Sunday, 17 February 2019

Pengalaman Di Hospital : Part 2

Hai readers. Harini kita nak sambung membebel lagi dekat blog. Ntah kenapa sekarang ni kalau tak update blog rasa macam tak keruan gitu. Hehe.. Seronok share cerita dengan kawan kawan, then sudi singgah baca. 

Alkisahnya pada 15 januari 2019 (selasa), kita diminta untuk admit ward. Sebab 16 januari 2019 (rabu) kena buat MRI kan..

Kekuatan Dan Kesabaran



Masa masuk ke ward, kita disapa oleh sorang abang ni. Agaknya dia tengok kita senyap je, takde kawan sembang, so dia datang sembang. Terasa sedikit segan juga sebenarnya. Hehe
Sebenarnya kita macam tak selesa sebab ward tu bercampur lelaki perempuan. Dah pulak masa tu katil sebelah lelaki. Katil depan lelaki. So kita pun buat je la hal kita kan. 

Dia tanya, kita sakit apa. Kita bagitahu la pasal masalah diri ni. Detect ada ketumbuhan kalenjar airliur. Tapi dalam hati masih berharapan ianya tidaknya terlalu merbahaya.

Kisah abang tu pula, dia kata luka kat mata. Ouuucchh.. Kita pulak terasa ngerinya. Mata kan.. Patut mata dia sebelah bertutup. Dari cerita dia. Dia potong pallet. Ntah macam mana, dah siap dah buat kerja tu. Tiba tiba dia nak sambung sikit lagi katanya. 

Nak jadikan cerita, benda tu terpelanting. Kena ke mata. Allahuakbar. Bila kita bersama sama dengan kumpulan mereka yang sakit ni, kadang kadang kita jadi lupa sakit yang melanda diri kita, sebab kita tengok ada orang lagi besar dugaan dia kan. 

Pastu apa yang tertarik dengan cerita abang ni. 
Dia cakap "Allah nak uji kita dik. Ada sebabnya. Mungkin nak hapuskan dosa-dosa kita.. Mungkin nak buat kita lagi banyak bersabar.."

Pastu dia tanya lagi.. Suami kerja apa.. Siapa temankan..
Then kita bagitahu la, suami tentera.. Dia temankan. Dia ambil cuti.

Abang tu cakap lagi.. Sebenarnya ada hikmah apa yang terjadi pada kita ni. "Mungkin suami pun sebelum ni sibuk dengan kerja kan. Jadi Allah uji, nak dia luangkan masa dengan adik"..

Allah.. Kita sebak sebenarnya. Sebab ada kebenarannya disitu..

Pastu dia kata lagi.. Macam abang ni.. Boleh je kalau Allah nak uji kat tempat lain. Kat tangan ke, kat badan ke.. Tapi dah takdirnya, kena di mata kan..

Erm.. Tak mampu nak kata apa... Melainkan senyum je la.. Dan dengar cerita dari dia. Terus rasa tenang. Tenang sebab kita akan sentiasa kuatkan semangat kita. Kita akan sentiasa dalam keadaan bersabar. 

Allah uji ni memang bersebab. Dan kalau Allah tak  uji bukan bermakna DIA tak sayangkan kita. Cuma kelebihan mereka yang diuji tu. Allah kadang tu bukan nak uji kita seorang sebagai pesakit ni. Tapi Allah nak uji keseluruhan disekeliling kita. Keluarga kita. Sedara mara kita. Sahabat kita semua.. Betul tak.. 

Macam kita, kita tak sangka juga bila kawan kawan dengar kita bakal dioperate, kawan yang dulunya susah nak tanya khabar elok je berwasap-wasap. Dari situ Allah rapatkan kembali hubungan tu kan..

Bila ditimpa musibah. Jangan rasa down. Kadang kala orang sekeliling kita juga akan beri semangat pada kita. Macam kita berjumpa abang tu dihospital. Dalam keadaan dia juga sakit, dia mampu menenangkan kita yang juga tengah sakit. 

9 comments:

  1. knapa wad tu campur lelaki & wanita mimie..wad sementara ke? Setiap insan yang Allah sayang mesti Dia bagi dugaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ciknor. bukan ward sementara. tapi kalau sakit yang berkaitan, memang campur lelaki perempuan.

      Delete
  2. betul tu...kadang Allah hadirkan orang yang tak disangka-sangka, walau hanya sekejap aje dalam hidup kita, tapi dialah yang sampaikan ketenangan dari Allah tu pada kita...

    ReplyDelete
  3. Hari Hari Saya duduk hospital sebagai doktor..tapi lain btul bila Kena admit..last Masa nak bersalin.

    ReplyDelete
  4. Semua yang berlaku ada sebab.. Insyaallah semoga mimi juga sentiasa kuat dan dalam lindungaNya

    ReplyDelete
  5. oh seganla kan bercampur macam tu nak baring rasa x selesa..semoga cepat sembuh sis

    ReplyDelete
  6. ya, sesetengah wad campur ..
    setiap yang berlaku bersebab dan aada hikmah. kita sendiri akan sedar akannya.. moga Mimi diberikan kesihatan yang baik...

    ReplyDelete
  7. Semoga semua dipermudahkan, memang hidup ini banyak cabaran dan dugaan. Hati kena tabah and sabar ya.

    ReplyDelete
  8. Oo.. baru tahu wad tu bercampur lelaki perempuan? nape diorang x asingkan yea.

    ReplyDelete

Sponsor

Comments