Tigernu Casual Business Shoulder Messenger Bag Hadiah Untuk Suami.

Thursday 25 October 2018

Tigernu Casual Business Shoulder Messenger Bag Hadiah Untuk Suami | Bila cerita mengenai hadiah, selalunya sebab kita meraikan sesuatu kan? Sebab hari lahir, mungkin sebab kejayaan ke.. Sebab anniversary ke,kan?



Bulan september bulan kelahiran zara dengan ddy dia. Untuk zara belum lagi tunjuk hadiahnya. Sebab dia nak kek. Pastu nanti baru tunjuk hadiahnya. Sebab hadiahnya haritu beli, hantar kat umah opahnya. Sebab plan nak balik sana. Tapi belum balik lagi sampai sekarang.

Memandangkan ddy dorang pun besday bulan September, so sebagai tanda penghargaan, kita nak hadiahkan sesuatu. Sebab masa birthday kita tahun ni, ngam ngam fon buat hal. So ddy dia tanpa berkira hadiahkan fon baru. So, rasa macam bersalah pulak kalau tahun ni tak bagi pape.

Selalu tiap tahun memang bagi pun. Tapi bagitahu dia, janganlah pilih yang mahal mahal. Takut tak mampu nak bayar. Haha..
Hadiah tuk ddy dorang ni sebenarnya ddy dia yang pilih. Sebab kita tak tahu nak hadiahkan apa.  Yela, kalau orang perempuan ni banyak je benda boleh bagi. Cincin ke.. Gelang ke.. Handbag ke. 
Wow.. Semua mintak harga yang kebabom gitu. Hehehe

Orang lelaki ni hadiah dia kan macam terhad. Nak bagi baju, rasa macam banyak dah baju ddy dia. Hehehe..
Nak bagi seluar? Erm.. Nak kena turun shopping mall. Yela, nak pilih mana yang sesuai la. Pilihan warna. Ehhh banyak cekadak la orang kata.



Sebulan oii ddy dorang pilih hadiah. Sebab tak tahu nak mintak apa katanya. 😅
Macam 2 tahun lepas kot, hadiahkan bag. Bag tu sampai sekarang elok walaupun tiap-tiap hari pakai pergi kerja. Yela, orang tua dok pakai, bukan macam budak sekolah kan. Habis lunyai sekelip mata. Hehe





Hadiah kali ni beli dari lazada je. Suh ddy nya cuci mata kat lazada, then pilih nak yang mana. Then pilihan dia sling bag ni. Sebab sling bag ni memang dia akan pakai bila keluar. So bagitahu kat ddy dorang. Sling bag baru ni pakai la tuk pergi tempat-tempat tertentu je. Bag yang memang dah sedia ada tu pakai je macam biasa. 



Mudah kan. Pilih je kat lazada. Bayar dan tinggu barang sampai. Kalau ikut tarikh jangkaan barang lambat sampai. Sebab shipping dari Oversea. Tak sangka pulak barang sampai cepat. Jumaat lepas (19.10.2018) sampai. Tapi kena collect kat luar. Sebab gdex tak masuk. 

Masa nak ambik barang tu, cakap jugak kat ddy diorang. Konon nak suprise. Tapi tak berapa suprise. 😆
Bagitahu dia, kena ambik barang kat gdex. Tapi tak tahu barang apa. 
Sebab kalau kata barang review macam takde je. 
Agaknya barang abng kot dah sampai. Sampai awal dari jangkaan tarikh.

Uiii.. Semangat la ddy dorang nak pergi ambik. Hehehe.
Then suruh ddy dorang pergi sign surat barang tu. 
Bila cakap, hadiah dah sampai, seronoklah.
Yela, isteri ni bila niat nak hadiah kan sesuatu tu, bukan dia nak menunjuk pape.
Dia just nak buat suami tu makin sayang ke dia kan.. Then akan ada rasa hargai pemberian dari isteri tu. 

So settle la hadiah untuk ddy dorang. Tapi kita saja uji.. Hadiah anniversary bulan depan nak bagi kita apa? Hahahha
Saja cakap camtu nak tengok acting ddy dorang sebenarnya. Sebab selalu macam buat rilex je. Sekali dia pun pening nak hadiahkan apa.
Ddy nya tanya nak apa. Ikut dalam hati, nak je mintak gelang emas seutas oii. Haha
Tapi tak terluah dari mulut ni haaa..
So, kita tunggu je la akan muncul ke tidak hadiah anniversary pulak nanti. 🤔

Kepada kengkawan yang nak survey bag macam bag ddy dorang ni, boleh tengok dekat LINK Tigernu Casual Shoulder Bag ni eh..

Harga : RM52.99
Shipping : RM4.50

22 comments

  1. wah untung suami mimi dapat hadiah besday tu

    ReplyDelete
  2. Romantic nya... Husband mesti happy

    ReplyDelete
  3. wow..bestnya dapat hadiah..:)

    ReplyDelete
  4. alahai. sweet nyer, mimi.
    aida & asben, besday ke, anniversary ke, belanja makan jer :)
    gi makan tempat mahal2. order yg mahal2 ha ha ha ha...
    lama dah tak bagi each other hadiah.
    yes. limited sgt nak bagi lelaki hadiah. jenuh memikirkannya.

    ReplyDelete
  5. Cantiknya beg ni.kalau husband airah dia suka jenis clutch tu tapi bila tengok design ni cantik jugak

    ReplyDelete
  6. Bag sebegini memang sesuai untuk dibawa ke mana sahaja - travel, kerja dan outing. Happy Bestdayto your husband ye. And Happy Anniversary for the coming one

    ReplyDelete
  7. Mesti husband happy kan dapat hadiah ni? Nanti nak usha jugak beg ni untuk diri sendiri. Kalau okay, nak proceed beli.

    ReplyDelete
  8. Wah!! Beg tue nampak stylish abis.. banyak juga pilihan di lazada kali nie.. AM bahaya kalu log in masuk ke apps lazada.. confirm banyak barang terklik terbeli tanpa sedar.. hehehe

    ReplyDelete
  9. Happy birthday, this bag is really nice, I love how stylish it is, looks really versatile can use it for all occasions.

    ReplyDelete
  10. Haaaa...memang betul nk beli hadiah utk orang lelaki no,mereka kadang kala jenis memilih dah cerewet skt..xtau no beli spa,jd nk tray usha beli bag mcm tu jgk.

    ReplyDelete
  11. cantek beg tu...wah excited cik abang dapat hadiah dr isteri hehehehe...seronok kalau bagi barang orang memang suka dan menghargai kan :-)

    ReplyDelete
  12. memang nak beli hadiah untuk lelaki tak berapa pandai sebab tak tahu apa yang nak dibeli. Lelaki ni simple je kan selalu nak barang yang dorang boleh pakai.

    ReplyDelete
  13. Dekat kaum adam mmg ssh skit nk.beli hdaih kan..saya pun pernah beli da beg mcm ni husband sempenda bday dia thun lpas n thun ni...yg thun lpas pun masih elok pkai sampai skrg

    ReplyDelete
  14. suami amni punya birthday xlama dah.tgh pk nak beli apa utk dia.baca artikel ni macam blh bg odea gak ni hehehh3

    ReplyDelete
  15. Cantik la beg tuh. Ni pun pening Gk nak fikir hadiah anniversary.

    ReplyDelete
  16. Cantik bag ni. Harga pun takde mahal sangat, berpatutan dengan kualiti yang ditawarkan. Macam berkenana pulak tengok bag ni. Nak try usha la nanti

    ReplyDelete
  17. macam teman plak berminat dengan sling bag ni.. sebab teman memang suka sling bag. x suka beg tangan

    ReplyDelete
  18. abang Sally dedua mmg pesen pakai beg gini...hahaha...tapi masing-masing suka leather je...mgkn sbb nak tahan lama...tapi smart jugak yg ni...

    ReplyDelete
  19. Org lelaki mmg suka beg gini. Nampak stylish . Syok dapat hadiah nooo..

    ReplyDelete
  20. Il loro particolare è stato ottenuto sul tuo sito Web, nonostante il fatto che la reputazione di negoziazione sia stata inviata solo a diversi articoli. Premiando la strategia per il futuro, sto aggiungendo un segnalibro prima di iniziare a raccogliere i profitti spg interamente verso l'alto. spy on Facebook Messenger

    ReplyDelete