Assalamualaikum..
hai semua..
Daddy??
OhhMG.. OhhhhMGggggggggggggggggggggggggggggggg.. haha
Rasa
nak gelak pun ada bila en.suami dok cakap ngan baby camtu. Ehhh, memang gelak
pun.. tak tahan betul dengan en.suami ni. kut ye pun xnak la daddy, daddy
sangat. Even dia gurau, saya takut terlekat je.
Bukan
apa, segan mak jemah tau. Kang esok-esok baby lahir, orang makan roti canai
pagi-pagi, baby minta makan pizza pula.. kita makan mee goreng pagi-pagi, dia
minta makan spaghetti pula.. haaaa, ko mampu.. hahaha
Omputih
sangat dia tu kan.. kalau kulit putih xpe. Jangan nak eksyen macam omputih
sudah. Lepuk karang.. haha
Kadang-kadang
rasa kelakar pun ada bila masing-masing cakap ngan baby. Yang ayah dia cakap
camni, mama dia camni. Aduhai.. tapi yang bestnya bila ayah dia usik-usik perut
takde pun dia nak balas. Padahal ayah dia dok ternanti-nanti nak rasa gerak dia
tu.
Tapi
bila ayah dia dah stop usik-usik, pandai pula dia dok tendang-tendang perut ni.
haha.. funny betul sikecik ni ehhh.. ayah dia dah duk dekat, dok cakap ngan
dia, xde pun nak bagi respon eh.. ngade sangat dia tu..
Apa
pun, ni la kenangan yang indah buat semua yang dah rasa nikmat berharga ni
kan.. Alhamdulillah.. syukur Allah izinkan saya rasai nikmat ni seawal ni..
Kawan-kawan
lain yang belum diberi keizinan, jangan sedih-sedih ye.. ada rezeki dari Allah
tu.. Cuma mungkin Dia belum beri je lagi.. insyaAllah kita semua akan rasa.. J
Nota
: now 22week ++ ..
Assalamualaikum..
hai semua..
Hari
khamis baru-baru ni en.suami cakap ada ceramah BAKAT. Ikut hati malas mak aihhh
nak pergi. Punyalah malas sebab nak kena turun naik umah ni ha.. haha.. kalau
boleh nak merap kat umah. Letih la turun naik.
Bila
en.suami bagitahu tu adeh.. lemau rasa badan ni. hehehe.. tapi paksaRELA kan
juga diri ni pergi. Sayang suami kan. Taknak dia kena naik duty 3hari. Ikut je
la arahan en.boss tu..
Masa
pergi tu en.suami cakap nampak wife kawan dia ni. saya kenal la siapa orang tu.
Sekali nampak la kawan tu. Okeh, fine.. ada geng. Lega rasanya. Kali ni tentang
ceramah kutu PERNAMA. Tentang produk Vintage uollss..
Tapi
nasib la saya tak berkenan ngan produk tu. Dah la mahal. Haha.. hadiah kawin
pun tak habis buka. Lagi mau tambah barang. Mana mau simpan. Sekadar hadir je
la haritu sambil dengar. Sambil cuci mata tengok apa yang ada.
Dalam
malas-malas nak pergi tu, tak tau pula ada cabutan bertuah time tu. Haha..
tetiba nombor naik. Alaaa, dapat hamper makanan je pun. Jadilah kan buat hati
yang terpaksaRELA pergi ni balik dengan happy. Haha
Sometimes
okeh je BAKAT ni. Cuma saya buat syarat dengan en.suami. time ni memang larat,
walaupun bila sampai umah tingkat 4 ni, minta nyawa.. sikit hari, dah sarat,
xde la nak turun naik sangat. Bagilah peluang pada orang lain dulu. Lepas pantang
la baru nak join balik.
Huhuhu..
3kali dah kena attend BAKAT..
Assalamualaikum.. selamat tengahari..
Haritu ntah macam mana tersembanglah kami berdua
pasal nama baby. Fuhhh, syok je rasa dok cite pasal baby. Semangat tu tetiba je
datang. Sekali en.suami tanya ada ke saya sediakan nama baby.
Kalau nak diikutkan memang ada. Tapi saya taklah
cakap lagi antara nama-nama tu. Pastu saya tanya juga pada en.suami ada plan
nama ke. Sekali en.suami cakap nak bagi nama baby, nama-nama isteri nabi if
baby perempuan.
Terus telan ailio jap sebab saya tak terfikir pun
ke arah tu. Cuma yang saya nak, if baby lelaki, depannya mesti nak ada ‘Muhammad’..
If perempuan nak ada ‘Nur’.. saya taknak la letak ‘putera’ ke ‘puteri’ ni..
sebab saya memang tak minat macam tu. Lagipun saya bukan dari golongan diraja ke
apa.
Ehh, janganlah ada yang terasa pula saya tulis
camni eh.. sebab saya tahu ramai antara kawan-kawan saya anak mereka nama
camtu.. lagipun tu hak masing-masingkan? Cuma apa yang saya tulis ni dari
keikhlasan hati saya sendiri je. Bukan nak perli sesapa pun.
So lepas ni nak google nama-nama baby berserta
maksudnya. Yang penting ianya ada maksud. Pening juga kan nak pilih nama baby
ni. ada juga beberapa nama yang saya dah pilih. Cuma tinggal nak gabungkan je. Mesti
orang cakap, awalnya syamimi dah cari nama.. takpelah, biar cari awal, supaya
nanti tak la sampai baby lahir, nama pun terkial-kial nak cari.. ye dok?
if kawan-kawan ada link nama-nama tuk baby boleh juga share kat sini ye.. :)
Assalamualaikum..
hai semua..
2-2
saya tak dapat kat sini. Sebulan lebih duk sini, rasa macam susah je nak jumpa
pisang. Samaada pisang yang dah digoreng ataupun pisang yang belum digoreng. Bila
cari kat pasaraya sini, pisang dah masak. Kalau buat cekodok boleh la..
Tetiba
rasa rindu nak makan pisang goreng yang macam selalu mak buat tu. Mak goreng,
tepungnya bancuh sendiri. Rangup je. Haaa, penangannya duk berjauhan ni, pisang
goreng pun sampai rindu-rindu nak makan. Haha!..
Nak
buat camne, bukan tak usaha cari pisang tuk digoreng, tapi tak jumpa pun. Jadi pendam
dulu la hasrat tu. insyaAllah bulan depan nak balik ipoh. Hehehe!.. soooooo
happy. So nak kena buat list ni apa yang nak suh mak masakkan. Hehe
Pisang
goreng ni kan sedap. Makan pula waktu petang-petang. Fuhhh, sedapnyaaaa.. Sabar
ye baby.. tunggu kita balik ipoh nanti kita cari tau kat sana. :p
google
Assalamualaikum..
hai semua..
Orang
kata apa yang kita tak berapa suka sebelum pregnant, mesti kita akan suka bila
kita pregnant nanti. Walaupun ianya bukanlah dalam semua perkara, tapi mesti
ada dalam beberapa perkara tu.
Macam
sebelum ni, masa kat ipoh, mak atau abah selalu juga la beli roti canai. Tapi takde
pun saya nak heran. Kalau 10 kali mak beli tu, mungkin 2-3 kali je makan. Tu pun
mampu makan separuh je. Tak boleh nak habis sekeping, walaupun sekeping tu
bukan besar mana pun.
Tapi
bila dah pregnant ni, ada masa ngidam tu, memang nak juga la carinya kan..
sebulan duk sini, punyalah bersabar nak makan roti canai tu. Bertahan je. Pastu
sabtu baru-baru ni cakap dengan en.suami teringin sangat la nak makan roti
canai. Penangan baby punya pasal, ayah baby carikan tau.
Sabtu
baru ni kitorng bangun pun dah pukul berapa. Pastu niat nak ke Melaka, sebabnya
nanti nak tido umah m.i.l. pastu gerak dari umah sendiri pun dah pukul berapa. Dok
cari la kat mana yang ada jual roti canai.
Dah
masuk tengahari mana nak jumpa roti canainya kan.. haha.. tetiba
terbayang-bayang sedapnya roti canai. En.suami dok tanya juga, nak cari juga
ke.. hehehe.. dah teringin lama, tentu juga la nak kan. Sekali jumpa 1 kedai
ni, dah pukul 12 tengahari okeh I makan roti canai tu. Minta buatkan roti
telur. Fuhh, nikmatnya bila dah dapat.
Ngam-ngam
makan sekeping roti tu, jap je dah lapar balik. Haha. Rasa macam tak cukup pula
la hai.. nak minta tambah I is segan la pula. So ingat esok macam nak repeat je
balik makan roti canai tu. Even bukan kat tempat yang sama.. tapi tetap nak
juga roti canai tu..
*dah
terbayang-bayang roti canai* hukhukhuk
Nasib
la baby minta makan yang biasa-biasa kan. Kalau minta yang luar biasa, botak la
kepala ayah awak tu baby.. :p
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons