Saturday, 16 November 2019

Resepi Sambal Kicap Pisang Goreng.


Resepi Sambal Kicap Pisang Goreng - Bila cerita pasal pisang goreng, nikmatnya dimakan pada petang hari kan? Sambil santai-santai seisi keluarga, mungkin berdua dengan suami, sambil menikmati kopi O, terasa nikmatnya apa yang dihidangkan.

Orang selalu kata, pisang goreng ni kalau nak sedap kena ada pencicahnya - sambal kicap pedas. 😋😋
Orang kata, kalau dah namanya orang johor, tak sah kalau takde pencicah nya tu. Memang penambat selera lah! Tapi rasanya kalau bukan orang johor pun, ada je yang suka kan?

Ceritanya pada 11.11.2019 haritu dalam group ada yang promote pisang. Cik mimi dah lama kempunan nak makan pisang goreng. Susah nak jumpa yang puas dimakan. Selalunya orang yang jual akan potong senipisnya kan. So nak puas makan, kena beli sesisir. 



Masa beli tu, pisangnya masih hijau keras lagi. Belum masak. So kenalah peram dulu orang kata. 
Harini tengok dah elok cantik lembut dah. Berbunga betul hati ni. Sebab dah boleh goreng pisangnya. 😁😁😁

Elok pisang dah digoreng, tanya ddy dorang. Nak makan cicah kicap pedas ke? Katanya boleh jugak. 
So, gigih la buat sambal kicapnya. Gunakan segala barang yang ada. 



So jadilah sambal kicapnya. Makan dengan pisang digoreng rangup, fuhhhh nikmat tak terkata. 

So, cik mimi sharekan resepi sambal kicapnya ya.
Anggaran tu agak agak aje la ye..


Resepi Sambal Kicap Pisang Goreng

- Cili Api (agak agak tekak korang nak pedas level mana)
- Seulas 2 bawang putih
- 2-3 ulas bawang merah
- Gula (sesudu 2)
- Sedikit Air

Bahan bahan ni semua diblender, then masakkan atas dapur. Agak agak mendidih, boleh tutup api. 

Selesai. 😍


cara-menjana-pendapatan-tambahan-yang-lumayan-setiap-hari-dengan-bisnes-fingo-buat-bisnis-fingo-jana-income-part-time

11 comments:

  1. saya pernah makan ni sekali sebab saya bukan orang johor, n memang sedap

    ReplyDelete
  2. Pisang goreng. Ubi goreng. Semua sha buat makan dengan sambal kicap. Mahbelous! 😉

    ReplyDelete
  3. Suka makan goreng pisang mmg sedp cicah sambal kicap ni.. Nak cari pisang yang betul nad tak reti.. Hahaha

    ReplyDelete
  4. Goreng pisang biasa zaza mkn mcm tu je.. Kalau cicah kicap tu zaza kurang makan.

    ReplyDelete
  5. Sedapnya sambal kicap.. tapi Kak Sue tak reti nak makam pisang goreng dengan sambal kicap..

    ReplyDelete
  6. Makan goreng pisang tak cicah sambal kicap mmg tak lengkap rasanya

    ReplyDelete
  7. Dulu suka juga makan dengan sambal kicap. Bila dah balik ke utara ni, kawin pulak dengan orang kedah jadi janggal pulak nak makan pisang goreng debgan sambal kicap. Nanti nak cuba la. Mana tau anak2 suka..

    ReplyDelete
  8. Senang je nak sediakan. Orang Johir memang suka makan pisang goreng cicah sambal kicap kan. Akak suka makan macam tu je tak cicah pun takpe

    ReplyDelete
  9. Ooo, masak atas dapur bagi mendidih. Baru shad tau. Dulu masa mula2 jejak nilai,teruja tengok mkn pisang goreng ada cicah. Sedp jugak. Kedah xdak cicah.

    ReplyDelete
  10. Sambal kicap johor paling rare rasa.. Sedap kalau mkn cicah pisang goreng or apa2 yg sesuai..

    ReplyDelete

Sponsor

Comments