Pengeluaran Khas KWSP.

Friday 1 April 2022

 


Portal Pengeluaran Khas kini dibuka. Permohonan boleh dilakukan di https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/


Sila rujuk panduan pengguna dan soalan lazim di Portal Pengeluaran Khas untuk maklumat lanjut.  


*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*

Hai assalamualaikum semua.. 

Ramai ke yang buat pengeluaran khas kwsp harini?

Harini telah dibuka permohonan untuk membawa keluar duit kwsp, bagi mereka yang masih mempunyai duit Kwsp..


Kalau tanya cik mimi, ye cik mimi memang memerlukannya. Dan dalam proses nak bawa keluar duit Kwsp yang ada. Kalau ditanya memang ada keperluan ke??


Ye memang berkeperluan sangat sangat. Tapi bukanlah untuk membeli emas. Sebab emas setakat ni alhamdulillah dah ada.. tapi untuk keperluan hidup yang lain.. 


Ni bukan tahap terdesak suami takde duit ke apa tau. Tapi sebab duit kita sendiri pun kan. Kita berhak ke atas nya. In Shaa Allah akan digunakan untuk ke jalan yang benar gitu.. 


Kalau kengkawan nak buat permohonan sama, boleh layari link di atas yang cik mimi sharekan mula mula tu ye. 


Ingat ye. Duit bukan senang nak dicari. Andai kata dah bawa keluar duit simpanan hari tua kita ni, gunakan lah dengan sebaiknya. Apatah lagi kita bakal menyambut bulan Ramadhan tak sampai beberapa hari je lagi ni. So sedikit sebanyak duit tu boleh digunakan untuk membeli keperluan raya sama okay..

1 comment

  1. Nak bawa keluar juga... selesaikan urusan-urusan yang tertangguh :)

    ReplyDelete