Masalah Kesihatan..

Wednesday 18 July 2018

Masalah Kesihatan.. | Assalamualaikum.. Sekarang ni tak secergas dulu je kan nak update blog. Bahan ada. Tapi masa macam takde. Ehhh, ada je masa. Tapi kadang bergado ngan budak budak. Sudahnya hilang mood nak menaip. 

Harini nak share la kat sini. Tentang masalah diri sendiri. Nak tengok berapa lama masalah kesihatan ni akan baik. 
Awal puasa haritu terasa ada 1 benjolan kat bawah pipi macam tu. Tapi takde rasa sakit pun. Kebetulan ddy dorang takde. Kursus kan. So lepas 3 minggu la baru pergi HTD untuk check. Kenapa tak pergi sendiri??
Sebab takde transport. Kereta ddy dorang pakai. Kalau masa tu balik ipoh ke, memang dah pergi check cepat cepat.

Hari isnin minggu last puasa. Pergi HTD then jumpa doctor. Kebetulan zhareef pun kena chicken pox. So baru nak jadi masa tu. Cepat cepat la minta ubat dengan doc. Yang saya pula doctor tak sure benjolan apa. Sebab tak sakit masa tu. Takde pula selera makan hilang. Takde juga ada masalah nak telan makanan. Tak juga berat badan menyusut.

Disebabkan takde alat untuk scan bahagian leher, so doc di HTD terus buat surat untuk refer ke Hospital Tentera Terendak, Melaka. 02 Julai 2018 appoiment di Terendak. Scan di bahagian leher alhamdulillah Doc kata bukan Tiroid. Saya memang berserah dan pasrah je. Sebab Allah nak bagi Ujian macam ni kan. 

Balik dari Terendak, hantar laporan scan ke HTD Gemas balik. Doc tak sure. Dia terus refer ke Hospital Segamat pulak. Suruh refer ke pakar surgical. Pada 05 julai 2018 (khamis) Ehh betul ke ejaan tu?
Bila ke sana, doc muda yang check. Dia pun macam risau je. Check ke anggota badan lain, katanya takde masalah lain. Then dia bagi tarikh appoiment baru untuk refer ke bahagian ENT (Hidung, Tekak, Telinga)

08 Julai 2018 (Ahad) ke pakar ENT pula. Pengalaman pertama bila doc masukkan kamera ikut hidung. Kalau tanya sakit ke tak, tak sakit pun. Cuma perasaan cuak tu mesti ada kan? Alhamdulillah, check dari hidung takde masalah dari situ. Then doc check benjolan tu, katanya KALENJAR AIRLIUR. 

Kalau tanya sakit ke tak, sakit juga la. Sekarang ni la.. Berdenyut denyut kat sekitar pipi. Bukan kat benjolan tu tau. Raya ketiga start rasa sakit. Sampai raya ke-10 macam tu boleh tahan sakitnya. Datang sakit, melepek je badan ni. Rasa taknak diganggu. Msg masuk pun takde perasaan nak tengok. Sakit nyut nyut tu tak tentu datangnya. 

Doc ada bagitahu, kalenjar ni kalau keras macam batu, dia boleh jadi batu karang. Batu karang ni bukan macam kita biasa dengar tu je tau. Bila kencing rasa sakit. Tak yee.. Kena kalenjar ni pun boleh jadi batu karang juga. 
Macam saya 08julai tu doc berikan antibiotik untuk seminggu. So dah nak settle makan. Dan buat masa ni benjolan masih ada. 



Lepas 2minggu dari tarikh 08julai tu ikutkan kena refer ke hospital balik. Untuk check macam mana. Setakat ni tak tahu la benjolan ni akan surut ke tidak. Doc ada bagitahu, seandainya tak surut, maybe dorang akan ambil sample. Maybe operate ke macam mana. Saya sekarang berharap sangat semoga dipermudahkan semua. Sebab nanti pindah ke Mersing. Jauh dari family kalau nak minta pertolongan. 

Apa yang boleh, saya cuba kontrol makan yang keras keras. Sebab nak elak otot pipi ni banyak bergerak. Sebab banyak bergerak rasa sakit. Then lebihkan air masak. Sebab tak tahu nak control macam mana tuk elak kan dia sakit kuat. Dan bubuh minyak. Urut sambil selawat. Semua dah cuba.

Nak tanya pendapat kawan kawan atau readers yang mungkin ada pengalaman kena sakit Kalenjar ni. Macam mana korang bagi baik? Adakah jalan penyelesaiannya kena operate? Ada terbaca haritu di ig pelakon zara zya. Dia kan kena operate sebab kalenjar juga. Ada readers kat situ kata pun operate. Ada kengkawan kat sini ada penglaman? Kalau bukan pengalaman sendiri, mungkin kenalan terdekat ke?



Bila jumpa kengkawan ada yang tegur kata pipi nampak tembam sebelah. Tu effectnya ya. Sebab dia macam membengkak. 😥
Nampak macam rebeh sebelah pipi kan.. 

10 comments

  1. allahuakhbar.. semoga semua urusan dipermudahkan. insyallah things will be fine. nak kongsi pun tak penah ada pengalaman.

    ReplyDelete
  2. tak pernah ada pengalaman gni mimie. tak thu nak bagi pendapat apa. biasa kalau bengkak mesti sakit gigi jer. Moga tiada apa2 yg truk...aamiin

    ReplyDelete
  3. Semoga cepat sembuh, saya pernah benjol kat ketiak rasa sikit juga tapi lama2 hilang sendiri. Tapi ank buah pernah benjol kat ketiak dia operate buang kelenjar

    ReplyDelete
  4. Get well soon mimie... Wawa xpenah kena mcm mimi tapi wawa tau sakit juga rasanya kan..rasa xselesa nk cakap...

    ReplyDelete
  5. Semoga cepat sembuh mimi..insyaallah dan semoga tak ada yg teruk.. dgr nasihat doc okay..

    ReplyDelete
  6. Klu kalenjar bengkak maknanya dlm badan ada bakteria.. dan selalunya makan antibiotik akan surut. Sama kes dengan kucing.. tp kena tnye lebih pakar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seminggu on dgn antibiotik cik En. Habis dah. Harap surut la. Nti lagi seminggu ikutkan refer pakar balik.

      Delete
  7. Allahuakbar, swmoga syamimi baik-baik saja..harap cepat sembuh..makan ubat tu..

    ReplyDelete
  8. Assalam..mcm mna,dh surut ke bengkak nya? Sy pn ad naik,kt kelopak mata

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam.. Saya dah jalani pembedahan buang kalenjar airliur, bulan januari tahin 2019.
      Dia tak surut. Malah makin naik membesar.

      Delete