Segmen Bloglist September - Disember 2018
Assalamualaikum.. Hai readers.
Saya nak tepek balik bloglist yang dah kena rombak haritu. Cadangnya nak cari antara 10-14 blog. So, nak jemput la kengkawan sudi meriahkan segmen ni. Nanti kita akan cabut undi guna random ya. Follow rapat-rapat ya.
In shaa Allah nanti Mini Giveaway pula bakal berlangsung.
Syarat Segmen :
Buat tajuk : Segmen Bloglist September - Disember 2018
Tepek banner dan link kan ke blog ni.
Follow instagram : syamimi8088
Jangan lupa, letakkan url penyertaan dikotak komen.
Selesai.
"Domino’s Spreads Love with Free Extra Cheese For All Pizzas!"
Cheese, cheese and more cheese! And the best part is, it’s for free! Domino’s Pizza is splurging on giving free extra cheese for all pizzas to all its customers.
It is no secret that Cheese is the key ingredient to pizzas as it brings together all the flavors of the pizza toppings. Known for its promise in delivering value in exciting ways and forms, Domino’s Pizza is delighted to offer customers an enjoyable experience with one of Malaysia’s favorite ingredients. Inspired and always driven by its customers love for cheese, Domino’s is expected to give out free extra cheese from now until 7 October, 2018.
Shamsul Amree, Deputy President, Operations, Domino’s Pizza Malaysia and Singapore, said, “Domino’s Pizza is committed to enrich the lives of our customers and we are pleased to create value by giving extra cheese on all pizzas, without any additional cost for the entire month of September. The fact that many would opt for extra cheese is a strong indication of Malaysians love for cheese. This has inspired us to create this value campaign, especially to give back to our customers.”
“With current sentiments, customers are more cautious and thrifty with their spending. We understand what they may be facing and this was at the forefront of our thoughts as we created this campaign. We are proud to offer the best deals in town for our customers and we hope our customers will enjoy this month-long free cheese for all, in celebration of our love for all Malaysians.”
Committed to ensuring high quality products for its customers, Domino’s Pizza uses a specially developed cheese for its pizzas. It’s new and improved Mozzarella cheese presents a luscious, indulgent and creamy taste, the perfect combination for cheese lovers. As appealing as the taste, is the stringy and melted cheese texture in every bite that enhances the taste of the pizza toppings, without overpowering it.
During the campaign period, all pizzas will be topped with extra cheese for items bought as ala carte or through Domino’s various value for money deals. For even greater value, order the 2 Pizza Deals with free extra cheese at only RM28.30, RM47.15 and RM66.05 for the two Regular pizzas, two Large pizzas and two Xtra Large pizzas respectively. *Surcharge applies.
Get your extra cheese at all Domino’s Pizza stores. Visit our stores, order online at http://www.dominos.com.my/, or call 1300-888-333 to make an order.
To learn more about Domino’s Pizza Malaysia’s Value Campaign as well as other ongoing promotions, visit us at http://www.dominos.com.my/.
"Result Yang Lepas Kurang Memuaskan"
13.08.2018 - Hospital Mersing
Nak tahu cerita lanjutnya, boleh baca kat SINI.
Kisah kena cucuk 3kali untuk ambil sample tisu untuk masalah kesihatan yang dihadapi.
23.09.2018 - Hospital Mersing
Kalau ikutkan, tarikh ni dorang nak bagitahu result. Yela, kena cucuk 3kali kan. Dorang ambil sample nak tahu yang kita ni ada masalah apa.
Kelmarin pergi hospital rasanya macam bukan dapat result dulu. Tapi dapat sedas lagi cucuk. Macam rela je kena cucuk. Adoiyai.. Serius. Tak berapa suka. Sebab dalam kepala otak ni dok pikir nak tahulah, ada yang serius ke apa kan?
Kelmarin situasi nya, bila nama kena panggil, excited la. Sebab yela, bulan lepas 3kali cucuk, apa hasilnya kan? Tak terpikir langsung kena dapat cucuk lagi sekali tau.
Doc yang handle pulak kali ni, doc melayu lelaki, muda ensem la orang kata.
Dia pulak macam nak cepat je. Macam tak berapa nak mesra je. Macam kalut je lebih kita rasa. Berbeza dengan doctor cina lelaki yang handle bulan lepas.
Dia nak check kat bahagian benjolan tu ada lagi ke tak. Okay la, tak kisah pun. Tugas dia kan. Dia kata nampak macam dah kecik sikit. Betul la tu. Sebab kita pun rasa macam tu.
Bila dia suruh nurse siapkan barang untuk nak cucuk ambil sample lagi, rasa macam terkejut pun ada. Yela, 3kali cucuk bulan lepas tu apa cite kan?
Bila tanya doc, kenapa kena cucuk lagi, katanya sebab result haritu tak memuaskan.
Kita takut nanti mungkin dia jadi cancer ke apa.
Masa tu diam je la.
Tawakal.
Berserah.
Cakap dekat doctor, cucuk sekali je eh.. Sebab tak tahan sakit.
Jangan la tanya sakit tu macam mana. Teiba tiba terpikir, macam mana la orang nak cucuk botox tu ekk.. Lagi banyak dorang cucuk kat muka tu kan.. Kita ni cucuk sekali je. Tapi sakitnya tu allah je yang tahu.
Untuk cucuk kali ni, mungkin result keluar 14 okt ni. Sebab tu tarikh next appoiment. Harap sangat result kali ni boleh tahu kalau ada masalah serius ke tidak. Tak sanggup rasanya kalau asik kena cucuk je. Semata-mata untuk ambil sample. Sebab sample sebelum ni "tidak memuaskan"..
Doctor memang la menjalankan tugas dia. Tapi bila kena cucuk tu, kita yang rasa sakitnya tu macam mana. Doctor ke, nurse ke, bukan dia rasa sakit tu macam mana kan?
Sekarang ni kita cuba cara tradisional je la. Bubuh nila. Then dalam masa sama dok amalkan makan jua hidayah balik. Kita usaha je. Mana tahu dalam tu terselit sedikit kesembuhan,kan?
Doa sangat minta dijauhkan dari penyakit yang merbahaya. Mudah mudahan boleh baik dengan sendirinya. Tanpa perlu operate ke apa..
YLEO Membantu Dalam Kehidupan Seharian Dan Kegunaan Seisi Keluarga!
Hai semua.. Untuk harini kita nak berkongsi sedikit tentang YLEO. Apa itu YLEO? YLEO ialah Young Living Essential Oil. Rasanya ramai juga yang dah tahu tentang ni kan? Mungkin ada yang dah pernah tengok dah macam mana rupa YLEO ni kan?
Apa yang boleh kita kongsikan disini, ramaiiiiiii yang dah berjinak jinak menggunakan YLEO untuk kehidupan seharian. Sebab apa? Sebab kelebihan yang dimilik oleh YLEO sendiri.
Mungkin ada yang tahu sikit sikit je info mengenainya kan? Jadi harini, kita nak kongsikanlah info lain yang mungkin ada antara kawan kawan belum tahu.
Mungkin ada yang berminat nak mencuba YLEO ni, tapi rasa was-was. Jom kita terokai kegunaan basic eo yang ada :-
🌿Lavender- mudah utk tidur,lebih tenang,lebam & luka kecil
🌿lemon- detoks, batuk, selesema & turunkan suhu
🌿panaway- melegakan sakit sendi & badan.
🌿frankincense-meningkatkan immune badan
🌿thieves- batuk & elakkan jangkitan
🌿digize- penghadaman & sembelit
🌿stressaway- melegakan stress
🌿purification- menyelesaikan masalah bau busuk, mengecutkan jerawat & masalah bau badan
🌿rc- selesema & batuk
🌿copaiba- sakit gigi , lebam , benjol
🌿peppermint-sakit kepala, migrain & fokus
Untuk harini, kita nak share tentang Premium Starter Kit (PSK) by young living essential oil.
First aid kit sekeluarga..
Kenapa sekeluarga??
Sbb semua EO dalam PSK ialah essential oil basic kegunaan harian.
Nampak tak, betapa pentingnya kena miliki YLEO ni? Dari anak kecil sehingga la ke ibu ayah perlu guna YLEO ni mengikut masalah yang dihadapi.
Mungkin ada yang nak tahu, berapa harganya kan? Harga yang ditawarkan ialah RM713 harga yang sangat berbaloi termasuk skali diffuser + yleo membership.
Kenapa diffuser yleo??
🌿tak panas
🌿tahan lasak
🌿lampu tidur
🌿dpt manfaat dr EO
Ada kelebihan yang tersendiri dengan diffuser YLEO ni kan.
Mungkin ada yang rasa, RM713 ni mahal kan? Nak tahu tak, ada promosi tau untuk bulan ni.
Pembelian dengan code *Mimi2018* akan dapat free eo pouch bag + free 10ml eo blend tau. Berbaloi ke tidak?
Promo september!!
🌷extra free gift
-diffuser bag
-car clip diffuser
-nasal inhaler
-botol roller
🌷support group yg superb
🌷free consultation
🌷peluang menjana pendapatan
Takde ke yang harga set bajet??
Ohhh ada.. Tapi kan.. Beli set bajet dengan full set ni, sangat berbaloi beli full set tau. Sebab, harga bajet ni tak complete dapat EO nya tau. Kiranya kalau beli set bajet nanti EO nya kena beli asing.
So rugi pulak kan?
Agak agak macam mana? Perlu tak YLEO ni untuk kehidupan seharian kengkawan? Atau ada yang dah plan nak beli, tapi tak tahu dengan siapa nak beli.
Haaa, apa kata korang boleh beli dengan Puan Siti Rahmah. Boleh follow ig nya
@rahmah2287
@rahmah2287
@rahmah2287
Atau untuk lebih mudah dan cepat :
Whatsapp ☎️0176626152
Jangan lupa, inform sekali code Mimi2018 Untuk dapatkan gift ye.
Sebelum terlupa, selain dari Essential Oil, yleo ada juga product lain seperti savvy mineral makeup, thieves range ,kidscents range, baby seedling product & lain lain. Kalau rasa-rasa nak buat pembelian sekali, boleh la risik risik harga dengan cikmah tu ye.
Crumble Pastry Cake | Kek Viral Terkini
Hai readers. Kali ni entri makanan lagi. Meriah pulak kita ni kan. Asik makan je. Hehehe
Sebenarnya kek ni kan tengah viral. Hot sangat.
So macam terliurnya tengok.
Ibarat macam mommy pregnany yang mengidam gitu. Walhal tak pregnant tau.
So, bila kat kem ni ada yang Open Order, haruslah kita order 1. Nak merasa je. Sedap ke tidak. Kena dengan tekak ke idok. Kalau zara memang tolak dah. Dia cakap kek buah tak sedap. Maklumlah, dia kan mabuk ngan kek coklat atau kek bercheese je. Mana nak kek biasa macam ni. Merajuk gak la dia bila tengok kek ni kek biasa je.
Zhareef macam okay lagi la. Mau gak la makan sikit. Hat tu pun sama macam kakak dia. Suka hat coklat, ada cheese. Memang laju la makan.
So hat kek ni nampaknya lambat la habis sebab mama je yang makan.
Erm.. Sedap ke tidak kek ni??
For me okay la. Biasa je. Dalam dia macam kosong gitu. Lembut. Hat atas je meriah dengan buahan. Depend orang buat la kan. Nak bubuh buah banyak ke tidak.
Sekali dah rasa, cukup la kot. Bak kata orang, "janji merasa"..
Nota : Ada ke yang nak bagi mama zara zhareef buat review makanan?? Haha!
Roti Gebu Gebas Pelbagai Topping.
Hai readers.. Sebenarnya kan, kita rasa la, kita ni sejenis manusia pencinta makanan. Haha..
Pantang betul nampak orang promote dalam group. Kalau rasa rasa berbaloi untuk beli, in shaa Allah kita beli. Itu pun kalau ada duit dalam tangan la. Tak kan nak order pakai airliur pulak kan?
Tak kan la beli berhutang pulak.
No, no, no..
Kita ni sejenis manusia yang tak suka berhutang. Apatah lagi barang makan. Bak kata mak yang selalu pesan. "Benda makan ni jadi t*ik.. Tak kan la dah tak nampak depan mata, baru nak bayar kan?"
So, haritu ada sorang akk ni open roti dalam group. Kita pulak masa tu tengok macam sedap jeeeee. Harga pun murah. RM8 je. Sambil support orang niaga kan, kita beli la. Anak suami pun boleh makan sekali. Tak tahu la nama roti ni apa. Haha. Dia macam roti biasa je. Tapi atas tu ada pelbagai topping.
So haritu beli, memang gebu betul la rotinya. Homemade kan.. Mesti la gebu dia tu lain. Fresh gitu. Budak budak biasa la. Suka makan topping hat atas tu je. Kita tak kisah sangat. Sebab manis topping dia. Makan sesikit je pun takpe.
Seronok bila dalam kem ni sebenarnya kalau ada yang rajin open order macam macam tau. Bukan apa, dah la nak keluar mencari tu, jauh. Satu hal pulak kalau elok keluar, kedainya tutup ke kan?
Kan elok kalau semangat berniaga tu ada di dalam kem. Tak perlu pening kepala cari kat luar. Lagi lagi kalau hari bekerja.
Sebab kalau nak keluar hari bekerja ni, malam la pun. Itu pun pikir banyak kali nak keluar tu. Sebab jauh dan gelap. Bahaya sedia menanti. Seronok kalau dalam kem iskandar ni, orang yang berniaga tu macam kat kem syed sirajuddin, gemas tu.
Setakat ni, ada beberapa jenis makanan jugak la kita dah beli dari orang kem. Lebih kepada tanda support juga sebenarnya. Sebab orang pun semangat nak open pelbagai jenis lagi hasil jualan kan?
Perkasam Ikan Sg. Pahang
Hai readers. Siapa kat sini suka dengan ikan perkasam? Orang kata, makan lauk ikan perkasam dengan nasi putih panas pun dah berselera dah kan? Tu bagi penggemar ikan perkasam la kan..
Jiran depan rumah promote ikan perkasam ni. Promote dalam group whatsApp. Tapi sebenarnya kita tak pernah lagi jumpa dengan jiran tu. Hehe
Tengok macam sedap je. So tanda support orang berniaga, kita pun beli la sebekas. Rm5 je pun.
Tak tahu la jenis ikan apa yang dibuat perkasam ni. Kita main beli je. Katanya ikan sg. pahang.
So tadi masak lauk tomyam. Pastu terbayang sedapnya ikan perkasam ni. Then ddy dorang balik, baru goreng. Makan panas panas ikan perkasam ni. Ya allah. Pertama kali la makan lauk tomyam sekali kan dengan ikan perkasam. Sedapnya. Ikan perkasam kan masin masin masam gitu kan. Ntah kenap tomyam harini tak berapa nak masam. So sedap la pulak.
Ke sebab lapar, tak tau la pulak. So, kalau habis stok perkasam ni, boleh la repeat order lagi. Buat stok. Orang kata ikan perkasam ni, lagi lama disimpan, lagi sedap rasanya kan?
Buah Melaka atau Onde Onde
Hai readers.. Siapa kat sini penggemar kuih buah melaka? Atau ada sesetengah tempat panggil Onde Onde..
Buah melaka ni sedap, lagi lagi kalau bila dimakan tu, inti dalamnya gula melaka tu elok cair. Memang nikmat.
Nak buatnya taklah susah. Janji bahannya ada semua. Mungkin rasa macam renyah sebab ianya macam kena rebus dulu kan bagi masak. Tapi sebenarnya taklah susah mana pun.
Mungkin ada yang tak tahu apa bahan yang diperlukan, kan?
So saya share disini ya. Mungkin ada yang nak cuba buat petang ni untuk minum petang.
Bahan bahannya
1. Tepung Pulut
2. Gula Melaka
3. Sedikit air untuk membancuh tepung
4. Pewarna
5. Kelapa parut
6. Air untuk merebus
Agak agak tahu tak cara nak buatnya macam mana?
Bancuh tepung tu jangan terus bubuh air banyak tau. Agak agak. Jangan terlalu lembik bancuhan tepung tu. Atau terlalu keras.
Bubuh pewarna jangan terlalu banyak. Kalau guna air pandan, tak perlu bancuh bubuh air kosong. Macam saya bubuh pewarna hijau dan merah sirap ros. So bancuh tepung guna air masak la.
Dah siap adunan tepung, boleh la gentel bulat bulat. Then leperkan pastu bubuh gula melaka. Gula melaka tu agak agak la ye. Jangan terlalu banyak sangat. Takut masa merebus dia pecah.
Masa rebus tu macam mana nak tahu dah masak ke belum, kalau dia timbul, dan tepung dah lembut tu, maknanya dah masak.
Bila dah masak, boleh golekkan di kelapa parut. So siap. Selamat mencuba.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons