Assalamualaikum..
Selamat Pagi semua..
Pagi
ni saya just nak share antara barang keperluan baby yang baru lahir. Senang kata
baby first macam saya ni la.. senang bila buat list kan.. Nanti akan datang
senang nak rujuk. Ni pun list yang orang bagi pada saya, yang saya rujuk dari
mana-mana blog (minta halal ye) dan juga PaMa.
If
ada yang saya tertinggal ke, inform la ye kut-kut benda tu penting tapi saya
tak perasan. Maklumlah, first baby kan. Macam baju memang saya tak beli banyak
pun. Setakat ni ada 7pasang je. Tunggu nak scan kat ipoh minggu ni hope dapat
la nampak jantina baby. Adakah sama dengan yang HTD bagitahu ke tidak.
Pastu
kalau dah sure, baru tambah. Bukan tak nak beli yang unisex. Kang keluar
perempuan, banyak pula pakai baju tshirt je.. hehehe.. nampak tak cun pula kan..
:P
Kang
asik beli kaler biru, hijau, putih, tup tup girl, takde pula baju pink-pink
kan.. haha.. (pada hakikat mama awak kureng ngan kaler pink2 nak oii)
Macam
mandian, bedak tu saya ambik pek travel je. Sebab kecik comel je kan. Senang nak
bawa sana sini. Lagipun kita tak tahu baby nanti alah ke tak dengan benda tu. So
nak selamat, saya ambik pek travel dulu. Kalau habis kita beli hat lain pula
kan.. J
Ok
la.. setakat ni je la dulu ye.. nanti saya share yang lain pula ye.. ^_*
Maaf kalau ada terkurang ye. list yang korang boleh rujuk dari segi perkara la.. macam bilangan tu sebab saya nak tahu berapa kuantiti yang saya ada.. tu je.. ^_*
Yang mana kosong tu, maknanya memang saya tak beli lagi la..
Yang mana kosong tu, maknanya memang saya tak beli lagi la..
Assalamualaikum.. Selamat Pagi..
alhamdulillah.. 3minggu lagi dari sekarang.. semoga dipermudahkan segala urusan untuk berjumpa dengan Permata Hati ini..
amin..
assalamualaikum..
ni cerita sebulan lepas juga. malas betul kan nak update awal-awal. yang ni tak update awal pun sebab barang ni sampai kat ipoh. raya haritu minta adik bawakan masa balik kampung.
tetiba bulan puasa haritu terlebih rajin. hihi..
isi form mana-mana yang boleh tuk dapatkan sample free.. hehehe.. dah nama pun free kan.. siapa yang tak nak. betul tak?
dapat 2 pek pampers baby. 1 pek tu ada 4. boleh la kan buat tambah-tambah. sambil tu kita gunakan nanti kita tahu ketahanannya macam mana. pihak dorang pun minta bagi feedback balik. tunggu baby i keluar dulu ye.. baru dapat bagi feedback.. hihi
pastu bila kita sign up, dapat beg comel ni tau..
comel je beg ladybird ni. kecik je begnya. jadilah kan..
kalau ada mummy-mummy yang nak sample ni, sila la terjah sini >> http://www.drypers.com.my << ye..
^_^
assalamualaikum..
ni cerita dah basi sebenarnya.. dah bape bulan berlalu pun.. T_____T
rasanya cerita bulan 4 ke bulan 5 ntah. lupa dah.. masa ni kak farah a.k.a +mrs. secretary pos hadiah ni. saya bagi alamat di ipoh. sebabnya baru pindah gemas. jadi tak tahu macam mana keadaan kat sini.
so bila pos kat ipoh, bulan 6 dah penghujung baru balik sana. pastu ambik bawa ke gemas ni. pastu penyakit malas dah datang, langsung tak update pun kat blog. tapi ada inform kat kak farah kan kak.. nak whatapps takde nombor fon la pula.. hehe
actually saya suka je masuk blog kak farah ni. best. ngan kisah dia berjalan sana sini tu yang syok nak baca tu. rugi tau kalau tak kenal dengan kak farah ni. dia peramah orangnya.. :)
so kalau nak kenal ngan kak farah, terjahlah blog beliau ye.. ^_^
Assalamualaikum..
Ni
cerita hari sabtu (23.08.2014) ye. Hari sabtu tu ada program BAKAT tuk wife
army (Armor). Ikut hati malas nak join. Malas join tu cakap mulut je. Sebab
tengah badmood masa en.suami bagitahu. Tapi dalam hati biasa je. Sebab tahu
boleh pakat ngan wife kawan en.suami, so xde la sunyikan..
En.suami
kata wajib pergi. Sebab dia last dalam unit tu. Isnin ni dah lapor dalam unit
baru. Tapi masih dalam kem gemas ni. Jadi pegawai dia minta wife hadir sama
sebab last join bakat dalam group armor tu. So hati rela kan je la pergi. Ntah
napa hati ni okey je pula.
Masa
majlis mula-mula dorang adakan perbincangan tentang etika dalam bakat. Dari
segi pemakaian dan sebagainya. Tapi dek kerana saya duk belakang, pastu dalam
dewan masing-masing pun dok bersembang, jadinya saya pun bersembanglah.
Hehehe.. duk dengar sikit-sikit je. Nak tumpu tak boleh sebab bising.
Nak
tengok slide kat depan, tak berapa clear. Cermin mata pula tak bawa, tu yang
layan sembang tu. Tapi kalau masing-masing kusyuk, rasanya dewan senyap, dapat
juga tumpu. Tetiba rasa rugi la pula.. tetiba nak menyesalkan.. ntah pape je..
T_____T
Selesai
perbincangan tentang tu, dorang adakan majlis penghargaan kut. Tak tahu nak
kata majlis apa yang sesuai. Dorang serahkan plaka pada wife-wife army yang
mana suami nak bersara, pastu posting unit. Actually saya tak tahu pun akan
terlibat sama. Sebab en.suami tak bagitahu pun. Maybe dia takut kalau bagitahu
nanti saya nervous ke tak nak pergi pula.
Alaaaaaa,
relax la.. bab-bab naik stage ni I like je okeh.. hehehe.. masa sekolah dulu
jadi MC laa.. ok, back to the topic, masa dorang nak serahkan plakat tu dorang
ikut skuad.. ehhh, betul ke ejaan??? Hentam la.. masa tu dengar tak dengar.
Tumpu tak tumpu. Pastu tetiba turn dorang nak bagi pada 35wksyp. Terus tumpu
jap. Sambil tu kawan en.suami cakap, dia tak suka nak naik-naik stage. Sembang
kitaorng spontan je.
Tak
terpikir pun kitorng memang kena naik nanti. Haha. Saya pula cakap kat dia
sambil gurau, ntah-ntah nama kita pun ada tak. Haha!.. klakar je rasa. Sekali
dia sebut nama, then diikuti nama suami. SAH! Nama kena panggil. Baru je lepas
gurau-gurau. Tapi sebab tak jangka kan, jadi takde la nervous sampai tak
terlangkah ke apa. Hehehe
Yang
serahkan plakat tu wife CO, wife OC dan sapa eh sorang lagi.. adeh.. tak
perasan la pula.. maaf ye.. sebab saya masih baru. Jadi tak kenal sangat orang
kat dalam bakat tu. Kenal tak habis, dah kena tukar join bakat dalam unit baru
en.suami nanti.
Kebanyakkan
yang terima plakat ni kalau tengok muka akak-akak senior je. Maklumlah, suami
pun dah bersara kan. Tup-tup kena kat kitorang, ada yang pelik. Sebenarnya
suami saya tukar unit lain. Tak sangka diberi juga. Rezeki baby.. ^_^
Masa
naik stage sempat lagi wife CO tegur, pregnant ke.. haha.. bila cakap ha’ah,
terkejut dia. Bila dia kata dah bape bulan lagi dia terkejut sebab saya kata
tunggu hari..hehehe.. yela dah 36week 4day kan. Hehe.. rezeki baby la daddy
awak dapat tukar unit baru.. hehe.. wife OC pula terkejut sebab nama saya kena
panggil. Yela, tetiba je kan. Bila saya kata sebab suami tukar unit, terkejut
dia..
Tak
sempat nak kenal rapat dengan wife OC tu pun. Sebabnya sekali dua je jumpa. Tu
pun masa baru-baru pindah haritu. Pastu saya pula tak cam orang sangat. Hehe..
Pastu saya pula dah tak join dah group bakat tu sebab suami bertukar unit.
Selesai
majlis tu semua, dorang ada la jamu makan sikit. Siap ada kuih raya juga. Pastu
pasang pula lagu raya. Ewaaaaaahh, feeling raya lagi ko.. hehe.. Rupanya gitu
la majlis bakat kalau time raya. Petang ada jamuan raya. Tapi tak dapat nak
pergi. So tak tahu la macam mana suasananya.
Kita
dapat attend yang ni pun ok la kan. Majlis selesai ngam-ngam kul 12tenghari..
^_^
Nanti
kita tengok bakat di unit baru en.suami tu macam mana pula kan.. best ke idok..
huhu
BAKAT : PROGRAM yang diadakan buat para isteri tentera. Hanya isteri-isteri sahaja yang terlibat. Program ni termasuklah sesuatu perbincangan ke, aktiviti permainan ke, pertandingan ke, apa-apa je la yang boleh dilakukan. BAKAT ni juga penting bukan setakat untuk para isteri. Yang saya tahu, ia juga penting untuk menyokong suami kita dari belakang. Contohnya dalam kenaikan pangkat dan sebagainya.
Penglibatan para Isteri dalam BAKAT ni diambil kira. Setiap majlis yang diadakan akan dicatit setiap kali kehadiran sebagai rujukan. Tapi saya tak pasti pula BAKAT ni singkatan pada apa. hehe
BAKAT : PROGRAM yang diadakan buat para isteri tentera. Hanya isteri-isteri sahaja yang terlibat. Program ni termasuklah sesuatu perbincangan ke, aktiviti permainan ke, pertandingan ke, apa-apa je la yang boleh dilakukan. BAKAT ni juga penting bukan setakat untuk para isteri. Yang saya tahu, ia juga penting untuk menyokong suami kita dari belakang. Contohnya dalam kenaikan pangkat dan sebagainya.
Penglibatan para Isteri dalam BAKAT ni diambil kira. Setiap majlis yang diadakan akan dicatit setiap kali kehadiran sebagai rujukan. Tapi saya tak pasti pula BAKAT ni singkatan pada apa. hehe
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons