Assalamualaikum..
hai semua..
Before
ni kan saya pernah cerita yang umah saya duduk ni penuh dengan serangga apa
ntah kan.. sekarang ni ntah musim apa, punya banyak rama-rama dalam umah ni.
Tempat
yang disukai bilik air dengan dapur. Adeh, pening saya dibuatnya. Saya dah la
tak suka rama-rama. Bukan tak suka. Tapi saya geli dengan rama-rama ni. tak
kira la kecik ke besar. Sama je pada saya gelinya tu.
Sekarang
ni banyak pula rama-rama besar masuk dalam umah ni. tak tahu la saya nak buat
macam mana. Dia masuk ikut mana pun saya tak tahu. Sekarang ni ada lebih dari 5 ekor
besar-besar pula tu yang menempek dalam bilik air. Tu yang besar ye.. belum
lagi kira yang kecik-kecik.
Sampai
1 tahap nak masuk bilik air pun susah. Haha.. walaupun rama-rama tak gigit,
tapi terbayang-bayang kalau dia melekat singgah atas kepala ke, kat badan
ke..geliiiiiiiiii..
Macam
mana eh nak elak rama-rama masuk umah..? ada sapa-sapa tahu?
Assalamualaikum..
hai semua..
Harini
genap 24week. So dah masuk 6month. Cepat je masa tu berlalu kan?
Alhamdulillah.. setakat ni dapat harungi semuanya dengan sabar dan
tersangatlaaaa sabar..
So,
harini just nak share tentang 5month pregnancy. Even orang akan kata, ‘alaaa,
itu pun nak cerita’, tapi tak kisah la.. ni kan kisah masing-masing kan, so apa
salahnya kita share. Sekurang-kurangnya akan datang bila belek-belek balik
entry lama, tahu juga apa yang terjadi kan?
Sepanjang
kandungan 5month, Alhamdulillah ada juga perubahan. Dari segi alahan tu ada
juga la kurangnya. Alhamdulillah, muntah tu dah takde rasanya. Cuma pening tu
masih ada haritu. So, alahan muntah-muntah saya kena sampai masuk 5month baru
stop.
Ingatkan
muntah2 ni akan kena dalam tempoh yang lama. Risau la juga. Lembik dibuatnya
kalau asik muntah-muntah je. Syukur dah stop. Hope janganlah tetiba ter’ada’
balik. Setakat ni pening masih ada. Tapi dah kurang juga. Yang penting kena
pandai control keadaan.
Before
ni kalau terbau asap rokok en.suami je mesti uweeek.. pastu pusing kepala, Ya
Allah, Tuhan aje la yang tahu macam mana. Lembik, terlepek saya dibuatnya.
Memang tak boleh nak buat apa pun. If berdiri kejap pun dah rasa lain macam.
Macam nak pitam pun ada. Syukur sekarang dah kuat sikit. Sampai 1 tahap bila
en.suami nak smoke mesti keluar. Sebab tak sanggup nak tengok saya pusing
kepala.
Pastu
sampai sekarang tak berani nak makan sardine. Tak kira la masak buat lauk ke,
karipap sardine ke, apa-apa la yang berkaitan dengan sardine, tak boleh nak
masuk. Yang ni start dari awal pregnant lagi. Tak tau sampai bila baru akan ok.
Lepas makan pening, pastu uweek balik. Dulu roti sardine la paling suka. hehe
Pastu
kuat rasa nak tido. Haha.. yang ni tak boleh nak kata apa la. Pantang ada
peluang je, mesti nak lelap jap. Kalau en.suami dah pergi kerja dalam pukul 9
tu, kalau takde apa nak buat, mula la baring-baring, pastu lelap mata jap. Tapi
bukan la tido beria pun. Tido-tido ayam juga la. Takut kang tetiba en.suami
balik tak sedar. Hehe
Tak
pun tetiba kang en.suami call ke, sesiapa call ke, tak perasan pula. Pastu
kalau en.suami habis duty pagi, dia balik rehat, pastu tido, saya pun ikut join
sekaki. Haha. Padahal baru bape jam bangun tido.. haha.. Tapi tu pun kalau kerja dah selesai atau rasa badan tak berapa
nak sihat la. Peluang jangan di lepaskan. Hehehe
Erm,
pastu saya selama 5month kalau mandi mesti nak pakai Dettol. Tak boleh nak
pakai sabun wangi-wangi. Pening. Alhamdulillah, sekarang ni dah cuba-cuba pakai
sabun mandi selain dari Dettol. Bukan apa, payah juga camni kan. Tapi kalau
sebelum ni, selama 5bulan ni, bau Dettol la yang saya rasa sedap pun.
Kalau
masa mabuk teruk dulu, time muntah-muntah bau sabun Dettol tu la buat rasa
tenang. Haha.. Tapi saya tak la kronik sampai bawa tido ke, simpan dalam
handbag ke apa. Nanti jadi macam kawan kita si anis tu. Sampai bawa tido kan
anis.. hehe.. Tapi tu la orang kata pengalaman mengandungkan?
Pastu
suka sangatlah nak makan roti canai. Haha.. Alhamdulillah, dah berapa kali juga
la dapat makan roti canai ni. Kalau hari cuti, en.suami nak kuar basuh kereta,
mesti pesan nanti belikan roti canai. Buat masa ni dia layankan je. Sebab saya
mesti makan punya. Even dia kata tak elok makan selalu, tapi saya kalau dah
nak, nak laaaaa juga. Sekali makan 2keping. Hehehehe..
Kalau
en.suami belikan digerai dekat PERNAMA ni, roti canainya kecik. So 2keping tu
sekali settle je la. Kalau makan kat luar, sekeping cukup dah. Nak-nak kalau
makan roti telur. Sendat perut dibuatnya. Saya naik fobia kalau nak makan mee
ke, bihun ke kalau kuar makan. Sebab lepas makan mesti pening. Yang tu tak
sanggup tu. Maybe sebab masakan tu ada ajinamoto kut. Agaknya la..
Pastu
sampai ke sekarang ni, pagi still tak boleh minum minuman panas. Tak kira la
air teh ke, milo ke, horlick ke, nanti badan mesti rasa lain macam. Rasa macam
orang tak sihat je. Seram sejuk.. So kalau makan kat luar sekalipun, mesti
pesan air sejuk. Tak kisah la orang nak kata apa pun. Asalkan lepas makan minum
tu tak kuar balik, ye dok?
Sekarang
menggila minum cool blog. Pantang nampak, mesti nak beli. En.suami pun tak
kisah. Sebab saya cakap juga kat dia, kalau minum cool blog ni, nak-nak time
letih ke, takde selera ke, ianya macam pemberi tenaga pula. So layankan
ajelah.. pastu senang nak monitor baby gerak. Sebab dia suka sangat aktif kalau
saya minum cool blog. Hehe
Alhamdulillah
juga, masuk 5month dah boleh rasa tendangan baby. Ya Allah, nikmatnya Allah
saja la yang tahu. Risau tau kalau tak rasa-rasa baby gerak ni. sebab bila pergi
checkup, nurse mesti tanya dah rasa ke belum baby tendang-tendang. Bila dah
rasa tu, lega sikit hati ni.
Pastu
kalau kita usap2 perut time malam, dia mesti bagi respon. Bagi respon yang kuat
dari waktu siang. Pastu dok mengeras setempat. Kadang terbonjol kat belah kiri.
Pastu suh ayh dia rasa. Dia akan ajak main dok aktif pukul 12malam. Tiap hari
camtu.
Tu
la antara perubahan saya selama 5bulan baby membesar. Alhamdulillah.. Nikmat
Allah yang sangat-sangat bernilai buat kami berdua. InsyaAllah kawan-kawan yang
belum ada rezeki tu jangan bersedih ye. Entry saya bukan nak buat siapa-siapa
sedih. Sekadar nak berkongsi pengalaman saya je.
1. Alahan muntah
stop masuk 5bulan. Pening pun dah berkurang.
2. Tak boleh bau
rokok. Nak-nak en.suami smoking. Memang rasa lembik macam nak pitam. Sekarang dah
ok sikit dah.
3. Tak boleh
sentuh sardine.
4. Kuat tido. Ni
kalau tak pregnant pun memang suka tido. Tapi time pregnant ni lagi lagi lagi
kuat rasa nak tido tu. Hehe
5. Suka bau Dettol.
Tapi sekarang dah kurangkan pakai Dettol, cuba pakai produk lain. Tapi still
tak boleh bau wangian yang kuat dari orang lain.
6. Fav. sangat
dengan roti canai. Terasa nikmat bila dapat. Hehe
7. Masih tak
boleh minum minuman panas time pagi-pagi.
8. Menggila dengan
cool blog. Terasa cool sangat bila dapat minum.
9. Tendangan baby.
Akan
datang saya share cerita lain pula ye. J
Assalamualaikum..
hai semua..
Hari
sabtu dgn ahad lepas kami berdua turun Melaka. Niatnya sebab nak pergi celcom
centre. Sebab masalah dengan celcom wifi en.suami. haaa, apa yang masalahnya
dengan celcom wifi tu, nanti saya cerita dalam entry lain eh.
2hari
berturut-turut kena pergi sana. Mulanya hari sabtu tu sebab nak selesaikan
masalah en.suami tu la. Sekali tak dapat nak settle. Pastu kami pun jalan-jalan
la kat jusco. Actually nak settlekan masalah celcom tu kat jusco tu juga. Pastu
broadbandnya tak bawa. So tak dapat nak settle.
Sambil
jalan tu dah perasan dah pakaian baby. Tengok dari jauh je. Pastu cakap dengan
en.suami nanti kita tengok baju baby nak. En.suami okey je, tapi settle kan hal
dia dulu. Masa tu hari sabtu. Tapi sebab dah petang, tak dapat la nak survey. Sebabnya
kami tak bawa pun baju kalau nak singgah tido umah m.i.l. So dah petang kena
gerak balik.
En.suami
cakap nak datang balik ke jusco tu hari ahad. Pastu kitorng gerak awal pagi. Lepas
subuh kitorang gerak. Maksudnya kul 7 lebih la. Siap breakfast kat luar lagi. Jalan
slow-slow, singgah makan, so sampai jusco dalam pukul 10. Time tu lengangnya. Nikmatnya
kalau nak shopping. Hehe
Pastu
dah settle hal en.suami, saya niat nak cari baju. Tengok AEON ada sale. Tapi takde
pula baju yang berkenan. Sekali en.suami dok ajak tawaf mall, nampak bahagian
baby. Saja test kat en.suami, jom kita beli baju baby. Hihihi.. time tu punya
la geram sebab baju baby comel-comel. Dengan macam-macam patternnya. Rasa nak
borong je. Dah la ada sale. Murah-murah even ada jenama sekalipun.
Kebetulan
pula ayah baby kan dah gaji. Hihi.. so peluang la nak beli sikit. Masing-masing
duk geram dengan baju baby. Tapi tu la, kitorang tak scan gender lagi. Jadi beli
secara rawak je la kalernya. No pink kaler ye. Haha.. tetiba rasa macam baby
boy je dalam perut ni. hihi
So
beli la 3pasang baju, 2 pasang set sarung tangan dengan topi. Topi tu ayah baby
yang excited. Hihi.. saya pula nak beli yang lain rasa macam nanti la dulu. Sebabnya
tak nak nanti kalut beli, terlepas bajet. Pastu ada barang yang perlu tak beli,
barang tak perlu banyak terbeli . Jadinya kitorng beli yang tu pun sebab lepas
gian jap sebab dah tak sabar nak beli.
So,
next time lepas dah scan kitorang akan shopping tanpa was-was. Baru rasa puas
kan. Kalau tak nanti asik terfikir-fikir nak ambik kaler apa. List pula tak
bawa haritu. Jadinya next time kena shopping barang baby la. Barang mummy dia
hold dulu pun takpe.
Ya
Allah.. rasa macam tak caya je dah nak ada anak sendiri. Rasa macam mimpi je. Yela,
baby first kan? Rasanya semua orang pun camtu juga. Semua orang pun akan
lebihkan anak dulu dari mummy daddynya kan?
Disebabkan
haritu 2hari berjalan jauh je, perut pun sampai naik krem. Rasa mengeras je. Ya
Allah, cuaknya rasa. Jenuh nak monitor baby gerak ke tak. Dengan keadaan kita
yang penat, pastu tak boleh nak tahu. Usap-usap perut pun tak rasa dia gerak. Rasa
macam nak check kat klinik je.
Pastu
ahad malam tu saya masuk tido awal. Rehat. Sebab nak rasa baby gerak. Syukur sangat
bila baby tendang punya kuat. Nak bagitahu yang dia ok la tu. Tak dapat nak
bayangkan lepas ni macam mana la nak shopping barang baby lagi. Jalan banyak
je, perut dah mengeras-ngeras. Pastu penatnya jangan cakap la. Tak boleh nak berdiri
lama. Rasa nak pitam.
Lepas
ni ada peluang tuk beli barang je, nampak gaya kena beli. Dah la nak dekat
puasa, confirm la time tu tak larat nak bawa diri. Dengan orang bersesak-sesak
nak shopping raya. Huhuhu..
Okay
la, siapa yang duk Melaka tu, kat jusco ada sale tau sekarang ni. sempena
father days. So apa lagi. Pergi la cuci mata. Hihi.. yang saya pergi ni AEON
yang dekat dengan station bus Melaka central tau. Bukan jusco ayer keroh. So,
happy shopping uollss.. ;)
Assalamualaikum..
hai semua..
Sejak
duduk rumah jadi surirumah sepenuh masa ni, makin pening pun ada saya
dibuatnya. Bukanlah pening apa, setakat kemas umah ni okay la lagi. Apa la
sangat kalau setakat sapu umah, basuh pinggan, basuh kain sume tu. Kerja dah
biasa buat yang tu.
Bab
yang memeningkan tiap-tiap hari adalah masak. Haaaaa, bab masak ni memang
pening. Ye, saya akui, saya memang la tak berapa nak pandai masak. Takde la
cekap mana pun. Tapi setakat yang mudah-mudah tu mampu lagi la buat.
Tapi
yang peningnya bila fikir, ‘apa nak masak harini????’ haaaa, bab ni yang lemah
ni. pastu pula bahan nak masak tak berapa nak ada. Adehh, pening tau bab ni.
lagi pening ada masakan yang en.suami suka, ada yang dia tak berapa nak suka.
Bila
tanya nak masak apa, mesti dia cakap ‘masak la pape’.. huaaaaa, pape tu apa??? Patut
la sebelum ni mak selalu tanya kitorng ‘nak makan apa harini’.. senang mak nak
masak. Sekarang kena kat diri sendiri, baru tahu camne..
If
ada buku resepi sekalipun, kalau bahan tak cukup pun jadi masalah juga kan. Kalau
ikut buku masakan, bila dah masak en.suami tak makan pun jadi masalah juga kan.
Haha.. tu la yang buat kita pening sekarang ni.
Sometimes
saya rasa saya masak pusing-pusing lauk tu je. Hehehe.. nak buat camne.. itu je
yang mampu buat. Ehhh, bukan.. dah memang hari-hari pun kita kena makan kan? Jadi
hari-hari kena masak. Bila dah masak mula la rasa hari-hari macam masak yang
sama je.. ye dok?
Tu
la yang pening bila jadi fulltime housewife.. ;)
Assalamualaikum..
hai semua..
Harini
kena pergi checkup. Sepatutnya 26 mei ni. tetiba semalam nurse call suh datang
harini. Sebabnya hari isnin depan katanya ramai orang. Saya paham. Sebabnya hari
selasa tu orang nogori cuti. Cuti israk mikraj.
So
semalam bila nurse tanya boleh datang ke tak, terkejut jap. Terkejut sebab
ehhh,kenapa macam cepat je kena checkup. Haha. So cakap kat nurse, ok, boleh je
datang. Sebab fikir baby. Kalau fikir diri sendiri memang takde maknanya nak
kata ‘ye’ tu kan.
So
tadi pergi la checkup pukul 3 petang. Alhamdulillah. Takde orang. Syok. Tetiba nurse
macam terkejut. So bila bagitahu nama baru dorang teringat. Haha. Dorang terkejut,
kita pun ikut terkejut sama. Terkejut sebab salah time ke datang harini.. hehe
Harini
pergi checkup sorang-sorang je. Sebab en.suami duty la. So, semalam masa
bagitahu dia kena checkup, dia terkejut juga sebabnya saya cakap checkup hari
isnin. So bila dia bagitahu tak dapat teman, saya okay je. Set dalam diri, tak
selamanya kena berteman. Fikir positif. Alaaa, kuar dari umah 5minit je dah
sampai HTD tu. Bukan jauh pun. Kalau naik kete la.. :p
Lagipun
dah 2kali pergi tempat yang sama. So tak kekok sangat. Harini checkup okay je. Macam
biasa. Berat naik sekilo. Haha. Boleh laaaaa kan dari tak naik langsung. Jenuh tau
nak naikkan berat badan ni. saya ni jenis kalau makan banyak, pastu nanti esok
esok bila sakit perut, aduhai, jenuh tau. Memulas-mulas perut. Tu yang takut
nak makan banyak-banyak walaupun kadang lapar je sepanjang masa.
Last
checkup 28 april berat 44kg. harini
21 mei berat 45kg. 3minggu naik
sekilo. Boleh la.. janji berat naik, jadi baby pun sebenarnya membesar sama
kan.risau juga kalau berat tak naik ni.
HB macam biasa la. 28 april haritu 9.3. harini 10.3. pening nurse. Hehehe..
sebab turun naik angka tu je.
Orang
lain nak masuk 6month berat dah berkilo-kilo naik. Saya sama je. Masa 3bulan 43.6kg je. Lepas ni nak kena usaha
naikkan lagi ni. Alhamdulillah, selera makan pun dah ok sikit dah dari sebelum
ni. even ada benda yang takleh makan, tapi benda lain boleh masuk. Janji makan.
Agak-agak sampai 9month ni berat saya boleh cecah 50kg ke tak eh.. haha..
Erm,
lain-lain perkara tu okay je kut. Tadi scan dengar denyutan jantung baby. Lega rasanya
bila ok. Bukan apa, terasa macam harini dia kurang aktif je. Risau juga jadi
pape kat dia. Yela, baby kat dalam kita tak tahu dia macam mana kan. Sebabnya tak
nampak. Syukur bila dengar bunyi jantung dia. Baby merajuk ehhh ayah dia tak
dapat temankan harini. Hihi..
Bab
tekanan darah pula, saya pelik sebab tekanan darah rendah balik. Aikkkk.. macam
mana leh turun balik ni. jadi 90/60 balik. Haritu elok dah naik sikit. Maybe saya
penat sikit kut tadi sebab sebelum pergi checkup tu, saya ada turun naik
tingkat 4 ni. fikir positif je la. Sebabnya rasa saya takde la pening sangat
dah sekarang ni. tak macam sebelum ni. pening sesaja.
Esok
kalau ada masa mungkin nak check gigi pula. So kena ajak en.suami la.. malas
nak pergi sorang-sorang sebab tak biasa dengan tempat tu. Awal bulan 6 ni kena
minum air gula pula.. fuhhh, set dalam minda, benda tu sedap.. haha.. kan nurse
dah cakap tadi perisa oren. Haha.. :P
Okay
la.. panjang lebar dah bebel ni. nanti checkup akan datang saya share ye. If esok
pun ada story lain, saya share aje la yerk. J
Mekasih
sebab sudi singgah, baca dan komen.. J
Nota
: harini baby genap 23week..
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons