Traveloka SALE-abration 2018 | Tawaran Penerbangan Dan Hotel Diskaun Terendah!
Thursday 6 September 2018
Traveloka SALE-abration 2018 | Tawaran Penerbangan Dan Hotel Diskaun Terendah!
Hai semua.. Nak tanya ni.. Bila disebut sahaja 'Traveloka', apa yang anda bayangkan? Bercuti? Yeaayy.. Pergi bercuti.. Sukakan kalau dapat pergi bercuti. Lagi lagi dah penat bekerja tanpa rehat. Walaupun duit gaji masuk bulan bulan, tapi kalau tak rehatkan badan, tak boleh juga, betul tak? Selain bercuti, apa lagi yang boleh dipadankan?Mesti juga boleh membuat tempahan hotel dengan harga yang sangat sangat berpatutan harganya.. Betul tak?
Kalau namanya pergi bercuti, tak kan pulak pergi balik hari yang sama kan? Tak best la macam tu. Nama pun bercuti. Paling tidak mesti la kita dah stay 2-3hari, rehatkan diri. Rehatkan minda, cari ketenangan. Baru la naik kerja nanti rasa semangatnya tu berkobar-kobar kan? Selain tu, apa lagi yang rasanya traveloka boleh berikan? Tentunya tempahan tiket penerbangan ke destinasi percutian impian anda semua. Betul tak? Rugi la kalau traveloka hanya sediakan pakej untuk bercuti, tapi tak lengkap segala urusan kan?
Nampak tak pakej yang traveloka berikan tu? Menarik tak? 3 perkara boleh dibuat dalam 1 masa. Semuanya mudah dan cepat dihujung jari sahaja. Hanya pilih tempat dan masa yang dikehendaki. Zaman sekarang ni rasanya dah cukup mudah. Nak pergi bercuti sediakan duit, sediakan masa dan buat tempahan semuanya tanpa perlu bersusah payah.
Lagi satu perkara penting, bila nak bercuti ni perancangan tentulah seawalnya kan? Mungkin 3-4 bulan awal dah rancang. Dan yang paling penting sekali, jangan lupa survey la harga semuanya di Traveloka, dan buat tempahan awal. Rasanya berbaloi buat tempahan awal sebab dari segi harga juga dapat penjimatan kos disitu. Susah tau kalau rasa nak pergi bercuti, baru nak terhegeh hegeh cari. Mungkin kalau nasib tak baik, hotel penuh. Tiket penerbangan habis. Maka, menangis la plan bercuti tak terlaksana.
Untuk hari ini, saya nak kongsikan satu maklumat menarik untuk kengkawan yang gemar bercuti. Tak kira la bercuti dimana pun. Atau yang dalam perancangan nak pergi bercuti. Jom baca apa yang saya nak kongsikan ni. Rugi pulak kalau saya tak kongsikan maklumat menarik ni dengan kawan kawan semua. Baru la rasa teruja tu dikongsi bersama!
Matta Fair dan Traveloka Salebration 2018 Kembali lagi!!
Siapa suka? Siapa suka?? Kalau sebut pasal Matta Fair ni, mesti ramaiiii yang suka ambik kisah,kan? Sebab macam macam perkara kita boleh dapat dari situ. Maklumat banyak tersebar disitu. Rugi tak kaut tau. Untuk pengetahuan kawan kawan semua, Traveloka juga membuat promosi secara besar besaran tau. So peluang korang semua nak pergi ke tempat yang korang inginkan sangat tu, mungkin ada terealisasi la macam tu.
Kawan kawan boleh la booked tiket flight dengan harga yang sangat sangat murah ke destinasi pilihan yang diidamkan serta, tentunya la juga ada tawaran pilihan tempat penginapan yang menarik. Allah.. Terujanya kita dengar. Tolong sampaikan info ni pun dah rasa seronok sangat tau. Belum lagi pergi tempat percutian yang kita nak sangat sangat pergi.
Rasa rasanya la kan, mana kita nak pergi ni? Sebab banyak sangat destinasi menarik yang boleh kita booking dengan Traveloka ni tau.
Dalam negara? Atau pilihan ke luar negara? Jangan risau kalau bajet tak banyak sekalipun. Dalam negara pun okay apa pergi bercuti. Banyak juga negeri yang kita boleh terjah. Macam saya sendiri, tak semua tempat dalam Malaysia ni dah terjah. Orang kata belum habis pusing la. Langkawi di kedah tu pun tak pernah sampai. So, boleh juga booking untuk ke sana dulu kan.
Mengenai tawaran promosi besar besaran tu, tempoh tempahan tiket adalah dari 4 September hingga 10 September 2018. Sempat kalau nak berfikir, berpakat dengan kawan kawan ke, dengan ahli keluarga ke, siapa siapa la yang kawan kawan nak ajak untuk pergi bercuti tu. Seminggu tempoh masa diberikan untuk membuat tempahan. Tak kan nak lepaskan peluang kan? Agaknya ada limit ke tempoh untuk pergi bercuti tu bila?? Tempoh perjalanan kawan kawan nak bercuti tu kan, bila bila masa sahaja tau! Haaa, macam mana..? Masih rasa was was lagi ke tu nak sambar peluang untuk pergi bercuti tu? Kalau boleh, cepat-cepat berpakat, cari kata sepakat nak bercuti dimana, pilihan destinasi dan juga tarikh, terus buat tempahan.
Apa lagi tawaran menarik yang diberikan?
Tawaran kupon diskaun tambahan untuk pembelian segera. Diskaun kupon 8% atau sehingga RM40 untuk tiket penerbangan. Tertakluk kepada terma dan syarat la. Haaa, nampak tak ada tawaran super best kat Traveloka tu? Diskaun! Pastinya traveloka sangat memahami, ramai diantara kira ni suka melancong. So sangatlah berbaloi untuk segala promosi diberikan tu.
Apa lagi yang menarik yang saya tahu tentang promosi hebat ni la kan, untuk percutian dalam negara ni, boleh dapat 50% diskaun untuk hotel. Tak kira masa. Bila bila masa sahaja yang diinginnkan.
Dan untuk percutian ke negara luar pula, 70% tawaran diskaun diberikan untuk hotel penginapan yang disediakan. Walaupun penginapan diberikan harga promosi, ianya berbaloi juga tau. Maklumlah, 50 dan 70 peratus diskaun diberikan, agak tinggi juga juga penjimatan disitu.
Ehhh.. Baru perasan. Tawaran kupon diskaun di atas promosi penerbangan dari syarikat penerbangan yang terlibat pun ada rupanya. No Booking Fee! Okay.. Tempah sekarang untuk perjalanan penerbangan bila-bila masa dan mana-mana destinasi! Sebelum terlepas! Kenapa kena buat cepat cepat? Biasalah, kadang kala tu kita suka lengahkan perkara yang mudah macam ni. Lepas tu terlepat tarikh tawaran promosi ni. Rugi la kan.
Nak pergi bercuti tu. Kena la prepare cepat cepat.
Sebelum terlupa, korang jangan lupa pula install Apps Traveloka di mobile tau. Senang untuk kemudahan korang. Sebab untuk dapatkan tawaran ni semua, korang boleh apply melalui komputer ataupun smartphone. Kan mudah.
Okay la, karang bercerita panjang, takut korang terlupa apa yang sepatutnya korang buat kan. Nak tahu macam mana nak buat tempahan tiket penerbangan?
Boleh layari https://www.traveloka.com/ms-my/flight dan boleh la tengok perjalanan dari mana korang nak mulakan untuk pergi ke destinasi pilihan.
Pastinya tawaran daripada Traveloka adalah tawaran yang sangat menarik untuk dinikmati.
Untuk maklumat lanjut tentang Taveloka boleh layari :
https://www.traveloka.com/ms-my/flight
Customer services : 015-48409469
Untuk maklumat lanjut tentang Taveloka boleh layari :
https://www.traveloka.com/ms-my/flight
Customer services : 015-48409469
Pentingnya Kelengkapan Ibu Menyusu (Breasfeeding Mom)
Entri kali ni untuk mommy la ye. Lagi-lagi mommy yang memberi sepenuh perhatian dalam penyusuan baby.
Yang berniat menyusukan baby dari awal kelahiran sehingga anak berumur 2tahun.
Kalau ada daddy yang berminat mungkin nak belikan untuk isteri tersayang pun, takde masalah. Jemput baca.
Untuk harini, saya bukan sahaja nak cerita pasal kelengkapan ibu menyusu. Tapi saya nak cerita dari mula apa sahaja yang diperlukan untuk ibu menyusu ni. Boleh kan?
Bagi ibu yang menyusu, mestinya nak la susu yang meriah untuk anak kan? Sebab susu ibu ni ada kelebihannya yang tersendiri. Orang kata boleh menguatkan antibodi anak. (in shaa Allah atas keizinan Allah)
Selain tu, dapat membantu mengurangkan sikit kos untuk membeli susu FM. Bukan susu FM tak okay ya. Saya lebih fokuskan bab beastfeeding je ye.
At least, bagi ibu yang menyusu ni dapat bantu suami dalam mengurangkan sikit kos untuk susu FM, then kewangan tu boleh dipusingkan untuk hal yang lain kan?
Selalu kalau dari segi masalah penyusuan ni, ibu ibu alami masalah susu badan kurang. Susu badan kurang pekat. Nampak macam cair je kan? Saya paham sangat apa yang ibu ibu rasa.
Stress??
Tu memang akan terjadi kan? Sebab kita sebagai ibu ni risau kalau baby rasa lapar. Tak cukup khasiat. Lagi lagi bagi baby yang berumur bawah 6bulan. Tentunya anak bergantung sepenuhnya dengan susu ibu sahaja untuk keselesaan perutnya.
Jadi, saya nak cadangkan satu produk untuk ibu ibu mencuba. Bukan paksaan untuk membeli tau. Tapi kalau nak mencuba, tak salah. Lagi senang, ianya dalam bentuk tablet kunyahan. Tak perlu nak bancuh. Lagi senang kalau ibu ibu tengah travel. Capai je dari bag, boleh terus kunyah. Tak perlu nak membancuh dah. Betul tak?
Tablet kunyahan yang saya maksudkan ialah Femilac Milkbooster.
Mungkin ada yang biasa dengar. Tapi mungkin ini kali pertama dengar tentang Femilac kan?Mesti macam macam yang ada dalam fikiran tentang femilac ni kan?
Femilac milkbooster dibuat dari bahan istimewa yang digabungkan menjadi formula baru iaitu Habbatus Sawda, Alfalfa, Spirulina, Goats Milk dan Fenugreek. Dengan rasa lemak2 vanilla yang memang mudah di kunyah dengan selamat. Mungkin ada yang kata, rasa macam vanila? Alamak.. Tak suka la..
Erm.. Janganlah risau. Rasanya sedap tau. Kalau kunyah 2biji sekaligus nanti mesti tak cukup. Nak kunyah lagi. Tak percaya? Meh la order. Serius jatuh cinta. 😍
Mesti ada yang nak tahu, berapa harga sebotol femilac ni kan?
Untuk harga sebotol RM70. Tapi! Kalau beli 2botol atau set COMBO hanya RM100!
Mana lagi jimat mommy daddy?
Nak grab yang mana? Meh la cepat buat pilihan. Rugi tau kalau tak grab set combo ni.
Haaa, selain milkbooster, mommy juga mesti perlukan Milk Collector kan? Atau SBP (Silicon Breastpump). Penting ke SBP ni??
Penting sangat tau sebenarnya. Lagi-lagi buat mommy yang dalam pantang tu. Sebelah menyusu baby, mesti perasan sebelah lagi susu automatik mengalir keluar juga kan? Haaa, susu yang sebelah lagi tu tak kan nak dibiarkan je. Tak rasa membazir ke??
Sayangnya susu tu terbuang macam tu je.
Yee, saya dulu macam tu la. Sayangnyaa susu tu terbuang macam tu. Masa tu tak kenal lagi dengan SBP ni. Kalau tak, mesti boleh buat stok susu tau.
Kalau SBP ni harganya in shaa Allah mampu milik juga. 1 unit Rm47. Tapi kalau nak rasa jimat berganda, apa kata beli set COMBO!
Untuk set combo SBP ni hanya RM60. Mungkin mommy rasa kenapa nak kena beli sampai 2 kan? Takpe mommy. Apa kata mommy share la dengan kawan opis ke. Jiran sebelah ke.. Adik ipar ke.. Siapa siapa la. Ataupun kalau mommy bekerja, mommy boleh simpan satu dirumah, satu lagi standby dalam handbag kerja. Betul tak?
Tak perlulah setiap pagi kalut mencari SBP kat dapur tu. Kan mudah. 😘
Belum lagi kalut dengan anak yang nak dihantar pada pengasuh kan?
Kalau nak package lagi, mommy mesti pump susu di pejabat juga kan untuk buat stok dihantar pada pengasuh? Tapi tak tahu nak simpan stok susu tu dimana? 💁
Jangan pening mommy 💆. Tak sempat nak beli storage bag untuk simpan stok susu sebab storage bag yang ada yang menyusut?
Meh lekaih order Femilac Storage Bag ni.
Harga 1unit RM47. TAPI! Kalau beli set COMBO 3Unit hanya RM60. Murah tak? Cepat grab harga clearance ni Mommy. Jimat sangat ni harga dia.
Kalau ada yang berminat nak order dari Femilac Milkbooster, SBP, dan juga Milk Storage Bag, jangan segan segan untuk whatsApp saya dengan segera ya. Moga moga ianya dapat membantu mommy semua dengan mudah. Kalau nak order 1item je pun boleh. Para suami yang nak hadiahkan untuk isteri pun, jangan segan segan untuk order ye. Saya cuba bantu sebaik mungkin. 🤗
www.wasap.my/601124181178
Hai semua.. Sebenarnya nak share dah lama. Tapi bolehnya terlupa pulak pasal hal ni. Kisahnya masa tu join giveaway dari blog ceritamak. Kira kalau ada rezeki, memang dah tertulis la sesuatu tuk budak budak ni kan..
Masa pengumuman tu, tak sangka pulak ada jugak rezeki terselit. So, apa lagi, terus la terjah web https://doudou.my untuk shopping. Siapa taknak shopping kan?
Masa tu dapat la voucher RM30. So, taklah shopping sakan pun. Dapat 3helai baju. Tapi kena tambah duit sikit la. Beli pun yang ada sale/clearance. Rm10 untuk sehelai baju.
Kalau ada yang tak tahu lagi tentang doudou.my ni, boleh la terjah. Tak silap saya ianya beroperasi di Miri, Sarawak.
Kualiti kain untuk baju yang saya beli pun nampak okay. Budak pun selesa pakai. Dan yang best sekali penghantaran pun cepat.
Lepas buat pembayaran, terus proceed order tau. Saya order hari rabu. Jumaat dah sampai. Cepat betul. So, siapa nak cuci mata tu, klik je link kat situ ye.
Masa pengumuman tu, tak sangka pulak ada jugak rezeki terselit. So, apa lagi, terus la terjah web https://doudou.my untuk shopping. Siapa taknak shopping kan?
Masa tu dapat la voucher RM30. So, taklah shopping sakan pun. Dapat 3helai baju. Tapi kena tambah duit sikit la. Beli pun yang ada sale/clearance. Rm10 untuk sehelai baju.
Kalau ada yang tak tahu lagi tentang doudou.my ni, boleh la terjah. Tak silap saya ianya beroperasi di Miri, Sarawak.
Kualiti kain untuk baju yang saya beli pun nampak okay. Budak pun selesa pakai. Dan yang best sekali penghantaran pun cepat.
Lepas buat pembayaran, terus proceed order tau. Saya order hari rabu. Jumaat dah sampai. Cepat betul. So, siapa nak cuci mata tu, klik je link kat situ ye.
Hai, Selamat pagi semua..
Pagi ni baru la berkesempatan nak buka lappy, godek-godek apa patut.
Selalu time pagi kebizian.
Bizi memasak untuk ddy dorang balik PT Pagi.
So, harini, masa blogwalking tadi nampak ada 1 giveaway ni.
Macam menarik je. Mana laaaaa tahu kan, kut-kut rezeki ke..
So, kalau kawan-kawan nak join sama masih sempat ni.
Ada masa lagi.. Sebab tarikh last untuk join 31 hb ni..
Jom join..
Mana tahu kalau rezeki, memang satu keperluan untuk kaum hawa juga kan?
Assalamualaikum, hai readers.. Harini baru berkesempatan nak simpan kenangan ni dalam blog. Mana tahu, akan datang teringin nak tengok balik kan?
Hari sabtu 2minggu lepas kenduri kawen my cousin. Tapi kami satu family sampai dah lewat. Dalam pukul 1 lebih. Sebab hari jumaat ddy dorang tak dapat cuti. Kena naik duty pulak tu. So, terpaksa la gerak hari sabtu.
Ddy dorang pulak habis duty jam 9.30.
Kitorg semua memang siap sebelum jam 9.30 la. Sementara nak tunggu ddy dorang balik kan.
Kalau duduk gemas, dalam 1jam sampai dah ke kampung. Tapi disebabkan dari Mersing, 4jam la baru sampai. Penat? Semestinya la. Sebab bukan laluan highway. Lalu jalan kampung kan.
Sampai je kat kampung, terus tukar baju. Sebab cousin nak seragam. Baju ni bukan saya taknak pakai siap siap dari rumah. Tapi sebab mak yang tolong jaitkan, so dia bawakan dari Ipoh.
Lawa pula bila tengok semua pakai warna seragam kan?
Kain ni my cousin yang sponser. Rezeki. Semoga murah rezeki cousin saya yang sponser. Tudung ikutkan nak seragam warna pastel soft blue. Tapi ada cousin yang takde warna tu, tu main bedal je la. Janji biru.
Apa apa pun, majlis pun dah selesai. Dah selamat semuanya. Walaupun masa kitorg sampai, majlis memang dah selesai, tapi happy sebab dapat jumpa mak abah adik beradik walaupun sekejap je.
Hanya gambar la dapat jadikan kenangan walaupun sampai majlis dah selesai.
Kami doakan semoga bahagia hingga ke akhir hayat ya.
Psst : Cantikkan pelamin dia. Tengok depan depan memang lawa tau. Teruja kita tengok. Walaupun sebenarnya majlis ni buat dekat rumah kampung je tau.
Harini genap sebulan duduk mersing.. Perasaan? Happy?? Haaaaa, tepukkkkkk..
Haha..
Takde makna happy oii.. Rasa macam bertabah je laaaa..
Redha dah memang kena duduk tempat hulu cenggini..
Demi tugas ddy dorang kan..
Semak kepala sebenarnya duduk kat mersing ni. Sorry orang Mersing.. Jiwa saya takde kat mersing ni. Moga moga duduk setahun dua je la kat sini.
Banyak sebab kenapa rasa tak best duduk kat mersing ni. Paling utama sekali, makin jauhhhh dengan family. Mak abah saya kat ipoh. Dulu duduk gemas pernah je balik sabtu ahad. Ni dah duduk mersing, balik ke kampung di segamat 4jam pun rasa macam nak patah pinggang. Belum lagi balik ke ipoh. Mau 10jam kot baru sampai. 😭
Kalau dulu sebulan sekali mesti balik umah mertua di Melaka. Sekarang ni tak tahu la berapa bulan sekali baru boleh balik. Mau 2-3bulan sekali kot. Tapi kena ambil cuti la. Setakat sabtu ahad tak berbaloi. Sebab penat badan je. Bertugas sebagai tentera bukan mudah nak ambil cuti. So agak terbatas dah nak tengok keluarga 2belah pihak.
Bab barang barang mahal tu memang kena redhaa la. Nak buat macam mana kan. Nak taknak kena beli jugak. Tapi kalau dah tahu kedai mana murah, kedai mana mahal, okay la kan. Memang pergi barang kena pergi 2-3 tempatlah.
Suasana dekat kem yang tak berapa nak friendly. Mungkin orang boleh kata, lama lama ok la tu. Erm.. Mungkin laaa..
Tapi dah sebulan ni, ada juga jiran searas, seblok yang saya tak pernah jumpa. Tak kenal lagi. Mungkin la akan ambil masa lebih lama untuk kenalkan. Tapi bila akan kenal, ntah la. Orang mungkin boleh pikir saya ni macam banyak merungut. Tak bersyukur!
Tapi.. Yang cakap tu agak agak pernah rasa tak situasi kat tempat saya sekarang ni?
Kalau duduk di bandar besar boleh la cakap. Dulu masa duduk di gemas, mungkin saya mula mula susah nak terima keadaan, sebab first time berjauhan dari keluarga. Tapi saya boleh handle lagi. Tapi keadaan dekat sini jauh beza. Kalau nak dibandingkan, banyak sangat.
Apa yang ada dalam perasaan saya sekarang ni, selagi ddy dorang ada disisi, selagi tu saya kena tabah. Kena redha dengan keadaan semasa.
In shaa Allah.. Allah akan bagi juga jalan keluar satu hari nanti.
Allah tengah uji tahap kesabaran dan kekuatan kita disini.
Pssst : Jangan jadi makcik bawang sangat kalau rasa rasa tak tahu keadaan saya kat sini. Saya yang rasa. Saya yang alami. Saya berhak untuk berkata apa yang saya rasa okeh.
Flower Chimp, Menghasilkan Gubahan Indah Buat Yang Tersayang!
Kalau bercerita tentang bunga ni, kebanyakkannya orang perempuan memang suka la kan. Kalau tanya saya pun, tentunya teringin nak merasa orang hadiahkan sejambak bunga yang dah digubah cantik.
Hari ini, saya nak perkenalkan tentang Flower Chimp.
“Ucapkan dengan bunga!” Kepesatan industri e-dagang di peringkat global telah memacu perkhidmatan penghantaran bunga dan membolehkan pengguna mencipta kenangan indah bersama insan tersayang.
Bayangkan, betapa mudahnya anda boleh memilih jambangan bunga kegemaran anda dan merancang penghantaran semudah di hujung jari sahaja. Daripada pilihan jambangan sempena hari lahir hingga ke kiriman bunga sebagai tanda ucapan
tahniah, titipan istimewa sempena sambutan Hari Kekasih dan Hari Ibu, Flower Chimp akan memenuhi keperluan bunga-bungaan anda dari harga serendah RM89 sahaja.
Melangkah setapak ke hadapan berbanding pesaing mereka, Flower Chimp menawarkan perkhidmatan penghantaran ke seluruh negara yang meliputi lebih daripada 80 daerah di dalam Malaysia, termasuk di Sabah dan Sarawak. Dengan rangkaian meluas seperti itu, tidak hairanlah perkhidmatan penghantaran bunga dalam talian tersebut menjadi pilihan utama pelanggan yang turut menikmati penjimatan menerusi penghantaran secara percuma ke atas semua tempahan tanpa had perbelanjaan minima. Malah, pelanggan juga boleh menjadualkan penghantaran pada hari yang sama bagi semua tempahan yang dibuat sebelum pukul 1 tengah hari untuk mengejutkan insan tersayang mereka.
“Walaupun kami masih baharu dalam perniagaan penghantaran bunga ini, Flower Chimp telah berkembang hingga menjadi jenama terkemuka dalam industri ini. Dalam tempoh kurang daripada dua tahun, kami telah menjadi pilihan nombor 1 dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian di Malaysia, Indonesia dan Filipina dengan rekod pertumbuhan
lima (5) kali ganda berbanding tahun lepas,” kata Maximilian Lotz, Pengasas Flower Chimp.
Berikutan prestasi memberangsangkan mereka dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian, Flower Chimp berjaya menambat pelaburan berjumlah RM 6 juta daripada sekumpulan pelabur termasuklah Asia Venture Group (AVG), sebuah syarikat persendirian
yang telah menilai potensi besar Flower Chimp menerusi model perniagaan dan strategi pemasaran mereka yang unik.
Syarikat yang sama turut membuat pelaburan dengan syarikat lain seperti iMoney, Happy Fresh dan iPrice. “Kami mensasarkan untuk mengembangkan
rangkaian kami di Singapura menjelang pertengahan bulan Ogos 2018 dan di negara Asia Tenggara yang lain termasuklah Vietnam, Thailand dan Hong Kong pada tahun 2019,” tambah Lotz.
Lotz dan rakan kongsi/Ketua Pegawai Operasi, Niklas Frassa yang mendalami sendiri perniagaan bunga-bungaan berhasrat untuk menggunakan pelaburan yang diterima untuk mengukuhkan operasi mereka di Indonesia dan Filipina, di samping meningkatkan infrastruktur teknikal untuk memanfaatkan pelanggan kami dengan ciri-ciri pintar termasuklah sistem
penjejakan secara langsung bagi setiap pesanan.
“Dalam masa yang sama, kami menjalankan kajian ke atas pasaran semasa secara berterusan dalam mencari idea untuk produk dan promosi baharu untuk pelanggan kami yang kembali untuk mencari sesuatu yang bersesuaian dengan keperluan mereka,” kata Frassa.
Kata Frassa lagi, “Dengan kuasa pemasaran dalam talian dan media sosial, kami mahu
mengukuhkan penjenamaan kami dan menjadi pilihan pertama dalam kalangan pelanggan yang semakin lama semakin bijak mengendalikan perkata berkaitan teknologi. Kami yakin, dalam tempoh dua belas (12) bulan akan datang, dari Suku Keempat (Q4) 2018 hingga ke Suku Keempat (Q4) 2019, Flower Chimp akan berkembang sehingga tiga (3) kali ganda menerusi sumbangan daripada empat pasaran utama iaitu Malaysia, Singapura, Indonesia dan
Filipina”.
Hubungi :
Flower Chimp di Malaysia
Laman Sesawang: https://www.flowerchimp.com/
Facebook: https://www.facebook.com/FlowerChimpMY/
Instagram: @flowerchimp
Flower Chimp di Indonesia
Laman Sesawang: https://www.flowerchimp.co.id/
Facebook: https://www.facebook.com/FlowerChimpID/
Instagram: @flowerchimp.id
Flower Chimp di Filipina
Laman Sesawang: https://www.flowerchimp.com.ph/
Facebook: https://www.facebook.com/FlowerChimpPH/
Instagram: @flowerchimp.ph
Info Mengenai Flower Chimp :
Flower Chimp telah ditubuhkan oleh dua usahawan dari Jerman, Maximilian Lotz dan Niklas Frassa yang telah lama bertapak di Asia Tenggara. Selepas menghabiskan masa di Belanda yang terkenal sebagai pusat perkembangan bunga-bungaan dunia, mereka mengambil keputusan untuk menceburi bidang perniagaan berkaitan bunga dan meletakkan penanda aras
baharu dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian. Dengan mengutamakan kepuasan pelanggan, Flower Chimp telah memenuhi keperluan terhadap bunga berkualiti tinggi pada harga berpatutan yang turut disokong dengan perkhidmatan penghantaran percuma ke
seluruh negara.
Sejajar dengan peningkatan perniagaan tersebut, mereka terus meningkatkan perkhidmatan dan menjalankan penyelidikan dan pembangunan untuk menawarkan lebih
banyak pilihan bunga-bungaan kepada pasaran yang semakin berkembang.
Buat masa ini, Flower Chimp beroperasi di Malaysia, Indonesia dan Filipina. Dalam masa terdekat, dua usahawan bercita-cita tinggi ini bakal melancarkan platform mereka di Singapura dan negara Asia Tenggara lain.
Untuk maklumat lanjut tentang Flower Chimp, layari www.flowerchimp.com.
Haha.. Tengok tajuk pun mesti orang cakap, siang ketam pun tak kan tak reti. Ye dok?
Tu pertanyaan ddy zara tadi. Setelah hampir 5tahun kawen baru ddy dorang nak tanya. Yela, masak ketam pun baru 2kali kan..
Kali pertama masak pun dalam tahun ni jugak. Actually masa sebelum kawen dulu ada la tengok mak siang. Tapi tengok je la. Tak masuk dalam kepala pun. Bila nak masak buat kali pertama tu gigih tengok youtube. Maklumlah, maklumat dihujung jari kan. Hehe
Sembang dengan kak TB, katanya tengok kat Youtube je senang. Bagus jugak kan Youtube ni, banyak membantu. So bila ddy dorang tanya tadi, dengan mudah nya cakap kat dia, tengok je utube. Kan senang. Kalau tanya orang pun, mesti orang akan cakap macam tu. Google je.. Utube kan je..
Semalam ddy zara beli ketam dari kawan dia. Fresh. Kawannya hantar malam tadi. Baru lepas tangkap agaknya. So kita jadikan lauk la harini. 6 Ekor Rm15. Ya Allah manisnya isi dia. Walaupun dalam gred C kot, tapi okay la makan berdua. Budak budak bukan makan sangat pun.
Next time boleh repeat size besar sikit. Baru syok layan makan kan? Hehehe
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons