Friday, 10 May 2019

Juadah Berbuka Puasa Ke-4


Assalamualaikum..
Hai readers.. Boleh ke tidak ekk nak share menu berbuka ni. Pikir jugak banyak kali ni tau. Haha..
Bukan apa, karang ada pulak yang kata, singgah siang hari, kita buat orang terliur. Walhal menu tak gempak pun..😅😅

Kita nak share kat sini supaya kita tahu, hari hari kita buka menunya apa. Haa, gitu..
Kita ni berbuka dekat rumah je. So hari hari kena masak. Jadi mudah la nak tahu masakan apa dah buat. Masakan apa belum buat. Biasa la, surirumah ni kan pening atur menu.
Tapi dah 4 hari puasa ni, kita suruh ddynya atur menu. Biar dia pening kepala pikir juga.

Ingat senang ke nak pikir lauk apa nak makan. Kita ni jenis berbuka makannya kuih muih je. Nasi time sahur baru sentuh. Untuk hari ni, rasa macam "erk... Banyaknya makanan"..
Sebelum tu rasa macam "ni je ke makanan tuk berbuka?"





Harini plannya nak buat nasi goreng. Lepas tu buat la ayam perap. Ala ala ayam untuk nasi ayam tu. Lepas tu kuih muih ddy nya beli. Ada buah melaka dengan kuih tako.



Tambahan lain harini, ddy dorang bawak balik bubur lambuk.. Sedap, kita suka bubur lambuk orang buat time bulan puasa. Rasa special je. Pastu jiran depan rumah pulak hulur cucur dengan air teh ais cincau. 



Mak aihhh.. Sedapnya teh ais dia. Pekat sedap. Secara tiba tiba banyak makanan harini. Alhamdulillah, rezeki.. Kalau kuih muih beli ni pepaham je la. 



Rasa sedih tengok kuih buah melaka tu.. Besar elok dah. Bila makan mana inti nya?? Macam tepung semata. Kita dok makan ingatkan gula dia banyak la. 

Maklumlah, kuihnya besar kan. Sekali tanya ddy nya pun, dia kata yang dia makan tu ada la sikit. Tapi tak berasa sangat. Erm.. Kot je pun nak untung, janganlah macam tu kan. Sedih tau tengok orang niaga gitu. Kita nak tolong dia, tapi kita pulak terkena balik. Actually macam terniat nak buat buah melaka. Tapi ntah bila la. Takpe la. Tunggu mood datang ye.

3 comments:

  1. mmg spoil mood nak mkn bla gula melaka skit kat dalm tu..huhu

    ReplyDelete
  2. Kuih buah nelaka tu kalau gula melakanya ciput memang akak marah tau langsung hilang feel nak makan. Ayam tuh nampak sedap. Anak anak akak suka makan kalau goreng macam tu

    ReplyDelete
  3. kuih buah melaka tu feveret kita. setakat ni beli isi dia penuh..selalu menu berbuka memng susah nak fikir..ahhaa

    ReplyDelete

Sponsor

Comments