Sponsor

Wednesday, 12 September 2018

Buah Melaka atau Onde Onde

Buah Melaka atau Onde Onde


Hai readers.. Siapa kat sini penggemar kuih buah melaka? Atau ada sesetengah tempat panggil Onde Onde..

Buah melaka ni sedap, lagi lagi kalau bila dimakan tu, inti dalamnya gula melaka tu elok cair. Memang nikmat. 

Nak buatnya taklah susah. Janji bahannya ada semua. Mungkin rasa macam renyah sebab ianya macam kena rebus dulu kan bagi masak. Tapi sebenarnya taklah susah mana pun. 

Mungkin ada yang tak tahu apa bahan yang diperlukan, kan? 
So saya share disini ya. Mungkin ada yang nak cuba buat petang ni untuk minum petang.

Bahan bahannya

1. Tepung Pulut
2. Gula Melaka
3. Sedikit air untuk membancuh tepung
4. Pewarna
5. Kelapa parut
6. Air untuk merebus

Agak agak tahu tak cara nak buatnya macam mana?

Bancuh tepung tu jangan terus bubuh air banyak tau. Agak agak. Jangan terlalu lembik bancuhan tepung tu. Atau terlalu keras. 

Bubuh pewarna jangan terlalu banyak. Kalau guna air pandan, tak perlu bancuh bubuh air kosong. Macam saya bubuh pewarna hijau dan merah sirap ros. So bancuh tepung guna air masak la.

Dah siap adunan tepung, boleh la gentel bulat bulat. Then leperkan pastu bubuh gula melaka. Gula melaka tu agak agak la ye. Jangan terlalu banyak sangat. Takut masa merebus dia pecah. 

Masa rebus tu macam mana nak tahu dah masak ke belum, kalau dia timbul, dan tepung dah lembut tu, maknanya dah masak. 

Bila dah masak, boleh golekkan di kelapa parut. So siap. Selamat mencuba. 

11 comments:

  1. Sally punya masalah kalau nak buat onde-onde ni kalau mencari kelapa parut...kat KL ni mahaiii wehhh...seriuss

    ReplyDelete
  2. Saya suka buah melaka ,tapi nak makan kena hati2 takut gulanya melilih

    ReplyDelete
  3. favourite ni..buat pun senang..tetiba nak makan onde2 lah pulak hihi

    ReplyDelete
  4. dah lama tak makan buah melaka ni.. sedapnya kalau gula dia cair dalam mulut.. nyummm nyummm sangattt !

    ReplyDelete
  5. Haaa ini memang kegemaran ayu dn family bila bulan puasa. Macam wajib kena ada hari2. Nak buat pun senang jerkk

    ReplyDelete
  6. kalau masa bulan puasa mesti beli kuih ni...faverettt

    ReplyDelete
  7. kalau dekat kuantan nie panggil onde-onde jarang lah orang dengar orang panggil buah melaka...MN biasa cari time bulan puasa je ..bulan lain tak de lah nak makan sangat hehehe

    ReplyDelete
  8. Biasa i called it onde-onde, kuih ini memang sedap & syiok makan la.

    ReplyDelete
  9. One of my favorite kuih..
    Hari-hari biasa susah dapat tapi bila bulan Ramadhan kuih buah Melaka memang juadah penting bila berbuka.. Sedap..

    ReplyDelete

Comments