Ehh intro kemain panjang. Al kisahnya masa kat hospital haritu masa dah operate la. Dapat bubur. Lauk masa tu ayam masak halia. Sedih kita tau. Kita ni dah la lapar. Sekali dapat lauk camtu. Kalau keadaan mulut okay masa tu takpe la juga kan. Macam mana la nak mengunyah ayam tu.
Sudahnya kita makan bubur sikit, ambil la kuah ayam halia tu sikit. Makan brapa suap je. Tak sampai 5suap rasanya. Rasa tak lalu dah nak makan. Pastu cakap kat ddy zara zhareef. Nanti makan la lauk tu. Sayang je kalau pulang balik, lauk tak makan. Sedap lauk tu. Cuma kita takde mood nak makan dah.
Haaa, ddy dorang dok rasa lauk tu, pastu ddy dorang cakap. Nanti balik mersing masak macam ni eh.. Sebenarnya kita pernah masak ayam masak halia tu. Tapi masa tu pregnantkan zara. Tahun 2014 kita ada masak. Ni dah tahun 2019. 5tahun kemudian baru muncul lauk no balik. Haha..
Bila dah ada request nak lauk tu, mudah la kerja kita kan. So, today kita masak la lauk ayam masak halia ni. Kita tengok ada macam macam cara orang masak lauk ni. Macam kita, kita guna cara goreng. Ada sesetengah orang buat cara kukus kan? Ikutlah mana senang kan.
So kita share juga la resepi kat sini eh.. Mana tahu ada yang nak cuba sebab lauk ni senang dan cepat disediakan.
Bahan-bahan :
Ayam (ikut suka la nak guna bahagian mana)
Bawang merah (dihiris)
Bawang putih (dihiris)
Halia (wajib ada tau)
Tomato
Daun bawang
Lada hitam (ditumbuk bagi hancur)
Tepung jagung (dibancuh)
Air (untuk dijadikan kuah)
Minyak
Sos tiram
Cara-caranya :
- Panaskan minyak. Tumis bawang merah + bawang putih + halia sehingga naik bau atau sedikit garing.
- Masukkan lada hitam. Gaul rata. Masukkan air sedikit kalau terlalu kering. Kemudian masukkan ayam. Gaul rata sehingga ayam betul betul masak.
- Masukkan lagi air biar berkuah. Masukkan sedikit sos tiram dan perasakan dengan garam. Boleh tutup dengan penutup untuk ayam benar-benar masak.
- Bila ayam benar-benar masak, boleh masukkan tomato dan juga tepung jagung yang telah dibancuh tadi.
- Akhir sekali boleh masukkan daun bawang.
salam mimi singgah sini ..feveret la ayam masak halia ni.. memang sedap hii
ReplyDeleteAyam masak halia memang sedap. kalau org dlm pantang pm blh mkn kan.
DeleteKita takleh nak mkn lg. Mulut takleh nak mengunyah. Hehe
sedap ni..blh cuba ni..:)
ReplyDeletesila la ciknor. hehe
Deletemacam sedap aje..tak pernah try buat lagi...boleh cuba ni nanti
ReplyDeleteBoleh la cuba nanti. Sesekali tukar menu. 🤗
DeleteNi antara menu kesukaan suami saya. Lama dah xbuat.. Nnt kena buat la. Kesian dekat dia
ReplyDeleteOo.. Fav suami. Kena buat tu. Mesti dia happy kalau dapat menu fav dia.
DeleteSuka ayam masak halia ni. Tak kisah la lauk pantang pon. Lepas makan dapat rasa badan panas kemudian sendawa banyak kali. Badan pun ringan. Senang nak masaknya tu. Hehe
ReplyDeleteBetul. Syoknya makan macam ni dia bantu keluarkan angin dalam badan la kn.
Deleteni makan nasi panas2 sedap hoi hihi..tp k.el blum try lagi resepi halia ni..nti boleh try resepi ni
ReplyDeleteKena try kak El.
DeleteMesti dah buat nanti akan rasa nak lagi. Hehe
seriously, halia kena byk. seimbang dgn garam & gula (aida sprinkle skit la).
ReplyDeletesedap menghirup nyer nanti.
anak2 aida akan sprinkle kicap manis plak. hmmmm memang licin la mangkuk lauk, mimie.
Adik akak dalam pantang pun dh 2-3 kali akak masak kan lauk ayam halia ni tapi jenis kukus ayam tu dulu..org x pantang pun suka makan..selalunya kena buat banyak...
ReplyDeletesedap dan nampak mudah jer nak sediakan. ni kalau demam atau selsema memang jadi lauk yang paling menyelerakan...ingat nak try buatlah nanti
ReplyDeleteFav sis ayam halia ni. Buang segala angin kalau makan..hehehe. Kalau makan ni mau berpinggan pinggan akak makan
ReplyDeletewah sedapnya nampak. boleh la try nanti sebab mudah je masak especially utk org bujang mcm kite hahah
ReplyDeleteSedap & mampu membangkitkan selera makan. Lauk ni la dok makan masa dalam pantang. Pernah juga masak kat rumah tapi tak dapat sambutan, mungkin kurang rasa. Nanti nak cuba lagi la. Mungkin selepas 5 tahun juga. Hahahaha.
ReplyDeleteOk nampak sedap dan mudah dibuat.. Hehee.. Boleh cuba ni. .Bahan pun takdela susah mana kan.. Cuma daun bawang dan tomato je takde. .Harini leh cari esok boleh buat.. Hehehe
ReplyDeleteI kalau masak ayam halia..I perap ayam dengan tepung jagung dengan garam lepas tu goreng separuh masak. Lepas tu baru tumis dengan bahan macam resepi you. Last sekali sebelum angkat gaul sekt dengan minyak bijan. Sedap gak!
ReplyDeleteSedapnya sis. Nanti nak cubalah. Nampak macam boleh try ni. Hehe
ReplyDeleteBoleh try aih.. Sebab menu ni simple dan cepat je nak dibuat.
DeleteSaya suka sangat makan ayam halia. Thank you for the recipe. Boleh try ni
ReplyDeleteLooking at this on the early morning really give a big craving now.. oissh... sure gonna cook this for today
ReplyDeleteKte pun suka ayam halia ni. Senang,simple dan sedap heheh tp sbb kte suka pedas dan tak ada anak kecil nak makan so kte suka tambahkan sedikit cili api
ReplyDeletewahhhhhhhhh! tak pernah try lagi menu ni! btw thank you awak for sharing. Bahan dia simple gila! nnati kita nak cuba buat :D
ReplyDeleteBonda belum pernah lagi cuba resepi ni....boleh juga hujung minggu masak utk family....sedap nampaknya tu...pagi2 lagi dh nampak lauk...tetiba rasa lapar plak ni...
ReplyDeleteSesekali bonda tukar idea untuk kengkawan cuba. Hehe
DeleteSeronok dpt mkn dgn fmly..
Senang nak masak ayam halia ni and sedap pulak tu. Baik la I will try to cook this menu during my weekend. Thakns for sharing.
ReplyDeletewelcome kelly.
DeleteSila la try nanti. 🤗
Sedapnya nampak! Bagus je elok duk pikir2 malam ni nak masak ayam, ada plak keluar resipi ni. Ada la idea sikit. Kalau tak duk ulang masa sama je huhu
ReplyDeleteSesekali share menu dapat tukar idea masakan, kan. 😀
Delete