Sponsor

Wednesday, 19 September 2018

Roti Gebu Gebas Pelbagai Topping.

Roti Gebu Gebas Pelbagai Topping.


Hai readers.. Sebenarnya kan, kita rasa la, kita ni sejenis manusia pencinta makanan. Haha.. 
Pantang betul nampak orang promote dalam group. Kalau rasa rasa berbaloi untuk beli, in shaa Allah kita beli. Itu pun kalau ada duit dalam tangan la. Tak kan nak order pakai airliur pulak kan? 
Tak kan la beli berhutang pulak. 
No, no, no..

Kita ni sejenis manusia yang tak suka berhutang. Apatah lagi barang makan. Bak kata mak yang selalu pesan. "Benda makan ni jadi t*ik.. Tak kan la dah tak nampak depan mata, baru nak bayar kan?"

So, haritu ada sorang akk ni open roti dalam group. Kita pulak masa tu tengok macam sedap jeeeee. Harga pun murah. RM8 je. Sambil support orang niaga kan, kita beli la. Anak suami pun boleh makan sekali. Tak tahu la nama roti ni apa. Haha. Dia macam roti biasa je. Tapi atas tu ada pelbagai topping.

So haritu beli, memang gebu betul la rotinya. Homemade kan.. Mesti la gebu dia tu lain. Fresh gitu. Budak budak biasa la. Suka makan topping hat atas tu je. Kita tak kisah sangat. Sebab manis topping dia. Makan sesikit je pun takpe.

Seronok bila dalam kem ni sebenarnya kalau ada yang rajin open order macam macam tau. Bukan apa, dah la nak keluar mencari tu, jauh. Satu hal pulak kalau elok keluar, kedainya tutup ke kan?
Kan elok kalau semangat berniaga tu ada di dalam kem. Tak perlu pening kepala cari kat luar. Lagi lagi kalau hari bekerja. 

Sebab kalau nak keluar hari bekerja ni, malam la pun. Itu pun pikir banyak kali nak keluar tu. Sebab jauh dan gelap. Bahaya sedia menanti. Seronok kalau dalam kem iskandar ni, orang yang berniaga tu macam kat kem syed sirajuddin, gemas tu. 

Setakat ni, ada beberapa jenis makanan jugak la kita dah beli dari orang kem. Lebih kepada tanda support juga sebenarnya. Sebab orang pun semangat nak open pelbagai jenis lagi hasil jualan kan?

4 comments:

  1. macam2 topping tak jemu makan.. macam donat pun ada jugak tengok. daaap !!

    ReplyDelete
  2. sekali sekala boleh nak makan macam nie..kalau selalu MN cepat muak

    ReplyDelete

Comments