Keria Gula Merah

Wednesday 17 October 2018

Keria Gula Merah


Harini sambung cerita pasal kuih lagi la ehh.. 
Sebab seminggu tu 4hari berturut-turut kita buat kuih. So harini cerita pasal kuih keria pulak selepas buat kuih karipap. Hehehe

Sebenarnya kita memang suka dengan kuih keria. Tapi dah beberapa kali buat, kita gagal tang sira gula dia tu. Tak menjadi cantik putih. Tak tahu kenapa. Nak tunjuk kat ddy dorang pun segan tau. Sebab bila balik rumah mak kita, mak buat cantik je. 

Pastu buat kali ni kononnya taknak kecewa. Taknak sira guna gula biasa tu. Terbayangkan pulak keria bersirakan gula merah. Haha
Dah macam orang mengidam pulak gayanya tu.
Tapi niat sebenar nak belajar. Makan tu biasa-biasa je.

Dalam proses pembikinan..

Pagi tu gigih okay merebus keledek. Suka betul buat on the spot kerja kan. Haha..
Pastu tak sejuk mana terus buang kulit dia. Then tumbuk / lenyek dia bagi lumat gitu.
Dah lumat tu, kita gaulkan dengan tepung. Yang saya tau, kalau nak keria lembut jangan bubuh tepung terlalu banyak.

Selepas digoreng. Gebu gebas gituu..

Haritu buat tepung dia tak terlalu banyak pun. Agak-agak je la. Tapi memang payah sikit la kan, sebab ubi tu suka melekat kat tangan. Demi nak kan hasil kuih yang elok, redah je. Kekekeke..


Alhamdulillah.. Haritu berjaya dapat buat keria yang lembut. Budak-budak ni mula-mula macam taknak makan. Elok petang dalam pukul 3-4 macam tu, nak makan pulak. Siap pakej berebut tak cukup. Zara suka la kalau bersira gula melaka tu. Sebab rasa manis dia tu.

Siapa kat sini pakar buat keria sira gula biasa tu. Macam mana nak bagi cantik ehh.. Cantik melekat. Kita nak testing buat jugak nanti. Hahaha
Selagi tak berjaya, selagi tu la kita akan belajar cuba buat sampai menjadi.

24 comments

  1. mesti banyak keledeknya, kemain pekat warnanya keria tuh. sukernya meh anto ke rumah kak lily ni hah

    ReplyDelete
  2. Ya Allah sedapnya..hehhe tapi betul la..buat sendiri lagi puas hati sebenarnya dan kosnya sebenarnya tak mahal mana pun

    ReplyDelete
  3. cantik cantak kejadian kuih keria tu..terus akak rasa nnak buat..tp x leh mmakan banyak sbb angin keledek...lapar plak ha

    ReplyDelete
  4. Nampak sedap. Nak buat? errr selalunya saya beli ajer ni. Kalau dah pakej berebut tu nampak sangat sedap la tu. Tahniah mummynya. Maknanya sedap sangat la tu.

    ReplyDelete
  5. cantik kejadian keria gula merah tu...usaha tu penting..

    ReplyDelete
  6. Kita tak pernah buat pun..makan pandailah hehe. Sedap nampak kuih tu. boleh cubalah buat jugak pasni

    ReplyDelete
  7. Dah pernah buat duluuuu! Byk kali gak tapi menu ni tak sesuai utk time diet hahaha! Rindu nak makan keria~

    ReplyDelete
  8. Sis bab buat kuih keria ni memang fail. So jalan mudah beli aje le..hahaha. Nanti nak try buat lagi, mana tahu kot2 menjadi pulak kan..hehehe

    ReplyDelete
  9. Dulu pandai la buat bab bersira sira ni terror. Tapi setelah meninggalkan arena masak memasak....huhuhu hari tu i try buat tak jadi. Fail big time🙄😪 Beli je la...kekeke

    ReplyDelete
  10. Dah lama sangat tertangguh hendak buat kuih keria ni. Malas betul nk lenyek ubi tu! Klau beli dekat luar mahal kan huhu

    ReplyDelete
  11. Look nice. If I do sure run out of shape. But will try to do it. I like eating G it also.

    ReplyDelete
  12. aduh, lama tak makan keria..terasa nak buat sendiri juga, tapi tak tau kenapa tak datang mood nak buat sendiri..hahaa..puas hati kan kalau dapat buat sendiri

    ReplyDelete
  13. Sedap ni , CCL pernah cuba makan juga kuih keria sira melaka . Ni lgi sedap lgi dri gula putih .

    ReplyDelete
  14. Macammana ye rasa keria gula melaka ni? Rasa macam tak pernah makan lagi. Nak buat apatah lagi memang tak reti. Awak punya keria tu mai hantar sini sikitla, nak rasa :P

    ReplyDelete
  15. aida x pernah lagi buat sira gula melaka tu.
    just sira gula biasa ajer. sebab mak abah suka keria yg tradisional.
    yg kat klebang tu, gula melaka ni, mimi.
    aduhai sedap nyer.
    tapi tgk gambar mimi yg 1st tu, ok dah tu. cantik likat berkilat jer :)
    dah kira berjaya lah tu. tahniah.

    ReplyDelete
  16. Sedapnya! Hari-hari baca resepi kat blog ni hahah. Dulu masa keria gula melaka ni belum viral, Nad panggil keria caramel cehh. Tapi memang favourite ni sedap gila!

    ReplyDelete
  17. Bagusnya awak.. sanggup n gigih nak buat keria melaka.. AM suka makan je.. selalu tgk mak buat.. tapi xtau camna nak kuah.. makan je pandai AM nie.. hehehe.. Apapun tahniah atas usaha gigih awak..

    ReplyDelete
  18. Pandainya buat keria..saya bab2 kuih muih ni memang failed skit la sebab mcm.susah..kalau masak2 lauk tu main2 campak jadi tu suka..hahahha..tpi kalau nak mkn kuih kena beli ja lah...tpi suka yg jenis sira mcm ni

    ReplyDelete
  19. Semalam beli kat pasar malam makan berebut satu family. Buat sendiri pun takdelah susah mana pun kan.

    ReplyDelete
  20. Rajinnya la memasak. Rawlins hanya pandai makan je. Especially kagum pada yang pandai memasak kuih tradisional nie. All the best untuk next try to memasak kuih tradisional

    ReplyDelete
  21. Sedapnyaa... pandai dia buat kuih muih ..
    Sis ni nk buat tp takde orang nak makan huhuhu ..

    ReplyDelete
  22. Akak rajinnya masak kuih keria. Faveret Saya ni. Ingatkan rumit sangat sebab kena guna ubi, gila dan nak gentel lg. Hahaha. Nanti boleh cuba. Beli kat kedai tak puas makan.

    ReplyDelete
  23. Sedapnya. tak pandailah nak buat kuih keria ni. biasa beli je. sedih -__-'

    ReplyDelete