Assalamualaikum..
Hai readers.. Boleh ke tidak ekk nak share menu berbuka ni. Pikir jugak banyak kali ni tau. Haha..
Bukan apa, karang ada pulak yang kata, singgah siang hari, kita buat orang terliur. Walhal menu tak gempak pun..😅😅
Kita nak share kat sini supaya kita tahu, hari hari kita buka menunya apa. Haa, gitu..
Kita ni berbuka dekat rumah je. So hari hari kena masak. Jadi mudah la nak tahu masakan apa dah buat. Masakan apa belum buat. Biasa la, surirumah ni kan pening atur menu.
Tapi dah 4 hari puasa ni, kita suruh ddynya atur menu. Biar dia pening kepala pikir juga.
Ingat senang ke nak pikir lauk apa nak makan. Kita ni jenis berbuka makannya kuih muih je. Nasi time sahur baru sentuh. Untuk hari ni, rasa macam "erk... Banyaknya makanan"..
Sebelum tu rasa macam "ni je ke makanan tuk berbuka?"
Harini plannya nak buat nasi goreng. Lepas tu buat la ayam perap. Ala ala ayam untuk nasi ayam tu. Lepas tu kuih muih ddy nya beli. Ada buah melaka dengan kuih tako.
Tambahan lain harini, ddy dorang bawak balik bubur lambuk.. Sedap, kita suka bubur lambuk orang buat time bulan puasa. Rasa special je. Pastu jiran depan rumah pulak hulur cucur dengan air teh ais cincau.
Mak aihhh.. Sedapnya teh ais dia. Pekat sedap. Secara tiba tiba banyak makanan harini. Alhamdulillah, rezeki.. Kalau kuih muih beli ni pepaham je la.
Rasa sedih tengok kuih buah melaka tu.. Besar elok dah. Bila makan mana inti nya?? Macam tepung semata. Kita dok makan ingatkan gula dia banyak la.
Maklumlah, kuihnya besar kan. Sekali tanya ddy nya pun, dia kata yang dia makan tu ada la sikit. Tapi tak berasa sangat. Erm.. Kot je pun nak untung, janganlah macam tu kan. Sedih tau tengok orang niaga gitu. Kita nak tolong dia, tapi kita pulak terkena balik. Actually macam terniat nak buat buah melaka. Tapi ntah bila la. Takpe la. Tunggu mood datang ye.
Hai readers.. Holla..
Assalamualaikum.. Sambil memikirkan menu apa nak buat Harini Kita Tepek Menu Berbuka sebelum ni la ye. Dok simpan dalam draf. Harini kita keluarkan la ye. Kes peram entri sebab malas nak edit gambar. Selalunya gitu la kan. Menaip laju. Bab gambar slow sikit. Nak buat macam mana.
Nak simpan entri puasa ni sebab nak tengok sepanjang bulan puasa ni makan apa. 😄😄
Maklumlah, bulan puasa ni kan akan keluar menu yang pelbagai. So kena simpan kat blog ngan ig. Kat ig tu sebab syok tengok gambar masakan sendiri yang ada. 😆😆
Puasa Pertama (06.05.2019)
Menu yang simple sahaja. Masa ni keluar beli barang dapo. Walhal keluar awal dah, dalam pukul 2. Balik sampai lewat. Sudahnya goreng popia yang ada. Mujur ada stok dalam peti. Lepas tu ddy nya kata nak makan mee goreng. So, mee goreangnya ready pun lepas berbuka. Elok buka, mee siap di goreng. Memang makan panas panas la..
Puasa Kedua (07.05.2019)
Kuih Muih. Mee Rebus. Sup Ekor.
Actually, kuih muih tu macam wajib ada bila berbuka. Kita jenis tak reti nak makan nasi terus. Kalau perut mengejut terus keras je rasa. Macam masuk angin. So kuih muih ddy dorang pergi beli.
Mee Rebus. Actually, pes dia tu kita beli je. Kat RnR ayer keroh tak silap. Masa on the way nak balik ipoh. Kebetulan balance mee ada lagi, kita pun masak je la. Tapi kita sorang aje yang makan mee nya. 😒 Ddy nya idok kisah pun.
Sup Ekor. Semalamnya tu kan pergi beli stok barang dapur. So ddy nya beli ekor lembu. Apa lagi, dia suruh kita buat sup, kita buatkan aje la. Bukan susah pun kan nak buat sup. Settle kerja kalau bagi menu pada kita.
Puasa Ketiga (08.05 2019)
Kuih Muih. Keteow Goreng.
Kuih muih seperti biasa la kan. Ddy nya yang pergi beli. Kita malas nak follow. Pastu ddy nya kata nak makan keteow goreng. So kita suruh je la dia cari bahan sekali, alang alang dia keluar nak beli kuih tu.
Kita kat umah siap apa perlu je bahan bahan masak.
So, untuk 3hari berbuka makannya simple simple aje la. Janji ada makanan.. Usah ditanya lauk masak lauk apa ye. Haha. Time tu sahur baru masak lauk. Lauk simple je pun. Macam goreng sayur ke, goreng ikan bilis ke..
Assalamualaikum, hai readers.
Selamat menunaikan ibadah puasa. Harini baru berkesempatan nak share al kisahnya tudung sarung pilihan.
Haritu masa bulan 4, ntah kenapa la kemaruk sangat nak cari tudung sarung tau. Dia punya nak tu, hari hari dok survey. Dia punya nak nak nak tu macam orang mengandung mengidamkan sesuatu. Akan cari benda diinginkan tu sampai dapat. Survey pun sebab Cari pilihan harga yang orang kata, berbaloi la kalau beli tu.
Kalau boleh tak perlu mahal mahal. Janji cantik dan selesa pakai.
Survey punya survey kan, ada 4 pilihan kita jumpa. Sebenarnya 3 je. Tapi ntah macam mana terjumpa 1 lagi page kat facebook ni, terus la grab sebab harga pun berbaloi.
Cuma ada dari 1 seller ni je kita tak pakai lagi. So kita akan sharekan dari 3 page facebook yang kita beli ni tau.
WM Collection.
Sehelai tudung dia berharga Rm25
Actually kita beli 2helai. Tapi lagi sehelai tu supplier tersalah bagi size. Kita order M. Tapi terbagi size L. Kita boleh je pakai size L. Tapi haritu size L nya besar. Tak berapa sesuai dengan kita, so kita jual pada kawan yang nak la.
So kalau korang berminat, cuba la beli. Sebab coraknya pun lawa lawa. Nak mudahkan urusan, nak tanya stok yang ada, whatsApp je. Nanti supplier akan hantar stok yang latest.
MazilaBoutique My
Yang ni kita beli 2helai juga. Harga dia Rm50 termasuk postage untuk 2helai.
Kita ambil warna hitam dan juga brick. Warna brick ni macam maroon tapi gelap sikit kot.
Selesa pakai. Dok belasah pakai hari hari keluar ambik zara sekolah. Kita beli warna plain je.
Luni Collection
Yang ni kita ada beli 2helai juga. Tak silap masa tu supplier nak habiskan stok. So dia jual buy 1 free 1 macam tu. Tapi yang ni kita tak pakai lagi. Ntah kenapa rasa macam warna tu tak ngam pulak dengan muka. So kita simpan je la dulu. Mungkin satu masa zara dah boleh pakai, kita bagi je pada dia. Hehe
So, untuk ni, kita takde testimoni nya la. Tapi korang boleh je survey survey. Sebab dah banyak pilihan dah koleksi dia.
Yang last dan akan repeat order in shaa Allah..
Didam scaft |
Didam Scaft |
Didam Scaft |
Didam Scaft.
Yang ni haritu kita beli set combo 3helai terus.
Masa tu harga dia untuk sehelai Rm12. Grab 3helai Rm34 tak termasuk postage.
So berbaloi beli combo, sebab jimatkan postage dan sememangnya kita perlukan lebih tudung sarung. Sebab sekarang ni nak kena cepat. So mudah kalau adanya tudung sarung ni.
Haritu masa kita balik ipoh, mak cakap nak cari tudung sarung. Mak konon konon berkenan yang kat Go Shop kot. Kelazzz tau mak kita ni, berkenan tudung hat mahal. Kekeke..
Last last kita tunjuk tudung kita dari Didam Scaft ni , dia borong terus sampai 10helai. Pastu adik ipar pun nak, last-last 20helai terus dorang borong. Meriah. Suka tengok tudung yang sampai tu sebab semuanya cantik cantik.
Untuk tudung dari Didam ni tentunya ada testi la kan. Sebab best, dan kita akan repeat lagi.
Ni contoh 3helai tudung bercorak yang kita grab haritu. Harap harap stok baru ni lelawa la, sebab nak grab lebih sikit. Kikiki.. Tak puas la beli sesikit ni. Alang alang beli, beli banyak terus sebab boleh tukar tukar pakai. Lagi lagi nak raya ni. Beli sekali tuk pakai raya.
Actually kita share ni bukan nak menunjuk. Tapi sebab harga berbaloi kalau nak beli, then kalau yang bercorak tu kan, lawa lawa bila tengok real tau.
Ni kan nak raya. Apa kata, korang hadiahkan la untuk mak ke, kakak tersayang ke, isteri tercinta ke dengan tudung ni. Gembirakan hati mereka. Kita dapat tudung ni pun dah rasa happy. Walhal beli pakai duit sendiri. Kalau la orang hadiahkan, rasanya happy tu sampai terbawak dalam mimpi kot. Hehehe
Sekian dulu perkongsian dari kita. Yang nak beli, klik je link page dorang tu ye. Harap dapat la membantu. Kita share salah 1 sebab kualitinya juga. Even murah, tapi kualiti dia elok tau. 😉💕
Assalamualaikum readers.
Alhamdulillah. Untuk harini dah selesai untuk puasa pertama kan.
Rasanya belum terlewat juga untuk kita ucapkan selamat menjalani ibadah puasa buat semua saudara islam kita yang berada dimana jua pun.
Untuk tahun ni, tahun pertama kita berpuasa di Mersing. Macam mana situasinya? Alhamdulillah. Everything baik baik aje. Then kita pun dah terbiasa berlapar kan, so bila masuk buat puasa ni rasa seperti biasa je.
Puasa : Hari 1
Alkisah nak bersahur awal pagi tadi, semalam lepas maghrib buat la air min kaffe. Konon konon nak bagi tenaga sebab rasa lemau je badan. Sudahnya sampai malam elok celik mata ni. Sudahnya godek godek fon sampai jam 4pagi. Then jam 4pagi terus bangun panaskan nasi then sediakan makanan.
Kisah sebelah petang pula, disebabkan nak keluar beli barang, so alang alang nak singgah bazar. Tapi apa pun tak beli. Ddy nya nak cari kuih. Tapi tak jumpa kuihnya sebab dah hampir jam jam 6setengah petang. Kuih pun banyak dah habis. Mujur sangat la ada popia frozen kat rumah. So goreng itu je, kemudian buat mee goreng.
Alhamdulillah. Puasa harini dipermudahkan. Niatnya semoga tahun ni kita dapat berpuasa sebaiknya. Sebagaimana Allah memberikan kesembuhan kepada kita dari sakit yang dialami sebelum ni.
RIANG RIA RAYA DENGAN SHOPEE!
Dapatkan semua keperluan Raya anda daripada platform e-dagang terkemuka di Malaysia, Shopee!
Memandangkan Hari Raya yang bakal menjelang, persediaan raya seperti membersih dan menghias rumah, memastikan kereta dalam keadaan terbaik dan keperluan harian mencukupi, dan sudah tentunya membeli baju Raya dengan fesyen terkini sudahpun bermula. Sesungguhnya Shopee mempunyai segala-galanya dari rumah dengan reka bentuk terkini, kereta dan motosikal baharu, dan barangan runcit mahupun perkakas rumah, telefon pintar, pakaian dengan label fesyen selebriti dan juga tawaran makan malam eksklusif dalam kempennya “Raya Dengan Shopee”.
Sepanjang kempen yang berlangsung dari 25 April hingga 6 Jun 2019, pengguna boleh mendapat tawaran menarik dan diskaun sehingga 80% daripada 600 jenama di Shopee Mall dan 450,000 penjual, menjadikan persiapan Raya lebih menyenangkan, menyeronokkan, dan menjimatkan kos:
● 200% pulangan tunai setiap hari pada Cashback Day dipertingkatkan setiap Isnin apabila baucar dikeluarkan pada waktu tertentu untuk membolehkan bayaran balik.
● Shocking Sale setiap hari dengan tawaran serendah RM1 dengan kekerapan yang dinaikkan kepada lapan kali pada hari Rabu.
● Goyang Shopee memberi ganjaran Shopee Coins, jumlah baucar dan hadiah bernilai sehingga RM5 juta seperti telefon Xiaomi, vakum robotik dan kamera dengan lebih banyak peluang pada hari Jumaat.
● Shopee Live, platform pengaliran langsung untuk menawarkan pengalaman membeli-belah lebih interaktif dan menghiburkan, dan juga untuk membolehkan jenama dan penjual memaparkan produk mereka. Shopee Live berlangsung pada hari Isnin hingga Jumaat, 8.30pm dan 9.30pm, membawakan tokoh berpengaruh dan selebriti tempatan seperti Brandon Ho, Melissa Th’ng, Mark Odea, Sophia Liana, Shalma Ainaa dan Sweet Qismina.
● Shopee Quiz pada hari Isnin hingga Jumaat jam 12pm; menguji pengetahuan anda dengan menjawab lapan soalan. Pemenang akan menerima hadiah daripada habuan sehingga dua juta Shopee Coins setiap sesi.
Shopee Menyediakan Segala Keperluan Anda
Dapatkan warna-warna lipstik terbaru daripada L'Oréal, produk rambut daripada Unilever, dan produk penjagaan kulit daripada NIVEA dan Eucerin. Anda juga boleh mendapatkan kasut yang selesa dan bergaya daripada jenama seperti XES Shoes dan B.U.M Equipment sambil membeli stok Enfagrow atau Sustagen serta lampin Drypers untuk anak-anak kecil sebelum perjalanan jauh balik ke kampung. Peralatan dapur boleh dinaik taraf kepada jenama paling laris seperti
Kuali tidak lekat klasik Tefal, dan rasmikan penggunaannya dengan bahan-bahan daripada Nestle untuk membuat kuih muih Raya yang lazat. Hadiahkan ahli keluarga tersayang dengan HONOR 20 Lite, telefon pintar terkini eksklusif di Shopee; naik tarafkan komputer ibu bapa anda dengan aksesori daripada TMT supaya mereka dapat berhubung dengan anda sentiasa; atau gantikan mentol lampu datuk nenek anda yang terbakar dengan perkakas dan aksesori MR DIY.
Untuk merayakan pelancaran kedai rasmi Isetan di Shopee, gedung Jepun ini akan membawakan pelbagai produk daripada jenama terkenal kepada pengguna Shopee termasuk Naraya, Note Cosmetics, dan Jean Perry. Seramai 500 pengguna pertama akan mendapat potongan harga 20% dengan perbelanjaan minimum RM50 apabila mereka menggunakan kod ISETANRY.
Memudahkan Iftar Pada Bulan Puasa ini :
● Coffee Bean & Tea Leaf: Potongan harga sehingga 47% untuk minuman semasa Shocking Sale dari hari Isnin hingga Jumaat bermula 16 Mei 2019. Baucar hanya boleh digunakan di Lembah Klang kecuali Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
● Kenny Rogers Roasters: Diskaun sehingga 40% untuk Creamy i-Yam set makanan keluarga dari 6 Mei 2019.
● Tawaran Bufet: Diskaun 30% di Hotel Maya Kuala Lumpur, diskaun 20% di The Boulevard Hotel Kuala Lumpur dan potongan harga sebanyak RM20 di Royale Chulan Seremban.
Rumahku Syurgaku
Ceriakan Raya anda dengan rumah baharu yang dibina oleh pemaju hartanah terkenal S P Setia. Dengan harga yang bermula dari RM262,000 ke atas, S P Setia menawarkan pangsapuri, rumah teres dua tingkat dan rumah superlink yang sedia didiami di Shopee.
Pelanggan hanya perlu membayar yuran tempahan RM688 untuk rumah kediaman pilihan mereka sebelum mengunjungi galeri jualan untuk menyempurnakan proses pembelian. Dengan pembayaran yuran tempahan ini, pelanggan dijamin bahawa unit yang ditempah mereka akan diperuntukkan di bawah nama mereka. Lapan pelanggan pertama yang berjaya membeli rumah dari kedai rasmi S P Setia di Shopee berpeluang untuk menerima rebat sehingga 25% dan baucar Shopee bernilai RM3,888, dan juga kit rumah bernilai RM5,000.
Shopee Jual Kereta & Motosikal
Tempah sebuah kereta Honda, Toyota, BMW, Ford, Hyundai, Mazda atau Mitsubishi, dan juga motosikal dari Shopee AutoMall. Shopee AutoMall membolehkan pengguna membeli pelbagai jenis kereta dan motosikal daripada superbike hingga kereta hibrid dan kenderaan utiliti sukan (SUV) untuk keluarga. Pengguna akan mendapat tawaran eksklusif hanya daripada Shopee, termasuk yuran tempahan serendah RM1, kadar faedah lebih rendah 1.81% setiap tahun, rebat, hadiah percuma dan aksesori tambahan serta diskaun sehingga 29% untuk motosikal apabila membeli kenderaan melalui Shopee AutoMall. Untuk maklumat lanjut tentang tawaran ini, cari ‘AutoMall’ di Shopee.
Bergaya Dengan Baju Raya Jenama Selebriti
Rasai keseronokan menarik perhatian orang ramai apabila anda mengenakan mekap, memakai baju Raya yang cantik atau memperlihatkan wajah yang berseri dengan keanggunan produk menggunakan label selebriti nama-nama terkenal seperti Datin Hajah Fouziah Gous, Ifa Raziah, Fynn Jamal, Nana Mahazan, Irma Hasmie, Nazeera Sardi, Tyra Kamaruzzaman dan Dayang Areeda. Kunjungi kedai rasmi mereka di Shopee Celebrity Squad untuk menikmati tawaran promosi Raya yang ditawarkan.
