Actually semua orang pun pandai masak kan. Masak ni tak perlu terlalu ikut ukuran sangat orang kata. Resepi campak campak jugak yang sedap.
Disebabkan pagi kadang dah tak tahu nak buat menu apa, so keluar la menu breakfast ala western di pagi hari.
Dan dah beberapa hari teringin nak makan spageti carbonara so cik mimi pun ketuk la kuali.
Bahannya cukup mudah. Dan yang penting kena ada paste carbonara tu sendiri la. Kalau tak, kang tak menjadi pulak..
Then bahan tambahan tu cik mimi bubuh la isi ayam sikit. Pastu potong bulat sosej. Kalau anak susah makan sayur, bubuh je sekali. Macam cik mimi campak je carrot, anak jagung, kalau ada brokoli, bubuh je. Sedap ada brokoli. Tapi haritu kehabisan stok pulak. So tak bubuh. Cik mimi gantikan dengan ala ala daun salad. Tak sure apa nama sayur tu.
Then nak bagi kuah tu sedap berlemak, cik mimi letakkan sekali susu cair. Then tambahkan sikit garam serta lada sulah.
In Shaa Allah rasanya sedap dah tu. So senang aje kan. Campak campak dah siap. Opsss sebelum terlupa, kalau nak tumiskan dengan bawang Holland, lagi sedap. Takde bawang Holland jangan nangis, pakai aje bawang merah biasa okay. Kita buat dia. Bukan dia buat kita kan? 💁
Itu sahaja cerita pasal masak masak cik mimi kali ni. Lama betul tak share cerita pasal masak masak kat blog ni kan?
Post a Comment