Monday, 30 September 2019

Sagu Gula Merah

Assalamualaikum, hai readers semua..
Lamanya cik mimi tak mengupdate blog kesayangan ni. Fuhhh, bukan biashe biashe kebizian yang melanda ni. Banyak benda nak share, so kita update 1 persatu ye.

Kali ni cerita bab masak memasak. Makin datang kerajinan sekarang ni nak masak memasak memandang kan cik mimi suka mencuba. Dan yang penting suka makan la kan..
Bila dah datang mood nak makan tu, benda boleh buat, kita buat. Bukan kedekut duit nak membeli. Kadang takde orang open order. Kadang tak cukup beli sesikit. Jadi kita buat, makan la puas puas.

Kali ni kisah pasal Sagu Gula Merah. Benda dha lama orang buat, cik mimi baru hegeh hegeh nak buat kan. Nak buat macam mana.. Enjin lambat berasap gitu. Disebabkan nak nak nak makan puas puas, so kita buat. Buatnya pun tidak la susah pun. Bahan pun simple. Tak reti buat, youtube ada. Kan..

Takpe la, cik mimi share kan juga apa bahan diperlukan ye. Kadang bukan untuk orang lain. Tapi untuk diri sendiri juga. Maklumlah, kadang terlupa. 

Bahan bahan :
Sagu (terpulang nak buat banyak mana)
Susu Cair
Gula Merah
Air
Pewarna merah (sirap)

Cara-caranya :


Basuh sagu, dan toskan. Lepas tu rendamkan sekejap. Dalam 10 minit ke macam tu. Kalau rendam, nak masak tu tak lama. Kalau lepas basuh terus masak pun boleh. Cuma dia ambik masa sikit.


Masa masak tu bubuh pewarna merah sirap sekali ye.


Dan selesai masak macam ni, masukkan dalam bekas siap siap. Biarkan dia sejuk.


Masakkan gula merah bagi cair. Nak pekat dan manis mana terpulang ye. Pepandai kawal air dengan gula merah tu. 



Lepas dan masak tu, tapiskan air gula tu terlebih dahulu. Risau nanti ada habuk ke apa ye.
Kemudian curahkan diatas sagu merah tadi. 



Kemudian, letakkan susu cair. Terpulanglah korang nak masak dulu ke tidak ye. Then siap.
Mudah aje kan.. 


Selamat mencuba. Masuk peti sejukkan dulu baru sedap makan. 😋😋

19 comments:

  1. susu tu memang susu yg betul2 dr tin tu lah ye?
    ammi suka makan dessert berasaskan sagu tapi belum pernah sekali pun cuba buat sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah.. Susu dari tin tu. Susu sejat ke apa ekk nama dia. Haha lupa

      Delete
  2. sedapnye lahai... LeYa pun dah lama tak buat sagu gula melaka ni

    ReplyDelete
  3. Fav sis ni..sedapnyaaa. Bolehlah sis cuba buat nanti. Thanks utk resepi ya

    ReplyDelete
  4. Pandainya mimi buat.. Rajin tgk mimi ni.. Ni feveret ni.. Lama tak makan.. Nanti nak cubala.. Haha

    ReplyDelete
  5. makan sejuk-sejuk, fuhhhh~ anak tekak boleh happy ooo~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan sally. Dia punya bahagiaaaa tu.. Fuh.. Hihi

      Delete
  6. oo.. 1st time tengok kaler merah sagu dia tu. memang letak sirap ye mimi? kalau kosong pun boleh kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita beli sagu merah. Tapi kaler dia x pekat. Kalau ksong x menarik je. Nmpk merah gitu tu sebab kamera terlebih chya tu.

      Delete
  7. Teringat masa study dulu ada org dtg jual malam2 dkt kolej. Tgh bosan2 study tu tetiba ada org jual serbu beliii. sedapppp sejuk tu kan heheh Blogwalking weekend sini :D

    ReplyDelete

Sponsor

Comments