Sambal Petai Dan Durian

Monday 22 July 2019


Hai readers..
Harini update entri simple je.
Terbayangkan kesedapan Sambal Petai ni.
Alahai...
Nikmat! 😌
Bila mana haritu beli petai dengan orang dalam kem..
Tapi isi nya tak dapat banyak..
Petai tak berapa nak nampak matanya..
So bila keluar ke pekan, nampak pulak pakcik jual petai.
So ambik la seikat tu. Ddy nya nak repeat makan sambal petai.
Ada 14papan. Rm10
Petai padi katanya.
Puas makan sebab dapat banyak..


Dan kelmarin..
Ddy nya cerita ada order Durian D24 dengan kawan..
Tapi takde rezeki..
Orang lain dah borong habis..
Takpe la. Cik mimi tak la kecewa. Mujur bukan tengah pregnant. Kalau tak, mau nak tang tang tu jugak bila dah berjanji kan. 😄
Ddy nya serba salah kut. Sebab dah cakap kan.
Sudahnya semalam keluar beli barang nampak orang jual durian.
So dia belikan dalam 3biji. 
Anak anak tak berapa nak layan durian.
Ddy nya pun biasa biasa. 
Katanya dia bukan hantu durian.
Ish ish ish.. Ruginya. 😄😄
Tempoyak laju pulak makan. 
Kita pulak hantu durian. Tempoyak tak boleh diterima tekak.
Sudahnya.. Memang nanti perabih kat cik mimi la 3 biji durian tu.
Simpan peti bagi sejuk.
Baru nyaman gitu! 😋😋

Nikmat apa lagi yang ingin didustakan. Syukur alhamdulillah dengan rezeki yang ada. 😘

22 comments

  1. Kalau letak durian dan sambal petai sebelah menyebelah kan..akak pilih durian ..heheheh...

    ReplyDelete
  2. PERGHHHHHHHHHHHHHH SEDAPNYA

    ReplyDelete
  3. sy pon bukan peminat durian..
    tp crepe durian pantang tgk msti nk.. haha

    ReplyDelete
  4. semuanya sedap..
    petai sambal & durian.
    all is my favourite

    ReplyDelete
  5. Perghhhhh...jahat la entry kat blog ni :( saya pantang tengok sambal petai ni..terus lemah...kejap lagi nak keluar g pasar lha cari petai...nak suruh wife masak....

    ReplyDelete
  6. sambal petai durian? Wah tak pernah tengok lagi rasanya ni..kalau siapa peminat durian mesti suka ni. Ida ni bukannya peminat durian, kurang makan. Kalau makan ni mau semerbak bau nanti..hehehe

    ReplyDelete
  7. Kalau durian Naim tak pernah menolak untuk makan. Kalau petai tak berapa suka kerana ia berbau. hehe.

    ReplyDelete
  8. akak suka durian, tapi tempoyak tak suka..petai pun tak suka..hihi..

    ReplyDelete
  9. eh sayangnya anak-anak tak berapa layan durian. BBL kalu ayah bawa balik durian memang laju kami anak-anak datang serang. hehehe sekarang memang betul deman durian sana sini ada jual raja segala buah nie

    ReplyDelete
  10. ya ampun dua makanan ni memang feveret kita. terutama sambal petai itu. kalau makan memang dah tak toleh kiri kanan dah hahahaha..mmg sedap...

    ReplyDelete
  11. Sambal petaitu memang kesukaan saya, sekarang musim petai tengah banyak dekat pasar malam, tepi jalan pon ramai ada jual. jadi memang menu ulang2 sambal udang petai, sambal bilis petai he he he Durian fresh memang kesukaan saya juga...

    ReplyDelete
  12. adei.. akak suka sambal petai dan kalau petai dengan durian akak akan pilih petai.. tapi tu lah tu.. angin lah dik.. hahahaha~ tengok gambar je lah mampu..

    ReplyDelete
  13. Terkejut kita ingat tadi masukkan durian dalam sambal petai tu wakakak hehehe mesti jadi sambal tempoyak petai kan menarik juga tu tak cuba lagi hurmmmm...

    ReplyDelete
  14. Ngencesnyaaaa tengok sambal tu

    ReplyDelete
  15. ya Allah sedapnya sambal petai !!!! kegemaran saya tu. dah lama tak masak sambal petai. kalau bubuh udang dappnya. makan panas2 dengan nasi. ingatkan tadi masak sambal petai durian. terkejut jugak. rupanya bukan

    ReplyDelete
  16. Pergh... Sedap ni. Memang akan membuka selera makan la.

    Biasa makan sambal petai + tempoyak, nampaknya kena try juga sambal petai + durian ni. Mesti terang kat punya bila try nanti.

    TQ sharing 👍👍

    ReplyDelete
  17. Sambal petai tu fav suami & akak....durian tu pun. Mimi cuba try durian udang merah...perghhh mantap rasa dia. Sampai teringat-ingat

    ReplyDelete
  18. alahai sedapnya..kita peminat durian dan petai..pantang nampak petai tu..memnag akan makan setiap hari je..aduhh..nasib ada sambal petai beli dengan bro dekat rumah..hehe

    ReplyDelete
  19. Tak makan petai tapi sambal petai memang sedap! Dia ada rasa tersendiri. Hehe

    ReplyDelete
  20. Ingt tadik sambal petai campur dengan durian. Puas baca smp berulang2 . Pelik rasanya noh. Untung buat peminat petai dan durian yer. hehehe

    ReplyDelete
  21. Omg! Durian Okla... Petai no way! But both combine I takut le... The smell is very.... Cannot imagine

    ReplyDelete