Tuesday, 23 October 2018

Nasi Lemak Kasih Sayang & Pau Goreng Rasa Cinta!

Hai readers!
Ehh over pulak tajuk harini kan. Haha
Sesekali terover dekat blog sendiri takpe la kan..
Bukan selalu pun.



Sebenarnya kan dah beberapa hari jugak la teringin nak makan nasi lemak. 
Tapi tu la. Bila beli selalu tak kena dengan anak tekak.
Sambal pedas yakmat. Sampai tak boleh nak makan.

Pastu kang, telur mata dia sikit (kecik)
Pastu kang ikan bilis sekor.
Kacang lebih pulak. Senang kata susah nak dapat nasi lemak yang complete set la gitu.

Malam tadi tanya ddy dorang. 
Boleh ke esok buat nasi lemak. Boring la asik nak masak mee je. (Mee tu maksudnya mee noodles ke, bihun ke, kiranya spesis mee la)
Mujur la ddy dorang ON je bila cakap nak masak nasi lemak. So, zasss datang semangat nak masak tu.

Bangun pukul 6 tadi. Berkobar kobar la perasaan. Yela, nak masak apa yang memang kita nak makan,kan?
Lepas solat subuh, dalam jam 6setengah rebus telur dulu. 
Lepas tu goreng ikan bilis then terus buat sambal.
Settle sambal baru masak nasi.

Nasi tak masak awal sebab jam 6setengah tu ddy dorang keluar PT pagi. 8setengah baru balik. So masak cepat-cepat kang, nasi pun cepat sejuk.


Dalam masa nasi nak tunggu masak, terus capai tepung, then uli doh untuk buat pau goreng pulak. Sebab semalam petang dah buat inti kelapa.
So pau goreng rasa cinta tu berintikan kelapa la.


Sebenarnya first time juga la buat pau goreng. Sekarang kan buat sarapan dah macam style mak pulak. Kalau ada makanan berat, mesti ada sejenis kuih jugak. Hehe

Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi kan?
Mana menurun nya sikap mak ke anak, kan? Hehe

Merujuk pada nama sarapan harini, ddy dorang makan nasi lemak tadi. Pastu dia cakap. 
"kenyang nyaaaa.. Ayg bubuh apa dalam nasi ni?"

So kita pun jawab la dengan selamber..
" Kita bubuh Kasih Sayang je tadi "

Hehee.. In shaa Allah.. Kalau rasa nak buat suami makin sayang, kita cuba la tambat hati dia dengan masakan kan. Perut kenyang, dia pun senyum girang! 
Ehhh. Haha

19 comments:

  1. Fuyooo nama menunya tu memang gempaklah hehe. Dah lama tak masak nasi lemak ni selalu makan kat kedai je. Sesekali masak sendiri sedap juga. Boleh makan banyak-banyak hehe

    ReplyDelete
  2. mati-mati ingat menu kat kedai makan..
    rupanya homemade..hihi..

    rajin..

    ReplyDelete
  3. Romantik habis nama menunya.. Tapi memnag betul pun.. Kalau nak yang complete set memang kena masak snediri.. sekarang nie susah nak cari penjual yang jual nasi lemak complete camnie..

    ReplyDelete
  4. i suka makan nasi lemak... yummy... pau goreng pun nampak sedap nya... delicious... bagus nya dapat makan macam ni..

    ReplyDelete
  5. Dua dua menu favaurite nie..sedapnya..buat sendiri lagi bagus kan,terjamin kebersihan,nak tambah makan pun takpe,kalau beli kompom tak jumpa perfect macam nie.

    ReplyDelete
  6. Wah nampak sedap. Tapi tu la, bila masak sendiri ni lagi nikmat sebenarnya. Sebab memang kena ngan selera sendiri

    ReplyDelete
  7. dasat nama masakan tu...dan paling sweet bila dimasak dengan penuh kasih sayang kan

    ReplyDelete
  8. Buat sendiri..air tangan sendiri lagi puas hati kan..ala bestnya nasi lemak..kalau ada sambal kerang ke..sambal paru ke...huiiiii....lagi nngancam ni

    ReplyDelete
  9. Tengok nama menu dah rasa selera...nampak gamnbar hidangan bertambah selera...... dah rasa pasti menyelerakan...

    ReplyDelete
  10. Istimewa sangat nama nasi lemak tu..hehe..tapi betulla kan..susah nak jumpa nasi lemak yang puas hati di kedai. Better buat sendiri..konfem kenyang menyandar

    ReplyDelete
  11. alahai. sweet nyer :) penuh kasih syg gitewww.
    apa yg lebih sedap selain daripada makanan yg isteri sediakan?
    nasi lemak...
    pau goreng...
    aduhai. indah nyer hidup si suami tu :)

    ReplyDelete
  12. seronok tengok cara masak. simple dan sedap..memang hebat buat kuih pun Nampak menjadi sangat. teringinla buat pau goreng hehehe

    ReplyDelete
  13. Wow..I am feeling the lurve...memang menangkap perhatian betul ni si pencipta nama menu...bukan alang2..terus yang terpaut ni

    ReplyDelete
  14. semalam tgk upinipin pastu terliur tgk nasi lemak dia haha
    hari ni nak buat tapi end up lupa santan xde
    makanyaa hari ni nasi putih ikan goreng je alhamdulillah hehehe

    ReplyDelete
  15. I'm hungry seeing your food. Lol.
    I love to cook this kind of some Nasi lemak as well.

    ReplyDelete
  16. Ni kalau jual nasi lemak dengan nama ni sure viral nasi lemak ni..hehehe. Lama dah tak makan nasi lemak..kekonon nak diet..tapi tak makan pun badan tak turun2 gak..nampak gaya kena makan jugak lah

    ReplyDelete
  17. Sedap nya Nasi Lemak.. Qiss pun suka masak sendiri. Lagi puas hati.. nak tapau boleh. Rajinla buat kuih sekali kalau Qiss mesti satu menu je

    ReplyDelete

Sponsor

Comments