Sponsor

Thursday, 12 July 2018

Lala Masak Masam Manis


Lala Masak Masam Manis | Assalamualaikum.. Dah beberapa hari rasanya tak update blog. Kekangan masa sekejap. Ditambah pulak keadaan diri yang kejap ke sana. Kejap ke sini. Appoiment dengan hospital lagi. Bukan pregnant ya. Pasal masalah kesihatan yang lain. Nanti ada masa mama zara update ye. Tu pun kalau rajin. Hehehe

Nak cerita pasal masakan harini. Sebenarnya tak pernah masak Lala sejak kawen. Yeeee sejak kawen ye. Sebab tak yakin nak membeli. Takut terkena lala yang dah tak fresh atau busuk. Tak reti nak pilih sangat. Lagi-lagi kat TF tu. Sebab dulu masa pregnantkan zara pernah terkena. Beli kerang. Sekali kerang busuk. Alahai.. 

Malam kelmarin ke TF. Tengok lala macam ok je. Sebab dah lama tak makan,kan.. So yakin je la tengok lala tu nampak masih okay. Balik terus masak. Sebab tak berani nak simpan, takut busuk. Kang satu penyesalan pulak. 

Pumpang kat dapo, sediakan apa patut, maka terjadilah lala masak masam manis. Alaa, senang jeee.. Resepi main hentam hentam janji cukup rasa.

Bahan-bahan : 
- Lala
- Bawang merah (dihiris)
- Bawang putih (dihiris)
- Sedikit halia
- Serai
- Sos cili
- Sos tomato
- Sos tiram
- Sedikit garam
- Sedikit air
- Sedikit minyak
- Sedikit cili kalau nak bagi pedas. Cili api boleh, cili kisar pun boleh ye.

Done.

13 comments:

  1. Lala masak masam manis mesti sedap 😊

    ReplyDelete
  2. Saya suka lala ni, sedap :) Tapi betul la kalau dapat yang busuk tu tak bestlah huh!

    ReplyDelete
  3. selalu kalau masak lala mesti terlupa makan nasik sebab ralit dok makan lala je..hahah.. biasanya masak macam rebus kerang tu je. yang letak serai bagai tu.. sedap jugak..makan dengan sos..

    ReplyDelete
  4. Sedap oh lala..kdg2 suka makan ratah mcm tu je.. Ni mkn sorang pun boleh habis tau hehee

    ReplyDelete
  5. Heyyy! Menu nak sama pulak harini...hahaha...kita masak kepah masak sos tiram je...sbb lala kat sini tak fresh...sedihnyaaa...

    ReplyDelete
  6. Cik Ash tak pernah makan lala bila tengok mimi buat terliur la tengok..

    ReplyDelete
  7. Lama tak makan lala..nak beli takut anak muntah nanti..tak tau kenapa, dia kalau makan lala mesti muntah..jadi takdala beli..

    ReplyDelete
  8. Yes I memang suka makan lala, kadang beli kat luar mahal and they bagi sikit jer. Boleh lah i cuba recepi ni, senang, cepat and jimat pulak tu.

    ReplyDelete
  9. sedapnya...sebenarnya dah lama tau nak masak lala nie tapi selalu orang jual dalam plastik tu tak boleh beli sikit-sikit..suami tak berapa makan,nak bagi mentua dia pun tak makan.

    ReplyDelete
  10. tak penah beli lala masak sendiri. kalo terjumpa kat kedai makan amekla sikit. selalu jumpa yang masak lemak kuning xpun yang rebus biasa =)

    ReplyDelete

Comments