Saturday, 27 July 2019

27 Julai 2019 | Genap Setahun Di MERSING


Hai readers semua, Assalamualaikum..
Harini kita sembang kosong aje la ye.. 
Sekadar nak buat kenangan kat blog..
Harini genap la setahun berada kat Mersing, Johor..
Elehh, baru setahun dah macam macam kan.. Hahaha

Takpe la, walaupun setahun, tapi macam macam dah tempuh tau..
Berjauhan dari keluarga tu sememangnya laa..
Dulu berjauhan juga dari keluarga..
Gemas - Ipoh. Anggaran 6jam perjalanan.
sekali pindah mersing...
Mersing - Ipoh, 10 jam tau nak tempuh..

Huhuhu.. bertabah je la.. Janji dapat balik jumpa mak abah..
tak balik selalu, tapi kalau dapat balik, mereka semua sambut dengan gembira..

Apa yang menarik dengan Mersing ni?
Kita pun tak tahu apa yang menarik.. Hahaha

Keropok Lekor dia? Erm.. setakat ni kita suka lagi keropok lekor dari pantai timur.. 
Rasa dia tu sedap..

Kalau tanyakan tentang makanan laut yang segar, murah..
Kita rasa sama je. Takde la sesegar mana.. Takde la semurah mana..
Rasa macam biasa je.. Nak ikan segar pergi tangkap sendiri.
Dah dapat terus masak. hahaha


Orang kata Mersing terkenal dengan Pantai yang cantik.
Yang ni belum habis terjah.. Nak pulak kita ni bukanlah hantu pantai..
Tak heran sangat dengan laut semua ni. Sekadar dapat tengok okay je la..
Kalau nak kata nak pergi selalu tu takde la. Biasa-biasa aje ~

Apa makanan yang best?
Hat ni tak tahu la.. Rasa biasa je.. Kalau tanya kedai makan mana yang best..?
Banyak je kedai makan tak berapa best.. Opppsss Sorry.. Cik mimi berkata jujur..
Contoh macam teringin nak makan keteow kungfu, dah beberapa kedai try,, semua out.
Semua macam tak reti buat. Sedih..
Itu review jujur dari tekak cik mimi ni ye. Tekak orang lain, lain kisahnya.

Masih dalam proses nak mencari apa yang menarik di Mersing ni..
Pulau dah jejak??
Setakat ni tak lagi la.. Belum terpanggil nak berjalan ke sana.. Tunggu la bigboss bersuara
kut la dia teringin kan..

Cuma bila dah duduk Mersing ni ada satu memori yang terimbau kembali..
Setiap kali nak masuk highway Ayer Hitam, mesti kena tempuh Kluang..
Sesungguhnya.. Kluang tempat cik mimi membesar satu ketika dulu..
Masa Abah berkhidmat sebagai tentera dulu, cik mimi bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Kampung Melayu.. Hai awak.. Ada ke yang satu sek dengan cik mimi dulu?

Bila lalu satu jalan besar ni, teringat balik Jalan nak masuk ke kawasan rumah..
Jalan nak masuk ke Taman Koperasi..
Teringatkan Shell tempat laluan hari-hari..
Allah.. Sungguh.. Rindu nak terjah kawasan rumah lama..
Tapi belum diberi kesempatan..
Nak ajak mak abah turun Mersing.. Boleh bawak ke Kluang.. jumpa jiran lama..
Sebab mak dengan abah masih lagi berhubung dengan kawan lama disana.. 
Pindah dari kluang tahun 1997 kalau tak silap. 
So, dah berapa lama kan?

Apa lagi yang menarik bila dah duduk Mersing?
Alhamdulillah.. Setakat ni cuba membiasakan diri disini. Tambah kenalan..
Pelbagai ragam manusia semestinya..
Anak-anak macam mana? Setakat ni okay.. Duduk di block sekarang ni ramai kawan sepermainannya..
Kalau dulu duduk terkurung takde kawan..
Sekarang tak reti duduk dalam rumah.. Mama dia yang naik risau.. 

Apa lagi yang menarik?
Next la cik mimi share kan kalau ada ekk.. 

Sekian dulu coretan bebelan harini sempena setahun berada di Mersing..

Ehhh, perlu celebrate potong kek tak ni? Hahahaha..



biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi

13 comments:

  1. pejam celik pejamm celikkk, dah setahun dah

    ReplyDelete
  2. Wahh mersih jauh jugak eh. Setakat ni paling ke sana pon ronda JB je xpernah jejak mersing. Mungkin ada yang menarik jugak kot kat mersing yang kita x thu

    ReplyDelete
  3. Mersing.. Belum sampai lagi kesini.. Jauh tu 10 jam nk ke Ipoh... Mau cemuih kalau balik naik bas

    ReplyDelete
  4. Walaupun dah setahun, sekejap aje masa berlalu kan Mimi. Bab makan tu kena tanya org Mersing la nanti. Ada le tu memana kedai yang sedap dan kena dgn citarasa. Dah lama juga tk ke Johor. Nanti dah jmpa tmot menarik, share lah. Hehe

    ReplyDelete
  5. Dok johor ya. Kekadang member naim ada ride ke sana. Harga makanan boleh tahan gak la hehe

    ReplyDelete
  6. Mesti dah pegi pantai Air Papan.

    ReplyDelete
  7. cepat betul masa berjalan kan.. bab makanan ni mmg selalu mcm tu la.. sis x prnh smpai lgi kat sini tau

    ReplyDelete
  8. Moga selalu happy cik mimi. Berdekatan dengan suami dan anak2 mmg jadi keutamaan. Mersing mmg banyak port pantai
    Cantikkan

    ReplyDelete
  9. Xpernah sampai lagi mersing.. Tapi ada kwan2 ckp pantai dia lawa... Tpi xtau la kita😝

    ReplyDelete
  10. Eina orang Johor, tak ingat pernah sampai ke tak Mersing ni. Hehe

    ReplyDelete
  11. Eee pulau dekat Mersing la cantik-cantik. Alang-alang Mimi duduk situ boleh la terjah. Nad selalu tengok dari jauh je tapi Mersing memang famous dengan pulau dia.

    ReplyDelete
  12. Good to see you update here always so that we can all know your life update =) Is a small and quiet town to stay!

    ReplyDelete
  13. i have not been to Mersing yet. this place seems nice to explore. Living in small town is much peaceful and so many beautiful islands there.

    ReplyDelete

Sponsor

Comments