Azizan Osman Ubah Hidup Anak Datuk K Sangat Deep

Friday 25 February 2022

 Azizan Osman Ubah Hidup Anak Datuk K Sangat Deep


Siapa tidak mengenali akan Datuk Wira Dr Azizan Osman yang merupakan mentor usahawan yang sering menjalankan kelas seminar usahawan pada suatu ketika dulu. Beliau juga sangat terkenal dalam kalangan usahawan sehinggakan menjadi mentor usahawan nombor satu Asia. 


Kini Datuk Azizan Osman bukan sahaja mengadakan seminar usahawan, malahan beliau turut mengadakan kelas bimbingan, program, aktiviti usahawan dan pelbagai lagi inisiatif bagi membantu para usahawan.




Untuk pengetahuan anda, RichWorks International Sdn Bhd yang diasaskan oleh beliau ini telah berjaya melahirkan ramai usahawan jutawan. Bukti jutawan yang dilahirkan oleh beliau sangat ramai dan bukannya sembang kosong sahaja. Jika anda google pun, pasti anda akan mengenali jutawan-jutawan yang dilahirkan oleh beliau.


Heboh dalam instagram anak Datuk K semalam, video di instagram miliknya telah mendapat tontonan seramai 15,000 penonton dalam masa beberapa jam sahaja.


Video Datuk K Telah Memberikan Penghargaan Kepada Azizan Osman



Semalam, Datuk K telah menjemput Azizan Osman untuk makan malam sempena sambutan hari jadinya sendiri. Wah, bestnya dapat makan malam bersama keluarga penyanyi nombor satu Malaysia, Dato’ Siti Nurhaliza! Dalam majlis tersebut, Datuk K telah berucap untuk beliau.


Dalam majlis tersebut sebenarnya Datuk Wira Azizan Osman dijemput oleh Datuk K untuk menghargai jasanya. Jasa Datuk Wira Azizan Osman adalah banyak dalam membantu anak Datuk K, Asyraf Khalid dalam perniagaan dari mula sehinggalah bergelar sebagai jutawan yang berjaya.


Beliau juga turut menerima ucapan terima kasih daripada Datuk K kerana bukan hanya membantu perniagaan milik anaknya, malahan telah berjaya mengubah anaknya menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya. Dahulunya, Asyraf Khalid selalu dikatakan seorang yang tidak berjaya dan selalu menghampakan Datuk K, tetapi kini tidak lagi.



Baiklah, jom kita sama-sama tonton video ini:


Perubahan Anak Datuk K Adalah Disebabkan Oleh Pertolongan Azizan Osman?


Anak Datuk K, Asyraf Khalid kini sudah memiliki perniagaan yang dijalankan bersama isterinya Tya Arifin. Oleh itu, Datuk Wira Dr Azizan Osman ini telah diberi penghargaan oleh Datuk K yang menyedari perubahan tersebut. 


Dalam masa 3 tahun, kehidupan anak Datuk K bertambah baik dan dapat memberi manfaat kepada masyarakat lain juga. Hal tersebut membuatkan Datuk K sangat gembira kerana perubahan ketara yang ditunjukkan oleh anaknya dalam perniagaan dan juga kehidupan.



Anak Datuk K juga menyatakan bahawa impiannya selama ini adalah untuk membuatkan Datuk K berbangga dengannya. Alhamdulillah, impian tersebut telah dicapai oleh Asyraf Khalid selepas Datuk K sendiri telah meluahkan perasaan bangga terhadap anaknya itu.


Jika sebelum ini, Asyraf Khalid dikatakan sering menyusahkan bapanya sehinggakan Datuk K terasa sangat kecewa. Tetapi semalam detik berharga telah dilakar oleh Asyraf Khalid kerana Datuk K telah merakamkan penghargaan kepada mentornya iaitu Azizan Osman. Anak Datuk K turut mengatakan bahawa sebab beliau berjaya adalah kerana Mentor Azizan Osman.


Ujar anak Datuk K,


"Alhamdulillah, semuanya berubah bila bertemu dengan Mentor saya yang betul-betul ubah bisnes Mutyara, malah hidup dan memberikan saya banyak perspektif lebih baik.”


"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada bapa yang membesarkan saya sebegini, sentiasa beri bimbingan, tak berikan saya kesenangan dan sentiasa percaya meskipun banyak kegagalan dalam hidup.”


"Saya ambil kegagalan itu sebagai pengajaran dan terima kasih kepada Mentor yang dapat mengeluarkan potensi yang ada dalam diri ini." 


Azizan Osman Adalah Mentor Terbaik Kepada Anak Datuk K


Pemilik jenama Mutyara ini mengaku bahawa Datuk Wira Dr Azizan Osman merupakan mentor terbaiknya. Mana tidaknya, Azizan Osman dikatakan telah berjaya membawa perniagaannya mencapai jutaan ringgit dalam tempoh tiga tahun berniaga. Antara yang ditekankan oleh Azizan Osman adalah dari segi kepemimpinan diri dan manusia serta hubungan dengan Allah SWT juga diajar dengan lebih baik lagi.



Anak didik Datuk Wira Dr Azizan Osman ini juga mengatakan bahawa untuk berjaya dalam kehidupan sememangnya memerlukan mentor. Jadi, tidak hairanlah kenapa Datuk Wira Dr Azizan Osman ini dikatakan tidak kedekut ilmu sehinggakan Datuk K juga membuka mulut mengucapkan penghargaan kepadanya. Bagi Datuk Wira Dr Azizan Osman, satu kepuasan buat dirinya sendiri apabila dapat membantu usahawan berjaya sehingga mencapai tahap jutawan berjaya dengan RichWorks.


Azizan Osman Diberikan Penghargaan Dan Harapan Daripada Datuk K



Dalam ucapan Datuk K semalam, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada Datuk Wira Dr Azizan Osman. Beliau turut mencemburui dan kagum akan kebolehan yang dimiliki oleh Datuk Wira Dr Azizan Osman kerana telah melahirkan ramai usahawan jutawan yang berjaya. 


“Saya pun cemburu dan kagum dengan Azizan, kerana ada kebolehan membina ramai jutawan yang mana saya tak boleh buat.”


Dalam masa yang sama, Datuk K terasa sangat kagum dengan apa yang dilakukan oleh Datuk Wira Dr Azizan Osman dalam membimbing anaknya itu. Anaknya yang berada di bawah bimbingan Datuk Wira Dr Azizan Osman adalah salah satu contoh yang membuat Datuk K benar-benar kagum.




https://t.me/AzizanOsmanOfficial/14864




“Bayangkan jutawan yang Azizan bimbing ini, boleh mengingati Tuhan, beribadah, bersedekah daripada hasil kejayaan mereka, saya percaya sebahagian pahala akan dapat kepada beliau kembali kerana hasil bimbingan, didikan dan tunjuk ajarnya. 


“Azizan memimpin tangan mereka semua, tunjuk mereka mana longkang, mana tempat nak kena langkah, mana tempat nak kena lompat, awak semua (rakan usahawan jutawan) sangat beruntung. Saya tak dapat ini semua ketika seusia anda dan masa memulakan perniagaan.” 


“Jangan lupa masyarakat lain, di luar sana ada juga orang yang tak berjaya seperti kita, jangan terlalu berbangga dan ego, tapi 'be humble, more humble and more humble', ajar mereka untuk capai kejayaan.”


Datuk K juga memberi harapan buat kita semua di luar sana untuk terus belajar dan mengikuti langkah mereka yang telah berjaya. Dengan bimbingan yang telah berjaya, kita juga tidak akan membuang masa lagi untuk melakukan perkara yang sia-sia. 


Khas buat para usahawan semua, anda boleh ke www.richworks.com untuk melihat usahawan jutawan yang telah dilahirkan oleh Datuk Wira Dr Azizan Osman. Selain itu, anda juga boleh melihat dan mengikuti program bimbingan yang dianjurkan oleh beliau. 


1 comment

  1. 888casino | £88 No Deposit Bonus Codes UK Review 2021
    Read our 888casino review for all about bonus 크레이지 슬롯 offers, 윈 조이 포커 bonus 유니벳 codes and more. Exclusive Slots No Deposit 벳 365 코리아 먹튀 & No Deposit 텐벳 Bonus Codes 2021.

    ReplyDelete