Sponsor

Thursday, 14 December 2017

Asam Pedas Gaya Masakan Melaka.

Hi, assalamualaikum.

Asik tertangguh je nak taip bagi habis. Taip sikit draf. Taip sikit, draf. Okay la, harini nak cerita pasal masakan la pulak. Lama dah tak bebel pasal masak memasak ni kan. 
Errkk.. boleh ke buat tajuk macam tu? Haha..
Macam gempak jeee kan cara masakan tu. Kita takde la terror dalam masakan pun. Tapi boleh la, dalam tak reti tu, boleh lagi la buat anak & suami kekenyangan.


Asam Pedas Gaya Masakan Melaka.


Saja la nak share pasal Asam Pedas. Cerita pasal asam pedas la dalam entri kali ni ye. Actually, lepas kawen pernah la try buat asam pedas. Tapi macam 'gagal' je. Hehehe.. 2x jugak la buat. Macam tak menjadi. Diri sendiri nak makan pun macam takde feel. 😅

Masa sebelum kawen selalu je tolong mak buat asam pedas. Tapi yela, tolong tolong je la pun. Bukan dari air tangan sendiri yang buat dari mula hingga ke akhirnya.
So bila dah kawen, dari mula sedia bahan, sampai ke memasak, rasa macam lain je. Paling tidak mesti salahkan cili giling. Sebab selalu pakai cili giling beli je. Selalu cakap, kenapa la warna dia tak merah sama macam mak buat. 

Pastu, adik ipar (adik ddy Zara Zhareef) suka masak asam pedas. Kita suka asam pedas dia buat. Sedap. Pekat. Suka yang tak tahannya pedas je la. Kita kan tak tahan pedas. Hehe..

Pastu belajar la dengan dia. Berguru dengan mak sendiri tak menjadi,kan asam pedasnya.
So tanya la dia, apa yang dia bubuh dalam asam pedas dia bg kuah pekat tu.

So, bila dah tanya, dapatlah tahu bahan lain yang dia bubuh.
Nak tahu apa?

"Halba"..

Oohh.. halba rupanya tuk memekatkan kuah dia. Huhuhu..
So, dengan keyakinan yang tinggi gitu, satu hari tu teringin la sangat nak makan asam pedas. So keluarkan je la ikan yang ada dalam freezer. Haha.. Tak tahu la ikan apa. Sebab beli ikan dengan mil di Melaka. Dia siang ikan dia, dia siangkan sekali ikan tuk kitorng. So memang keluarkan tuk masak je la. Sebab dah pack 1-1 plastik.

Pastu ais dah habis masa nak masak tu tengok tengok ikan siakap. Blurr jap. Boleh ke ikan siakap masak asam pedas???? Bukan selalu siakap masak 3 rasa atau stimkan ye?? Dek kerana teringinkan asam pedas, bedal la jugak. Haha.. sorry ye, kita bukan penggemar asam pedas. So tak berapa tahu sangat ikan apa yang sesuai. Tapi lepas ni dah tahu kut sebab dah tersuka asam pedas dah. Heehe

Untuk kali pertama buat asam pedas ikan siakap adalah seperti dibawah. ⬇
Mula mula buat togel gitu je lauknya. Ikan dan kuah semata. Sebab bendi takde dalam stok .





Hat gambar kedua tu setelah diolah pada malam hari kejadian. Petang tu kebetulan keluar pergi barang dapur. So cari bendi. Malam tu, panaskan kuah balik, keluarkan ikannya dahulu sebab taknak isinya hancur. So masakkan bendi dengan kuahnya. Alhamdulillah. Nampak lengkap je bila dah ada bendi. 



Gambar ketiga ni pulak masakan hari isnin (11.12.2017)
Kebetulan ada beli bunga kantan, bendi pun ada. Dikuahkan menjadi asam pedas juga. Gunakan ikan kembung pulak. 

Setakat ni berjaya buat asam pedas macam adik ipar masak. Yeayy.. ddy zara makan pun takde pulak complain apa apa. Means berjaya la tu. Hehehe..



Tukang masak : Ddy zara request, nak beli ikan pari suruh masak asam pedas macam tu. 

6 comments:

  1. Huhu... Makan dengan nasi panas.Boleh tambah nasi dibuatnya 😂

    ReplyDelete
  2. nampak sedap.pernah pergi ke melaka makan pedas kat restoran popular tu.(^_^)

    ReplyDelete
  3. Org melaka dan asam pedas berpisah tiada

    ReplyDelete
  4. Halba tu tumis ke? Sha pun baru tau nie.. nanti boleh cuba..

    ReplyDelete
  5. dah ada bendi dengan kantan baru nampak cantik sikit :D

    ReplyDelete
  6. x minat sgt asam pedas but bila dpt yg sedap i can't resist. hehe

    ReplyDelete

Comments