Resepi Ayam Halia.

Sunday 17 February 2019

Hai readers. Harini mabuk nak update blog je. Sementara anak anak takde, kita dok layan blog la. Mana la tahu esok lusa berkepuk kepuk rezeki masuk kat blog ni kan. Aamin.. 

Ehh intro kemain panjang. Al kisahnya masa kat hospital haritu masa dah operate la. Dapat bubur. Lauk masa tu ayam masak halia. Sedih kita tau. Kita ni dah la lapar. Sekali dapat lauk camtu. Kalau keadaan mulut okay masa tu takpe la juga kan. Macam mana la nak mengunyah ayam tu.

Sudahnya kita makan bubur sikit, ambil la kuah ayam halia tu sikit. Makan brapa suap je. Tak sampai 5suap rasanya. Rasa tak lalu dah nak makan. Pastu cakap kat ddy zara zhareef. Nanti makan la lauk tu. Sayang je kalau pulang balik, lauk tak makan. Sedap lauk tu. Cuma kita takde mood nak makan dah. 

Haaa, ddy dorang dok rasa lauk tu, pastu ddy dorang cakap. Nanti balik mersing masak macam ni eh.. Sebenarnya kita pernah masak ayam masak halia tu. Tapi masa tu pregnantkan zara. Tahun 2014 kita ada masak. Ni dah tahun 2019. 5tahun kemudian baru muncul lauk no balik. Haha..

Ayam Masak Halia

Bila dah ada request nak lauk tu, mudah la kerja kita kan. So, today kita masak la lauk ayam masak halia ni. Kita tengok ada macam macam cara orang masak lauk ni. Macam kita, kita guna cara goreng. Ada sesetengah orang buat cara kukus kan? Ikutlah mana senang kan.

So kita share juga la resepi kat sini eh.. Mana tahu ada yang nak cuba sebab lauk ni senang dan cepat disediakan.


Bahan-bahan :
Ayam (ikut suka la nak guna bahagian mana)
Bawang merah (dihiris)
Bawang putih (dihiris)
Halia (wajib ada tau)
Tomato
Daun bawang
Lada hitam (ditumbuk bagi hancur)
Tepung jagung (dibancuh)
Air (untuk dijadikan kuah)
Minyak
Sos tiram

Cara-caranya :
- Panaskan minyak. Tumis bawang merah + bawang putih + halia sehingga naik bau atau sedikit garing.

- Masukkan lada hitam. Gaul rata. Masukkan air sedikit kalau terlalu kering. Kemudian masukkan ayam. Gaul rata sehingga ayam betul betul masak.

- Masukkan lagi air biar berkuah. Masukkan sedikit sos tiram dan perasakan dengan garam. Boleh tutup dengan penutup untuk ayam benar-benar masak. 

- Bila ayam benar-benar masak, boleh masukkan tomato dan juga tepung jagung yang telah dibancuh tadi. 

- Akhir sekali boleh masukkan daun bawang. 

32 comments

  1. salam mimi singgah sini ..feveret la ayam masak halia ni.. memang sedap hii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayam masak halia memang sedap. kalau org dlm pantang pm blh mkn kan.
      Kita takleh nak mkn lg. Mulut takleh nak mengunyah. Hehe

      Delete
  2. macam sedap aje..tak pernah try buat lagi...boleh cuba ni nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh la cuba nanti. Sesekali tukar menu. 🤗

      Delete
  3. Ni antara menu kesukaan suami saya. Lama dah xbuat.. Nnt kena buat la. Kesian dekat dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo.. Fav suami. Kena buat tu. Mesti dia happy kalau dapat menu fav dia.

      Delete
  4. Suka ayam masak halia ni. Tak kisah la lauk pantang pon. Lepas makan dapat rasa badan panas kemudian sendawa banyak kali. Badan pun ringan. Senang nak masaknya tu. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Syoknya makan macam ni dia bantu keluarkan angin dalam badan la kn.

      Delete
  5. ni makan nasi panas2 sedap hoi hihi..tp k.el blum try lagi resepi halia ni..nti boleh try resepi ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena try kak El.
      Mesti dah buat nanti akan rasa nak lagi. Hehe

      Delete
  6. seriously, halia kena byk. seimbang dgn garam & gula (aida sprinkle skit la).
    sedap menghirup nyer nanti.
    anak2 aida akan sprinkle kicap manis plak. hmmmm memang licin la mangkuk lauk, mimie.

    ReplyDelete
  7. Adik akak dalam pantang pun dh 2-3 kali akak masak kan lauk ayam halia ni tapi jenis kukus ayam tu dulu..org x pantang pun suka makan..selalunya kena buat banyak...

    ReplyDelete
  8. sedap dan nampak mudah jer nak sediakan. ni kalau demam atau selsema memang jadi lauk yang paling menyelerakan...ingat nak try buatlah nanti

    ReplyDelete
  9. Fav sis ayam halia ni. Buang segala angin kalau makan..hehehe. Kalau makan ni mau berpinggan pinggan akak makan

    ReplyDelete
  10. wah sedapnya nampak. boleh la try nanti sebab mudah je masak especially utk org bujang mcm kite hahah

    ReplyDelete
  11. Sedap & mampu membangkitkan selera makan. Lauk ni la dok makan masa dalam pantang. Pernah juga masak kat rumah tapi tak dapat sambutan, mungkin kurang rasa. Nanti nak cuba lagi la. Mungkin selepas 5 tahun juga. Hahahaha.

    ReplyDelete
  12. Ok nampak sedap dan mudah dibuat.. Hehee.. Boleh cuba ni. .Bahan pun takdela susah mana kan.. Cuma daun bawang dan tomato je takde. .Harini leh cari esok boleh buat.. Hehehe

    ReplyDelete
  13. I kalau masak ayam halia..I perap ayam dengan tepung jagung dengan garam lepas tu goreng separuh masak. Lepas tu baru tumis dengan bahan macam resepi you. Last sekali sebelum angkat gaul sekt dengan minyak bijan. Sedap gak!

    ReplyDelete
  14. Sedapnya sis. Nanti nak cubalah. Nampak macam boleh try ni. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh try aih.. Sebab menu ni simple dan cepat je nak dibuat.

      Delete
  15. Saya suka sangat makan ayam halia. Thank you for the recipe. Boleh try ni

    ReplyDelete
  16. Looking at this on the early morning really give a big craving now.. oissh... sure gonna cook this for today

    ReplyDelete
  17. Kte pun suka ayam halia ni. Senang,simple dan sedap heheh tp sbb kte suka pedas dan tak ada anak kecil nak makan so kte suka tambahkan sedikit cili api

    ReplyDelete
  18. wahhhhhhhhh! tak pernah try lagi menu ni! btw thank you awak for sharing. Bahan dia simple gila! nnati kita nak cuba buat :D

    ReplyDelete
  19. Bonda belum pernah lagi cuba resepi ni....boleh juga hujung minggu masak utk family....sedap nampaknya tu...pagi2 lagi dh nampak lauk...tetiba rasa lapar plak ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali bonda tukar idea untuk kengkawan cuba. Hehe
      Seronok dpt mkn dgn fmly..

      Delete
  20. Senang nak masak ayam halia ni and sedap pulak tu. Baik la I will try to cook this menu during my weekend. Thakns for sharing.

    ReplyDelete
  21. Sedapnya nampak! Bagus je elok duk pikir2 malam ni nak masak ayam, ada plak keluar resipi ni. Ada la idea sikit. Kalau tak duk ulang masa sama je huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali share menu dapat tukar idea masakan, kan. 😀

      Delete