Tasneem Naturel : Balm Istimewa Untuk Bayi Dan Seisi Keluarga.
Assalamualaikum, hai semua..
Harini saya nak share la sikit tentang 1 produk baru ni. Rasanya ramai dikalangan kita semua dah mula mengenalinya kan?
Produk yang saya maksudkan ialah Tasneem Naturel Balm. Ada ke yang tak kenal lagi dengan Tasneem Naturel Balm ni? Takpe, kalau belum kenal lagi, boleh baca entri saya sehingga penulisan saya yang terakhir ye.
Tasneem Naturel Balm ni telah mula diperkenalkan kepada semua. Kalau ada yang perasan, signboard besar Tasneem Naturel Balm ni ada juga terpampang di tepi Lebuhraya tau. Kenapa saya kata begitu? Sebab kebetulan sabtu lepas saya turun ke KL. Sekali ternampak la beberapa signboard Tasneem Naturel Balm ni. So jangan kata tak kenal tau dengan produk baru ni.
Berbalik kepada cerita Tasneem Naturel Balm ni, ianya terbahagi kepada 4 jenis iaitu Sleep Time, Tummy Time, Calm Time dan juga CF Rub. Apa fungsi setiap 4 jenis balm ni? Okay, meh saya terangkan lebih lagi ye. Baca tau sampai habis.
Sleep Time.
Sleep time ni sesuai sangat untuk digunakan pada anak anak yang terlalu aktif dan sukar untuk tidur pada waktu malam. Ianya membantu dapat memberi anak tidur dengan lebih lena dan dia dapat bangun pagi dengan lebih ceria. Anak ceria, ibu gembira. Hehe
Kalau nak tahu, saya sendiri pun test kat diri sendiri tau. Sebelum tidur, saya gunakan Sleep Time ni. Selalu tidur tak lena. Pepaham je la kan kalau ada anak kecik ni macam mana. Letih mana pun memang akan terjaga.
Tapi kan malam tadi, ya Allah, lena betul rasanya. Rasa macam dapat lena dengan rasa yang tenang je. Zhareef pulak tidur pun nyenyak je, so rasa macam peluang dapat rehat kan diri tau.
Antara bahan yang terkandung dalam Sleep Time Tasneem Naturel Balm ni mommy semua tak perlu risau. Tasneem Naturel Balm ni dirumus dengan bahan semulajadi ye. Jangan was-was nak guna pada anak. Saya memang gunakan pada anak anak tau.
Bahan yang terkandung ialah pati-pati tumbuhan seperti Cedarwood, Vetiver, Roman Chamomile dan Ylang-ylang. So bahan bahan ni diadunkan untuk memberi keselesaan pada anak ketika hendak tidur.
Tummy Time.
Untuk tummy time ni pulak, ianya boleh berfungsi sebagai gantian kepada minyak telon tau. Ada sesetengah mak risau kan nak pakaikan minyak telon pada anak. Risau panas la, tak serasi pada kulit la. So apa kata mommy semua try pakai Tummy Time ni. Ianya tak panas tau. Anak anak memang selesa la sangat. Selain tu, balm ni elok dalam membantu untuk merawat masalah perut kembung, sembelit dan membuang lebihan angin dalam badan. Bila dapat bantu buang angin, tentunya anak selesa & tak meragam kan? Lagi satu, Kalau anak ada masalah penghadaman pun boleh sapukan pada perut anak untuk melegakan.
Macam mana nak guna tummy balm ni?
Ambil balm ni sapukan di perut. Urut lembut perut anak. Selain tu sapukan juga di tapak kaki. Mudah kan?
Bahan yang digunakan untuk menghasilkan tummy time ni ialah fennel, ginger, lemongrass dan anise.
Calm time.
Time untuk bertenang. Haha.. comel je kan dengar nama dia. Okay, nak cerita lebih lanjut lagi tentang calm time ni. Calm time Tasneem Naturel Balm ni ia dirumus khas untuk memberi keselesaan pada anak. Membantu anak rasa lebih tenang dan ceria je. Tentunya kita nak anak ceria selalu tanpa meragam sepanjang masa kan? Lagi lagi anak kecik. Sebab ta tahu apa yang dia nak sebenarnya.
Cara nak gunakannya, sapu di tapak kaki, nadi belakang telinga dan juga tulang belakang.
Bahan yang digunakan untuk menghasilkan calm time ni adalah minyak pati tulen seperti lavender, bergamot, frankinsense dan juga marjoram.
CF Rub (Cough Flu)
Ianya dirumuskan untuk membantu ibubapa dalam menangani masalah anak demam, batuk dan juga selsema. Kalau anak tak sihat, tak selesa badan, cuba la pakaikan balm ni. Saya memang aplikasi kan pada Zhareef. Sebab baru ni musim sejuk. Lama juga la Zhareef kena selsema batuk. So saya sapukan balm ni. Nampak dia pun selesa je. Siap ceria je lagi bila dah sapu balm ni. Boleh bangun main macam biasa je.
Cara nak gunakan pun mudah aje tau. Sapu balm ni kat tapak kaki, dada, di leher dan juga tulang belakang. Selain tu saya bubuh di atas hidungnya sikit. Bagi rasa lega. Nak nak kalau hidung tu rasa tersumbat kan?
Bahan yang digunakan untuk cf rub ni Eucalyptus oil, cypress, tea tree, dan juga lemon.
Mesti ada yang nak tahu macam mana pula dengan baunya kan? Baunya wangi tau. Smooth je. Bukan bau balm yang kuat tu. Bau yang melegakan macam tu. Memang best la kalau pakai. Anak pun tak la meragam kata bau busuk ke apa. Pastu balm ni tak panas pun. Tak rasa hangat pijar tau.
Mesti ada yang nak tahu, berapa pula harganya kan? Harga yang ditawarkan adalah seperti berikut :
Setiap harga ditawarkan ni, belum termasuk postage lagi ye.
Kat mana pula nak dapatkan balm ni?
Balm ni boleh diperolehi dari HQ ya. Atau ada yang mungkin tak tahu nak berhubung dengan HQ, boleh juga PM saya untuk saya bantu dalam membuat pembelian.
Website : https://www.tasneemnaturel.com
Instagram : https://www.instagram.com/tasneemnaturel
HQ : 011-2096 4665
Review : Pillow By Printcious
Assalamualaikum.. Hi readers!
Waktu gini baru berkesempatan nak menaip kat blog kesayangan ni. Haritu terhold sekejap entri review tentang barangan yang saya order di printcious. Sebelum ni saya ada share kan tentang "Bagaimana Cara Untuk Shopping Di Printcious".
Untuk entri kali ini, saya nak share kan hasil yang saya terima setelah saya membuat tempahan tentang barang yang saya inginkan.
Haritu saya dah bagitahu kan yang saya designkan bantal. Kenapa bantal? Kenapa taknak pilih barangan lain? Sebab bantal boleh dipeluk peluk. Hehehe..
Kali ini hasilnya sangat sangat saya berpuashati. Sebab? Gambarnya full cetakan tau pada kain. Bukan macam sebelum ni. Sikit je cetakannya. Sepenuhnya ruang pada kain dicetak. Memang best la terpampang gambar kita tu disitu.
Untuk kali ini, saya letak kan gambar 4beranak sempena ulangtahun perkahwinan yang ke-4. Terpampang penuh muka kitaorang 1 family. Best sangat dapat designkan gambar sendiri pada barang yang kita inginkan. Jadi barang tu memang sangat bernilai la pada diri kita kan.
See, cantik tak? Cantik tak?
Hehehe.. Suka sangat dengan bantal ni. Rasa macam '' waaaaaa, terkagum sekejap tengok bantal ni"..
So, Kalau korang pening kepala pikir kat mana nak buat tempahan tu, apa kata korang singgah je web rasmi printcious tu ye. Mudah, dan cepat juga penghantaran nya. Selamat mencuba!
Korang kalau berminat, jangan lupa tau terjah www.printcious.com
Assalamualaikum, Hi!
Selamat Tahun Baru 2018!
Berakhir sudah tahun 2017 kan. 365hari kita semua berjaya tempuh.
Bagaimana agaknya dengan tahun 2018 ni?
Harap-harap tahun 2018 ni banyak sinar baru untuk diri sendiri, keluarga juga kawan-kawan yang dikasihi.
Erm..
Apa plan-plan korang untuk tahun 2018 ni?
Yang bujang adakah bakal menamatkan zaman bujang?
Yang dah sah tu adakah bakal menambah cahaya mata? heheh
kalau tanya plan saya, tengah cuba kuatkan semangat untuk lebih majukan kehidupan.
Dengan harapan lainnya, berharap bisnes dapat berjalan dengan lancar.
Anak-anak akan diberikan kesihatan yang baik.
Keluarga sentiasa dilindungi Allah..
Dan berharap sangat dapat bagi lebih lagi komitmen untuk blog.
In Shaa Allah =)
Iklan sikit. Ada lagi tak yang berminat untuk dapatkan Muslim Planner ni? RM25 sahaja untuk 1 buku. Belum termasuk postage lagi. Yang berminat, boleh direct whatsApp saya ye.
www.wasap.my/601124181178
Nota hati : Moga Allah limpah ruahkan rezeki dari blog juga. Amen..
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons