Bagaimana Cara Untuk Shopping Di Printcious?

Monday 11 December 2017

Hi, 
Assalamualaikum..

Hari ini saya nak share sikit tentang sat website yang korang boleh terjah bila korang kehabisan idea nak pikir hadiah yang sesuai sangat untuk diberikan kepada seseorang. Kenapa kena terjah bila dah kehabisan idea? Kenapa kena pilih dia bila tak sempat nak pergi beli hadiah tersebut?

Meh nak cerita, harap baca la sampai habis ye. Sian kita tulis panjang lebar ni. hihi
Dah nama pun website. So, korang boleh la terjah bila-bila masa time korang free. Luangkan masa sekejap terjah, pasti korang akan tertarik nak pilih sesuatu dari situ.
Dan lagi satu, korang dah jimat masa & tenaga bila beli disitu. Secara online kan. So korang pilih,pilih design kan then bayar. Cukup masa barang pun sampai.

Ehhhh, website apa tu?



Haaaaa.. apa lagi kalau bukan www.printcious.com. Siapa rajin shopping kat situ? Baik ngaku cepat. hehehe..

Kali ni saya nak buat sesuatu untuk kenangan. Hadiah anniversary ke 4tahun perkahwinan gitu. Tiba-tiba jeeee rasa nak create sesuatu. So, kita share la ye macam mana cara nak berurusan dengan printcious ni ye.


Macam saya already member. Ehh, dah daftar siap-siaplah kan sebab kita nak shopping kat situ. Kalau belum pernah daftar, korang klik pada >> JOIN US << tu ye.


Bila dah daftar, korang pilih la nak buat design apa. Boleh tengok dekat shop atau Create tu ye. Ada beberapa item korang boleh pilih pilih tau.



Ni adalah contoh bantal kalau korang nak designkan bantal tau. Ada bentuk love. Ada throw pillows. Nak tahu apa agaknya yang saya pilih untuk didesignkan?


Dalam banyak banyak item tu, saya tertarik la nak designkan bantal. Ntah kenapa la nampak cantik je. hehehe..
Lagipun rasa macam best je dapat designkan bantal. Korang boleh choose tau nak guna je gambar yang dah ready kat situ atau nak deco gambar sendiri. Macam saya, semestinya la nak keluarkan ilham deco gambar sendiri.


Saya memilih untuk mendesignkan sendiri. So rujuk gambar atas tadi, saya pilih bantal yang bertulis >> Your Design Here <<


Bila dah ke step ni, korang pilih la background yang korang nak. 


Macam saya, saya memilih background berwarna hitam. Bila dah pilih background, korang boleh klik pada >> Image <<


So, korang boleh la pilih nak masukkan gambar siapa. Atau gambar apa la yang menjadi pilihan awak. Gambar tu korang boleh la pilih, nak ambil dari instagram ke, dari facebook ke atau korang nak upload baru dari files ke..

Macam saya, saya upload je dari files. Senang. Sebab gambar-gambar memang tersimpan disitu.


Contoh disini, saya ada 2 pilihan gambar. So, saya kenalah pilih salah 1 diantaranya. Bila dah pilih, saya klik pada gambar tersebut. Lepas tu klik pada perkataan  >> Insert


Lepas dah masukkan gambar, rasa macam nak masukkan sedikit ayat la pulak. So, klik pada perkataan  >> Add Text

Pastu korang boleh pilih huruf pilihan korang. Nak senget benget ke, nak yang haluihh ke.. gemok montok ke.. sila la buat pilihan ye. hehe


Untuk bahagian side hadapan, saya memilih untuk deco begini. 


Untuk bahagian belakang, saya juga memilih untuk meletakkan background berwarna hitam. Korang buat macam step pertama tu balik tau.


Disebabkan bahagian belakang pun boleh didesignkan, jadi bahagian belakang pun saya memilih untuk meletakkan gambar. Dah bahagian depan gambar anak-anak. So, bahagian belakang gambar mama ngan ddy nya pulak la kan. Baru la adil
hehe

Bila dah rasa puashati design semua, klik je  >> DONE


Bila dah klik Done, maka akan keluarlah nanti macam ni. Korang tak perlu risau, kalau rasa macam nak kena edit balik, klik dulu >> Edit My Design Again tu ehh.. Kalau rasa dah malas nak designkan, korang boleh la >> Add To Cart !

Haaaa, Settle!..

Bila dah add to cart, korang follow je step untuk membuat pembayaran tu eh.. 
Ada ke yang nak kan tutorial pembayarannya?
Kalau ada, nanti saya share ye. ^_^


Next saya share hasil design saya ni tau.  ;)

11 comments

  1. Best jugak... Boleh design sendiri dalam web tu jugak.

    ReplyDelete
  2. Mmg best shopping di printcious.com boleh design sendiri gift yg kita pilih.terbaik

    ReplyDelete
  3. Dh byk kali shopping kt printious ni. Kualiti brg depa

    ReplyDelete
  4. Buat hadiah birthday atau bg hadiah kahwin pun boleh kan.. Tgk harga2 produk dia ok jgk.. Lawa tgk bantal bercetak tu..

    ReplyDelete
  5. Buat hadiah birthday atau hadiah kahwin pun boleh jgk kan.. Harga dia pun ok.. Suka tgk cetakan bantal tu..

    ReplyDelete
  6. teman paling suka bantal kusyen.. hahaha.. buat design sendiri dekat bantal tu.. cantik dan bole jadi kenangan kan

    ReplyDelete
  7. Boleh buat hadiah kahwin untuk kawan ni. hehehe Tak sabar nak tengok final design and hasil nya nanti. Jangan lupa share taw hehehe

    ReplyDelete
  8. Bagus sebab leh design sendiri...best buat dekat bantal erk

    ReplyDelete
  9. Hari tu nak buat topi ada logo sendiri, lupa nak buat ni tengok entry ni baru teringat

    ReplyDelete
  10. Bestnya. Boleh buat personalize hadiah untuk yg tersayang

    ReplyDelete