Sponsor

Showing posts with label Facebook. Show all posts
Showing posts with label Facebook. Show all posts

Monday, 29 April 2013

Perkongsian : Petua Untuk Mendapat Anak Soleh atau Solehah

12:59 pm 15 Comments

sumber : facebook

1. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Seseorang wanita itu dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana kedudukannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, maka engkau akan beruntung. (Hadis Riwayat al-Bukhari)

2. Hendaklah membaca doa sebelum melakukan hubungan seks agar terhindar daripada gangguan syaitan. Rasulullah s.a.w. telah mengajar kita seperti dalam satu hadis Baginda bersabda: “Sekiranya seseorang di antara kamu ketika hendak mendatangi isterinya, maka hendaklah membaca: “Bismillah, Allahumma jannibnas Syaitana wajannibis syaitana ma razaktana. Maksudnya: Dengan nama Allah. Ya Allah, jauhkanlah syaitan daripada kami dan jauhkanlah syaitan daripada apa yang Engkau rezekikan kepada kami. Jika Allah takdirkan (dengan hubungan tersebut lahir) seorang anak, maka syaitan tidak boleh memudaratkannya.” (Riwayat al-Bukhari)

3. Hendaklah mengambil berat bayi yang berada dalam kandungan ibunya. Perhatian itu sama ada kesihatan bayi yang dikandungnya, mahupun sifat-sifat yang akan diturunkan daripada ibu kepada anaknya.

4. Seorang ibu hendaklah sedar terhadap apa yang dikerjakan sehariannya agar tidak melakukan perkara buruk yang akan mempengaruhi bayinya nanti.

5. Hendaklah menerima dengan senang hati bayi yang dilahirkannya sama ada perempuan atau lelaki. Kerana ada di kalangan pasangan yang tidak suka jika lahir anak perempuan. Sikap ini adalah sifat jahiliah yang perlu dijauhi. Orang Quraisy pada zaman jahiliah apabila lahirnya anak perempuan, maka mereka membunuhnya. Begitu juga kadang-kadang Allah s.w.t. menguji ibu dan ayah dengan anak yang kurang sempurna seperti buta, bisu, pekak. Sekiranya ibu bapa itu menerima dengan berlapang dada, maka ia tetap berasa senang. 

6. Memberi nama anak yang baik. Sesungguhnya anak berhak untuk diberi nama yang baik dan manis didengar. Nama itulah yang akan mewakili dirinya untuk kehidupannya kelak. Oleh itu, janganlah tersalah memberi nama. Janganlah diberi nama yang ada unsur atau menyamai dengan agama lain atau ahli maksiat dan orang yang terkenal kejahatannya. Berilah nama yang dianjurkan seperti nama yang menunjukkan perhambaan kepada Allah, nama Nabi dan orang yang soleh.

7. Memberikan anak itu rasa aman dan tenteram daripada hal yang menakutkan dan perkara yang boleh merosakkan akidahnya. Jangan suka menakutkan dengan mengatakan kepadanya ada hantu kerana ia boleh merosakkan mental dan agamanya.

8. Memberi pendidikan agama yang cukup.

9. Menjaga kesucian anak itu dengan menikahkannya sekiranya rasa perlu dan mampu untuknya.





Silakan SHARE jika ianya bermanfaat buat anda J

Friday, 5 April 2013

Al Kisah Ciuman Pagi. .

10:40 am 25 Comments

Sejak kecil saya sering melihat, ayah sebelum keluar dari rumah untuk kerja, ayah akan mencium dahi ibu sambil membisik ‘I love you’ di telinga ibu.

Ibu pula akan senyum keriangan sepanjang hari, melakukan kerja-kerja rumah menanti kepulangan ayah dari kerja.

Bila tiba waktu zohor, selepas solat, ibu akan menghantar satu sms untuk ayah bertanyakan sudah ayah makan tengahari.

Bila lepas azar, ibu akan mula ke dapur menyiapkan makanan untuk makan malam bersama ayah.

Ibu tidak bertanya apakah ayah malam ini akan pulang makan. Ibu selalu masak dan lepas itu barulah ibu menghantar sms ke ayah bertanya apakah ayah akan pulang untuk makan.

Jika ayah kata ya, ibu akan tunggu sehingga ayah balik baru makan, walaupun perut sudah berbunyi kuat tapi saya akan disuruh makan dulu tanpa menunggu ayah.

Satu malam, ibu bertengkar dengan ayah kerana ayah berkata sesuatu yang ibu tidak suka.

Pada sebelah paginya, ibu tetap menyediakan sarapan pagi untuk saya dan ayah. Saya lihat air mata ibu bertakung menunggu untuk tumpah.

Tapi ibu dan ayah tetap tidak bercakap antara satu sama lain.

Pagi itu, ketika ayah keluar pintu rumah, ayah tidak mengucup dahi ibu. Ibu pula buat tidak tahu dan tidak memberikan salam pada ayah.

Apabila kereta ayah sudah keluar, ibu menangis.

“Ibu, mengapa nangis?” tanya saya.

“Tak ada apa,” kata ibu yang melihat ke ruang tempat ayah meletak kereta yang kini kosong.

Ibu balik ke bilik melipat kain. Saya pula bersiap nak ke sekolah.

15 minit kemudian, ada kereta berhenti di depan rumah. Saya keluar melihat.

Ayah patah balik. “Mana Ibu?”

“Dalam bilik.”ujar saya

Ayah terus ke bilik. Saya mengikut. Ayah terus memeluk Ibu dan mencium dahinya dan membisik ‘Abang Sayang Ayang,’ di telinga Ibu. Ibu dan Ayah bersalaman dan memohon maaf antara satu sama lain.

Air mata ibu terus mengalir lagi dan ibu menangis tersesak-esak.

“Hati abang tak tenteram bila abang pergi kerja tanpa salam dan doa ayang,” kata ayah sebelum beredar balik ke kerja.

Ibu tersenyum semula.

“Ibu tadi menangis pasal ayah ke? Ibu senyum ini pun pasal ayah ke?”

“Anak ibu ini. Ya, ibu menangis dan senyum pun untuk ayah” jawab ibu.

“Ayah ini nakallah, sekejap buat ibu ngangis, sekejap buat ibu senyum,” kata saya.

“Tak. Ayah orang baik. Ibu yang sakitkan hati ayah semalam. Apa yang ibu nak ayah beri, tapi itu bukan sumber kegembiraan ibu. Ibu merajuk semalam tatkala ayah letih kerja kerana lupa belikan hadiah ulangtahun perkahwinan untuk Ibu. Ayah kata terlupa, Ibu pula terlebih kata ayah tidak menghargai Ibu dan lebih memntingkan kerja dari keluarga.

Biasalah perempuan ini mudah merajuk, walaupun salah, dia mengharapkan suaminya datang memujuknya semula. Tapi oleh kerana ayah tak buat demikian, ibu merajuk dalam hati tak cakap. Tapi bila ayah pergi kerja tak cium dahi ibu, ibu menangis bukan kerana ayah, tapi kerana ibu terasa terlepas peluang untuk berbaik dengan ayah, dan terasa ayah tak sayang kat ibu. Tapi apabila ayah balik mencium dahi ibu, ibu terasa ayah sangat sayang kat ibu dan ibu rasa diri ini amat dihargai, dan ibu sempat memohon maaf pada ayah, sebab itu ibu senyum,” kata ibu.

Saya tak berapa faham kata-kata ibu kerana masa itu kecil.

Sebelah malamnya, saya bertanya ayah ketika ibu sudah tidur keletihan.

“Ayah....., mengapa ayah patah balik pagi tadi?” tanya saya.

“Ibu dah bertungkus-lumus jaga keluarga ini dan ingin pastikan keluarga ini bahagia dan gembira. Tapi bila ibu tahu ayah terlupa beli hadiah ulangtahun perkahwinan untuk ibu, ibu terasa hati dan cakap ayah tidak menghargai ibu dan lebih mementingkan kerja dari keluarga. Ayah terguris sedikit, tapi ayah ada ego tak nak mengaku salah".

Masa memandu terfikir bagaimana ibu setiap hari membuat yang terbaik untuk sarapan dan menunggu ayah pulang untuk makan malam bersama, ayah terasa bersalah bertindak kejam pada ibu dengan tidak bersalaman dan mencium dahi ibu. Ayah pulang kerana ayah tahu ibu adalah orang terpenting, nadi dalam hidup ayah dan ayah tak boleh biarkan ibu sedih walaupun sesaat... Anak ayah akan faham bila dah kahwin nanti,” terang ayah.

Kini saya sudah berkahwin – saya akhirnya faham apa yang dilalui ayah dan ibu. Rupa-rupanya ombak yang melanda ayah dan ibu sekali-sekala ini bukan merosakkan hubungan tapi ia memperkuatkan lagi kasih sayang dan cinta dengan orang tersayang, setelah ombak itu reda kedua-dua akan memahami betapa pentingnya pasangan masing-masing dalam hidup mereka.

cerita untuk renungan pagi.
Senyum :)
- Pakar Diari Hati -


entry dari : SINI



*Ya Allah..indah sangat-sangatkan..makin kita meningkat dewasa, makin kita memahami situasi itu.. moga 1 hari nanti kita semua dapat menjadi seorang isteri yang terbaik buat suami.. nak sangat jadi seorang 'ibu' macam kisah diatas ni.. insyaAllah.. :) *

Friday, 28 December 2012

Pet FB Saya

10:12 am 11 Comments
assalamualaikum..

harini nak sambung balik berblogwalking dan membalas segala komen yang tak terbalas lagi.. banyak lagi tugas yang belum selesai.. sabar ye kalau sy lambat follow, lambat jejak umah awak semua.. tenet pun cam lembab je harini..

tadi godek-godek fb.. rindu pula nak bergame.. hihihi.. haritu sy tunjuk aktiviti bercucuk tanam kan.. kali ni nak tunjuk pula apa pet yang sy bela..ahaaks!.. 

 hOhO.. sempat bela rabbit tu.. ahahaha.. kaler biru :p

 tak cukup kucing dah 16 ekor kat umah, bela lagi dalam fb.. :p

 antara mereka yang ada.. 
 antara mereka yang dijaga..

tu yang bela dalam umah khas dorang.. ada lagi pet yang bela luar rumah pula.. tamak kan.. :p

 parrot.. ada 4 ekor.. ada sekor belum menetas.. hihihi


tugasan harini dah selesai.. dah bagi kemas umah dorang.. dah bagi makan setelah hampir setahun tinggalkan..ahaha.. 

kalau kucing betul, habis mati dah kebulur setahun.. :p

Wednesday, 26 December 2012

Bercucuk Tanam

11:03 am 10 Comments
assalamualaikum..

selamat pagi.. ketandusan idea nak menulis pagi ni..tak tahu entry apa yang nak di postkan.. saja godek-godek FB.. terjumpa gambar-gambar ni..

dulu rajin juga la bercucuk tanam.. dari sekecik-kecik tanah yang dibekalkan.. sy usahakan sehingga berjaya..ahaha.. :p

dulu memang mengila la nak bercucuk tanam.. paling best bila tengok hasilnya.. :)

tanam rose merah.. 

 kobis
 nenas
 3 tanaman sekaligus
 pumpkin - labu
 bunga apa ntah..lupa nama dia
ni pun dah tak ingat apa namanya..

eh, banyak lagi tau hasil tanaman ni..tapi tak kan  nak letak semua kan.. start bercucuk tanam ni dari tahun 2010 hingga ke 2011.. awal tahun haritu ada juga sikit..sekali 2 je.. pastu lepas banyak kerja, tinggal gitu je..

 siap ada istana pink lagi..ahaha
 hasil ternakan  ;)
 rumah-rumah yang pernah dimiliki..
 eh, bela kucing juga tau.. hihihi
rumah hantu pun ada.. :)

dah lama tak jenguk farmville.. rindu pula rasanya.. hehe..

terpaksa tinggalkan..sebab dah takde masa nak kutip hasil tanaman.. lagipun masa sekarang banyak untuk berblog.. nak buat kerja kat pej lagi..

nanti sy share apa lagi games yang sy pernah join kat fb ye.. :)

tadaaa.. ;)

Monday, 26 November 2012

Fenomena 'Crepe Durian'

10:07 am 11 Comments
assalamualaikum..

Selamat Pagi Isnin..apa nak update pagi ni eh..kalau buka Fb mesti je ada 2 kisah hangat ni..ianya 'Crepe durian' ataupun hal 'Gaza'..

Fenomena sungguh.. sekarang ni yang hebat crepe durian la..sampai naik ngidam-ngidam orang dok tengok..yela, maunya tak tergoda..dah la comel pastu cute je sebab warna warni..

kak, minta izin ambik gambar Crepe Durian yang comel ni eh..


Bila hati ni tengok benda cute camtu, mula la teringin..teringin gitu-gitu je la..permasalahannya disini, boleh ke sy telan eh..tapi belum la sampai tahap ngidam-ngidam tau.. kut la kan ada orang baik hati nak bagi rasa ke..ahaha..

Saya bukan memilih.masalahnya sy tak leh nak makan durian yang dibuat masakan atau apa-apa yang dicampur dengan benda lain..ha, camne tu..parahkan?..hehehe
sy layan durian yang masih ada biji dia lagi..ahaha
contohnya macam bubur durian. kan ianya dibuat masakan kan? ha, sy ntah la, kalau mak buat pun, tak tergoda. Cam bau tu ok la..tapi kalau bubur tu dicampur dengan kacang hijau, lagi la tak sentuh.. kalau orang bagi makan, means datang rumah orang kan, makan la jgk sikit..tapi jenuh la asingkan kacang tu..ahaha

alahai tekak, ngengada betul kan..ha, lagi 1..orang perak kan menggila dengan tempoyak..eh, orang negeri lain pun ada yang makan juga.tapi sy tak boleh nak makan. dah banyak kali cuba makan.. kalau makan pun secubit kut..tu pun tekanan jiwa nak telan..hehehe.. 

pernah juga la makan masakan tempoyak tu..last-last kepala pening, tekak mual..haaihh, dah macam orang prengnat ok..hehe..last-last sekarang dah tak sentuh apa-apa yang berkaitan dengan tempoyak..tak sanggup nak berpening kepala kerana itu..
trauma pun ada..hehe

semalam baru dapat makan durian..indahnya dunia..maklum la, xde sapa-sapa nak hntar buah dari kebun kan..ahaha..

*mak yang belanja sebab anak dia tahu cakap je teringin nak makan..nak beli tak reti*  :P
hehehe


Friday, 23 November 2012

MENGAPA REZEKI SUSAH MASUK ?

2:53 pm 8 Comments
assalamualaikum..



Mari kita renungkan sekejap bersama..

Antara sebab mengapa REZEKI SUSAH NAK MASUK..

1. Gemar mengungkit-ungkit pemberian

2. Asyik mencanang perihal duit yg tidak cukup untuk urusan itu dan ini.

3. Berkira untuk bersedekah walaupun seringgit


4. Berkira untuk membantu memudahkan hal yg baik



5. Riak bila bersedekah



6. Banyak berbuat maksiat/kemungkaran



7. Tidak/kurang beristighfar



8. Tidak bersyukur/banyak mengeluh





Nota: Rezeki bkn sahaja dalam bentuk wang, tp kebahagiaan, peluang menyambung belajar, peluang kerja, anak, jodoh dan lain-lain. 




sumber : S.I.N.I

Comments