Beba Ifa 2nd Giveaway Raya! | Assalamualaikum.. Mood raya korang dah habis belum? Ke hari hari masih jumpa lemang ketupat? Jelesnyaaa. Ehh tak jeles. Nanti boleh mokks. Hihihi.. Gurau je. Nama pun raya kan. Setahun sekali nak merasa juadah macam tu. Ye dok?
Cerita raya mama zara belum muncul lagi kat blog ni kan? Tunggu nanti entri throwback je la ehh.. Mood belum sampai. Sebab malas nak mengarang. Dasar mak mak bizi sangat je bunyi nya kan.
Ok.. Bukan nak cerita bab raya lemang ketupat sebenarnya. Nak cerita pasal giveaway ni.. Haaaa, dah balik raya tu, mesti duit raya pun dah leburrrr banyak kan? Apa kata kita join giveaway ni. Untung untung rezeki tersangkut, betul tak? Hadiah pun uuummhh best ni.
Kalau nak join, jangan lupa klik pada banner di bawah ye.
Follower Blog : 296

12 syawal.
'Esok Potluck Nak Bawak Kuih Raya Apa Eh'? | Agak agak kalau suami keluarkan ayat macam tu, cuak ke tidak? Nak bawak esok, bagitahu tu dah maghrib. Mesti stress je kan. Nak nak kat rumah bukan ada kuih raya sangat pun. Kalau sekadar kunyah kunyah celah gigi ada la..
Ingatkan budak budak je suka buat mak menggelabah bila bagitahu last minute. Ni suami pun boleh buat bini cuak + geram je.
Ddy dorang bagitahu ada potluck. Dah la umah kitorang kuih raya bukan berbekas bekas. Ada pun sekadar ada untuk time emergency gitu.. Mujur la otak berfungsi dengan baik. Terus pikir buat kek je la..
Kalau la otak pun jem, bawak je la diri tu sendiri. Kuih raya yillek. Kecuali keluar ke TF pergi cari biskut raya segera tu. Mujur laaa sangat, sebelum balik kampung tu ada beli tepung kek semua. Bahan ada. Telur pun ada dalam peti. Tawakal betul guna telur yang dah sejuk. Mujur laaa kek nya mau jadi.
Malam tadi pukul 10 juga la ke dapur membaking nya. Keletang keletung kat dapur kek siap masak dalam pukul 11 lebih juga la.
Lega juga menjadi keknya walaupun sebagai pengganti biskut raya. Harap harap sedap la yang masuk ke tekak yang makan tu. Hehe
Psstt : kalau sedap, nak order mai la bagitahu je. Mama zara bagi harga murah jeee.. Hehehe

Kekal Dilindungi Ketika Berkongsi
Kemeriahan Hari Raya
Kekal Dilindungi Ketika Berkongsi Kemeriahan Hari Raya | Kalau nak bercerita tentang Produk Dettol ni, sememangnya pilihan saya untuk keluarga. Dari zaman bujang sampai ke kehidupan dah berkeluarga ni, Dettol tetap menjadi pilihan hati. Taktahu la kenapa terlalu yakin dengan produk Dettol ni. Mungkin sebab Dettol merupakan 1 produk yang telah diyakini sejak dahulu lagi kan. Tanpa was-was.
Teringat kisah 4tahun yang lepas. Semasa mengandungkan zara. Suka sangat bau Dettol. Rasa bau yang boleh menenangkan. Bila mandi, suka sangat tenyeh sabun banyak kali supaya bau keharuman dettol tu ada je dibadan. Rasa sentiasa segar. Bila mabuk alahan datang je, mesti nak cari bau dettol. Rasa segar balik badan. Kini, dettol sebagai pelindung keluarga kecil saya..
Bercerita mengenai Dettol sebagai pelindung keluarga, seminggu sebelum raya, zhareef suspect Chicken Pox. Siapa la yang tak risau kan. Dalam keadaan persiapan nak sambut raya, tiba tiba anak pula tak sihat.
Mujur sangat ada mandian Dettol ni tau. Saya gunakan setiap kali zhareef mandi. Alhamdulillah, zhareef pun macam selesa je bila mandi dipakaikan dengan mandian Dettol tu. Nak nak sejuk berangin je kan.
Dan hasilnya, cepat juga la virus chicken pox tu hilang. Dalam tempoh 5hari dah nampak okay. So, raya saya terasa sempurna. Anak pun kembali aktif.

Jom kita baca kisah penuh tentang Kekal Dilindungi Ketika Berkongsi Kemeriahan Hari Raya daripada Dettol ni.
Hari Raya adalah musim perayaan yang amat dinanti-nantikan bagi bertemu sanak saudara serta orang tersayang selepas sebulan berpuasa di bulan Ramadan. Ketika seluruh rakyat Malaysia bersalam-salaman dan menikmati juadah sambil bertanya khabar, Dettol Malaysia ingin membantu dan melindungi mereka untuk menikmati suasana ini.
Umpama seorang ibu yang mahu memberikan perlindungan sepenuhnya kepada anak-anak mereka, jenama ini komited untuk menjaga kebersihan keluarga sepanjang musim perayaan agar mereka boleh berkongsi kasih sayang tanpa sebarang kerisauan.
Ketika kebanyakan warga Malaysia menggunakan lebuh raya utama untuk pulang beraya, Dettol akan menjalankan kempen kesedaran kebersihan tangan di 20 buah kawasan Rehat & Rawat (R&R) di seluruh Semenanjung Malaysia.
Apabila pengguna berhenti di kawasan R&R ini untuk ke bilik air, mereka akan dibimbing untuk membersihkan tangan secara berkesan dengan tujuh langkah mudah. Cecair Pencuci Tangan Dettol juga akan disediakan di singki supaya pengguna boleh mempraktikkan cara yang betul untuk mencuci tangan mereka.
Wakil-wakil Dettol juga akan berada di kawasan R&R pada tarikh tertentu untuk memberi sampel produk dan mendidik pengguna tentang kepentingan amalan kebersihan yang baik di rumah. Sampel yang ringan dan dibungkus secara mudah ini boleh dibawa oleh pengguna di dalam bagasi mereka. Pengguna juga boleh memanfaatkan sampel ini sewaktu berada di kampung untuk melindungi mereka dan keluarga daripada kuman.
“Hari Raya adalah hari untuk bertemu dan berkumpul dengan sanak saudara dan sahabat handai. Itulah sebabnya penting untuk Dettol melindungi rakyat Malaysia daripada kuman supaya mereka boleh menikmati sepenuhnya pertemuan mereka,” kata Kim Minyoung, Pengarah Pemasaran Dettol Malaysia dan Singapura.
Menurut Kim, bagi memenuhi hasrat ini, Dettol melancarkan kempen ini untuk mengingatkan warga Malaysia supaya menjaga kebersihan dan kesihatan mereka walaupun sewaktu menikmati kemeriahan perayaan.
“Sebagai jenama perlindungan kuman No.1 di negara ini*, Dettol sentiasa mendidik warga Malaysia tentang amalan kebersihan tangan bagi melawan kuman yang wujud dalam persekitaran kita setiap hari. Kami turut bekerjasama dengan para ibu untuk menyokong mereka dalam menyediakan perlindungan yang sepenuhnya kepada keluarga di mana sahaja mereka berada,” tambah beliau.
Ena Abas, Pengurus Jenama Dettol Malaysia dan Singapura, berkongsi pengalaman peribadi beliau dan menekankan bahawa mengekalkan tangan yang bersih membantu menjauhi kuman.
“Pulang ke kampung untuk beraya perlu melalui perjalanan yang jauh dan orang ramai selalunya akan berhenti sebentar di kawasan R&R. Saya tahu bahawa sesebuah keluarga mungkin perlu melalui perjalanan sejauh 6 hingga 12 jam menaiki kereta jika hendak ke kampung mereka di Pantai Timur dari Kuala Lumpur. Meluangkan masa beberapa minit untuk membasuh tangan dapat melindungi pengguna serta keluarga daripada kuman. Dettol berharap untuk membawa mesej ini kepada seberapa ramai warga Malaysia dalam usaha kami untuk menggalakkan mereka mengamalkan tabiat kebersihan yang baik bagi menikmati Hari Raya dan berkongsi saat kegembiraan tanpa sebarang kerisauan.”
“Bagi yang meraikan Hari Raya dan mungkin akan berhenti di kawasan R&R dalam perjalanan pulang ke kampung masing-masing, kempen ini akan mendidik mereka tentang langkah penting dalam kebersihan seperti membasuh dan mengekalkan kebersihan tangan ke mana sahaja mereka pergi. Dalam erti kata lain, lebih ramai warga Malaysia yang mendapat perlindungan daripada kuman,” jelas Ena.
“Kami berharap orang ramai sentiasa berada di dalam keadaan sihat dan dilindungi sepanjang musim perayaan ini supaya Hari Raya boleh disambut dengan meriah bersama keluarga dan sahabat handai. Dettol Malaysia mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua rakyat Malaysia yang menyambutnya dan selamat pulang ke kampung masing-masing!” kata Kim.
Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, Dettol Malaysia akan turut memberi sumbangan kepada para pengguna serta mereka yang memerlukan. Slogan kempen adalah “Kekal Dilindungi, Kebaikan Dikongsi”, dan para pembeli boleh melakukan kedua-duanya dengan hanya membeli produk Dettol bernilai RM25 dalam satu resit. Bukan sahaja setiap pembelian menerima baucar ganjaran bernilai RM5, malah sebahagian daripada jualan akan disumbangkan kepada pertubuhan kebajikan terpilih.
Promosi ini berlangsung mulai 1 Mei 2018 hingga 30 Jun 2018. ‘Suka’ dan layarilah Facebook Dettol Malaysia di www.facebook.com/DettolMalaysia untuk butiran lanjut.
Nasi Tak Masak Lagi!! Assalamualaikum.. Selamat pagi. Diam tak diam dah masuk 26 Ramadan dah kan. Sekejap je ramadan bakal berlalu.. Syawal bakal menjelma pula..
Ni bukan nak cerita pasal Syawal. Tapi nak cerita pasal kisah sahur pagi tadi. Nasi Tak Masak Lagi!! Haaaa, cuak ke tidak?? Cuak tau tak. Kang satgi suami bangun tanya nasi mana nak jawab apa?? Sia sia je pagi pagi kena makan amarah orang kan..
Haaa, kisahnya malam tadi kitaorang berbuka makan kuih je dulu. Sebab tekak teringin nak makan keteow kungfu. So pikir balik masak nasi lewat la sikit kan. So kalau makan sahur, nasi tu nampak cantik elok la macam baru masak. Ntah macam mana sambil baring baring tu dok cakap, 'jap lagi la masak. Boleh biar panas je sampai ke pagi'..
Pastu terlelap. Terjaga dalam pukul 1. Dok ingat nasi tak masak lagi. Pastu terlelap balik. Pukul 2 lebih pun terjaga.. Dok la ingat nasi. Sampai la ke pukul 4, terus gelabah! Nasi Tak Masak Lagi!!
Dengan kepakaran ala superwomen, basuh beras cepat2, bubuh air panas, dalam 15minit settle dah masak dalam rice cooker. Ala bukan masak banyak pun. Dalam 2 pot je. Mujur la terjaga awal. Kalau terjaga pukul 5?? Tak boleh bayangkan..
Mujur la sangat Allah tu ingatkan balik tentang kelupaan tu.. Kalau tidak? Pagi pagi hilang mood dah.
"COMEBACK GIVEAWAY by BYZURA HALIFAH " | Assalamualaikum.. Harini nak luangkan masa sikit jenguk blog, jadi ambik kesempatan join Giveaway ni. Mana la tahu ada rezeki ke yang memihak kan?
Perlu tag 3 orang kawan ya..
- tengkubutang
- ciknor
- kak mimi azirah
So kengkawan yang lain, jom kita join. Support kawan yang anjurkan giveaway ni.
Perpisahan Sementara | Adat dalam kehidupan.. Bila kita dah rasa selesa, mesti akan ada sesuatu yang terjadi kan? Allah tak akan uji kalau kita tak mampu.
Bila suami seorang tentera, perkara biasa bila dengar perkataan 'posting'.. Kita tak kan selesa dekat satu-satu tempat. Kadang kadang posting ni boleh terjadi disebabkan kita dah terlalu lama dalam satu satu unit tu, atau, disebabkan kenaikan pangkat. Kekosongan tiada didalam unit yang tersedia kita sedang bertugas. Ataupun kita sendiri inginkan pertukaran atas masalah hal peribadi yang tak dapat dielakkan. Atau mungkin ada salahlaku tatatertib kerja. Itu antara serba sedikit yang saya tahu la.
Macam kawan baik saya ni, suaminya kenaikan pangkat. Kebetulan unit yang tersedia bekerja digemas ni penjawatan itu penuh. Jadi diarahkan untuk berpindah keluar bertugas di Johor Bahru. Lebih kurang 6tahun juga la dia berada di Gemas.
Dialah kawan saya yang pertama di Gemas ni.
Kawan pertama yang bertegur sapa.
Kawan yang sebenarnya kami pernah berada dalam 1 sekolah rendah yang sama ketika di kluang, johor. Ikut dari apa yang dia cerita, tentang nama sekolah tersebut.
Sekolah Kampong Melayu Kluang, Johor.
Kawan yang mana suami kami berpindah dari unit 11Amor ke Arteleri.
Kawan baik bila pergi BAKAT.
Tiap tahun tak pernah terlepas untuk beraya dirumah dia. Tapi tahun ni takde rezeki, sebab dia dah jauh.
Apa-apa pun, inilah pengorbanan dalam persahabatan yang mesti ditempuh,kan?
Selamat berada di tempat baru buat sahabat baik, Sue..
Segala kenangan ketika berada di Gemas, adalah kenangan terindah.
06062018
Buih Mandian DASHING 2 in 1, Muka & Badan Sebagai Pelengkap Mandian Si Jejaka |
Zaman Sekarang kaum lelaki juga perlu menjaga penampilan diri kan. Lagi-lagi bagi mereka yang bekerja. Penjagaan diri sememangnya penting sebab ia melambangkan identiti seseorang tu. Untuk hari ini, saya nak berkongsi la sedikit tentang info terbaru produk terbaru Dashing.
Haaaa, jangan ingat budak budak je ada mandian 2in1 ni tau. Ala-ala head to toe gitu. Untuk produk Dashing ni, dikeluarkan produk Face & Body Wash. Haaa, tak ke senang macam tu. Sambil mandi tu boleh cuci muka sekali. Senang kan?
Tak perlu nak pening kepala nak beli produk mandian yang mana, untuk muka yang mana. Sebab dah disediakan dalam 1 pakej yang sangat memudahkan.
Jom baca sedikit info mengenai produk ni.

Dalam kehidupan dunia yang semakin mencabar jejaka sentiasa berikhtiar untuk memudahkan urusan agar dapat menikmat kehidupan sepenuh termasuk dalam rutin penjagaan harian. Dengan pelbagai produk mandian di pasaran, pilihan semakin sukar. Jangan risau! Mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan terbaru untuk si jejaka dengan formulasi yang direka khas untuk membersihkan muka dan badan sekali gus!
Amalan rutin kebersihan harian dapat mengekalkan kebersihan dan meningkatkan keyakinan diri. Produk mandian yang unggul dapat menghasilkan kulit yang bersih dan licin dengan membuka liang pori dan menyingkirkan toksin. Buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan memberikan kebersihan menyeluruh ini serta kesegaran berpanjangan untuk muka dan badan tanpa iritasi.
Kaum lelaki moden zaman sekarang mengambil berat tentang penjagaan diri. Membersihkan muka dan badan sebelum menghadapi hari yang mencabar dapat memberikan kesegaran serta menghalang pengeluaran minyak muka yang berlebihan. Manakala membersihkan wajah dan badan pada waktu malam pula akan menyingkirkan semua kotoran yang melekat pada kulit akibat daripada pencemaran, kelembapan dan habuk.
Oleh itu, untuk menjadikan proses pembersihan muka dan badan lebih mudah dan berkesan, DASHING melancarkan produk paling sesuai iaitu, buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan. Pembersih wajah dan badan ini tersedia (hadir) dalam pek pam bersaiz 700-gram. Dirumus khas untuk wajah dan badan lelaki (si jejaka) agar kekal hidrat dan juga mencerahkan kulit. Selain itu, mandian khas ini padat dengan ramuan untuk menyingkirkan kotoran di kulit dan memberikan pembersihan muka yang mendalam dari muka hingga ke tapak kaki agar anda kelihatan bersih dan segar sepanjang hari.

DASHING 2 in 1 Muka & Badan terdapat dalam 4 variasi; Cool, Active, Hattrick dan Ultimate Kick. Diformulasi dengan pewangi DASHING eau de toilette (EDT), ia memberikan kesegaran serta haruman maskulin kekal lama untuk lelaki.
COOL- Khas untuk jejaka kontemporari yang berpesonaliti relak, gemar meluangkan masa dengan rakan-rakan serta menghadapi kehidupan dengan tenang. Haruman penuh maskulin ini melambangkan identiti dan daya tarikan maskulin lelaki. Haruman maskulin ini dilengkapi dengan gabungan wangian Bergamot dan Galbanum dengan campuran Powdery Amber dan Musk sebagai nota asas. Haruman ini direka untuk menyerlahkan personaliti lelaki yang cool dan maskulin.
ACTIVE- Pelengkap si jejaka yang bergaya lasak dan menikmati kehidupan aktif.
Haruman ini adalah gabungan nuansa Fougére dengan Citrus, Lavender, Muguet Heart dan Amber. Wangian ini dicipta untuk memastikan setiap lelaki tampil yakin dan berdaya aktif dengan aroma maskulin yang luar biasa.
ULTIMATE KICK- Wangian sebenar seorang juara. Ultimate Kick menyerlahkan ciri-ciri lelaki sofistikated dalam setiap aspek kehidupan modennya. Ultimate Kick mempunyai haruman yang menggabungkan ramuan Lemon, dipertingkatkan dengan kesegaran Cardamom serta disulami nota asas aroma Vanilla dan Musk.
HATTRICK- Simbol kemenangan unggul buat setiap lelaki DASHING, aroma misteri Hattrick membara semangat dan keghairahan untuk mencapai impian. Hattrick merupakan gabungan unik kesegaran Epal dan Citrus, berserta dengan haruman Amber.
Variasi Cool dand Hattrick buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan mempunyai formula dwi-aksi dengan tiga kali ganda agen pemutihan yang lembut dan berkesan untuk membersihkan wajah serta memberikan anda tona kulit rata untuk tampil lebih cerah. Pada tubuh pula, formulasi penghidratan yang mengandungi mineral mikro membantu mempertingkatkan kadar lembapan kulit serta menguatkan sistem pertahanan kulit, agar lebih sihat dan segar.
Untuk variasi Active dan Ultimate Kick pula, kotoran dan minyak berlebihan pada wajah dapat dihapuskan agar kelihatan bersih dan tidak berkilat. Dengan ciri-ciri detox dan pembersihan yang mendalam, ia membantu kulit untuk mengatasi sebarang habuk dan kotoran harian, serta memberikan anda pengalaman mandian yang hebat dan menyegarkan.
Buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan boleh didapati pada harga RM17.90 untuk pek bersaiz 700 ml. Buih mandian ini mempunyai harga yang sangat berpatutan dan berbaloi kerana memberikan anda manfaat 2 dalam 1 pada kulit dan tubuh badan.
"Giveaway DouDou.my X #CeritaMak" | Assalamualaikum.. Selamat pagi. Harini mama ZaraZhareef nak join giveaway la.. Mana la tahu tiba tiba sangkut rezeki kan.
Ceritanya kalau menang voucher RM50 dari DouDou.my apa yang kita nak.
Tentunya nak belikan set peplum kurung ni untuk anak dara. Yela, raya kan dah dekat. Tentunya kita nak dapatkan koleksi raya untuk anak kan?
(DR001C) Raya dress - Flower
RM45
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons