Hai, Selamat pagi semua..
Pagi ni baru la berkesempatan nak buka lappy, godek-godek apa patut.
Selalu time pagi kebizian.
Bizi memasak untuk ddy dorang balik PT Pagi.
So, harini, masa blogwalking tadi nampak ada 1 giveaway ni.
Macam menarik je. Mana laaaaa tahu kan, kut-kut rezeki ke..
So, kalau kawan-kawan nak join sama masih sempat ni.
Ada masa lagi.. Sebab tarikh last untuk join 31 hb ni..
Jom join..
Mana tahu kalau rezeki, memang satu keperluan untuk kaum hawa juga kan?
Assalamualaikum, hai readers.. Harini baru berkesempatan nak simpan kenangan ni dalam blog. Mana tahu, akan datang teringin nak tengok balik kan?
Hari sabtu 2minggu lepas kenduri kawen my cousin. Tapi kami satu family sampai dah lewat. Dalam pukul 1 lebih. Sebab hari jumaat ddy dorang tak dapat cuti. Kena naik duty pulak tu. So, terpaksa la gerak hari sabtu.
Ddy dorang pulak habis duty jam 9.30.
Kitorg semua memang siap sebelum jam 9.30 la. Sementara nak tunggu ddy dorang balik kan.
Kalau duduk gemas, dalam 1jam sampai dah ke kampung. Tapi disebabkan dari Mersing, 4jam la baru sampai. Penat? Semestinya la. Sebab bukan laluan highway. Lalu jalan kampung kan.
Sampai je kat kampung, terus tukar baju. Sebab cousin nak seragam. Baju ni bukan saya taknak pakai siap siap dari rumah. Tapi sebab mak yang tolong jaitkan, so dia bawakan dari Ipoh.
Lawa pula bila tengok semua pakai warna seragam kan?
Kain ni my cousin yang sponser. Rezeki. Semoga murah rezeki cousin saya yang sponser. Tudung ikutkan nak seragam warna pastel soft blue. Tapi ada cousin yang takde warna tu, tu main bedal je la. Janji biru.
Apa apa pun, majlis pun dah selesai. Dah selamat semuanya. Walaupun masa kitorg sampai, majlis memang dah selesai, tapi happy sebab dapat jumpa mak abah adik beradik walaupun sekejap je.
Hanya gambar la dapat jadikan kenangan walaupun sampai majlis dah selesai.
Kami doakan semoga bahagia hingga ke akhir hayat ya.
Psst : Cantikkan pelamin dia. Tengok depan depan memang lawa tau. Teruja kita tengok. Walaupun sebenarnya majlis ni buat dekat rumah kampung je tau.
Harini genap sebulan duduk mersing.. Perasaan? Happy?? Haaaaa, tepukkkkkk..
Haha..
Takde makna happy oii.. Rasa macam bertabah je laaaa..
Redha dah memang kena duduk tempat hulu cenggini..
Demi tugas ddy dorang kan..
Semak kepala sebenarnya duduk kat mersing ni. Sorry orang Mersing.. Jiwa saya takde kat mersing ni. Moga moga duduk setahun dua je la kat sini.
Banyak sebab kenapa rasa tak best duduk kat mersing ni. Paling utama sekali, makin jauhhhh dengan family. Mak abah saya kat ipoh. Dulu duduk gemas pernah je balik sabtu ahad. Ni dah duduk mersing, balik ke kampung di segamat 4jam pun rasa macam nak patah pinggang. Belum lagi balik ke ipoh. Mau 10jam kot baru sampai. 😭
Kalau dulu sebulan sekali mesti balik umah mertua di Melaka. Sekarang ni tak tahu la berapa bulan sekali baru boleh balik. Mau 2-3bulan sekali kot. Tapi kena ambil cuti la. Setakat sabtu ahad tak berbaloi. Sebab penat badan je. Bertugas sebagai tentera bukan mudah nak ambil cuti. So agak terbatas dah nak tengok keluarga 2belah pihak.
Bab barang barang mahal tu memang kena redhaa la. Nak buat macam mana kan. Nak taknak kena beli jugak. Tapi kalau dah tahu kedai mana murah, kedai mana mahal, okay la kan. Memang pergi barang kena pergi 2-3 tempatlah.
Suasana dekat kem yang tak berapa nak friendly. Mungkin orang boleh kata, lama lama ok la tu. Erm.. Mungkin laaa..
Tapi dah sebulan ni, ada juga jiran searas, seblok yang saya tak pernah jumpa. Tak kenal lagi. Mungkin la akan ambil masa lebih lama untuk kenalkan. Tapi bila akan kenal, ntah la. Orang mungkin boleh pikir saya ni macam banyak merungut. Tak bersyukur!
Tapi.. Yang cakap tu agak agak pernah rasa tak situasi kat tempat saya sekarang ni?
Kalau duduk di bandar besar boleh la cakap. Dulu masa duduk di gemas, mungkin saya mula mula susah nak terima keadaan, sebab first time berjauhan dari keluarga. Tapi saya boleh handle lagi. Tapi keadaan dekat sini jauh beza. Kalau nak dibandingkan, banyak sangat.
Apa yang ada dalam perasaan saya sekarang ni, selagi ddy dorang ada disisi, selagi tu saya kena tabah. Kena redha dengan keadaan semasa.
In shaa Allah.. Allah akan bagi juga jalan keluar satu hari nanti.
Allah tengah uji tahap kesabaran dan kekuatan kita disini.
Pssst : Jangan jadi makcik bawang sangat kalau rasa rasa tak tahu keadaan saya kat sini. Saya yang rasa. Saya yang alami. Saya berhak untuk berkata apa yang saya rasa okeh.
Flower Chimp, Menghasilkan Gubahan Indah Buat Yang Tersayang!
Kalau bercerita tentang bunga ni, kebanyakkannya orang perempuan memang suka la kan. Kalau tanya saya pun, tentunya teringin nak merasa orang hadiahkan sejambak bunga yang dah digubah cantik.
Hari ini, saya nak perkenalkan tentang Flower Chimp.
“Ucapkan dengan bunga!” Kepesatan industri e-dagang di peringkat global telah memacu perkhidmatan penghantaran bunga dan membolehkan pengguna mencipta kenangan indah bersama insan tersayang.
Bayangkan, betapa mudahnya anda boleh memilih jambangan bunga kegemaran anda dan merancang penghantaran semudah di hujung jari sahaja. Daripada pilihan jambangan sempena hari lahir hingga ke kiriman bunga sebagai tanda ucapan
tahniah, titipan istimewa sempena sambutan Hari Kekasih dan Hari Ibu, Flower Chimp akan memenuhi keperluan bunga-bungaan anda dari harga serendah RM89 sahaja.
Melangkah setapak ke hadapan berbanding pesaing mereka, Flower Chimp menawarkan perkhidmatan penghantaran ke seluruh negara yang meliputi lebih daripada 80 daerah di dalam Malaysia, termasuk di Sabah dan Sarawak. Dengan rangkaian meluas seperti itu, tidak hairanlah perkhidmatan penghantaran bunga dalam talian tersebut menjadi pilihan utama pelanggan yang turut menikmati penjimatan menerusi penghantaran secara percuma ke atas semua tempahan tanpa had perbelanjaan minima. Malah, pelanggan juga boleh menjadualkan penghantaran pada hari yang sama bagi semua tempahan yang dibuat sebelum pukul 1 tengah hari untuk mengejutkan insan tersayang mereka.
“Walaupun kami masih baharu dalam perniagaan penghantaran bunga ini, Flower Chimp telah berkembang hingga menjadi jenama terkemuka dalam industri ini. Dalam tempoh kurang daripada dua tahun, kami telah menjadi pilihan nombor 1 dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian di Malaysia, Indonesia dan Filipina dengan rekod pertumbuhan
lima (5) kali ganda berbanding tahun lepas,” kata Maximilian Lotz, Pengasas Flower Chimp.
Berikutan prestasi memberangsangkan mereka dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian, Flower Chimp berjaya menambat pelaburan berjumlah RM 6 juta daripada sekumpulan pelabur termasuklah Asia Venture Group (AVG), sebuah syarikat persendirian
yang telah menilai potensi besar Flower Chimp menerusi model perniagaan dan strategi pemasaran mereka yang unik.
Syarikat yang sama turut membuat pelaburan dengan syarikat lain seperti iMoney, Happy Fresh dan iPrice. “Kami mensasarkan untuk mengembangkan
rangkaian kami di Singapura menjelang pertengahan bulan Ogos 2018 dan di negara Asia Tenggara yang lain termasuklah Vietnam, Thailand dan Hong Kong pada tahun 2019,” tambah Lotz.
Lotz dan rakan kongsi/Ketua Pegawai Operasi, Niklas Frassa yang mendalami sendiri perniagaan bunga-bungaan berhasrat untuk menggunakan pelaburan yang diterima untuk mengukuhkan operasi mereka di Indonesia dan Filipina, di samping meningkatkan infrastruktur teknikal untuk memanfaatkan pelanggan kami dengan ciri-ciri pintar termasuklah sistem
penjejakan secara langsung bagi setiap pesanan.
“Dalam masa yang sama, kami menjalankan kajian ke atas pasaran semasa secara berterusan dalam mencari idea untuk produk dan promosi baharu untuk pelanggan kami yang kembali untuk mencari sesuatu yang bersesuaian dengan keperluan mereka,” kata Frassa.
Kata Frassa lagi, “Dengan kuasa pemasaran dalam talian dan media sosial, kami mahu
mengukuhkan penjenamaan kami dan menjadi pilihan pertama dalam kalangan pelanggan yang semakin lama semakin bijak mengendalikan perkata berkaitan teknologi. Kami yakin, dalam tempoh dua belas (12) bulan akan datang, dari Suku Keempat (Q4) 2018 hingga ke Suku Keempat (Q4) 2019, Flower Chimp akan berkembang sehingga tiga (3) kali ganda menerusi sumbangan daripada empat pasaran utama iaitu Malaysia, Singapura, Indonesia dan
Filipina”.
Hubungi :
Flower Chimp di Malaysia
Laman Sesawang: https://www.flowerchimp.com/
Facebook: https://www.facebook.com/FlowerChimpMY/
Instagram: @flowerchimp
Flower Chimp di Indonesia
Laman Sesawang: https://www.flowerchimp.co.id/
Facebook: https://www.facebook.com/FlowerChimpID/
Instagram: @flowerchimp.id
Flower Chimp di Filipina
Laman Sesawang: https://www.flowerchimp.com.ph/
Facebook: https://www.facebook.com/FlowerChimpPH/
Instagram: @flowerchimp.ph
Info Mengenai Flower Chimp :
Flower Chimp telah ditubuhkan oleh dua usahawan dari Jerman, Maximilian Lotz dan Niklas Frassa yang telah lama bertapak di Asia Tenggara. Selepas menghabiskan masa di Belanda yang terkenal sebagai pusat perkembangan bunga-bungaan dunia, mereka mengambil keputusan untuk menceburi bidang perniagaan berkaitan bunga dan meletakkan penanda aras
baharu dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian. Dengan mengutamakan kepuasan pelanggan, Flower Chimp telah memenuhi keperluan terhadap bunga berkualiti tinggi pada harga berpatutan yang turut disokong dengan perkhidmatan penghantaran percuma ke
seluruh negara.
Sejajar dengan peningkatan perniagaan tersebut, mereka terus meningkatkan perkhidmatan dan menjalankan penyelidikan dan pembangunan untuk menawarkan lebih
banyak pilihan bunga-bungaan kepada pasaran yang semakin berkembang.
Buat masa ini, Flower Chimp beroperasi di Malaysia, Indonesia dan Filipina. Dalam masa terdekat, dua usahawan bercita-cita tinggi ini bakal melancarkan platform mereka di Singapura dan negara Asia Tenggara lain.
Untuk maklumat lanjut tentang Flower Chimp, layari www.flowerchimp.com.
Haha.. Tengok tajuk pun mesti orang cakap, siang ketam pun tak kan tak reti. Ye dok?
Tu pertanyaan ddy zara tadi. Setelah hampir 5tahun kawen baru ddy dorang nak tanya. Yela, masak ketam pun baru 2kali kan..
Kali pertama masak pun dalam tahun ni jugak. Actually masa sebelum kawen dulu ada la tengok mak siang. Tapi tengok je la. Tak masuk dalam kepala pun. Bila nak masak buat kali pertama tu gigih tengok youtube. Maklumlah, maklumat dihujung jari kan. Hehe
Sembang dengan kak TB, katanya tengok kat Youtube je senang. Bagus jugak kan Youtube ni, banyak membantu. So bila ddy dorang tanya tadi, dengan mudah nya cakap kat dia, tengok je utube. Kan senang. Kalau tanya orang pun, mesti orang akan cakap macam tu. Google je.. Utube kan je..
Semalam ddy zara beli ketam dari kawan dia. Fresh. Kawannya hantar malam tadi. Baru lepas tangkap agaknya. So kita jadikan lauk la harini. 6 Ekor Rm15. Ya Allah manisnya isi dia. Walaupun dalam gred C kot, tapi okay la makan berdua. Budak budak bukan makan sangat pun.
Next time boleh repeat size besar sikit. Baru syok layan makan kan? Hehehe
Anak Askar Kan.. | Selit cerita pasal Zhareef la harini. Rasa macam dah lama tak story pasal budak budak kan. Kali ni cerita pasal si bujang Zhareef la. Budak banyak akal orang kata.
Zhareef ni kan boleh dikatakan setiap bulan mesti potong rambut. Senang kata, rambut dia takkan panjang lebih sampai ke telinga kalau tengok dari tepi. Rambut depan belakangnya pun sama. Ddy dia pun sama. Tiap bln pun potong rambut. Kadang tengok macam tak panjang mana pun, tengok tengok dah pendek.
Biasa la. Askar kan. Mana boleh berambut panjang. Dan sekarang zhareef pun kena ikut rentak macam tu. Rambut nampak panjang sikit, dah kena tebas. Anak askar kan.. Hehe
Mama dia pun tak berkenan nak berambut panjang. No kpop style. Mama dia tak berkenan sebab rasa rimas. Lagipun zhareef tak sesuai je nak style macam tu. Selalu tengok bila lepas potong rambut dia nampak selesa. Baru la betul anak askar follow gaya askar kan?
Hihi
Macam mana sekalipun, mak mak mesti ada gaya tersendiri untuk anak lelaki kan? Anak perempuan pun sama. Macam saya teringin juga nak buat style kelainan pada zhareef. Tapi bila rambut dia panjang sikit tengok dah rasa rimas. Memang potong gaya askar je la. 😄
12.08.2018 | Ahad
Pergi Hospital Mersing memang niat nak sambung follow up pasal Kalenjar. Ingatkan pergi nak ambil tarikh untuk follow up tu. Sebab pakar takde kat sini. Pakar turun dari JB.
So pergi dengan niat nak ambik tarikh appoiment la. Tak sangka pulak kelmarin doktor pakar dari JB turun ke Mersing. So, happy la. Sebab dapat check up. Sebab tak tahan sangat dah sakitnya tu makin menjadi jadi. Berdenyut tu jangan la ditanya macam mana. Kalau sakitnya datang, anak pun kita tak hirau dah. Kalau ddy dorang ada, lepas bagi makan malam, memang kita baring telepek taknak diganggu dah.
Masa nama dipanggil tu, seronok la sebab nak di check. Nak tanya doktor kenapa sakit sekian sekian sampai rasa dalam telinga pun berdenyut. Doktor check dari dalam hidung, telinga, katanya takde masalah. Telinga dan hidung dalam keadaan baik. Lega sangat. Katanya urat kemungkinan yang jadi sakit kat telinga tu.
Bila doktor bagitahu " nanti kita akan cucuk ambil sampel untuk tengok ada masalah apa", masa tu takde la cuak mana. Cuma tanya, bila ye akan buat?
Doktor bagitahu "nanti kita bagitahu"..
Masa tu terfikir next checkup la kot...
Tiba tiba sorang nurse berbaju biru (staf nurse) cakap, "Puan ikut saya ye"..
Masa tu ingat ikut dia just nak check ke bilik lain. Rupanya terus buat prosedur ambil sample tu. Masa tu seram sejuk jangan kata. Sebab sejuk pun aircond kat klinik pakar tu. Masa dia suruh baring tu macam okay..
Relax.. Relax..
Pastu tunggu doktor tak sampai lagi dari bilik lagi satu, datang dah rasa cuak semua. Maklumlah, dengan rasa sejuk level dah macam kat labour room, memang terus datang macam macam perasaan. Terpikir macam "beraninya aku serah diri harini"..
Yela.. Niat nak ambik tarikh appoiment je kan. Sekali buat prosedur ambil sample tu terus. Kena cucuk kat situ, 3kali okeh.. 3kali. Masa sebelum nak cucuk tu, doktor cina perempuan tu bagitahu. Rasa dia sama macam kita cucuk ambil darah tu. Tapi akan rasa sakit sikit ye. Sebab kita akan godek godek sikit, nak dapatkan isi dari tempat yang membengkak tu ye.
Masa tu tawakal je la. Betul betul serah diri je. Masa kali pertama ambil, doktor bagitahu dapat darah je. So dorang minta izin untuk kali kedua. Masa nak izinkan kali kedua tu, Allah.. Rasa macam takmo je. Sebab sakit kan. Tapi berserah bila doktor cina lelaki pulak kata, kalau tak dapat sample betul betul, next appoiment pun kena buat juga.
Erm.. Mikirkan "next" kita dah tahu rasa dia macam mana, so buat je la. Berserah sangat. Pastu doktor cina tu cakap "A bit".. Maybe dapat sikit je macam isi tuk jadikan sample. Last doktor cina lelaki pula kata, "Puan, kita buat lagi sekali ye. Sekali je. Saya yang akan buat".. Masa tu rasa nak nangis pun ada. Adoiyai.. Nak dicucuk lagi. 2kali doktor cina perempuan yang buat.
So, last la bagi doktor cucuk dalam keterpaksaan. Last doktor cina lelaki buat, okay la kot. Kalau dia nak cucuk lagi, memang tak bagi dah. Sakit oiii cucuk gitu. Bukannya kita ni ibarat dapat cucuk bagi kebas tak sakit ke apa. Mentah mentah buat.
Lepas 3kali cucuk kat bawah dagu dekat dengan leher tu, kena ambil darah kat lengan. Masa tu staf nurse yang ambil. Alhamdulillah. Tak rasa sakit langsung. Kesan lebam pun takde. So, settle la kisah penyerahan diri pada hari ahad..
Next nya... Nanti la sambung ye..

Assalamualaikum.. Pagi ni sempat lagi mengadap blog. Sementara budak 2 orang tu tido lagi kan? Bukan apa, budak-budak ni kalau nampak laptop, sakan dia.. Dia dulu yang nak gunanya.
So, pagi ni ambik kesempatan meriahkan segmen lagi. Support antara satu sama lain orang kata, tak gitu?
nota : Ermm.. dalam plan juga nak update bloglist sendiri.. nanti kita pun nak anjurkan segmen la. Meriahkan blog balik kan?
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons