Assalamualaikum.. Selamat pagi.. Sekejap je masa ni berlalu kan? Dan separuh bulan Ogos rupanya kita ni jelajah. Pejam celik, pejam celik, sikit masa lagi, bertukar bulan baru.
Rasanya dah lama tak meriahkan blog ni dengan segmen kan? Maklumlah, sangat-sangat kekangan masa. So, kebetulan awal pagi ni buka laptop nak selesaikan apa yang patut, kita terjah la sekejap blog kawan-kawan.
Jom kita sama-sama meriahkan blog. Sambil mengeratkan silaturrahim gitu..
Udang Celup Tepung Rangup | Harini entri makanan la pulak eh. Lama dah tak cerita pasal makanan kan? Entri semalam tentang Pasar Segar Bandar Mersing kan? Masa di pasar tu kitorang kan beli udang segar.
So, haritu tak tahu nak masak apa. Selalu udang ni fungsi dia jadi rencah je dalam lauk. Tapi kali ni taknak buat rencah. Taknak buat sambal. Sebab budak budak suka udang, so try menu senang ni je la. Yang penting, tak pedas.
Udang Celup Tepung Rangup. Nak goreng udang ni, kalau boleh pilih yang besar sikit sizenya kan? Baru best makan. Ambil dalam 16ekor macam tu untuk goreng.
Nak goreng bagi tepung tu bersalut elok mudah je.
Bahan pun senang je.
- Udang
- Telur
- Tepung (Saya guna tepung goreng ayam bestari Original je)
Caranya, mula mula panaskan minyak dulu.
Udang dicelup pada telur. Then celup ke tepung. Then celup ke telur balik, pastu celup ke tepung.
Kiranya 2kali salut la gitu. Nampak la tepung tu tebal sikit. Boleh je sekali salut. Cuma sekali salut, tepung tu macam tak bersalut banyak je la kan.
Paham ke idok ni? 😅
Salut kali kedua kat telur tu, sekadar celup je tau. Bukan celup beria sangat. Karang tertanggal tepung celupan pertama tu.
So, siapa nak try buat udang celup tepung dah tahu la kan macam.mana caranya bagi tepung tu nampak tebal je.
Selamat mencuba. 🤗
Pasar Segar Bandar Mersing | Hari Rabu lepas ada keluar ke pekan. Rasanya keluar sebab nak beli barang sikit, then ddy dorang nak beli stok minyak. Untuk motor. Kitaorang keluar waktu petang, bila keluar waktu petang, sempat la jelajah sana sini. Kalau keluar waktu malam, pandangan pun terhad,kan.
Masa pusing pusing tu, kitorang cari Pasar Segar. Sebab plannya hari sabtu pagi nak beli stok ikan udang kan. Tak kan hari hari nak makan lauk ayam kan? Siapa boleh hadap lauk macam tu kan.
So, berpandukan kawan kawan bagitahu, pasar ni dekat dengan Station Bus, so kitorang musing musing la cari. Supaya hari sabtu tu tak buang masa kan. So mudah je rupanya.
Hari sabtu kitorang terjah pasar. Tapi kita naik blur sebab jarang betul nak beli ikan kat pasar. Haha.. Kalau dulu dekat gemas, biasa beli kat TF je. Tak pun, bila balik Melaka, mil pergi pasar dia beli kan siap siap stok untuk kitorang sekali. So masa pergi pasar ni kitorang kena survey harga dulu la. Tak kan nak main terjah beli kan?
So haritu kitaorang beli 3 jenis barang basah je. Taknak beli banyak banyak. Taknak simpan stok sampai tak termakan. Untuk ikan ni, rasanya ikan sardin. Beli setengah kilo je. Dalam 10ekor. Harganya RM12
Untuk sotong ni pula, ambil setengah kilo juga. Size sedang sedang saja. Tak sure dalam berapa ekor. Rm7 sahaja. Boleh la kan?
Udang pun ambil setengah kilo. Dapat la dalam RM15. Dalam 34ekor. Banyak juga daapt size besar. Tapi bukan la size besar giler tau. Hehehe..
Tapi size sedap dimakan la gitu. Puas la makan.
Erm.. Agak-agak murah ke mahal??
Maklum la, tak biasa beli dari pasar,kan. Haha
Tapi yang penting ianya memang Fresh. Maklumlah, jeti sebelah je kan dengan pasar. Selain dari beli ikan, ada juga beli sayur sikit. Alang alang tengok sayur elok cantik, geram pulak tak beli. Maklumlah, sayur kat pasaraya semua dah lembik lecur kan.
Next kita borong apa pulak ekkk?
Macam nak makan ketam laa..
Throwback 14 Julai 2018 | Bakat Terakhir Di Unit 51RAD | Untuk kenangan sendiri. Tersimpan rapi dalam blog ni. Tarikh tu, last la bakat yang saya dapat join di unit 51Rad, Kem Syed Sirajuddin Gemas.
Bagi saya la, pernah merasa Bakat ni di unit 11Armor dan 51Rad.. Dan yang rasa best tentunya di Unit 51Rad. Tak tahu kenapa. Tapi memang rasa best. Tak rasa terbeban pun Bakat yang diadakan. Macam 11Armor dulu, kerap sangat bakatnya. Rasa macam tak syok la pulak. Biar jarang jarang ada. Seronok orang nak pergi, tak gitu?
Masa hari last join bakat ni, tak sangka pula dorang ada bagi penghargaan pada mereka yang pencen, yang berpindah keluar (posting) dan juga mereka yang berhenti dari perkhidmatan.
Rasa terharu sangat. Rasa macam dihargai disitu kan. Bagus buat majlis penghargaan macam tu. Baru la orang rasa seronok. Setiap kali Bakat dapat hadir. Dan bila berpindah keluar, diberi sedikit cenderahati.
Apa apa pun, unit 51RAD in the best in my memories.
Koleksi Patchwork | Hai readers.. Siapa kat sini penggemar patchwork? Tak kisah la karpetnya ke.. Cadar ke.. Apa apa saja, yang penting ianya patchwork?
Rasanya ramai juga kan yang suka kumpul patchwork ni? Macam saya dah lama minat. Masa tu mengandungkan zara. Masa nak balik berpantang kat Ipoh, mak tukar cadar kat bilik tu, cadar patchwork. Masa tu rasa macam "waahhh cantiknyaaaa"...
Pastu kita pun teringin jugak. Tapi masa kat gemas dulu takde katil besar. Katil Queen tu. So macam pendam je la dulu hasrat tu.
Nak beli yang katil bujang punya, macam tak berbaloi. Sebab kitorg bukan guna katil bujang kan.
Nak dijadikan cerita 2tahun lepas masa bersalinkan Zhareef, mak bagitahu jiran sebelah ada jual. Karpet patchwork. Masa tu macam "nak beli ke tak ekk"..
Last last terbeli la satu. Masa tu berkenankan corak bunga 3D. Ambil kaler biru.
Tak menyesal beli. Sebab selesa pakai karpet patchwork dari pakai karpet biasa. Karpet biasa tu mudah sangat serap habuk dan debu kan?
Kalau kotor, nak cuci pun senang karpet patchwork ni. Macam saya masuk je mesin. Hehehe
Elok pindah ke Mersing ni, ada katil besar. So apa lagi. Beli cadar Queen la. Kasi katil melaram sikit. Kasi ambik mood. Supaya mood seronok nak mendeco umah tu datang. Haha..
Tapi tak juga mood tu datang.
Harga untuk cadar ni Rm120. Tak termasuk postage tau. Saya beli online. Kalau ada yang berminat nak beli online boleh bagitahu ye. Nanti saya suggest trusted seller tu.
Sebenarnya untuk karpet koleksi tambahan ni, saya ingat nak beli yang size L. Tapi stok baru tak masuk lagi. So pilih la size S. Sebab pikir balik, boleh guna tuk ruang yang kecik. Nak basuh lagi la mudah kan?
Untuk harga karpet size S ni Rm50. Harga tak termasuk pos la.
Kalau nak tahu size S ni besar mana, ukuran dia lebih kurang besar meja makan tu.
Patchwork ni dia banyak jenis tau. Ada yang premium.. Real patchwork. Harga berbeza la. Ada yang mahal. Macam set cadar ni ada yang Rm200 pun ada. Bergantung pada kualitinya.
Yang macam saya beli ni pun okay. Next ada rezeki nak tambah koleksi lagi. Kalau macam cadar biasa tu bukan la tak okay kalau nak beli. Tapi bagi saya, patchwork ni dia berbaloi sebab dia macam tebal. So basuh banyak kali, lambat la dia nak mereput.
Rasanya ramai juga kan yang suka kumpul patchwork ni? Macam saya dah lama minat. Masa tu mengandungkan zara. Masa nak balik berpantang kat Ipoh, mak tukar cadar kat bilik tu, cadar patchwork. Masa tu rasa macam "waahhh cantiknyaaaa"...
Pastu kita pun teringin jugak. Tapi masa kat gemas dulu takde katil besar. Katil Queen tu. So macam pendam je la dulu hasrat tu.
Nak beli yang katil bujang punya, macam tak berbaloi. Sebab kitorg bukan guna katil bujang kan.
Nak dijadikan cerita 2tahun lepas masa bersalinkan Zhareef, mak bagitahu jiran sebelah ada jual. Karpet patchwork. Masa tu macam "nak beli ke tak ekk"..
Last last terbeli la satu. Masa tu berkenankan corak bunga 3D. Ambil kaler biru.
Tak menyesal beli. Sebab selesa pakai karpet patchwork dari pakai karpet biasa. Karpet biasa tu mudah sangat serap habuk dan debu kan?
Kalau kotor, nak cuci pun senang karpet patchwork ni. Macam saya masuk je mesin. Hehehe
Elok pindah ke Mersing ni, ada katil besar. So apa lagi. Beli cadar Queen la. Kasi katil melaram sikit. Kasi ambik mood. Supaya mood seronok nak mendeco umah tu datang. Haha..
Tapi tak juga mood tu datang.
Harga untuk cadar ni Rm120. Tak termasuk postage tau. Saya beli online. Kalau ada yang berminat nak beli online boleh bagitahu ye. Nanti saya suggest trusted seller tu.
Sebenarnya untuk karpet koleksi tambahan ni, saya ingat nak beli yang size L. Tapi stok baru tak masuk lagi. So pilih la size S. Sebab pikir balik, boleh guna tuk ruang yang kecik. Nak basuh lagi la mudah kan?
Untuk harga karpet size S ni Rm50. Harga tak termasuk pos la.
Kalau nak tahu size S ni besar mana, ukuran dia lebih kurang besar meja makan tu.
Patchwork ni dia banyak jenis tau. Ada yang premium.. Real patchwork. Harga berbeza la. Ada yang mahal. Macam set cadar ni ada yang Rm200 pun ada. Bergantung pada kualitinya.
Yang macam saya beli ni pun okay. Next ada rezeki nak tambah koleksi lagi. Kalau macam cadar biasa tu bukan la tak okay kalau nak beli. Tapi bagi saya, patchwork ni dia berbaloi sebab dia macam tebal. So basuh banyak kali, lambat la dia nak mereput.
Kehidupan Baru Di Mersing | Assalamualaikum.. Hai readers. Masih ramai ke readers kesayangan disini? Lama dah tak cerita pasal life kan? So harini kita sembang pasal life la ye.
Jumaat 27 julai 2018 kami sekeluarga bergerak ke Mersing. Bermula kehidupan baru. 05 April 2014 - 27 Julai 2018. 4tahun di Gemas. Rasa macam satu perubahan besar je bila kat Mersing ni.
Bukan tak boleh hidup susah sikit. Tapi memang rasa boring je suasana kat sini. Walhal masa di Gemas kitorang merap jugak dalam rumah. Yang buat lagi boring kat mersing ni, tv tak dapat ON lagi. Piring Njoi tak dapat pasang lagi. Bayangkan dari hari khamis tak tengok tv sampai ke harini dah hari selasa. Mau tak mental. Nak pasang hari ahad, tengok tengok hujan lebat. So tunda ke isnin. Orang yang nak tolong pasang, duty pula. So bertabah sangat ni.
Kalau kat gemas ni, boleh jugak ajak ddy dorang pusing pusing tengok dunia luar. Kalau kat Mersing ni macam tak berbaloi nak keluar saja saja. Buat habis minyak kereta la orang kata. Nak ke pekan tu dekat 30minit. Agak agak macam mana?? Haha.. Nangis je la kenang nasib diri.
Kalau kat gemas, boring pun keluar depan kem ada TF. Ada Mr.DIY. Cuci mata kat situ dah lega dah. Balik rasa hati pun happy. Ni kat mersing semua tertumpu kat pekan. Tu malas nak keluar. Lagi lagi kem ni tersorok ke dalam. Dengan keadaan gelap lagi.
Cakap kat ddy dorang, duduk Mersing ni lagi teruk rasanya. Dah boring, nak keluar tak berbaloi. Jauh. Minyak. Kos masa lagi. Semua kena ambil kira. Sudahnya kita rasa lemau. Ni nak buat kerja, mood pun takde. Nak mengemas, memang tak mengemas dah. Barang tak keluarkan semua. Sebab ada rezeki hujung tahun kami nak pindah blok lain. Blok pangkat Pegawai Waran @ Pt Kanan.
Blok sekarang ni kami menumpang dulu la kat blok KPL. Nak buat macam mana kan. Takde kekosongan. Nak PJJ payah jugak. Kalau ddy nya ke Mersing, kami anak beranak stay kat Gemas, kalau ada pape hal emergency macam mana? Nak balik ambik masa 4jam. Cukup la dah merasa puasa haritu kena tinggal sekejap macam mana.
Jangan tanya saya dah habis mengemas ke belum ehhh.. Sebab mood nak mengemas pun takde ni. 😅
Yang ada mood, nak golek golek je rasanya.
LAZADA Big Baby Fair Kembali Lagi Dan Menangi Baucer RM1,000!! | Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera. Hari ini saya nak war-warkan tentang satu berita baik mengenai LAZADA Big Baby Fair Kembali Lagi Dan Menangi Baucer RM1,000!! Pastinya ramai yang menyukainya kan? Terutama sekali golongan para ibu. Sebab apa?
Sebab, zaman sekarang ni, bila tibanya sale, mak-mak la paling happy sebab dapat membantu dalam membuat perbelanjaan untuk anak-anak. Dapat mengurangkan kos pembelian barangan anak-anak. Betul tak macam tu? Tentunya saya sendiri pun ambil peluang yang terbaik macam tu. Untung beli time sale ni tau. Dapatkan kurang sikit perbelanjaan tu. Nak-anak anak dah 2 orang ni kan.
Lazada Big Baby Fair ini menawarkan pelbagai jenis barangan untuk anak-anak tau. Jangan risau, barangan yang ditawarkan adalah seperti :
Drypers
Dutch Lady
Fisher-Price
Huggies
PediaSure
Sweet Heart Paris
PetPet
Enfagrow A +
Poney
Friso Gold
MamyPoko
Haaaaa.. ni baru sikit tau.. Ada banyak lagi tawaran jenama yang ditawarkan.. Jangan risaulah, sebab dengan adanya baby fair ni juga, mak-mak bukan sahaja membeli dengan harga yang berpatutan tau. Tapi untung nasib, boleh menang juga..
Haaa, sebelum terlupa! Jualan Big Baby Fair ini bermula dari 25 hingga 29 Julai 2018, dengan tawaran eksklusif dan diskaun sehingga 80% daripada pelbagai produk bayi! Suka tak? Jom la ambil peluang yang terbaik ni..
Bercerita mengenai MENANG ni, tentunya lagi membuatkan rasa teruja tu membuak-buak kan? Haaaa, meh nak cerita sikit, macam mana pulak nak menang hadiah best tu.. Nak menang ke tidak? Meh baca sampai habis ye.
Untuk memenangi hadiah menarik yang ditawarkan tu, mak-mak kena la join contest di Instagram. Haaa, mak-mak mestinya ada instagram kan? Mesti selalu muat turun gambar anak-anak yang comel kan? Apa kata kali ni ambil peluang dan cuba nasib. Mana nak tahu nasib menyebelahi dalam #LazadaBabySpy !
Cara Untuk Menyertai :
1) Help your baby get dressed up in Baby Spy theme.
2) Upload the picture on your profile (must be public profile).
3) Tell us what's the inspiration of the costume and how does your baby react to it?
4) Include the hashtag #LazadaBabySpy.
Contest ini akan bermula pada 26 Julai dan 3 pemenang bertuah akan diumumkan pada 28 Julai.
Info penuh layari : www.instagram.com/p/BlcvA4Ph06l/
TnC : http://lzd.co/BBFPhotoContest
Jangan lupa dan jangan lepaskan peluang untuk shopping di Lazada Big Baby Fair ini kerana Jualan Big Baby Fair juga menawarkan Voucher, Jualan Flash, Penghantaran Percuma, Tawaran Hot Di bawah RM49 dan Bundle.
Selamat bershopping!
Bisnes Yang Ingin Saya Mulakan. | Assalamualaikum, hai readers semua. Hari ni saya nak bercerita la sikit tentang 'Bisnes Yang Ingin Saya Mulakan.'
Menarik kan kalau dihayati tajuk tu. Lagi-lagi kalau ada minat yang mendalam dengan bisnes. Rasanya zaman sekarang ni, ramai yang menceburkan diri dalam bidang bisnes kan? Sekecil-kecil bisnes boleh berjaya sehingga mempunyai satu peluang bisnes yang besar.
Kalau nak tanya saya minat ke tidak dalam bidang perniagaan ni, tentunya minat sangat. Kalau diikutkan satu ketika dulu, saya bukanlah seorang yang meminati bidang 'bisnes'. Sebab apa? Sebab masa tu saya belum berfikir secara meluas. Kenapa mesti berbisnes? Sekiranya terlalu ramai berbisnes, saingan terlalu tinggi, dan siapa yang bakal menjadi pembeli? Itu fikiran sempit saya satu ketika dulu.
Tapi Kenapa sekarang saya minat? Sebab dapat duit ke? Bukan soalan kewangan semata-mata. Tapi saya rasa macam satu kepuasan bila dapat berbisnes ni. Kepuasan bila kita menjual, customer pulak puashati dengan apa yang diterima.
Baru saya tahu kenapa ramai yang berminat dengan bidang macam ni.
Macam sekarang ni pun saya memang ada buat bisnes kecil-kecilan. Join dropship. Seronok bila ada customer yang akan 'repeat order'.
Makin bertambah seronok dengan feedback yang macam tu. Lepas tu berikan feedback keberkesanan produk yang dibeli. Rasa macam sangat sangat membantu customer tersebut. Lagi-lagi memang produk tersebut sangat diperlukan.
Kelebihan lain, kita mungkin dapat menambah kenalan kan? Sebab mungkin akan ada yang menjadi 'regular customer'. Makin dikenali, mungkin regular customer tersebut akan kenalkan dengan rakannya yang lain kan?
Ehh, lari tajuk pula intro saya kan. Mengenai Bisnes Yang Ingin Saya Mulakan ni, saya teringin saya nak mulakan bisnes makanan. Kenapa saya boleh minat ke arah tu? Sebab pandai masak ke? Memang sedap sangat ke hasil masakan saya tu?? Saya sebenarnya teringin nak menawarkan perkhidmatan dalam produk yang saya hasilkan.
Saya menjadi minat bila mana suami juga berminat untuk berbisnes dalam bidang makanan juga. Sokongan yang tinggi membuatkan minat dalam bidang tu semakin bertambah. Selain tu, rasa macam dapat satu kepuasan jika kita dapat memberi khidmat masakan tu untuk mereka yang mungkin mencari cari hasil masakan kita.
Contoh niat yang sekarang kami berdua ingin jalankan seperti membuat masakan dari rumah, dan kami cod dari satu blok ke blok yang lain. Mungkin kami menyediakan masakan yang mudah dan simple contohnya untuk makan malam seperti mee goreng, keteow goreng dan sebagainya.
Bagaimanapun, dalam ingin menjalankan perniagaan begini, saya perlu juga melihat adakah dikawasan tersebut, perniagaan begini berpotensi untuk dijalankan dan boleh mendapat sambutan. Kiranya, adakah strategi pemasaran tinggi disitu. Segala penilaian perlu dibuat dan diambil kira.
Bila berminat untuk berniaga, kita sangat sangat perlu pandai memilih perniagaan yang bakal dijalankan. Adakah mendapat sambutan. Dari segi harga jualan juga memainkan perasan. Saingan juga penting.
Walaupun saingan ni bagus dalam perniagaan, mungkin ada sesetengah pihak tidak berminat dan menganggap sebagai satu cabaran.
Sebenarnya nak cerita ni. Baru-baru ni, saya ada terbaca tentang satu website ni. Nampak menarik. The Usahawan. Rasanya kalau nak menceburkan diri dalam bidang usahawan ni, elok la juga terjah. Apa kelebihan yang diceritakan dalam tu, kengkawan mesti baca tau.
Dan lagi satu, The Usahawan juga ada mengadakan satu contest. Hadiah yang ditawarkan juga menarik. Antaranya dapat Basic SEO. Bercerita tentang SEO ni, ramai yang nak mendalami tentangnya dengan lebih mendalam lagi. Bukan semua orang mempunyai ilmu yang tinggi mengenainya.
Tapi ianya adalah hadiah pertama sahaja yang ditawarkan.
Berminat untuk menjadi seorang usahawan?? Apa kata, sentiasa la terjah The Usahawan. Kerana pelbagai ilmu dikongsikan. Pentingnya ilmu bila kita nak menjalankan sesuatu perniagaan tu. Walaupun sesebuah perniagaan tu hanyalah perniagaan kecil-kecilan. Hanya ilmulah yang membantu kita untuk terus berjaya atau sebaliknya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons