Tuesday, 7 August 2018

Pasar Segar Bandar Mersing


Pasar Segar Bandar Mersing | Hari Rabu lepas ada keluar ke pekan. Rasanya keluar sebab nak beli barang sikit, then ddy dorang nak beli stok minyak. Untuk motor. Kitaorang keluar waktu petang, bila keluar waktu petang, sempat la jelajah sana sini. Kalau keluar waktu malam, pandangan pun terhad,kan. 

Masa pusing pusing tu, kitorang cari Pasar Segar. Sebab plannya hari sabtu pagi nak beli stok ikan udang kan. Tak kan hari hari nak makan lauk ayam kan? Siapa boleh hadap lauk macam tu kan. 

So, berpandukan kawan kawan bagitahu, pasar ni dekat dengan Station Bus, so kitorang musing musing la cari. Supaya hari sabtu tu tak buang masa kan. So mudah je rupanya. 

Hari sabtu kitorang terjah pasar. Tapi kita naik blur sebab jarang betul nak beli ikan kat pasar. Haha.. Kalau dulu dekat gemas, biasa beli kat TF je. Tak pun, bila balik Melaka, mil pergi pasar dia beli kan siap siap stok untuk kitorang sekali. So masa pergi pasar ni kitorang kena survey harga dulu la. Tak kan nak main terjah beli kan?



So haritu kitaorang beli 3 jenis barang basah je. Taknak beli banyak banyak. Taknak simpan stok sampai tak termakan. Untuk ikan ni, rasanya ikan sardin. Beli setengah kilo je. Dalam 10ekor. Harganya RM12


Untuk sotong ni pula, ambil setengah kilo juga. Size sedang sedang saja. Tak sure dalam berapa ekor. Rm7 sahaja. Boleh la kan? 


Udang pun ambil setengah kilo. Dapat la dalam RM15. Dalam 34ekor. Banyak juga daapt size besar. Tapi bukan la size besar giler tau. Hehehe..
Tapi size sedap dimakan la gitu. Puas la makan.


Erm.. Agak-agak murah ke mahal??
Maklum la, tak biasa beli dari pasar,kan. Haha
Tapi yang penting ianya memang Fresh. Maklumlah, jeti sebelah je kan dengan pasar. Selain dari beli ikan, ada juga beli sayur sikit. Alang alang tengok sayur elok cantik, geram pulak tak beli. Maklumlah, sayur kat pasaraya semua dah lembik lecur kan. 

Next kita borong apa pulak ekkk? 
Macam nak makan ketam laa.. 

15 comments:

  1. beli fresh lagi best kan.rasa seronok juga nak masak nanti

    ReplyDelete
  2. Agak murah jugak la setengah kilo sotong tu baru RM7...sini sekilo je dah nak dekat RM20-22..fuhhh..ikan, udang semua mahal kalau kat KL..hmmm

    ReplyDelete
  3. Ehhh boleh thn la murah dia.. Sbb kat sini udang sekor pon dh singgit dah... Sllu pasar lg murah dr beli kt pasaraya.. Sbb pasar segar ni sllunya fresh bru angkat...

    ReplyDelete
  4. Kalau beli kat pasar memang fresh, makan pun sedap dari pasaraya sebenarnya

    ReplyDelete
  5. Kalau ikan akak pun tak beli banyak sebab bukan boleh simpan lama..kan??Biasanya akak beli ikan 2-3 ekor je..heheh

    ReplyDelete
  6. Ok sangat rasanya harga tu... Rose pun jarang ke pasar, sebab kalau beli pun tak beli banyak-banyak..

    ReplyDelete
  7. The price quite cheap tho ! Makan ikan segar best .

    ReplyDelete
  8. Kat pasar memang banyak makanan laut fresh fresh..selalu memang banyak beli ikan la..udang dan sotong kadang kadang je

    ReplyDelete
  9. murah jugakla tu..34 ekorudang macm tu..pergh memng nampak fresh..masak ni pun sodap

    ReplyDelete
  10. wah.. udang n sotong pun ada
    . buat gulai apa tu nanti mimi? kat umah kami dah lama tak masak lauk udang atau sotong

    ReplyDelete
  11. Wah dah selesa dengan tempat baru? Thanks for showing us more about daily life in mersing.

    ReplyDelete
  12. ikut harga dengan qualiti ikan sotong udang tu murah mimie...dkt TF susah nak cari ikan ngupe tu :D

    ReplyDelete
  13. Sy beli kt jeti mersing..murah2..trus dr nelayan..ketam pn sekilo rm12-16..rm30 pn ada..besar pinggan..mcm2 lh bli..tp kna cpt..lmbt licin..org serbu

    ReplyDelete

Sponsor

Comments