Pynocare Dari Biolife Membantu Mendapatkan Tona Kulit Sekata Secara Semulajadi.

Wednesday 20 November 2019


Pynocare Dari Biolife Membantu Mendapatkan Tona Kulit Sekata Secara Semulajadi - Kalau bercerita tentang kecantikan, tentunya kita semua nak sentiasa nampak cantik kan. Tapi kadang kala ada diantara kita nampak cantik, tapi bila dilihat dari dekat, rupanya kita ada masalah tona kulit tidak sekata. Jadi kepada awak semua yang mengalami masalah ini, Cik mimi nak cadangkan pengambilan Pynocare ni. 

Jom kita tengok, apa punca-punca masalah kulit sering terjadi kepada kita semua. 

Masalah ni akan menjadi lebih teruk jika kita terlalu terdedah dengan Cahaya Matahari. Boleh dikatanya faktor penyumbang utama adalah masalah dari cahaya matahari.

Masalah kedua disebabkan oleh Perubahan Hormon. Masalah hormon ni bukan sahaja menyebabkan kita stress, takde mood, tapi boleh membuatkan kulit kita juga bermasalah ye. Selalu yang disebabkan oleh masalah hormon disebabkan oleh kehamilan atau ada mengambil pil kontraseptif.

Masalah kesihatan atau masalah endokrin contohnya seperti tiroid atau berpunca dari masalah Ovari. 

Masalah yang sering sering terjadi ialah bila tersalahguna barangan kosmetik. Contohnya kita menggunakan kosmetik yang bertoksik pada cahaya berlebihan. Contohnya mengandungi Merkuri atau Asid Salisilik.

Dan punca lain boleh terjadi disebabkan oleh masalah pengambilan ubat ubatan yang bertoksik, contoh macam antibiotik atau ubat anti keradangan. 

Sebenarnya, masalah kulit boleh terjadi juga disebabkan oleh Melanin. Jom kita baca sikit info apa itu Melanin?

Melanin merupakan pigmen yang terhasil daripada sel-sel melanosit dan ia memberi warna kepada kulit kita. Penghasilan melanin terjadi di lapisan kulit yang paling dalam dengan bantuan beberapa jenis enzim. Melanosit kemudiannya membawa melanin ke permukaan kulit dan ia menyumbang kepada warna kulit setiap individu itu sendiri.

Bintik-bintik hitam dan tona kulit yang tidak sekata disebabkan oleh penghasilan melanin yang berlebihan pada kawasan yang terdedah kepada pancaran matahari terutamanya di bahagian pipi, atas bibir, hidung dan dagu.



Sekarang ni, masalah tona kulit tidak sekata boleh diatasi dengan Pynocare. Kenapa pynocare? Dan apa yang terkandung didalamnya? 

Phynocare mengandungi Ekstrak Kulit Kayu Pain Maritim Perancis.
📍Ianya kaya dengan procyanidin oligomerik (OPCs) dan bioflavonoid yang berfungsi sebagai antioksidan untuk membantu menghapuskan radikal bebas.
📍 Ianya juga berupaya untuk membentuk lebih banyak struktur antioksidan dengan mengitar semula vitamin C dan menghasilkan Vitamin E.

Phynocare membekalkan Vitamin C
📍 Merupakan antioksidan semulajadi
📍 Membantu melindungi kulit daripada UVA, UVB dan cahaya yang boleh dilihat.
📍 Membantu menghalang penghasilan dan pembentukan melanin.
📍 Bekerjasama dengan Vitamin E 

Phynocare mengandungi Ekstrak D.Salina
📍 Membekalkan sumber semulajadi yang kaya dengan karotenoid, beta-karotena
📍 Merupakan antioksidan semulajadi yang melindungi membran sel dari pengoksidan lipid dan kerosakan yang disebabkan oleh cahaya UV.

Phynocare membekalkan Vitamin E
📍 Bertindak sebagai antioksidan larut lemak utama yang menghalang pengoksidan lipid dan menghapuskan radikal bebas.
📍 Memberi perlindungan UV serta mengurangkan kesan kesan penuaan.



Bagaimana cara untuk mendapatkan kesan sebaiknya? 
📍 Adalah digalakkan untuk mengambil 2 kapsul sehari selepas makan.

Dimanakan boleh mendapatkan Pynocare secara sah? 

Pembelian boleh dibuat di : 
Lazada : http://Biolife.2.vu/Lazada-Pynocare 
CARiNG : http://Biolife.2.vu/CARiNG-Pynocare 
Watsons : http://Biolife.2.vu/Watsons-Pynocare




cara-menjana-pendapatan-tambahan-yang-lumayan-setiap-hari-dengan-bisnes-fingo-buat-bisnis-fingo-jana-income-part-time

4 comments

  1. Pynocare memang bagus diamalkan. Akak tunggu lepas bersalinlah baru amalkan

    ReplyDelete
  2. Ambil ni juga, bgus utk dalam an. Selain me jaga kecantikan luaran

    ReplyDelete
  3. Bagus ya produk nie, macam cantik lah Mimie lepas nie.. ❤

    ReplyDelete