita gunakan tu. Salah cara tu. Kita kena bersihkan mekap tu dulu,baru boleh buat cucian macam biasa. Dulu cik mimi pun macam tu. Malas. Konon-konon cuci dengan pencuci muka tu je dah. Sudahnya tak bersih pun muka tu. Lagi comot dibuatnya.
Okay, bercerita pasal makeup remover ni, harini cik mimi share kan apa produk yang cik mimi dan gunakan. Erm.. haritu cerita pasal produk Safi juga kan, so harini kita continue dengan produk Safi lagi yang cik mimi gunakan dalam kehidupan seharian. Walaupun kita ni jarang-jarang nak bermekap, tapi mesti bermekap juga kan? Jadi Makeup Remover ni wajib ada dalam simpanan.
Dan cik mimi dah beli semua collection yang ada tu. Ni bukan tamak tau. Tapi nak tengok mana yang best digunakan. Then, kalau dah habis sebotol, boleh continue dengan botol yang lain. Dan takde masalah la kalau time balik kampung tu, haaaa, bawak je semua. Senang. boleh share dengan adik kakak sekali. Ajak dorang sekali gunakan produk Safi gitu..
Kenapa cik mimi nak galakkan korang gunakan Safi Micellar ni sebab SAFI Micellar Natural Cleansing Water ni dalam bentuk cecair jernih cair dan membersihkan kotoran dengan berkesan tanpa membilas, sambil mengekalkan kelembapan kulit dan menjadikan kulit lebih sihat secara semulajadi. Ia telah diuji secara dermatologi dan bebas daripada SLES / SLS, minyak mineral, colourant, alkohol, Paraben, Propylene Glycol, dan pasti Halal yang disahkan oleh JAKIM. Gabungan formulasi semula jadi tidak akan mengeringkan kulit apabila mengeluarkan solek.
Nampak tak kat situ HALAL. Kita sebagai orang islam mesti menitikberatkan soal tu juga kan. Tak rasa was-was nak guna. Okay, jom la kita teruskan baca lagi apa kelebihan setiap satu jenis Safi Micellar Natural Cleansing Water ni.
SAFI Micellar Natural Cleansing Water terdapat dalam tiga varian dengan 100% bahan aktif semulajadi untuk memenuhi keperluan kulit kita semua iaitu :
SAFI Micellar Natural Cleansing Water - Rose
Botol yang berwarna pink dengan bauan dari bunga rose. Sesuai digunakan oleh mereka yang mempunyai kulit yang normal dan kombinasi.
Dirumuskan dengan bahan aktif semula jadi 100% dari Rose, ia menghilangkan mekap dan kekotoran dengan satu lap sementara meminimumkan liang-liang pori untuk mengurangkan wajah berminyak dan berkilat, menghasilkan kulit yang segar dan bercahaya.
Bahan yang terkandung didalamnya ialah :
- Water
- Propanediol
- PEG-6 Caprylic/Capric Glycerides
- PEG-7 Glyceryl Cocoate
- Betaine
- Sodium PCA
- Glycerin
- Disodium EDTA
- Sodium Citrate
- Xanthan Gum
- Sodium Hyaluronate
- Citric Acid
- Rosa Centifolia (Rose) Flower Water
- Fragrance
- Phenoxyethanol
- Chlorphenesin
SAFI Micellar Natural Cleansing Water - Neem
Penutup botolnya berwarna hijau gelap. Sesuai digunakan oleh mereka yang mempunyai kulit yang berminyak dan berjerawat.
Dirumuskan dengan 100% bahan aktif semulajadi dari Neem, ia menghapuskan kesan mekap dan kekotoran dengan satu lap dan mengendalikan jerawat untuk mengungkap kulit yang jelas, menghasilkan kulit yang segar dan bercahaya. Sesuai untuk jenis kulit berminyak dan rawan jerawat.
Bahan yang terkandung didalamnya ialah :
- Water
- Propanediol
- PEG-6 Caprylic/Capric Glycerides
- PEG-7 Glyceryl Cocoate
- Betaine
- Sodium PCA
- Glycerin
- Disodium EDTA
- Sodium Citrate
- Xanthan Gum
- Sodium Hyaluronate
- Melia Azadirachta (neem)
- Leaf Extract
- Citric Asid
- Butylene Glycol
- Fragrance
- Phenoxyethanol
- Chlorphenesin
SAFI Micellar Natural Cleansing Water – Cucumber
Untuk yang mempunyai penutup berwarna hijau cerah ini, ianya sesuai digunakan oleh semua jenis kulit.
Dirumuskan dengan 100% bahan aktif semulajadi dari Timun, ia menghilangkan kesan mekap dan kekotoran dengan mudah dan menjadikan kulit lembut, dan sihat.
Bahan yang terkandung didalamnya ialah :
- Water
- Propanediol
- PEG-6 Caprylic/Capric Glycerides
- PEG-7 Glyceryl Cocoate
- Betaine
- Sodium PCA
- Glycerin
- Disodium EDTA
- Sodium Citrate
- Xanthan Gum
- Sodium Hyaluronate
- Citric Acid
- Cucumis Sativus (cucumber)
- Fruit Extract
- Fragrance
- Phenoxyethanol
- Chlorphenesin
Cara untuk menggunakannya cukup mudah :
- Tuangkan pada kapas
- Lap dibahagian solekan
- Tidak perlu dicuci/dibilas
Macam mana korang, berminat tak nak tukar mekap remover korang yang sedia ada tu. Boleh tukar kepada produk Safi pula ke lepas ni kan? Nak beli kat mana??
Halaaah halaaahh.. awak semua jangan risau, cari je dekat pasaraya berdekatan tu. Kalau tak jumpa, korang kaki shopping kat watson guardian kan? Siap ada kat Watson lagi kan. Haaaa, pergi shopping kat sana cepat. Harga dia mampu milik sangat tau. RM17.25 macam tu la..
Kalau tahap malas nak pergi pasaraya. Sebab bizi kerja keluar pagi balik malam kan, korang pergi je beli online. Mudah.
Hai readers. Morning..Harini hari isnin, monday blues ke tu. No monday blues okay. Zaman cik mimi bekerja dulu, hari isnin adalah hari yang bersemangat nak pergi kerja. Why? Sebab ahad kan cuti, then pejabat koperasi tu dah macam rumah kedua cik mimi. Then bekerja kat sana even sorang sorang pun tak rasa stress.
Okay harini bukan nak cerita pasal kenangan bekerja, tapi nak bercerita pasal "Lontong". You know lontong? Ada orang tak tahu tau. Serius. Lontong ni terhasil daripada gabungan Nasi Impit dan dimakan bersama dengan kuah masak lodeh.
Sedapkan lontong. Lontong okay, lontong. Bukan lutong ke apa tau. Jangan salah sebut. 😅
Kalau tanya cik mimi tang mana sedapnya "Lontong" ni. Sedap dia bila tang kuah dia tu sedap la. Memang best la. Pastu penuh dengan bahan.
Macam biasa la, menu lontong ni akan muncul time raya. Tapi tahun ni raya tak dapat makan lontong, rasa macam frust pulak. Sebab teringin.. Dia punya teringin tu macam orang tengah mengidam. Tapi cik mimi tak pregnant tau. Hehehe..
Tak sangka pula zara dengan zhareef pun suka. Zhareef suka hirup kuah dia. Dia punya hirup tu tak pakai sudu dah. Angkat pinggan terus! Amazing pulak tengok anak pun suka. Haha
Kalau zara dia suka makan dengan nasi biasa. Hirup tang kuah jugak. Next time boleh buat sebab ada geng makan.
Then harini cik mimi nak share sekali la resepi dia. Maklumlah, kadang cik mimi sendiri pun terlupa nak bubuh bahan apa. 🤣🤣
Manusia biasa kan, kadang pelupa juga kalau benda simple pun. Then kalau ada kawan kawan nak try buat, boleh juga guna resepi ni.
Bahan-bahannya :
🍲 Bawang Merah
🍲 Bawang Putih
🍲 Udang Kering
Dikisar atau ditumbuk bahan diatas ya.
Bahan rencah :
🍲 Kubis
🍲 Lobak Merah
🍲 Sengkuang
🍲 Sayur fucuk (Direndam sekejap bagi lembut)
🍲 Tempe (Digoreng dan ditoskan)
🍲 Tauhu (Digoreng dan disejukkan dahulu sebelum dipotong kecil)
🍲 Udang (option nak letak atau tak)
🍲 Kacang Panjang
🍲 Serbuk kunyit (Nak pakai kunyit hidup pun boleh)
🍲 Sedikit Garam
🍲 Santan
🍲 Cili merah (Cili Masak)
Cara masakan :
- Tumiskan dahulu bahan yang telah ditumbuk / dikisar tadi. Nampak garing, masukkan sayur sayuran tadi, kecuali tempe dan tauhu.
- Gaul biar nampak lembut sikit, masukkan santan dan serbuk kunyit.
Biarkan sehingga hampir mendidih, masukkan garam, udang, tauhu dan tempe. Serta cili masak.
- Biarkan ia betul betul mendidih, dan tutup api. Mudahkan?
- Ada sesetengah orang makan bersama sambal dan telur rebus. Macam kita haritu tak buat sambal. Cuma letak telur rebus je.
Okay harini bukan nak cerita pasal kenangan bekerja, tapi nak bercerita pasal "Lontong". You know lontong? Ada orang tak tahu tau. Serius. Lontong ni terhasil daripada gabungan Nasi Impit dan dimakan bersama dengan kuah masak lodeh.
Sedapkan lontong. Lontong okay, lontong. Bukan lutong ke apa tau. Jangan salah sebut. 😅
Kalau tanya cik mimi tang mana sedapnya "Lontong" ni. Sedap dia bila tang kuah dia tu sedap la. Memang best la. Pastu penuh dengan bahan.
Macam biasa la, menu lontong ni akan muncul time raya. Tapi tahun ni raya tak dapat makan lontong, rasa macam frust pulak. Sebab teringin.. Dia punya teringin tu macam orang tengah mengidam. Tapi cik mimi tak pregnant tau. Hehehe..
Tak sangka pula zara dengan zhareef pun suka. Zhareef suka hirup kuah dia. Dia punya hirup tu tak pakai sudu dah. Angkat pinggan terus! Amazing pulak tengok anak pun suka. Haha
Kalau zara dia suka makan dengan nasi biasa. Hirup tang kuah jugak. Next time boleh buat sebab ada geng makan.
Then harini cik mimi nak share sekali la resepi dia. Maklumlah, kadang cik mimi sendiri pun terlupa nak bubuh bahan apa. 🤣🤣
Manusia biasa kan, kadang pelupa juga kalau benda simple pun. Then kalau ada kawan kawan nak try buat, boleh juga guna resepi ni.
Resepi Kuah Masak Lodeh
Bahan-bahannya :
🍲 Bawang Merah
🍲 Bawang Putih
🍲 Udang Kering
Dikisar atau ditumbuk bahan diatas ya.
Bahan rencah :
🍲 Kubis
🍲 Lobak Merah
🍲 Sengkuang
🍲 Sayur fucuk (Direndam sekejap bagi lembut)
🍲 Tempe (Digoreng dan ditoskan)
🍲 Tauhu (Digoreng dan disejukkan dahulu sebelum dipotong kecil)
🍲 Udang (option nak letak atau tak)
🍲 Kacang Panjang
🍲 Serbuk kunyit (Nak pakai kunyit hidup pun boleh)
🍲 Sedikit Garam
🍲 Santan
🍲 Cili merah (Cili Masak)
Cara masakan :
- Tumiskan dahulu bahan yang telah ditumbuk / dikisar tadi. Nampak garing, masukkan sayur sayuran tadi, kecuali tempe dan tauhu.
- Gaul biar nampak lembut sikit, masukkan santan dan serbuk kunyit.
Biarkan sehingga hampir mendidih, masukkan garam, udang, tauhu dan tempe. Serta cili masak.
- Biarkan ia betul betul mendidih, dan tutup api. Mudahkan?
- Ada sesetengah orang makan bersama sambal dan telur rebus. Macam kita haritu tak buat sambal. Cuma letak telur rebus je.
SAFI BALQIS OXYWHITE - HYDRATING LOTION Penyegar Dan Pelembap Kulit Wajah.
Rata rata ramai dah menggunakan safi ni kan? Mungkin cik mimi agak lambat sikit nak cerita. Tapi cik mimi dah gunakannya. Tengok feedback dari kawan kawan kata produk ni best, so why not kita pun sama sama mencuba kan.
Nak cantik, nak baikkan kulit, tak boleh kedekut. Betul tak? Okay, kenapa cik mimi tertarik nak gunakan safi balqis ni? Okay, sebelum ni cik mimi pun ada gunakan produk dari Safi juga. Dan tengok hasil dia okay. Tak menghampakan, so berani la nak cuba Safi Balqis Oxywhite Hydrating Lotion ni pula.
Dan sebenarnya, cik mimi ni sejenis manusia yang walaupun produk tu mahal dan orang kata terbaik, tak tentu lagi serasi dengan muka cik mimi ni. Pernah juga pakai produk lain yang bila pakai tiba tiba muka rasa berpeluh peluh .Pastu cik mimi rasa macam badan semacam. Badan rasa panas, macam orang tak cukup oksigen. Haaa nampak macam "betul ke boleh jadi sampai macam tu?", ye cik mimi jenis macam tu.
Kalau tak serasi dengan sesuatu produk tu, try la pakai dalam 2x,so memang tahu la serasi ke tak dia. So, memang cik mimi letak tepi je la produk tu atau bagi la pada kawan kawan yang guna.
Klik gambar untuk zoom |
Dan lagi satu kenapa cik mimi cari Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion Ni, ianya merupakan produk 2in1 macam tu. Berfungsi sebagai penyegar dan pelembab. Disebabkan lepas oepration kulit muka mudah kering dan kusam, haruslah cik mimi cari produk yang boleh melembapkan kulit wajah kan. Nak cantikkan kulit mudah sebenarnya. Kalau kita pandai cari produk yang betul.
Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion mempunyai kandungan isipadu 100ML, cik mimi yakin boleh tahan lama. Mengikut pada penggunaan la. Sebab macam cik mimi guna ni hampir sebulan. Tengok masih banyak lagi. Tak sure berapa bulan boleh tahan. Maybe lebih dari 3bulan macam tu. Sebab pengunaan yang disarankan ialah sehari 2x. So cik mimi gunakan pada waktu pagi dan juga pada waktu malam.
Jom kita baca detail penuh tentang Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion ni.
🌹Ianya Gabungan formulasi penyegar & pelembap dalam satu langkah untuk penjagaan kulit yang ringkas namun memberikan kesan lembapan yang optimum.
🌹Safi Balqis OxyWhite Losyen Pencerah Menghidrat bertindak :
• Memberikan 2x penghidratan dan kesegaran dengan satu penggunaan.
• Meningkatkan rintangan perlindungan kulit untuk mengunci lembapan secara mendalam dan optimum sepanjang hari dengan 5 jenis Hyaluronic Acid :
✔️Macro Hyaluronic Acid
✔️Nano Hyaluronic Acid
✔️Bio-Hyaluronate
✔️Oligo-Hyaluronic Acid
✔️Super Nano Hyaluronic Acid
• Mudah meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan melekit
• Mencegah kulit menjadi gelap akibat radiasi infrared (IR) dengan pelindung IR.OXYWHITE = NANO OXYGEN + NANO BIOWHITE
Nano Oxygen membebaskan oksigen tambahan ke dalam epidermis kulit agar segar, bermaya dan berseri manakala Nano BioWhite memperlahankan kesan pembentukan pigmentasi untuk tona kulit sekata dan cerah sempurna.
Untuk cara penggunaannya pula, Sapukan pada keseluruhan wajah muka, tepuk muka dengan lembut (dap dap kan ia) sehingga kita rasa lotion ni menyerap ke dalam kulit muka. Mudah kan?
Dan jangan risau okay, Safi Balqis ni selamat digunakan, dan dia juga mempunyai sijil halal pada label botol. Tak perlu rasa was-was.
Mungkin ada yang nak tahu, dimana nak cari Safi Balqis ni kan? Okay, boleh cari di pasaraya berdekatan ataupun boleh juga cari di Watson dan sebagainya. Untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik, boleh gunakan bersama pencuci mukanya.
Jangan lupa dapatkan segera okay, kita kekal cantik bersama Safi Balqis 😘
#SafiBalqis
#safiMY
#SafiHydrationLotion
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons