Baru Sebulan. Tapi Macam Setahun..

Monday 27 August 2018


Harini genap sebulan duduk mersing.. Perasaan? Happy?? Haaaaa, tepukkkkkk..
Haha..
Takde makna happy oii.. Rasa macam bertabah je laaaa..
Redha dah memang kena duduk tempat hulu cenggini.. 
Demi tugas ddy dorang kan..

Semak kepala sebenarnya duduk kat mersing ni. Sorry orang Mersing.. Jiwa saya takde kat mersing ni. Moga moga duduk setahun dua je la kat sini. 

Banyak sebab kenapa rasa tak best duduk kat mersing ni. Paling utama sekali, makin jauhhhh dengan family. Mak abah saya kat ipoh. Dulu duduk gemas pernah je balik sabtu ahad. Ni dah duduk mersing, balik ke kampung di segamat 4jam pun rasa macam nak patah pinggang. Belum lagi balik ke ipoh. Mau 10jam kot baru sampai. 😭

Kalau dulu sebulan sekali mesti balik umah mertua di Melaka. Sekarang ni tak tahu la berapa bulan sekali baru boleh balik. Mau 2-3bulan sekali kot. Tapi kena ambil cuti la. Setakat sabtu ahad tak berbaloi. Sebab penat badan je. Bertugas sebagai tentera bukan mudah nak ambil cuti. So agak terbatas dah nak tengok keluarga 2belah pihak.

Bab barang barang  mahal tu memang kena redhaa la. Nak buat macam mana kan. Nak taknak kena beli jugak. Tapi kalau dah tahu kedai mana murah, kedai mana mahal, okay la kan. Memang pergi barang kena pergi 2-3 tempatlah. 

Suasana dekat kem yang tak berapa nak friendly. Mungkin orang boleh kata, lama lama ok la tu. Erm.. Mungkin laaa..
Tapi dah sebulan ni, ada juga jiran searas, seblok yang saya tak pernah jumpa. Tak kenal lagi. Mungkin la akan ambil masa lebih lama untuk kenalkan. Tapi bila akan kenal, ntah la. Orang mungkin boleh pikir saya ni macam banyak merungut. Tak bersyukur!

Tapi.. Yang cakap tu agak agak pernah rasa tak situasi kat tempat saya sekarang ni? 
Kalau duduk di bandar besar boleh la cakap. Dulu masa duduk di gemas, mungkin saya mula mula susah nak terima keadaan, sebab first time berjauhan dari keluarga. Tapi saya boleh handle lagi. Tapi keadaan dekat sini jauh beza. Kalau nak dibandingkan, banyak sangat. 

Apa yang ada dalam perasaan saya sekarang ni, selagi ddy dorang ada disisi, selagi tu saya kena tabah. Kena redha dengan keadaan semasa. 

In shaa Allah.. Allah akan bagi juga jalan keluar satu hari nanti. 
Allah tengah uji tahap kesabaran dan kekuatan kita disini. 


Pssst : Jangan jadi makcik bawang sangat kalau rasa rasa tak tahu keadaan saya kat sini. Saya yang rasa. Saya yang alami. Saya berhak untuk berkata apa yang saya rasa okeh. 

7 comments

  1. Bila sesuatu yang tidak sejiwa.,rasa lambat bergeraknya waktu..bila yang kita suka..eh..sekejap je..moga tidak lama di Mersing.InsyaAllah..aamin.

    ReplyDelete
  2. insyaalllah - ambik masa sedikit untuk biasakan keadaan di sana

    ReplyDelete
  3. Terasa macam nomad pula hehe. Insyallah...

    ReplyDelete
  4. Elok luahkan macam ini sis.. sebab perkara-perkara macam ini kadang makan kat dalam kalau dipendam je.. Sha doakan semoga sis dapat menyesuaikan diri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Kadang tu memang kena luah. Tpi tak la merungut pun. Kita follow je la kan.
      Alhamdulillah. Dpt sesuaikan diri dh.

      Delete