Manfaat Rakan Kerjasama
● Maybank: Pengguna Kad Maybank Visa Signature akan menikmati 10% pulangan tunai Shopee Coins apabila membeli-belah di Shopee sepanjang tempoh kempen Raya.
● Visa (Rakan Kad Premier Rasmi): Diskaun RM15 dengan perbelanjaan minimum RM150 pada hari-hari tertentu.
● Muslim Pro: 200 pelanggan yang pertama akan mendapat Langganan Premium Sepanjang Hayat bernilai RM114.90 untuk hanya RM1.
● MaxMoney: Berbelanja dan dapatkan sehingga 4x lebih banyak wang tunai yang akan dihantar terus ke depan pintu rumah anda. Tukar mata wang melalui talian dan jimat lebih banyak wang dengan pembelian baucar tunai terlebih dahulu di kedai rasmi MaxMoney di Shopee.
● Penghantaran Percuma: Penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum yang diturunkan kepada RM20 dengan DHL (sekarang hingga 24 Mei) dan J&T Express Malaysia (hari ini hingga 9 Mei).
Kempen “Raya Dengan Shopee” disokong oleh iPay88, penyedia Gerbang Pembayaran Rasmi.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telahpun menyediakan satu platform kepada kepada guru dan juga ibu bapa yang dipanggil sebagai SAPS Ibu Bapa.
SAPS Ibu bapa merupakan satu aplikasi secara atas talian yang digunakan oleh guru untuk "key in" markah peperiksaan pelajar. Manakala, ibu bapa pula boleh mengakses aplikasi ini untuk menyemak keputusan peperiksaan pelajar.
Semakan ini boleh dilakukan dengan melayari laman web seperti berikut :
SAPS Ibu bapa merupakan satu aplikasi secara atas talian yang digunakan oleh guru untuk "key in" markah peperiksaan pelajar. Manakala, ibu bapa pula boleh mengakses aplikasi ini untuk menyemak keputusan peperiksaan pelajar.
Semakan ini boleh dilakukan dengan melayari laman web seperti berikut :
Antaramuka SAPS IBUBAPA
Inisiatif kerajaan ini patut dipuji ini kerana ianya memudahkan banyak pihak untuk mengetahui markah peperiksaan pelajar/murid.
Giveaway ini dianjurkan oleh SapsIbuBapa.net dengan kerjasama Mialiana.com. Hadiah wang tunai sebanyak RM400 untuk dimenangi. Sila klik SINI untuk join.
Kejayaan Khairul Nizam Pengasas Jamumall Beri Sumber Kekuatan Untuk Semua!
Selamat Hari Pekerja semua.
Harini tertengok satu video ni, tentang kejayaan seseorang yang merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU), rasa macam tersentuh hati sangat-sangat bila dapat tahu Pengasas Jamumall.com iaitu Khairul Nizam ni rupanya seorang OKU. Hanya 3 jari, dia boleh beroleh kejayaan yang besar, sedangkan kita sebagai seorang yang sempurna belum tentu boleh berjaya sepertinya..
Serius, sangat-sangat sebak bila tengok video yang mana dia sendiri meluahkan kata kata dari hatinya sendiri.
Terus rasa macam, Allah, kenapa dia boleh buat, tapi kita tidak? Sedangnya dia terbatas dalam pelbagai perkara.. Rasanya macam pernah tertengok khairul nizam ni televisyen je suatu ketika dulu. Tapi tak ingat bila.. dalam beberapa tahun lepas macam tu.
Sebenarnya bukan mudah nak berjaya.. Perlu lalui banyak cabarannya.. Cuma kuat dengan tak kuat je nak menempuh. Disebalik kejayaannya, ada juga bantuan dari adiknya juga.. Seronok tengok kejayaan mereka..
Sempena hari pekerja harini, apa kata kita jadikan satu inspirasi buat diri kita bila kita hayati setiap luahan hati dari Khairul Nizam ni. Moga esok kita bekerja kembali, kita jadilah seperti dia.. Bekerja dengan bersungguh-sungguh, dan capailah sebuah kejayaan buat diri kita sendiri.
Luahan di fb beliau sangat terkesan….
Diusia 30 .. dgn keadaan cacat .. aku betsyukur dgn kehidupan .. aku berjaya membina satu syarikat jamumall sdn bhd , dan membina platform jualan jamumall.com ..
Aku happy mampu beli apa aku nak , mampu makan yg mewah , mampu travel ke dubai , korea , japan, australia dan byk negara aku dan sampai.. yg paling best aku dpt sediakan rumah mewah utk keluarga , tanggung family dan bersedekah setiap hari ...
Bukan nak riak ... tapi aku tau ramai sebenarnya org diluar sane nak jadi mcm aku , nak banyak duit macam aku , nak bahagiakan family mereka mcm aku .. tapiii adakah mereka sekuat aku??
Lihatlah aku ...
kehidupan aku dulu tak mcm ni. Bayangkan anda di dalam jasad aku.. makan perlu disuap , mandi perlu diuruskan , duduk perlu diangkat , dan tidor perlu dijaga , bukan mudah untuk aku meneruskan kehidupan seharian .
Aku menanggung kehidupan ini bukan sehari , bukan tiga hari , bukan seminggu , bukan sebulan tetapi bertahun tahun !!! Ade ketika saya rasa sangat terkesan bile ade ketika bile sy haus , lapar , penat , takde org disisi .. tapi takkan aku nak mengharapkan mati??? Allah beri aku nyawa , nafas , sedikit kekuatan jari dan akal mesti ade sesuatu manfaat yg nak aku buat ..
Aku cube merenung dan mengimbas kehidupan ramai org diluar .. kalaulah aku di beri tubuh fizikal sempurna , boleh berjalan , berlari , melompat pasti akan aku gunakan sehabis baik untuk beri manfaat pada org lain ...
Aku melihat ramai yg malas untuk ubah hidup sendiri , ramai yg suke bg bermacam alasan bile bekerja, ramai yg cepat giveup bile ade cabaran !!
Ramai cube memilih untuk kerja senang , taknak susah , lebih memilih kehidupan susah tanpa usaha dengan kuat , sanggup berhenti kerja dan mengangur bertahun2 atas dasar ego boleh bergerak sendiri dan sanggup melihat keluarga dan org sekeliling susah, Paling terkesan nak bg duit mak dan ayah, family pun tak mampu ... Aku sedih !!! Terdetik keinginan aku untuk bantu mereka ...
Jadi aku bangkit!!! Aku cuba buktikan pada masyarakat the best kehidupan adalah atas dasar bersyukur .. bersyukur dengan nikmat yg allah beri dan jangan sia2 kan , aku bangkit untuk beri manfaat pada org lain . Aku nak satu dunia nampak hanya 3 jari dan satu akal aku dpt melihat kegembiraan , senyuman ramai org2 disekeliling aku ..
Kini aku sedar .. untuk berjaya dlm kehidupan , pekerjaan , mahupun bisnes bukan mudah . Tetapi atas keinginan yg kuat , kasih syg yg hebat , keberanian yg tinggi , suka belajar dan improve diri , dan juga seorang yg berkomitmen tinggi membawa aku ketahap sekarang ..
Dan semua value yg ade dlm diri aku akan aku bawakan kedalam semua team aku dan masyarakat untuk mereka bangkit , bersemangat , dan berjaya !!!
Akhir kata ... kalau aku ada 3 jari dan akal mampu membina kehidupan sendiri dan kebahagiaan org sekeliling .. anda ade berapa jari untuk ubah kehidupan?? Usia semakin meningkat, jangan tunggu lagi.. kite je mampu ubah diri kita!!
Jangan lupa follow juga cerita mengenai Pengasas Jamumall ni di media social anda.
Jom follow Khairul Nizam
Jangan lupa follow juga cerita mengenai Pengasas Jamumall ni di media social anda.
Jom follow Khairul Nizam
Facebook : https://www.facebook.com/khairulnizamofficial/
PAGE https://www.facebook.com/Jamumallcom/
InstaGram: https://www.instagram.com/hyekhairul/
Website :
Gabungan Minyak Ikan Dan Minyak Zaitun Berkesan Menurunkan Kolesterol Tinggi Dalam Badan
Tuesday 30 April 2019
Assalamualaikum, hai readers.. Morning..
Pagi ni nak cerita pasal kolestrol pulak la.. Siapa kat sini ada detect kolestrol dalam badan? Tapi takut nak makan ubat, atau takut nak buat pemeriksaan? Biasa la, bila kata nak buat pemeriksaan je, tentulah kena jumpa doktor kan? Pastu mula rasa gerun je kan..Sebab nanti doktor nak cek sana, cek sini..
Harini, kita terbaca pulak kisah suplemen untuk kolekstrol. Rasanya macam baru tertahu pulak yang ada suplemen ni. Biasa la, selalu dengar suplemen ni untuk nak cantik je kan.. Ke sebenarnya memang ada je supplemen untuk penyakit kolekstrol ni, cuma kita je yang tertinggal keretapi.. hehe
Sebelum kita ketinggalan pasal supplemen ni, kita share la kat blog ni, mana tahu boleh berkongsi dengan kawan-kawan lain jugak kan.
Pagi ni nak cerita pasal kolestrol pulak la.. Siapa kat sini ada detect kolestrol dalam badan? Tapi takut nak makan ubat, atau takut nak buat pemeriksaan? Biasa la, bila kata nak buat pemeriksaan je, tentulah kena jumpa doktor kan? Pastu mula rasa gerun je kan..Sebab nanti doktor nak cek sana, cek sini..
Harini, kita terbaca pulak kisah suplemen untuk kolekstrol. Rasanya macam baru tertahu pulak yang ada suplemen ni. Biasa la, selalu dengar suplemen ni untuk nak cantik je kan.. Ke sebenarnya memang ada je supplemen untuk penyakit kolekstrol ni, cuma kita je yang tertinggal keretapi.. hehe
Sebelum kita ketinggalan pasal supplemen ni, kita share la kat blog ni, mana tahu boleh berkongsi dengan kawan-kawan lain jugak kan.
Gabungan Minyak Ikan Dan Minyak Zaitun Berkesan Menurunkan Kolesterol Tinggi Dalam Badan.
Jom kita baca perkongsian dari blog ni >> suplemen untuk kolesterol
Anda ada masalah darah tinggi?
Makan ubat klinik, tetapi darah tinggi tetap TINGGI?
Anda juga ada masalah kolesterol?
Anda ada banyak biji kolesterol pada kulit leher dan muka?
Anda mahu hilangkan kolesterol jahat anda secara berkesan?
Anda mahu lenyapkan kolesterol anda secara selamat?
Anda juga sering rasa kebas-kebas kaki dan tangan?
Makan ubat klinik, tetapi darah tinggi tetap TINGGI?
Anda juga ada masalah kolesterol?
Anda ada banyak biji kolesterol pada kulit leher dan muka?
Anda mahu hilangkan kolesterol jahat anda secara berkesan?
Anda mahu lenyapkan kolesterol anda secara selamat?
Anda juga sering rasa kebas-kebas kaki dan tangan?
Itu sebahagian tanda-tanda kolesterol anda tinggi tau.
Bila kali terakhir anda check bacaan kolesterol anda?
Bila kali terakhir anda check bacaan kolesterol anda?
Bagi yang berminat nak mencuba supplemen ni boleh contact number Paksu Cuckoo tu ye.. Bukan contact kita tau. hehe
Paksu Cuckoo 012-7092198
Mesti ada yang was-was nak try kan? Ni pengalaman dari Paksu sendiri tau.. Kita share kat sini ye..
Pengalaman Admin sendiri menggunakan Arctic Sea ini sebagai suplemen untuk kolesterol sejak tahun 2015 lagi sehingga sekarang, Alhamdulillah setiap pagi Admin akan telan 2 biji Softgel Arctic Sea ini. Hasilnya bacaan kolesterol Admin tidak pernah lebih dari bacaan 4 setiap kali Admin melakukan ujian kolesterol. Ini merupakan testimoni Admin sendiri menggunakan suplemen untuk kolesterol ini. Berat badan Admin juga tidak terlalu besar seperti sebelum ini di tahun 2014 mencecah 110kg. Sekarang ini Alhamdulillah berat badan Admin, Paksu Cuckoo sekitar 85kg sahaja.
KELEBIHAN DAN KEBAIKAN ARCTIC SEA SEBAGAI SUPLEMEN UNTUK KOLESTEROL YANG TERBUKTI BERKESAN DAN SELAMAT UNTUK ANDA GUNAKAN
10 SEBAB UTAMA KENAPA PERLU AMALKAN MINYAK ZAITON + MINYAK IKAN FOREVER SEBAGAI SUPLEMEN UNTUK TURUNKAN KOLESTEROL
Adunan berpaten dari Minyak Zaiton dicampur dengan minyak ikan adalah bermanfaat untuk menjaga jantung, otak, mata, kulit, sendi dan tulang. Oleh itu FOREVER Artic Sea adalah salah satu daripada produk yang paling laris didunia kerana ianya;
1. BAIK UNTUK KESIHATAN JANTUNG
Mengandungi asid lemak EPA dan DHA (dari minyak ikan) dan asid oleik (minyak zaitun) yang boleh membantu untuk mengurangkan kolestrol tidak baik (LDL) dan meningkatkan kolestrol baik (HDL), justeru baik untuk mengekalkan kesihatan kardiovaskular.
2. BAIK UNTUK OTAK
Lemak membantu 60% dari tisu otak, antaranya 25% adalah DHA. DHA meningkatkan kecerdasan kanak-kanak, meningkatkan keupayaan ingatan, tumpuan dan pembelajaran. Ia juga dapat membantu dalam pencegahan kemerosotan ingatan dan penyakit Alzheimer.
AWAS KOLESTEROL YANG TINGGI BOLEH MENGAKIBATKAN SALUR DARAH ANDA TERSUMBAT DAN MUDAH TERKENA SERANGAN JANTUNG, STROK DAN KEMATIAN MENGEJUT!!
3. MELINDUNGI PENGLIHATAN
DHA adalah penting untuk fungsi normal fotoreseptor retina kerana separuh dari lapisan lipid fotoreseptor adalah DHA. Ia meningkatkan penglihatan, mencegah degenerasi penglihatan dan melegakan keletihan mata.
4. BAIK UNTUK SENDI
EPA dan DHA mempunyai ciri-ciri anti-keradangan dan pelinciran, oleh itu melegakan sendi kaku dan bengkak, menguatkan tulang dan membantu dalam pertumbuhan tulang kanak-kanak.
5. NUTRISI PEMAKANAN HARIAN
Kebanyakan rakyat bandar kekurangan asid lemak perlu, yang tidak dapat dihasilkan oleh badan. Dengan mengambil Artic Sea, setiap gel lembut menyediakan kandungan EPA 225mg dan 150mg DHA, dengan nisbah 3:2 yang membantu dalam penyerapan. Ini merupakan cara menurunkan kolesterol secara semulajadi dan selamat.
6. MELAMBATKAN PENUAAN
EPA dan DHA merangsang metabolisme, mempercepatkan peredaran darah, melindungi sel kulit dan mengelakkan kerosakkan sinaran ultra-ungu, oleh itu mencapai kesan anti penuaan.
7. MELEMBABKAN KULIT
Kulit yang kering bermakna kekurangan asid lemak. Minyak ikan bukan sahaja melembapkan tetapi juga mempunyai ciri-ciri anti-keradangan yang mengurangkan kegatalan dan masalah kulit jadi mengelupas dan sebagainya.
8. BAIK UNTUK KESIHATAN EMOSI
Pengambilan DHA dan EPA dikaitkan dengan menyokong kesihatan emosi dan emosi yang lebih baik. Ianya menjadi suplemen untuk kolesterol jahat atau menurunkan kolesterol tinggi.
9. MENGGALAKKAN KESIHATAN PADA TAHAP SEL
Asid Lemak Omega 3 adalah sebahagian dari membran sel di seluruh badan, termasuk otak, kulit, mata, jantung, saluran darah, paru-paru dan juga sendi. Fungsi Asid Lemak Omega 3 ini juga terbaik sebagai suplemen untuk mengurangkan kolesterol yang terbaik dan terbukti berkesan serta selamat digunakan.
10. KUALITI YANG BAIK
Diekstrak dari ikan laut dalam yang tidak tercemar, Artic Sea adalah selamat dan boleh dipercayai. Vitamin E ditambah untuk mengelakkan pengoksidaan asid lemak. Botol legap digunakan untuk mencegah asid lemak dari rosak akibat cahaya matahari. Artic Sea tidak mengandungi logam berat atau bahan kimia organik yang mudah meruap. Kesemua produk hanya dikeluarkan oleh kilang FOREVER Living di USA bagi menjamin bahan sumber yang berkualiti dan memberikan keyakinan kepada para pengguna sebagai suplemen untuk kurangkan kolesterol terbaik.
Antara satu keistimewaan Arctic Sea sebagai suplemen untuk penurun kolesterol terbaik berbanding minyak ikan lain di pasaran dan kenapa ramai orang memilih Artic Sea adalah kerana ia berkuasa untuk memecahkan kolestrol di dalam salur darah lebih cepat berbanding produk lain dan ianya selamat kerana tiada kandungan merkuri. Kolestrol memang sudah diketahui umum sebagai salah satu punca penyakit jantung yakni pembunuh nombor satu di Malaysia.
KELEBIHAN SUPLEMEN UNTUK KOLESTEROL INI SEPERTI BERIKUT :
- Forever arctic-sea menggabungkan minyak ikan semulajadi dengan minyak zaitun untuk membekalkan :
OMEGA-3 -(asid lemak perlu; EFA)
OMEGA-9 - yang boleh membantu memelihara kesihatan kulit & turun
- Gabungan minyak ikan & minyak zaitun menjadikan satu produk EFA yang seimbang & berkesan.
Sebenarnya ada lagi Info pentingnya tau.. Kengkawan boleh terjah lottepi.com/suplemen-untuk-kolesterol ni ye..
Sebagai penutup entry ni, disini kita share kan juga testimoni pengguna yang lain selain dari Paksu tu ye.. Mana tahu ada kengkawan yang nak belikan untuk mak ayah ke,kan..
Selamat mencuba ya..
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons